adsense

09 March, 2008

Kuasa rakyat kejutkan BN



Walaupun BN menggunakan 100% media perdana untuk berkempen tetapi rakyat tetap bernekad mahu melakukan perubahan pada pilihanraya kali ini. BN mengekalkan kuasa Parlimen tetapi dengan majoriti yang berkurangan

5 negeri yang dikuasai pakatan pembangkang iaitu Kelantan,Kedah,Pulau Pinang, Selangor dan juga Perak.

Johor yang juga kubu kuat BN juga bocor kepada pakatan pembangkang apabila DAP memenangi 4 kerusi dan 2 kerusi calon PAS di Dun Maharani dan Sg Abong.

Hanya Sabah dan Sarawak yang melihat BN menang besar.

Menteri yang dipaksa turun oleh rakyat ialah Menteri jabatan KerjaRaya, Samy Vellu,Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, juga 10 orang timbalan Menteri yang tewas.

Presiden Parti yang tewas selain Presin MIC Samy Vellu, pemangku Gerakan, Dr Koh Tsu Koon yang kalah teruk di Batu Kawan.

Walau bagaimanapun Pak Lah, Najib menang dengan majoriti besar dan Wan Azizah juga melebarkan kemenangan dengan majoriti besar menewaskan Imam Firdaus. Tok Guru Nik Aziz dan Hj Hadi Awang berjaya memenangi kerusi DUN dan Parlimen walaupun terdapat sedikit kekecohan di Trengganu sehingga anak Hj Hadi bersama 21 orang yang lain ditahan Polis kerana merusuh dalam usaha membenteras pengundi hantu. Menantu Pak Lah,Khairy Jamaluddin menang tetapi dengan majoriti yang semakin kurang berbanding Pilihanraya yang lepas manakala Nurul Izzah berjaya memenangi hati pengundi.

Dengan fenomena bersejarah ini,pertama kali sejak pilihanraya diadakan sejak 1955, di harap kerajaan BN dapat tersedar dari tidur dan jangan mempermudahkan kehendak rakyat yang kini berani melakukan perubahan. Takziah kepada BN dan tahniah kepada pakatan pembangkang. Sama-samalah memajukan Malaysia!

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 2008

NEGERI PARLIMEN DUN
BN PEMBANGKANG BEBAS BN PEMBANGKANG BEBAS
W.P. KL 1 10 0 0 0 0
W.P. PUTRAJAYA 1 0 0 0 0 0
W.P. LABUAN 1 0 0 0 0 0
PERLIS 3 0 0 14 1 0
KEDAH 4 11 0 14 21 1
PENANG 2 11 0 11 29 0
PERAK 13 11 0 29 30 0
SELANGOR 5 17 0 20 36 0
NEGERI SEMBILAN 5 3 0 21 15 0
MELAKA 5 1 0 23 5 0
JOHOR 25 1 0 50 6 0
KELANTAN 2 12 0 6 39 0
TERENGGANU 7 1 0 24 8 0
PAHANG 12 2 0 37 4 1
SARAWAK 29 1 0 0 0 0
SABAH 22 1 0 56 1 0
JUMLAH 137 82 0 305 195 2

Sumber Keputusan Berita Harian online.

1 comment:

Lisa Wan said...

rakyat dan pemerintah - sama2 memainkan peranan tetapi apabila pemerintah tidak lagi mendengar keluh resah atau membela nasib rakyat maka di situlah timbul satu revolusi untuk rakyat bersatu-padu agar suara mereka dapat didengari...

sungguhpun pemerintah mempunyai kuasa mutlak untuk mengelolakan sesebuah negara tetapi sokongan rakyat juga perlu apatah lagi kepercayaan rakyat kepada mereka oleh itu, jadikan ini sebagai satu pengiktibaran buat semua bahawa apabila rakyat bersatu suara maka bergegarlah bumi dengan laungan mereka.

Blog Widget by LinkWithin