ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
04 February, 2008
Lagi EMail berantai
Assalamualaikum wbt
Pernah tak dapat sms atau email sebegini ?
Yaasin, Walqura-nilhakim. Innakala minalmursalin. A'lasiratil mustaqim. Tanzilal azizirrahim. Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun.
Kirim surah Yaasin ini kpd 7 insan berugama islam. Insya Allah esok
saudara akan menerima khabar yang baik, gembira dan rezeki anda sentiasa berada di
tangan anda.
JGN DELETE, ini betul2 jadi kenyataan.
……………………………………………………………………….
ULASAN >>>
Ini adalah propaganda dari musuh islam. Saya secara peribadi dah terima sms ayat yang seperti di atas. Dan ini kali kedua through email plak.
Ape yang saya nak beri tahu di sini ialah, sudah lah tu umat ISLAM dibolak-balikkan . Mari kita ambik sedikit pengajaran dari kes-kes ini.
Pesan dari saya (yang ilmu tak seberapa ini). Hentikan lah apa2 saja surat bercorak surat berantai ini (SMS atau e-mail) . Kerana ini adalah perkara2 yg boleh melemahkan umat Islam dari dalam..
Lalu aku terus reply kpd si pemberi tadi agar berhenti berbuat demikian. Malah tolong pulangkan balik pesanan kepada mereka yang telah mengedarkannya!
1) Once, kita forward email @ SMS sebegini, kita dah percaya (beriktikad) bahawa dengan kudrat saya menghantar SMS ini, saya akan dapat khabar baik &rezeki. Bukan Qudrat & Iradat ALLAH.
2) Tanpa menyemak, kes ini terdapat kesalahan ejaan pada ayat dari surah yaasin ini. Sila semak Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun. Org yg tiap2 malam baca surah yaasin pun boleh terkesima dengan kesalahan ejaan ini.
3) Kesalahan ejaan unzila yang sepatutnya unzira ini, berlaku dlm kedua2 email & sms yang saya terima. maka saya pasti ianya disengaja kan . Tapi atas dasar apa? Kalau kita perhatikan
unzila aba uhum ini bermaksud = di TURUNkan BAPA Kamu. Bapa = father.
Saya khuatir ia mahu menyelindungkan ayat ISA yang diturunkan??? sedangkan maksud YAASIN yang suci tadi adalah terlalu amat jauh dari ini!!! Celaka kamu yang pembuat e-mail ini!
AWAS! buat semua muslim!.
Pesanan ringkas saya,
Apa saja yang bersifat surat berantai, tolong tolak.
Apa saja yang melibatkan perkara2 shortcut, tolong tolak. kalau saya send sms dapat pahala, kalau saya reply dapat rezeki. Ini perkara serious, kerana ia membabitkan AQIDAH!
Apa saja yang melibat kan ayat2 Al-Quran.
Tolong semak!
Kalau ada org dtg rumah kerumah, jual ayat quran pun tolong tolak. Jam ada ayat QURAN ke....
Orang buta minta sedekah - sedekah boleh bagi - tapi kalau dia bagi sticker ayat QURAN, tolong bagi dia balik.
Kerana kita khuatir, di sini bermulanya benda2 yang tak betul. Kerana saya pernah dapat ayat seribu DINAR yang salah eja ini selepas bagi derma kat sorang pakcik tu!!
Kat sekeliling kita dah banyak org cuba pesong kan AQIDAH kita secara halus, pesong ayat Quran! Walaupun mereka takkan mampu menghapuskan KALAM ALLAH ini. Tapi kita sebagai umat ISLAM mestilah Peka!!
Ayat2 Al-Quran bukanlah selayaknya di perjual beli. TAK semurah itu BEB!! Kalau ANDA nak bagi apa saja yang ada kaitan ngan ayat Quran, sepatutnya FREE! Jam Quran ke, ape ke, bagi free le! Unless kita betul2 sure yang kualitinya baik, ayat nya disemak maka OK! MENJAJA AYAT2 QURAN dgn cara sebegini adalah, menempatkan ianya bukan pada tempat. Ia bukan balasan utk kita menderma RM1.
So, tolong le sampai2 kan pesanan saya ini, semoga ALLAH yang lebih layak nak balas kat kita, rezeki ke, berita gembira ke?. So ape lagi send le kat 7 org ke, 70 ribu orang pun takpe.
Yang baik dari Allah. Segala kekurangan adalah kelemahan saya juga......WASSALAM.
Tags: email berantai, rosak akidah
02 February, 2008
Minuman ringan ada alkohol
Oleh FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS
PULAU PINANG 31 Jan. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memberi amaran kepada ibu bapa supaya berhati-hati ketika membeli minuman ringan untuk anak mereka kerana ada antara minuman itu mengandungi alkohol.
Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, minuman ringan itu, yang antara lainnya menggunakan label dan gambar buah-buahan, didapati mengandungi kadar alkohol sehingga 5.5 peratus.
‘‘Minuman itu dijual dalam botol dan tin yang berwarna-warni dengan tujuan untuk menarik perhatian golongan muda terutama kanak-kanak.
‘‘Kandungan alkohol 5.5 peratus itu tinggi, tetapi ia masih lagi bebas dijual kepada kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat CAP di sini hari ini.
Mohamed mendakwa, maklumat mengenai kandungan alkohol dalam minuman itu dicetak dengan kecil dan sukar dibaca yang membuatkan pengguna menyangka bahawa mereka membeli minuman buah-buahan atau minuman ringan.
Beliau menegaskan, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana undang-undang negara ini dengan jelas menyatakan penjualan minuman alkohol dilarang sama sekali kepada golongan berumur 18 tahun ke bawah.
‘‘Tetapi kini ia dijual dengan bebas kepada pelajar sekolah dan mudah diperoleh di pasar raya besar serta kedai roti sekitar ibu kota,” jelas beliau.
Menurutnya, CAP menerima banyak aduan ibu bapa yang menyatakan bahawa anak mereka sudah mula menggemari minuman ringan beralkohol itu.
‘‘Mereka bimbang anak mereka mungkin menjadi penagih alkohol disebabkan minuman ringan itu mengandungi kandungan alkohol yang tinggi,” ujarnya.
Ekoran pendedahan itu, Mohamed berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menjual minuman itu kepada golongan muda.
Antara minuman seperti itu yang banyak di pasaran ialah Hoopers Hooch Apple, Pelican Pink Vodka, Pelican Tropical Fruit, Blackcurrent + Vodka dan Lemon Limonya yang dijual antara RM4 hingga RM10 sebotol.
Tags: minuman ada alkohol, alkohol, non halal
Kantoi skandal dengan maid
Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri tengah
bergaduh besar dengan maid indonesianya...maka si suami dengan hati yg suci ingin lah jadi org PBB jap, nak tolong damaikan suasana.. maka
bertanyalah si suami ngan suara yg lembut pada isterinya..
"Apa hal ni Yang....
kenapa bising2 ni".....jawap si isteri dgn nada marah..."ni hah!!!!! seluar
dalam i hilang, tentu si Tuti(nama ni rekaan semata2) yang curi seluar dalam Gucci i yg mahal yg i beli kat
Disambut pulak oleh si suami ...." alahai Yang ni, takkan lah sebab hilang satu helai seluar dalam pun nak bising se kawasan perumahan. Dah, dah,nanti Abang belikan ganti yg lebih mahal dan seksi lagi..."
Berkata lagi si isteri... "Tapi bang, kalu sehelai i tak sakit hati sangat, ni yang hilang tu , 10 helai tau.... 10 helai !!!! (sambil tunjuk jari sepuluhnya)"
Maka terkejut beruklah si suami dengar berita ini, berpusing lah dia pada Tuti yg terkebil2 sejak tadi...dgn suara yg lebih lembut lagi ,si suami bertanya...."betul ke Tuti, kamu yang curi seluar dalam mak encik kamu ? Ingat....kamu mesti bercakap benar!!!"
Si Tuti dengan muka yang ketakutan dan suara terketar2 yg pekat dgn pelat indonesianya pun menjawaplah...."tapi...tapi...tapi... bapak
Tags: cerita kelakar, cerita lawak, lawak giler
PENUMPANG DEGIL YANG BODOH
Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke
Eh, awak siapa nak paksa saya duduk
Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya.
"Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain," pujuk ketua pramugari.
"Awak ni lagi satu. Takkan
Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.
"Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan.
"Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di
Tags: ceria kelakar, cerita lawak, lawak
Kisah kasih sayang
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....
"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
Tags: cerpen, kisah lasih sayang, adik, kakak
Jangan terlalu...
Terlalu.....
1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.
2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.
4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.
5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!
6. Terlalu banyak ketawa /gembira - merosakkan usus.
7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.
9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.
13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.
15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .
16. Terlalu banyak baca e-mail - nanti bos marah. Dah ... pegi sambung buat keje tu, jangan nak baca e-mail je. hee...he...
Tags: kata hikmah, kata lawak
Memulihkan sayang yang pudar
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
Perhubungan suami isteri mempunyai banyak cabarannya.
Bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga suami isteri harus sama-sama tahu bagaimana untuk mengukuhkannya. Sekiranya kasih sayang nampak semakin pudar, cepat-cepatlah pulihkannya.
Ini kerana jika dibiarkan, akan terus melarat sehingga mendatangkan masalah yang boleh meruntuhkan bahtera perkahwinan itu.
Teringat kisah seorang kawan yang s
Menurut Noraini, mereka tidak bergaduh tetapi dia cuma berasa suaminya tidak menyayanginya lagi. Namun begitu Ismail masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada dua orang anak.
Masalah di sini, Noraini merasakan bahawa agak sukar untuknya menjadi isteri yang terbaik kepada Ismail apabila kasih sayang itu tidak diperoleh.
Kata Noraini, Ismail cuma mahu dirinya bertindak sebagai ibu kepada anak-anaknya dan bukannya sebagai wanita, isteri dan rakan karib.
Namun, Noraini yakin Ismail masih menyayanginya dan sayangnya pada suami juga masih kental seperti awal perkahwinan, cuma masing-masing tidak pandai untuk meluah atau membajai kasih sayang tersebut membuatkan ia semakin pudar.
Inilah antara asam garam kehidupan rumah tangga yang sentiasa berada dalam ranjau dan duri, jika tidak dibaja oleh perasaan dan ikatan yang ada sebaik mungkin, maka ia akan layu dan gugur ke tanah.
Bagi membantu Noraini dan wanita lain yang mengalami nasib sama, berikut beberapa tip yang mungkin boleh memulihkan semula rumah tangganya yang semakin pudar supaya bahagia dan sejahtera.
Apa yang anda boleh dilakukan
Ø Luahkan masalah yang selama ini dipendam, pilihlah masa yang sesuai untuk berbincang mengenainya.
Ø Sentiasa mendengar apabila suami bercakap, jangan sesekali memotong atau menyampuk percakapannya. Jadi teman mendengar yang setia.
Ø Mendahulukan keperluan dan permintaan suami daripada kehendak pihak lain sekali pun anak atau saudara mara.
Ø Menjauhi kata-kata dan tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan suami.
Ø Bercuti atau menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak bagi mengeratkan perhubungan suami isteri.
Ø Berhias dan memakai bau-bauan untuk suami.
Ø Berbicara dengan nada lembut dan baik ketika bersama suami.
Ø Pamerkan wajah riang dan senyuman manis ketika suami pulang.
Ø Tunjukkan gambar-gambar di saat gembira terutama pada hari perkahwinan dan percutian bersama- sama anak-anak.
Ø Berusaha untuk melayan suami mengikut kegemaran dan kesukaannya sama ada dari segi makanan dan keperibadian.
Ø Ketika suami s
Ø Tidak mudah merajuk dan mengeluh tetapi haruslah bersabar terutama ketika hati disakiti oleh suami.
Ø Selalu berdoa kepada Allah supaya kasih sayang berpaut dan suami kembali kepada kita.
Ø Fikirkan kebaikan pasangan selama ini. Jangan cari kelemahan tetapi keistimewaan yang ada padanya sehingga jatuh cinta kepadanya dahulu. Ini akan menimbulkan kembali kasih sayang yang mendalam terhadap pasangan.
Tags: kata hikmah, perkahwinan, perhubungah, kasih sayang
Senawang, Seremban juga tidak selamat utk anak-anak
Oleh rozmal
"
Bercakap mengenai kes adik Sharlinie. Minggu lepas , rasanya hari Khamis 24 Januari 2008 berlaku satu kejadian yang mengancam ketenteraman awam di Senawang. Cerita keseluruhannya peristiwa ini tidak dapat gambaran sebenar, kerana tiada tersiar dalam akhbar. Tapi boleh sahkan dengan guru, ibu bapa, pemandu bas sekolah di Sekolah Kebangsaan Senawang, Taman Marida.
Menurut cerita seorang pemuda Melayu berusia 20an , pada mulanya merampas sebuah motosikal dari sepasang suami isteri berbangsa India. Lari ke arah sekolah. Cuba mencuri kereta salah seorang penduduk di sana. Katanya pemuda tadi tak dapat bawa sebab gear otomatik. Kemudian kacau (cuba cabul) pelajar-pelajar perempuan. Kemudian cuba merampas van sekolah (kawan saya). Pemandu van kena tumbuk.
Cerita lanjut tak diketahui. Tapi itulah hakikatnya sekarang. Bahaya di mana-mana sekarang, bukan saja di KL. Tapi di sekeliling kita. Juga di kampung, macam di Kg Gadong, Rembau tempoh hari. Yang kena bunuh tu ialah guru agama kepada emak saya sendiri.
