adsense

11 March, 2008

Tadika Kemas di Kedah, dari dua kacamata



Teruskan Tadika Kemas, kami tidak pernah arah tutup - MB Kedah
Helmi Khalid
Mon | Mar 10, 08 | 11:55:59 am MYT


ALOR STAR, 10 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengarahkan semua Tadika Kemas di negeri ini mengekalkan premis masing-masing tanpa perlu berpindah, mengeluarkan barang sebaliknya meneruskan pengajian seperti biasa.

Beliau berkata, beliau sendiri atau pihak PAS tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian rupa sebaliknya akan memikirkan beberapa langkah untuk memantapkan lagi pusat pengajian pra sekolah tersebut.

Katanya, beliau juga telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Yusuf Husin untuk menghantar surat kepada kesemua 15 PAS Kawasan untuk memastikan Tadika Kemas di kawasan masing-masing meneruskan sesi pengajian seperti biasa dan jangan terpengaruh dengan mana-mana arahan selain dari arahan kerajaan negeri.

"Kita berterima kasih kepada semua guru-guru Kemas yang telah lama berjasa kepada masyarakat, kita tidak akan tutup Tadika Kemas, ini tidak betul, jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan, PAS tidak akan tutup Tadika Kemas," tegas beliau lagi.

Ustaz Azizan berkata demikian ketika ditemui di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, dekat sini selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.

Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan bahawa PAS Kedah telah mengarahkan Tadika Kemas ditutup dan telah menimbulkan tanggapan negatif terhadap PAS dan ternyata tidak betul. - mr

6 comments:

Lisa Wan said...

andai kata benar apa yg dilaporkan itu tidak benar sama sekali ada baiknya tampil ke hadapan dan jika perlu, undang sekali pihak media masa utama untuk mengeluarkan ulasan tentang status Tadika KEMAS agar semua pihak terutama sekali semua ibu bapa, guru2 dan murid serta kakitangan2 KEMAS tidak terpedaya dengan tipu-helah pihak2 tertentu untuk memburukkan nama PAS mahupun menabur fitnah dan memberi tanggapan negatif pada kemenangan yg berpihak pada PAS. kepada ibu bapa, ada baiknya selidik secara keseluruhannya sebelum membuat keputusan.

Anonymous said...

yes btul ckap awk tu kte x boleh percaya khabar angin...kte jgn lah memburuk2 kan org lain dan menaburkan fitnah yang bukan bukan x baik tau ....

Anonymous said...

1st impression...terkejut sgt dgn tindakan PAS spt yg diheboh2kan...apetaknye lbh2 lagik sewaktu pilihanraya baru2 ni yg mana 'mereka' bertindak dgn merampas kad pengenalan dan memecahkan cermin kereta awam semata2 utk menghalang org ramai dari mengundi (kejadian dkt Terengganu) keesokan harinya lps dpt result undi, mereka halang org2 kerajaan dr memasuki bangunan kerajaan (ini t'jadi dkt Alor Setar...mcm mana aku tau sbb wkt tu abg ipar aku tak jd nak pegi keje) kalau byk sgt tanggapan yg buruk yg di'war2'kan oleh media atau pengikut2nya yg fanatik, ramai masyarakat takut dgn PAS, mereka akan m'dakwa PAS tu mcm 'gangster' sdgkan mana nilai2 murni yg ingin diterapkan @ diterjemahkan dlm PAS.. islam itu tdk menyusahkan jd jgnlah menyusahkan org lain yg tdk bersalah

Anonymous said...

..media di malaysia sepatutnya 'not bias' kpd mn2 parti. Mereka (wartawan) sepatutnya selidik dahulu andai benar tabika kemas di tutup. Cuba kita renung sejenak..masa pilihanraya dahulu..nampak sangat mereka diperalatkan kerajaan, sampai tiada ruang langsung untuk pembangkang menjelaskan keadaan..

Anonymous said...

ingatkah anda pada kisah Pas mengepung wisma darul Aman,Terengganu selepas menang pilihanraya 1999 dulu..kesannya terbongkar isu royalti minyak yg tidak dibayar daripada petronas kepada terengganu bernilai jutaan ringgit..dan rakyat Terengganu mendapat bonus dengan mendapat wang ehsan drpd isu tersebut...
-if Pas berjaya membongkar isu penyelewengan di Kedah pastinya rakyat Kedah mendapat faedahnya...
-bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian...

Anonymous said...

eehhh bagus lah x payah pergi kerja kalau dah kena kepung..org nak bagi cuti pn susah kah??
lagipun tengok lah kat shah alam 2..ade org nak melarikan document kerajaan..takut terbongkah apa2 rahsia yg tidak pernah rakyat ketahui..
kes pecah cermin 2 semua kes budak motor yang xpernah dilihat sebelum ini..ada saksi yang bagitau..bukan ini rancangan khairy ker nk melibatkan mat rempit dalam pilihan raya kali ini??

Blog Widget by LinkWithin