adsense

13 March, 2008

Melepasi website kena block di pejabat.



Anda online di pejabat? Tak boleh myspace,friendster,youtube dan lain-lain?

Lagi website untuk melepasi URL yang kena block oleh server intranet di pejabat. Boleh melepasi Chat,Myspace,friendster,youtube dan lain-lain.

>>>>http://salesorent.com<<<

Kongsi dengan kawan-kawan dan selamat bergumbira..

11 March, 2008

Tinggal kenangan



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tadika Kemas di Kedah, dari dua kacamata



Teruskan Tadika Kemas, kami tidak pernah arah tutup - MB Kedah
Helmi Khalid
Mon | Mar 10, 08 | 11:55:59 am MYT


ALOR STAR, 10 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengarahkan semua Tadika Kemas di negeri ini mengekalkan premis masing-masing tanpa perlu berpindah, mengeluarkan barang sebaliknya meneruskan pengajian seperti biasa.

Beliau berkata, beliau sendiri atau pihak PAS tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian rupa sebaliknya akan memikirkan beberapa langkah untuk memantapkan lagi pusat pengajian pra sekolah tersebut.

Katanya, beliau juga telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Yusuf Husin untuk menghantar surat kepada kesemua 15 PAS Kawasan untuk memastikan Tadika Kemas di kawasan masing-masing meneruskan sesi pengajian seperti biasa dan jangan terpengaruh dengan mana-mana arahan selain dari arahan kerajaan negeri.

"Kita berterima kasih kepada semua guru-guru Kemas yang telah lama berjasa kepada masyarakat, kita tidak akan tutup Tadika Kemas, ini tidak betul, jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan, PAS tidak akan tutup Tadika Kemas," tegas beliau lagi.

Ustaz Azizan berkata demikian ketika ditemui di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, dekat sini selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.

Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan bahawa PAS Kedah telah mengarahkan Tadika Kemas ditutup dan telah menimbulkan tanggapan negatif terhadap PAS dan ternyata tidak betul. - mr

Air mata Tok Guru berMuhanajat kepada Allah S.W.T.



Gambar-gambar semasa Munajat Perdana 'Memohon Kemenangan Kerajaan Islam di
Kelantan' ketakwaan dan ketokohan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi kelebihan mempertahankan kemenangan di Kelantan.

"Ya ALLAH Ya Tuhanku, Aku tidak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu
diKelantan ini Ya Allah, kerna amat kuat serangan yang datang dari pelbagai
cara, Oleh itu Aku meminta kepadamu Ya Allah, Kau pertahankan agamaMU
sebagaimana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan tentera abrahah"- Doa
Tok Guru.

Rakyat Kelantan - GUA TABIK.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Cara nak baca email peribadi di pejabat



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mandi Wajib

Mandi Wajib yang betul - JAKIM
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

09 March, 2008

Kuasa rakyat kejutkan BN



Walaupun BN menggunakan 100% media perdana untuk berkempen tetapi rakyat tetap bernekad mahu melakukan perubahan pada pilihanraya kali ini. BN mengekalkan kuasa Parlimen tetapi dengan majoriti yang berkurangan

5 negeri yang dikuasai pakatan pembangkang iaitu Kelantan,Kedah,Pulau Pinang, Selangor dan juga Perak.

Johor yang juga kubu kuat BN juga bocor kepada pakatan pembangkang apabila DAP memenangi 4 kerusi dan 2 kerusi calon PAS di Dun Maharani dan Sg Abong.

Hanya Sabah dan Sarawak yang melihat BN menang besar.

Menteri yang dipaksa turun oleh rakyat ialah Menteri jabatan KerjaRaya, Samy Vellu,Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, juga 10 orang timbalan Menteri yang tewas.

Presiden Parti yang tewas selain Presin MIC Samy Vellu, pemangku Gerakan, Dr Koh Tsu Koon yang kalah teruk di Batu Kawan.