Orang dah makin gila sekarang ini. Seolah-olah tiada kawalan langsung. Kalau lalu Dataran Senawang, litar Seri Pagi pagi hujung minggu botol arak bersepah-sepah
Kita sebagai penduduk taman, penduduk kampung mesti buat laporan, memorandum, bantahan mengikut akta dan undang-undang yang sedia ada , antaranya :
1. Menghadkan kedai menjual arak, memandangkan tempat kita ini majoriti orang Melayu.
2. Mempastikan kedai yang jual arak ini, mendapat lesen dari PBT dan Kastam. Arak ini amat bahaya apabila mereka mengambil bersama dengan dadah. Itu yang menjadikan mereka ganas, berani mati.
3. Menguatkuasakan Akta Berhimpun kepada mereka yang melepak di tempat-tempat gelap, seperti padang permainan, simpang jalan, kedai terbiar.
4. Mempastikan lesen pengiklanan arak mengikut peraturan PBT.
5. Menggesa kedai 24 jam tidak menjual arak. Ini akan hanya memudahkan mereka yang bermasalah membeli arak.
6. Menggesa PBT menyita rumah dan kedai terbiar yang dipenuhi semak samun yang boleh menjadi sarang penagih dadah. Jika tidak ada Akta, perlu diadakan Akta sebegini.
UBAH SEBELUM PARAH , CEGAH SEBELUM SESAL TAK SUDAH"
Tags: isu culik kanak-kanak, pencegahan, shazlinie, nurin
01 February, 2008
Bangang komputer
Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan > berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:
"Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?"
"Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word."
"Masalah bagaimana tu encik?"
"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."
"Hilang?"
"Ya, ia hilang."
"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"
"Kosong, tak ada apa-apa."
"Tak ada apa-apa?"
"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."
"Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?"
"Macam mana saya nak tau?"
"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"
"Apa tu si-perom?"
"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?"
"Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip."
"Adakah monitor anda ada power indicator?"
"Monitor tu apa?"
"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV."
"Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?"
"Saya tak tahu."
"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"
"Rasa-rasanya."
"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda."
"Yaa, terpasang."
"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"
"Iya ke?."
"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"
"Okay, jumpa dah."
"Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda."
"Alamak tak sampai laa."
"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"
"Tak boleh."
"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?"
"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap."
"Gelap?"
"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap."
"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."
"Tak boleh."
"Tak boleh? Kenapa?"
"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."
"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?"
"Ada... saya simpan kat dalam almari."
"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu."
"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?"
"Iya, rasa-rasanya macam itulah."
"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?"
"Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer."
Pengalaman di Highway Gua Musang
Kisah terjadi sewaktu aku dan Razman dlm perjalanan pulang dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Kereta yang aku pandu meluncur laju merentas highwayyg Gua Musang ketika itu lengang..(Pesanan Penaja: kalau boleh, jgn drive sorang2 kat area nih!)
Jam ditangan menunjukkan pukul 9 malam, kami singgah di Perhentian R & R untuk berehat dan makan malam. Selepas makan kami meneruskan perjalanan yang ternyata masih jauh lagi. Sepanjang perjalanan, aku lihat Razman kelihatan mendiamkan diri sahaja.
Kemudian aku bersuara " eh Man? senyap je..asal? kenyang sangat ke?"
Razman masih mendiamkan diri.... aku semakin suspen...(kenape dia nih?) kataku dlm hati...
Razman bersuara secara tiba-tiba...
" Is,.. kalau aku cerita seram sikit, agaknya2 kau takut tak?" tanya Razman sambil memalingkan mukanya tepat kearah aku. Serius benar wajahnya...dia
nih..lain aku tanya..lain pulak dia jawab.
"Errrr... cerita hantu ke??? eh..he..he..he... apasal tetiba je nih? citer lain takde ke? " tanya aku kehairanan, dlm hati cuak ju ak.
" takdelah..cuma, tempat kita berhenti tadi, reminds me abt satu story yg my cousin cerita kat aku dulu....." jawabnya.
"oo..kisah benar ke? ermmm.. ok..ok.. citerlah..tak takut.. eh jap..jap..aku tutup radio" kata aku sambil menekan off pada butang radio.
"... tadi kita berhenti kan...ko perasan tak ade satu parking space yg gelap tuh?"
"OoOooo... ..ok.... .so?"
" Dulu,.. cousin aku penah cerita,.. dalam pukul 2 pagi mcm tu,adalah sorang lelaki yg park kereta dia kat situ sbb mengantuk sangat.Actually, memula dia
takut jugak, sbb dia drive sorang2, tapi masa dia memula park, adalah dlm 2-3 buah kereta lagik kat situ, so,kira adelah org jugak, takdelah seram sangat.
Jadi dia pun tidolah...
........ setelah beberapa jam selepas itu, dia terjaga. Suasan senyap sunyi.. Dia memandang kekiri dan kekanan, tiada satu orang pun disitu. Ternyatalah
tinggal keretanya sahaja yang berada dikawasan gelap tersebut.."
