adsense

01 February, 2008

Manusia makhluk paling mulia



“DAN sesungguhnya Kami sudah memuliakan anak-anak Adam dan Kami sudah beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan di laut serta kami sudah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik serta Kami sudah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang sudah Kami ciptakan.” (al-Isra’:70)


Siapakah manusia menurut kaca mata materialisme?

Sesungguhnya manusia pada pandangan pendokong materialisme berasal daripada segumpal tanah bumi. Daripada bumi dia muncul, atas bumi dia berjalan, daripada bumi dia makan dan ke dalam bumi dia kembali.

Manusia adalah satu makhluk tersusun daripada daging, darah, tulang, urat-urat, aneka sistem, kelenjar dan sel.

Akal fikiran hanyalah satu benda yang dikeluarkan oleh otak sebagaimana hati mengeluarkan cecair hempedu atau sebagaimana buah pinggang memproses dan mengeluarkan air kencing.

Bumi yang menjadi tempat manusia tinggal, hanyalah satu planet kecil antara kumpulan planet matahari, iaitu satu kumpulan dari beberapa banyak kumpulan planet besar yang terdapat dalam alam semesta yang dianggarkan beratus juta banyaknya.

Demikian kita diberitahu oleh ilmu falak moden. Kita dapat tahu daripada Cooper Nicks bahawa manusia adalah suatu yang terlalu kecil di dalam alam yang besar ini.


Darwin dan ahli geologi sudah mensabitkan kepada kita bahawa manusia juga suatu makhluk yang kerdil dari sudut masa. Ini kerana usia bumi berlanjutan hingga beratus-ratus juta tahun, maka apakah nilai 100 tahun atau beberapa ratus tahun yang dihabiskan manusia dalam hidupnya?

Itulah nilai manusia dari aspek tempat dan masa dari kaca mata materialisme (pendokong mazhab kebendaan).

Mereka tidak memberikan keistimewaan kepada manusia dengan apa yang dinamakan oleh orang lain dengan roh Ilahi atau jiwa yang boleh bertutur.

Pada pandangan mereka, manusia hanyalah satu rangka tubuh badan haiwan yang bergerak. Apakah harga tubuh badan yang dikatakan manusia itu?

Darwin dan Frued mendakwa manusia adalah adik-beradik serangga dan saudara monyet. Mereka hanya melihat manusia dari sudut zahir saja.

Mereka hanya mengenali manusia sebagai tanah liat yang berubah warna dan baunya. Tabiat manusia adalah semakin mendap ke bawah, bukannya naik ke atas.

Ringkasnya manusia adalah haiwan yang berevolusi, meningkat dari satu tahap ke satu tahap hingga sampai ke tahap kedudukannya sekarang.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin