adsense

02 February, 2008

Senawang, Seremban juga tidak selamat utk anak-anak



Oleh rozmal

"
Bercakap mengenai kes adik Sharlinie. Minggu lepas , rasanya hari Khamis 24 Januari 2008 berlaku satu kejadian yang mengancam ketenteraman awam di Senawang. Cerita keseluruhannya peristiwa ini tidak dapat gambaran sebenar, kerana tiada tersiar dalam akhbar. Tapi boleh sahkan dengan guru, ibu bapa, pemandu bas sekolah di Sekolah Kebangsaan Senawang, Taman Marida.

Menurut cerita seorang pemuda Melayu berusia 20an , pada mulanya merampas sebuah motosikal dari sepasang suami isteri berbangsa India. Lari ke arah sekolah. Cuba mencuri kereta salah seorang penduduk di sana. Katanya pemuda tadi tak dapat bawa sebab gear otomatik. Kemudian kacau (cuba cabul) pelajar-pelajar perempuan. Kemudian cuba merampas van sekolah (kawan saya). Pemandu van kena tumbuk.

Orang ramai mula kejar dan tangkap pemuda tadi. Kena belasah teruk pemuda tadi. Lepas tu peronda polis datang dan bawa pemuda tadi ke balai.

Kawan saya, kena gigit kaki dia oleh pemuda tadi , ketika bergelut. Pemuda tadi bersikap amat ganas, liar.

Cerita lanjut tak diketahui. Tapi itulah hakikatnya sekarang. Bahaya di mana-mana sekarang, bukan saja di KL. Tapi di sekeliling kita. Juga di kampung, macam di Kg Gadong, Rembau tempoh hari. Yang kena bunuh tu ialah guru agama kepada emak saya sendiri.

Orang dah makin gila sekarang ini. Seolah-olah tiada kawalan langsung. Kalau lalu Dataran Senawang, litar Seri Pagi pagi hujung minggu botol arak bersepah-sepah

Kita harus bangkit, jangan harapkan orang lain buat kerja. Jangan harap JKKK, AJK Taman, AJK Rukun Tetangga atau polis saja buat kerja.

Kita sebagai penduduk taman, penduduk kampung mesti buat laporan, memorandum, bantahan mengikut akta dan undang-undang yang sedia ada , antaranya :

1. Menghadkan kedai menjual arak, memandangkan tempat kita ini majoriti orang Melayu.
2. Mempastikan kedai yang jual arak ini, mendapat lesen dari PBT dan Kastam. Arak ini amat bahaya apabila mereka mengambil bersama dengan dadah. Itu yang menjadikan mereka ganas, berani mati.
3. Menguatkuasakan Akta Berhimpun kepada mereka yang melepak di tempat-tempat gelap, seperti padang permainan, simpang jalan, kedai terbiar.
4. Mempastikan lesen pengiklanan arak mengikut peraturan PBT.
5. Menggesa kedai 24 jam tidak menjual arak. Ini akan hanya memudahkan mereka yang bermasalah membeli arak.
6. Menggesa PBT menyita rumah dan kedai terbiar yang dipenuhi semak samun yang boleh menjadi sarang penagih dadah. Jika tidak ada Akta, perlu diadakan Akta sebegini.

Banyak lagi langkah pencegahan yang boleh difikirkan , disamping kita menubuhkan Skuad Cegah Jenayah, Rukun Tetangga dan sebagainya.
UBAH SEBELUM PARAH , CEGAH SEBELUM SESAL TAK SUDAH"



No comments:

Blog Widget by LinkWithin