Razman bercerita, aku kusyuk mendengarnya. Kemudian Razman menyambung lagi sambil menyalakan sebatang rokoknya.
" ... Kemudian, setelah mendapati dia tinggal seorang, hati lelaki itu mula rasa tak sedap, terus dia menghidupkan enjin keretanya. Tetapi ntah mcm mana,
kerana panik yang amat sangat, lelaki ini terasa mahu membuang air kecil pulak. Walaupun dia cuba memujuk dirinya utk bertahan hingga ke tempat lain, tetapi ternyata dia mmg tak boleh tahan...
Walaupun kakinya terasa berat utk keluar dari keretanya, tetapi dia gagahi juga..., angin diawal pagi meniup dingin.......terlalu dingin sehinggakan dia berpeluk tubuh. Lelaki itu kemudian berjalan ke arah tandas yang kurang 10 meter dari keretanya.....
Sedang dia berjalan, dia samar-samar terdengar bunyi tapak kaki dibelakangnya. Bulu romanya berdiri tegak, bunyi itu semakin kuat, seakan-akan mengekorinya.Lelaki itu menoleh......tapi....tiada siapa di belakangnya...
Dia meneruskan perjalanan.. bunyi tapak kaki kedengaran lagi.
Bunyinya tidak seperti bunyi tapak kaki manusia..... kelekuk... kelekuk... kelekuk.....
...seperti kuda. lelaki itu mula panik, terkumat kamit bibir lelaki itu membaca sesuatu... badannya mula seram sejuk.....
tiba-tiba..satu gugusan angin tiba-tiba menerpa menghembus ke mukanya....bunyi hentakan tapak semakin kuat, lelaki itu memberanikan diri untuk menoleh belakang sekali lagi.
Mahunya dia terpengsan melihat kelibat makhluk berbadan kambing berkepala manusia dibelakangnya. Wajah makhluk sungguh pucat merenung tepat
kearahnya... biji matanya berlendir ,.... mulutnya seakan terbuka, kelihatan darah menitis-nitis dari mulut makhluk itu tanpa henti, matanya merah berair,
... rambutnya panjang mengurai.....kulitnya mengelupas bernanah....
lelaki itu mahu menjerit,tetapi mulutnya seakan-akan dikunci...
Makhluk itu menghampiri dirinya...setapak demi setapak dia melangkah ....kakinya itu tidak dapat berganjak... dirinya bagai dipukau, tubuhnya tidak
dapat bergerak..., keringat sejuk mula membasahi pipinya, dia yakin makhluk itu akan membunuhnya.....
Makhluk itu semakin mendekatinya...kedengaran dengusan nafas yg sungguh menggerunkan.... .lutut lelaki itu bergetar....
Dengan pandangan yg tajam, makhluk itu membuka mulut
dan bersuara,......
DIMANA DIA ANAK KAMBING SAYA.....
ANAK KAMBING SAYA ADA DIDALAM GUA.....
DIMANA DIA BUAH HATI SAYA....
BUAH HATI SAYA,DAH KAHWIN ORANG KAYA.........
ooohhhhhhHHHHH..CHAN MALI CHAN!" CHAN MALI CHAN! CHAN
MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! KETIPONG PAYONG
"Oi! Oi!" (ader suara background lagik.....)
"CHAN MALI CHAN!" "Oi Oi "CHAN MALI CHAN!
KETIPONNNNGGGG PAYONGGGGG...oooOOOOHHHH"
Everybody!...let's sing together!!!!!!! CHAN MALI CHAN
OI OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG
PAYONG.....
Everybody..c'mon!... clap your hand!... CHAN MALI CHAN
OI
OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG PAYOOOOOONGGGGG!...
kehkehkeh....pandai korang nyanyiii...aku pun terkena juga tadik.......
Twin lawak
KONFLIK SUAMI DAN ISTERI
Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.
"Tidak!" jawab Minah.
"Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"
PAK PANDIR KE KEBUN
Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, "Kenapa Bang?"
Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."
Penemuan Mayat Bayi di Kampus
KUALA TERENGGANU – Lebih 800 pelajar perempuan sebuah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering,di sini di `kuarantin’ bagi disoal siasat ekoran penemuan mayat seorang bayi di tempat pembakaran sampah di kawasan asrama mereka.
Pihak polis terpaksa mengumpulkan mereka di dewan universiti berkenaan mulai pukul 10 pagi sehingga pukul 12 tengah hari semalam bagi mengesan kemungkinan ibu kepada bayi malang itu berada di situ.
Seorang jurucakap universiti memberitahu KOSMO!, beliau difahamkan tiada seorang pun pelajar yang disoal-siasat mengaku terlibat.