Walau bagaimanapun Pak Lah, Najib menang dengan majoriti besar dan Wan Azizah juga melebarkan kemenangan dengan majoriti besar menewaskan Imam Firdaus. Tok Guru Nik Aziz dan Hj Hadi Awang berjaya memenangi kerusi DUN dan Parlimen walaupun terdapat sedikit kekecohan di Trengganu sehingga anak Hj Hadi bersama 21 orang yang lain ditahan Polis kerana merusuh dalam usaha membenteras pengundi hantu. Menantu Pak Lah,Khairy Jamaluddin menang tetapi dengan majoriti yang semakin kurang berbanding Pilihanraya yang lepas manakala Nurul Izzah berjaya memenangi hati pengundi.

Dengan fenomena bersejarah ini,pertama kali sejak pilihanraya diadakan sejak 1955, di harap kerajaan BN dapat tersedar dari tidur dan jangan mempermudahkan kehendak rakyat yang kini berani melakukan perubahan. Takziah kepada BN dan tahniah kepada pakatan pembangkang. Sama-samalah memajukan Malaysia!

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 2008

NEGERI PARLIMEN DUN
BN PEMBANGKANG BEBAS BN PEMBANGKANG BEBAS
W.P. KL 1 10 0 0 0 0
W.P. PUTRAJAYA 1 0 0 0 0 0
W.P. LABUAN 1 0 0 0 0 0
PERLIS 3 0 0 14 1 0
KEDAH 4 11 0 14 21 1
PENANG 2 11 0 11 29 0
PERAK 13 11 0 29 30 0
SELANGOR 5 17 0 20 36 0
NEGERI SEMBILAN 5 3 0 21 15 0
MELAKA 5 1 0 23 5 0
JOHOR 25 1 0 50 6 0
KELANTAN 2 12 0 6 39 0
TERENGGANU 7 1 0 24 8 0
PAHANG 12 2 0 37 4 1
SARAWAK 29 1 0 0 0 0
SABAH 22 1 0 56 1 0
JUMLAH 137 82 0 305 195 2

Sumber Keputusan Berita Harian online.

07 March, 2008

Penang panas!!!









Tatacara mengundi



Kepada pengundi baru.

1. Sila gunakan tanda X di sebelah calon anda. Ngam-ngam dalam kotak tu, jangan terlebih nanti dikira undi rosak. Jangan tanda V atau apa-apa tanda lain.

2. Ada 2 kotak undi iaitu satu untuk Parlimen dan satu untuk DUN (Dewan undangan Negeri)bermakna anda kena pangkah 2 helai kertas undi.

3. Undi adalah rahsia, walau pun selepas undi.

4. Paling mustahak, jangan lupa bawa ni:

Selepas pilihanraya



Binatang pun saling sayang menyayangi. Di harap tiada perpecahan selepas PRU12 sesama masyarakat,jiran,adik beradik,suami isteri...walau apa pun keputusannya kelak.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Funny and cool keyboards



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tidak mustahil keputusan pilihan raya memeranjatkan



A Kadir Jasin
Fri | Mar 07, 08 | 7:28:07 am MYT

Lojiknya, majoriti pemilih Malaysia seramai 10.92 juta sudah pun membuat keputusan mengenai tindakan mereka pada hari Sabtu, 8 Mac ini. Saya rasa mereka boleh dibahagikan kepada kategori berikut:

1. Yang sudah membuat keputusan tidak akan keluar mengundi;

2. Yang akan mengundi Barisan Nasional;

3. Yang akan mengundi pembangkang;

4. Yang akan membahagikan undi antara BN dan Pembangkang di nama pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri diadakan; dan

5. Yang akan merosakkan undi sebagai tanda protes.

Tidak memeranjatkan sekiranya bilangan pemilih yang tidak keluar mengundi tinggi kali ini. Pada pilihan raya lalu, purata pemilih yang keluar mengundi adalah 73.9 peratus bagi Parlimen dan 74.99 peratus bagi DUN – antara peratusan tertinggi dalam sejarah PRU.

Peratus yang keluar mengundi lebih tinggi di negeri-negeri yang persaingan antara BN dan pembangkang sengit seperti Terengganu, Perlis, Kedah dan Kelantan.

Pulau

Besar kemungkinan mereka yang akan memulaukan PRU kali ini terdiri daripada pengundi atas pagar yang dalam PRU lalu memilih BN dan ahli Umno yang tidak puas hati dengan kepemimpinan parti atau dengan calon.