Namun, seramai 36 pelajar tidak sempat disoal-siasat kerana telah pulang ke rumah masing-masing sehari sebelum penemuan mayat bayi berkenaan.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Supritendan K. Manoharan, seorang tukang sapu berusia 30-an menjumpai mayat itu di tempat pembakaran sampah dalam keadaan separuh terbakar.
Katanya, pada petang kelmarin, tukang sapu berkenaan telah membakar sampah di situ tanpa menyedari turut membakar mayat itu.
“Tetapi apabila datang kerja keesokan harinya, dia melihat sampah yang dibakar semalam tidak rentung,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Manoharan berkata, apabila terasa kelainan pada sampah itu, lelaki berkenaan memeriksanya dan terkejut apabila ternampak mayat seorang bayi yang masih bertali pusat.
Katanya, mayat separuh terbakar itu dipercayai cukup bulan dan baru sahaja dilahirkan.
“Laporan polis berhubung kejadian berkenaan dibuat oleh tukang sapu berkenaan di Balai Polis Chendering.
“Siasatan adalah tertumpu kepada pelajar perempuan di universiti terbabit kerana mayat berkenaan ditemui di dalam kawasan asrama,” katanya.
Tambah beliau, sehingga kini ibu yang bertanggungjawab membuang bayi itu masih dicari dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyi kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit.
Sumber: Kosmo
Tags: buang bayi, mahasisiwi buang bayi
Lihat dan tanda rumah melalui satelit
Mungkin anda sudah tahu, mungkin tidak. Terdapat satu projek Web 2.0 yang bertujuan untuk memberi penjelasan terhadap semua tempat di atas muka bumi ini. Ia dinamakan WikiMapia dan telah dicipta oleh Alexandre Koriakine dan Evgeniy Saveliev, ilham timbul hasil memerhatikan kemampuan peta Google dan Wikipedia. Ia adalah satu projek yang menarik dan kita semua boleh ambil manfaat:
1. BOLEH LIHAT BUMBUNG RUMAH SENDIRI
2. BOLEH TANDA RUMAH DAN KONGSI MAKLUMAT
Peta Google yang asal tidak mencatatkan nama-nama bangunan atau kedai atau rumah. Oleh itu maklumatnya agak terhad. Dengan menggunakan WikiMapia berbagai maklumat tambahan boleh anda sendiri letakkan di kawasan mana saja yang anda mahu. Ianya suatu perkembangan menarik, dan dapat membantu sesiapa saja untuk berkongsi maklumat mengenai lokasi-lokasi tertentu. Sebagai contoh, jika anda mahu mengadakan majlis perkahwinan, anda boleh tandakan di manakah lokasi rumah anda, kemudian bolehlah kongsikan pautan khas berkaitan lokasi itu di WikiMapia.
3. BOLEH CARI MAKLUMAT TEMPAT YANG HENDAK DITUJU
klik di sini untuk melihat peta WikiMapia.
Kenapa bateri laptop cepat habis?
Mungkin anda mengalami masalah bateri yang cepat berkurangan kuasanya menurun setiap bulan sehingga 1 jam sahaja walaupun dicas penuh. Anda boleh memanjang masa penggunaan notebook jika menggunakan bateri jika anda boleh melakukan langkah di bawah.
Pertamanya, anda perlu faham bahawa kadar processor bekerja mengikut berapa banyak aplikasi yang anda jalankan. Banyak aplikasi dilancarkan lebih banyak kuasa yang digunakan. Kurangkan aplikasi tidak penting semasa menggunakan bateri. Malware juga boleh mengganggu aplikasi.
2) Elak menyambung alatan USB. Sambung alatan USB (seperti thumbdrive semasa perlu sahaja. Jika anda menggunakan removal harddisk, anda bayangkan berapa banyak kuasa yang diperlukan untuk memusingkan disk dan membaca data.
3)Intel Core (semua yang mempunyai cap Core) mempunyai bug di dalamnya yang akan menyebabkan bateri cepat habis jika alatan USB disambungkan. Dapatkan patch dari Microsoft. http://support.microsoft.com/?kbid=936357 . Tapi hanya untuk Windows original sahaja.
Tidak semestinya mengikut langkah diatas bateri tahan lama. Perlu diingat, bateri mempunyai hayat yang pendek. Mungkin selepas setahun, bateri tidak lagi boleh dicas. Maka, dapatkan bateri yang baru.
Juga penggunaan bateri. Apabila bateri sudah penuh cabut wayar adaptor,jika dibiarkan sahaja kebarangkalaian bateri cepat rosak adalah besar. Macam bateri handphone juga
Langkah-langkah ini hanya untuk memanjang tempoh penggunaan bateri pada satu-satu masa sahaja.
Kiamat Dah Dekat!!!
TANDA-TANDANYA ...
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. " - Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi? wanita" -
Ibnu Majah
~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...
4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda? telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian? wanita &
apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...
10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah?
yg popular skarang nie...
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar."
-Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq ...
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai?" - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...
Perbanyakkan amal dan jauhi maksiat!
Review Ebook: Rahsia Perniagaan Digital
Ebook terbaru dari tulisan Zamri Nanyan. Zamri Nanyan adalah seorang graduan berkelulusan luar negara yang hanya bekerja dari rumah sebagai Usahawan internet yang berjaya.
Beliau adalah "otai" usahawan internet Malaysia yang telah berjaya meletakkan namanya di arena usahawan internet antarabangsa dengan blueprint tulisan beliau yang popular iaitu "online profit made simple" yang diiktiraf di luar negara.
Pada mulanya memang saya kurang percaya!
Tetapi apabila saya mula membaca testimoni daripada Internet Marketer Malaysia yang
diberikan di laman web beliau, saya yakin yang ini merupakan salah satu ebook yang
MESTI saya punyai pada tahun ini.
Ya, saudara Zamri Nanyan baru sahaja menerbitkan sebuah ebook hebat yang bertajuk "Rahsia Perniagaan Digital".
Dan beliau membongkar rahsia perniagaan internet ini yang memang jarang dibincangkan
di dalam ebook tempatan berbahasa Malaysia.
"Daripada sebuah jualan produk digital, anda mampu mencipta satu peluang menjana pendapatan tanpa henti di Internet dan anda tidak perlu bersaing dengan "mat-mat saleh" di luar sana sekiranya itu yang anda mahu" - kata Zamri.
Ini cuma salah satu rahsia yang Zamri Nanyan bongkar. Ada beberapa lagi rahsia perniagaan internet ini yang dibincangkan di dalam ebook padat "Rahsia Perniagaan Digital" ini.
Di antaranya...
1. Bagaimana untuk mendapatkan produk informasi tempatan dengan murah untuk dijual di Internet
– Anda boleh mencipta produk informasi anda sendiri seperti ebook atau menggunakan cara yang akan bongkarkan di sini. Cara kedua adalah lebih mudah dan menguntungkan.
2. Bagaimana untuk menerima pembayaran melalui Internet – Anda perlu tahu bagaimana utnuk menerima pembayaran secara Online jika anda menjual produk anda sendiri. Terdapat 3 cara yang digunakan tetapi mana satu yang sangat sesuai untuk pasaran tempatan? Gagal untuk memahami perkara ini akan menyebabkan anda rugi 80% dari perolehan anda.
3. Bagaimana untuk mencipta pelbagai saluran pendapatan melalui Internet tanpa perlu
mengeluarkan 10-20 produk anda sendiri - Ianya semudah membina link ke beberapa laman web pilihan anda. Anda akan mempelajari kemahiran ini di akhir ebook ini nanti.
...dan banyak lagi rahsia yang dibongkar.
Jadi, pastikan anda membuat pesanan sekarang sebelum saingan anda mendapatkannya.
Oh ya, disebabkan ebook "Rahsia Perniagaan Digital" ini baru sahaja dilancarkan, saudara Zamri Nanyan menawarkan harga istimewa kepada pembeli sekiranya
anda membuat pembelian di antara 1-3 Februari.
Pada 3 hari istimewa ini, ebook "Rahsia Perniagaan Digital" akan dijual pada harga RM30 atau USD$9 dan harganya akan dinaikkan kembali kepada harga asal pada RM37 (USD$9.97) pada 4 Februari.
Jadi... jangan lepaskan peluang ini.
Pesan sekarang di http://www1.bisnesdigital.com
ps. Berikut ialah apa yang Gobala Krishnan ulas mengenai ebook "Rahsia Perniagaan Digital":
Saya memperolehi USD$ 7,776 dalam masa 4 bulan dengan menjual sebuah ebook 12 muka surat di dalam pasaran tempatan, dan saya menggunakan beberapa teknik yang diajar oleh Zamri Nanyan di dalam ebooknya "Rahsia Perniagaan Digital" - Gobala.
Ayat 1000 dinar
-->KLIK DI SINI UNTUK MUATTURUN "AYAT 1000 DINAR"<--
Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal. Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakkal. Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar. Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Saya pernah menguji seorang peniaga yang menampal banyak pelekat ayat 1000 dinar di sekitar meja juruwang di kedainya, apa yang dia faham mengenai ayat itu. Peniaga itu menjawab, dia tidak tahu apa maksud ayat 1000 dinar itu, tetapi dia menampal pelekat ayat itu dengan harapan akan beroleh keuntungan besar. Pada hari Jumaat, peniaga itu tidak sembahyang Jumaat kerana sebok melayan pelanggan dikedainya. Adakah itu cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar?