Sekiranya andaian ini menjadi kenyataan pada 8 Mac nanti, BN amnya dan Umno khasnya mungkin menghadapi keadaan yang membimbangkan di negeri-negeri di mana saingan dengan PAS adalah sengit dan kemenangannya pada PRU 2004 tipis.

Kategori kedua dan ketiga terdiri daripada ahli setia parti yang tetap akan mengundi parti mereka walaupun tidak puas hati. Fenomena ini meluas di kalangan ahli PAS dan ahli Umno di luar bandar.

Percubaan mengubah pendirian mereka adalah sukar kerana mereka percaya sepenuhnya kepada apa ucapkan oleh pembesar parti mereka sama ada secara langsung atau melalui laporan media massa.

Percaya Harakah

Ahli Umno dalam kategori ini percaya sepenuhnya kepada laporan media arus perdana manakala ahli PAS percaya kepada Harakah dan saluran maklumat berasaskan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) yang kini luas digunakan oleh parti itu.

Didesak keadaan, PAS dan parti-parti pembangkang adalah lebih canggih dan maju daripada BN di dalam penggunaan pelantar ICT seperti laman-laman berita Internet, Web TV, blog dan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk berkempen.

Amalan membahagi-bahagian undi antara BN dan pembangkang bukan perkara baru. Ia berlaku agak berleluasa di kalangan pengundi bandar dan pengundi-pengundi negeri maju. Pilihan mereka banyak dipengaruhi oleh mutu calon yang dikemukakan.

Kaedah ini paling ketara di Pulau Pinang di mana pemilih memberi undi kepada pembangkang untuk kerusi Parlimen dan kepada BN bagi kerusi DUN.

Amalan ini meluas di kalangan pemilih Cina yang mahu memastikan BN menang supaya dengan itu terus mengekalkan seorang calon Cina sebagai Ketua Menteri tetapi pada masa yang sama sentimen mereka terhadap pembangkang tetap kuat.

Aliran ini juga telah mula kelihatan di kawasan-kawan bandar di negeri-negeri yang lebih maju di mana pemilih tidak bergantung sangat kepada pemberian BN dan pada masa yang sama terdedah kepada saluran maklumat yang lebih luas dan bebas.

Tanda protes

Kategori yang terakhir adalah mereka yang berasa mereka perlu keluar mengundi tetapi sengaja merosakkan undi mereka sebagai tanda protes.

Teori undi protes dalam bentuk undi rosak (undi ditolak) ini tidak boleh diketepikan begitu saja kerana alirannya jelas. Ambil contoh kerusi Parlimen Pendang dan Sik di Kedah pada PRU 2004.

Di Pendang, daripada 49,193 kertas undi yang dikeluarkan, hanya 383 ditolak. Tetapi di Sik, daripada 31,682 kertas undi yang dikeluarkan, 1,287 diisytiharkan rosak. Di Pendang PAS menang dan di Sik BN menang, kedua-duanya dengan majoriti yang sangat tipis.

Teori undi protes ini lebih berwibawa jika kita melihat pengundian di kawasan bandar di mana kemungkinan undi menjadi rosak secara tidak sengaja adalah kecil.

Di Bukit Mertajam misalnya, daripada 45,442 kertas undi yang dikeluarkan, 1,148 rosak manakala di Taiping daripada 44,821 kertas undi, 1,337 rosak.

Tindak tanduk pengundi atas pagar dan ketidakpuasan hati ahli parti dengan kepemimpinan dan calon serta jentera pilihan raya yang compang-camping akan mempengaruhi keputusan pengundian.

Keputusan memeranjatkan

Manakala setiap parti dan calon mempamerkan keyakinan yang tinggi melangit, hakikatnya banyak yang bimbang, takut-takut PRU kali ini menghasilkan keputusan yang memeranjatkan seperti:

1. BN kehilangan majoriti dua-pertiga di Parlimen. Walaupun ini mungkin tidak menjadi kenyataan, ramalan rambang ialah Pembangkang mungkin memenangi sehingga 50 kerusi;

2. PAS kehilangan Kelantan dan gagal menawan semula Terengganu atau BN gagal sekali lagi menakluki Kelantan tetapi kehilangan Terengganu;

3. Pembangkang membelasah BN di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang; dan

4. Kekalahan calon-calon sensasi dan berprofil tinggi seperti berlaku pada PRU 1969 dan 1999.

Selamat mengundi buat semua. - www.kadirjasin.blogspot.com

Koleksi lawak pendek



Bihun Vs Mee
bihun sangat cemburukan mee. walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa.
malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum,
"dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!"
hari2 berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.
sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain.
bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.
hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti.
bihun rasa marah dah berteriak;
"hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"


Teknik nak jimat parking

Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15.000

"Encik....pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? Tanya eksekutif pinjaman bank itu.

"Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya," Kata Zul

Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan ke kawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.

Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.

"Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50" Kata eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya.

"Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?" kata eksekutif itu.

Zul berpaling dan tersenyum. "Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur . Hanya RM 25.50 untuk dua minggu." jawabnya.


Nenek tertipu

"Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.

Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."

Antara Datuk, Kempen Undi dan Hipokrasi




*dari berita harian
Turun padang bantu teman suami berkempen pilihan raya

TERPAMPANG di setiap akhbar arus perdana menyiarkan berita dirinya yang turut membantu calon bertanding berkempen untuk pilihan raya yang bakal menjelang Sabtu ini. Dengan berbaju kurung serta berselendang, Datuk Siti Nurhaliza kelihatan tidak kekok untuk bersama-sama menjayakan kempen serta bertemu orang ramai yang nyata teruja melihat kehadirannya.

Senyuman manis yang sentiasa terukir di wajahnya kala bertemu pengundi serta keramahannya membuatkan kehadiran Siti disenangi. Malah, jika ada yang tidak tahu perkara sebenar pasti menyangkakan yang si pelantun Biarlah Rahsia ini persis calon yang bertanding.

Tetapi bagi Siti kehadirannya dalam acara sebegini adalah sekadar membantu teman-teman suaminya yang dicalonkan, bukannya kerana dia ingin bergiat serius dalam bidang politik.

"Tidak, Siti tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang politik. Sebaliknya Siti hanya membantu menjayakan kempen terbabit. Maklumlah, kebanyakan kawasan yang Siti pergi itu semuanya adalah kawasan sahabat suami Siti.

"Jadi apalah salahnya jika Siti turut turun padang menemani suami. Bukan Siti yang berkempen sebenarnya tetapi sekadar membantu dan menyatakan sokongan moral. Itu saja," ujar Siti ketika dihubungi Hip kelmarin.

Tetapi yang pelik tapi benar:

Wow bagus rupanya Datuk Siti ni, memberi semangat dan perangsang kepada
rakyat jelata supaya keluar mengundi. Tapi Datuk Siti mengundi di mana ya?
Di KL ataupun di Pahang? Jom kita check..


Ini dia kad pengenalan Siti.



w0key.. jom kita letak no KP dia kat* Daftar Pengundi SPR*

http://daftarj.spr.gov.my




Tak pernah daftar rupanya Dato Sini ni..baguslah sekurang-kurangnya selamat satu undi.huhu.

Gambar Yani mentor berkahwin



Tahniah kepada Yani Mentor yang telah bernikah dengan pemuda pilihan beliau.

Gambar Yani Mentor berkahwin

Lubang besar di dunia





Dunia ibarat sebuah pulau yang disinggah



Dunia ini adalah ibarat sebuah kapal layar yang sedang menuju ke sebuah pelabuhan yang aman, iaitu akhirat. Kapal yang sedang dilayari ini tidak diketahui datangnya dari alam mana.

Ditengah-tengah pelayaran, kapal ini berhenti di sebuah pulau bernama "Dunia". Di sini penumpang-penumpangnya berehat sementara bagi mencukupkan sebarang keperluan kecil dalam pelayaran seterusnya ke pelabuhan bahagia.

Rumput-rumput di pulau persinggahan ini terlalu indah, pantainya putih bersih . Sesiapa yang memandang pasti terpesona dengan keindahan dan kenikmatan yang terdapat di pulau ini.

Kapten kapal mengizinkan para penumpangnya turun sebentar untuk beristirehat sambil melihat-lihat. Beliau berpesan, jangan ada daripada mereka yang lalai apabila terdengar isyarat kapal akan meneruskan pelayarannya. Ini kerana bila tiba masa untuk belayar, kapal akan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan.