Bagi saya, mengamalkan ayat 1000 dinar ini adalah dengan mengikuti dan menta'ati ajaran yang terkandung di dalam nya, iaitu bertaqwa dan bertawakkal. Maka jika kita berhajat untuk mengamalkan ayat 1000 dinar, maka kita hendaklah mempelajari dengan lebih mendalam apakah yang dimaksudkan taqwa dan tawakkal, kemudian kita mengamalkan taqwa dan tawakkal pada setiap masa dalam hidup kita. Tak perlu nak tampal pelekat atau mengulang-ulang menyebutnya, sedangkan pengajaran yang dianjurkan dalam ayat 1000 dinar itu tidak diikuti.
Manusia makhluk paling mulia
DAN sesungguhnya Kami sudah memuliakan anak-anak Adam dan Kami sudah beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan di laut serta kami sudah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik serta Kami sudah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang sudah Kami ciptakan. (al-Isra:70)
Siapakah manusia menurut kaca mata materialisme?
Sesungguhnya manusia pada pandangan pendokong materialisme berasal daripada segumpal tanah bumi. Daripada bumi dia muncul, atas bumi dia berjalan, daripada bumi dia makan dan ke dalam bumi dia kembali.
Manusia adalah satu makhluk tersusun daripada daging, darah, tulang, urat-urat, aneka sistem, kelenjar dan sel.
Akal fikiran hanyalah satu benda yang dikeluarkan oleh otak sebagaimana hati mengeluarkan cecair hempedu atau sebagaimana buah pinggang memproses dan mengeluarkan air kencing.
Bumi yang menjadi tempat manusia tinggal, hanyalah satu planet kecil antara kumpulan planet matahari, iaitu satu kumpulan dari beberapa banyak kumpulan planet besar yang terdapat dalam alam semesta yang dianggarkan beratus juta banyaknya.
Demikian kita diberitahu oleh ilmu falak moden. Kita dapat tahu daripada Cooper Nicks bahawa manusia adalah suatu yang terlalu kecil di dalam alam yang besar ini.
Darwin dan ahli geologi sudah mensabitkan kepada kita bahawa manusia juga suatu makhluk yang kerdil dari sudut masa. Ini kerana usia bumi berlanjutan hingga beratus-ratus juta tahun, maka apakah nilai 100 tahun atau beberapa ratus tahun yang dihabiskan manusia dalam hidupnya?
Itulah nilai manusia dari aspek tempat dan masa dari kaca mata materialisme (pendokong mazhab kebendaan).
Mereka tidak memberikan keistimewaan kepada manusia dengan apa yang dinamakan oleh orang lain dengan roh Ilahi atau jiwa yang boleh bertutur.
Pada pandangan mereka, manusia hanyalah satu rangka tubuh badan haiwan yang bergerak. Apakah harga tubuh badan yang dikatakan manusia itu?
Darwin dan Frued mendakwa manusia adalah adik-beradik serangga dan saudara monyet. Mereka hanya melihat manusia dari sudut zahir saja.
Mereka hanya mengenali manusia sebagai tanah liat yang berubah warna dan baunya. Tabiat manusia adalah semakin mendap ke bawah, bukannya naik ke atas.
Ringkasnya manusia adalah haiwan yang berevolusi, meningkat dari satu tahap ke satu tahap hingga sampai ke tahap kedudukannya sekarang.
7 Dangerous act after meal
DON'T ACT THE 7 ACTIONS BELOW
AFTER YOU HAVE A MEAL
* Don't smoke- Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher).
* Don't eat fruits immediately - Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruit 1-2 hr after meal or 1hr before meal.
* Don't drink tea - Because tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest.
* Don't loosen your belt - Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted & blocked.
* Don't bathe - Bathing after meal will cause the increase of blood flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. This will weaken the digestive system in our stomach.
* Don't walk about - People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system to be unable to absorb the nutrition from the food we intake.
* Don't sleep immediately - The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine.
FINALLY DONT JUST KEEP THIS EMAIL . . ...
PLEASE FORWARD IT TO YOUR FRIENDS. LET THEM BE AWARE!! !
Malam pertama malam yang terindah
Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat tingkah laku istrinya, yang pada malam pertama membuka jendela dan menatap ke langit melihat bintang-bintang.
Dengan jengkel suaminya berkata...
"Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama kita ini?" Jawab sang istri,
"Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah selama hidup saya. Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan malam ini, aku akan menatapnya sampai pagi."
Cucu dan nenek
Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan yang tak sepatutnya...
"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."
Tags: cerita kelakar, cerita lawak
Subscribe to:
Posts (Atom)