Semua penumpang pun turun dari kapal dan meninjau-ninjau keindahan dan kecantikan pulau tersebut. Ada sebahagian dari mereka menikmati kenikmatan dan keindahan pulau dengan sebaik yang mungkin dan ada ramai pula yang leka. Sebahagiannya patuh kepada peringatan kapten, tetapi sebahagiannya lalai dan terleka dan mendapati tempatnya dikapal itu telah diduduki orang. Mereka yang ingat kepada arahan kapten, berusaha sebaik munggunakan segala kenikmatan dan keindahan pulau ini. Ada yang mengambil bunga-bunga yang cantik berseri lagi mewangi untuk dibawa belayar bersama. Ada yang mengambil air yang bersih dan jernih sebagai bekalan semasa pelayaran dan ada juga sebahagian dari mereka yang mengambil lampu-lampu yang indah bercahaya untuk menghiasi penginapan mereka sekembali mereka ke kapal. Namun begitu masih terdapat sebahagian besar daripada mereka yangterus leka dan lalai dan lupa bahawa pelayarannya masih jauh. Dia terpengaruh kerana terpesona dengan keindahan pulau yang disinggahinya itu, seolah-olah tiada tempat lain lagi seindah itu. Mereka menikmati makanan-makanan yang enak di pulau tersebut sehingga tidak sedar bahawa masa untuk meneruskan pelayaran hampir tiba. Ada yang sedang leka bermain di tepi pantai yang indah, ada yang sedang leka bemain ditaman-taman yang dihiasi bunga-bunga yang cantik lagi berseri, ada juga di kalangan mereka yangsedang enak menjamu selera sehingga terlupa akan pesanan kapten kapal tadi.

Berkali-kali loceng kapal dibunyikan memanggil penumpang naik ke kapal, tetapi mereka membuat endah tak endah sahaja dengan panggilan itu. Malah ada di kalangan mereka yang terdengar akan loceng peringatan itu tetapi mereka buat tidak endah. Bagi mereka tiada tempat lain yang lebih cantik, indah dan seronok selain pulau ini. ( Dunia). Akhirnya, bila tiba masa seperti yang telah ditetapkan, maka kapal membongkar sauhnya dan belayar menuju alam aman dan bahagia, sedangkan yang lain tinggal di pulau itu.

Apabila mereka telah berjalan dari pangkal ke hujung pulau itu, barulah disedari bahawa pulau itu bukan tempat sebenar yang dituju. Disitu dia dikeliling air, dia menyesal, tetapi penyesalan itu tidak berguna lagi. Kapal telah semakin jauh meninggalkannya. Mereka menangis dan meraung meminta diambil semula.

Orang-orang tiada lagi yang jadi kawan, dan kapal lain tiada lagi yang datang. Sesal bertimpa-timpa, hari bertambah gelap, malam menyerkup suasana. Segala keindahan dan kecantikan di pulau tersebut semakin hilang dari pandangan. Taman-taman yang dihiasi dengan bunga-bunga yang berseri dan harum mewangi kini hilang serinya dan baunya juga bertugar ganti. Tiada lagi haruman, tiada lagi kecantikan dan keindahan untuk dinikmati. Suasana yang indah berseri telah bertukar ganti. Maka berkeliaranlah ular, kala, lipan dan binatang-binatang berbisa keluar dari sarangnya hendak menerkam dan menggigit. Makin lama makin bertambah banyak mengancam. Kini baru mereka sedar bahawa pulau yang dinamakan "dunia" itu tidak membawa kebahagian yang berkekalan. kenikmatan dan keseronokan yang mereka nikmati hanyalah sementara sahaya. Barulah mereka sedar jika mereka patuh pada peringatan kapten kapal tadi sudah tentu mereka tidak akan menghadapi keseksaan di kecam binatang-binatang yang berbisa. Penyesalan yang timbul sudah tiada erti lagi kerana kapal tersebut tidak akan kembali untuk mengambil mereka. Tinggallah mereka yang leka di pulau tersebut dan menghadapi serangan binatang-binatang buas tersebut.

" Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Melainkan bagi mereka yang beriman dan mengerjakan perbuatan yang baik; dan mewasiatkan (mengingatkan) satu sama lain dengan kebenaran serta mewasiatkan satu sama lain supaya berhati teguh (Taqwa).

Al-Ashr
Blog Widget by LinkWithin