ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
18 March, 2008
BUKU "AKHIRAT " ( BERHATI-HATI)
Dari email yang di fwdkan kepada saya,
admin isuhangat
Tuan/Puan ,
Pada 4 Mac 2008 lalu, saya telah menerima senaskah buku kecil berjudul “Akhirat” yang diletakkan di cermin kereta saya di Wangsa Maju.
Pada mulanya saya menyangka ia adalah sebuah buku agama untuk didermakan kepada orang awam.
Setelah saya membaca isi kandungan buku ini, saya dapati terdapat banyak petikan ayat-ayat Al-Quran dan penerangan yang meragukan serta bertentangan dengan agama Islam dan dikhuatiri boleh menjejaskan akidah masyarakat Islam.
Di sini saya sertakan gambar kulit buku dan muka surat terakhir buku tersebut untuk makluman dan diharap agar tuan/puan akan lebih berhati-hati jika menerima naskah yang seumpama ini di masa akan datang .
Buku ini akan diajukan kepada KKDN (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri) untuk tindakan selanjutnya.
Sekian. Terima Kasih.
Petua Menjaga Kesihatan Mata
Petua ni sesuai diamalkan sesiapa shj. terutama pelajar atau individu yg bekerja dlm bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dsb. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dsb.
1. Setiap kali mandi atau berwudhu (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.
2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pd mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.
3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:
a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah…jangan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa hehe dan mata anda juga berisiko utk terkena lontaran objek-objek berbahaya.
b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.
4. Amalkan makan makanan yg kaya dgn vitamin A & C- susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dsb.
5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihatterutamanya di internet ni macam-macam bahan yg boleh merosakkan mata & minda anda…hehe, faham-faham sendirilah ye.
Ok, setakat ni je, lain kali saya bagi petua lagi.
P/S: Petua-petua ni utk org yg belum rabun lagi, tapi yg dah sedia rabun tu tak dapat dipastikan keberkesanannya, bolehlah cuba2 kot
Oleh ali@sihatsokmo
Suami mithali idaman isteri
SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.
Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami 'mithali' menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11.. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai 'role model'. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia..
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
Kata-kata hikmah
1) Biar renggang difana dunia,biar hina dimata manusia,biar semangat semakin tua,biar akal semakin berusia, jangan tergadai silaturrahim antara kita sesama Islam... .
2) U can buy gifts but not love,U can pretend smile but not happiness,U can lie to others but not to yourself,U can have friends,but not as good as ALLAH S.W.T.
3) I know you are so-so buzy, but take 3 seconds to ZIKIR to ALLAHSubhanallahAlhamdulillahAllahuakbarMay Allah bless us.
4) Kuliah Maghrib tiada lagi,dikir barat sampai ke pagi,sure heboh tiap negeri,Mufti menegur terus dimaki,kes bunuh hari-hari,rompak,ragut makin menjadi,aurat dah tak peduli,termasuk bini para menteri,Hukum Hudud selalu dicaci,perlembagaan penjajah dijunjung tinggi,Ulama dimaki penyanyi disanjungi,pejuang Islam ditangkap digari,BAPAK RASUAH pulak dipuji,inilah dia Islam Hadhari,Islam tajaan Pak Lah Badawi,Al-Ghazali yang kita cari,rupa-rupanya mawi yang ditemuic.
5) Jika hati sejernih air,jangan biar ia keruh,jika hati seputih awan,jangan biar ia mendung,jika hati seindah bulan,hiasi ia dengan imanc.
6) SIDDIQ mu baluti luka kekufuran,AMANAH mu payungi lembah kehinaan,FATONAH mu suburi hati yang layu,TABLIGH mu terangi insan di kala kegelapan... .YA MUHAMMAD habibullah...
7) Kasih Allah membawa Rahmat,Kasih Rasul membawa Syafaat,Kasih guru membawa Berkat,Kasih ibu membawa Kesejahteraan dan kasih ayah membawa kebahagiaanc.
8) Rasulullah bersabda: Yang menjadikan orang mukmin itu pemurah adalah agamanya,yang menjadikan orang mukmin itu mempunyai kehormatan adalah akalnya dan yang menjadikan orang mukmin itu mulia adalah budi pekertinya.
9) Mungkin kerana kita leka, sekali pena terlepas dari genggaman,ucapan hOppssh mendahului YA ALLAHh,bila perut kenyang hha... kenyangnyah mengatasi ALHAMDULILLAHh,bila diri terpegun oleh keindahan alam,hSUBHANALLAHh tertutup oleh gCantiknyah,bila dikunjungi berita malang, gKasihannyah terucap kerana kita lupa INNALILLAH HI WAINNA ILAIHIRAJIUUNh.Kadang kala kita lupa kerana kita terbiasa. Tapi, ingatlah agar bila Malaikat Izrail mendekati kita,biarlah ucapan LAILAHAILLALLAHh menjadi juara mengatasi segala kata-kata...
10) Siang akan sepi tanpa mentari,malam tiada seri tanpa rembulan,hidup akan sunyi tanpa teman,hati tiada erti tanpa iman... .
11) LIHAT pada anugerah dan ciptaan Allah,hDENGARh pada perkara yang memuji Allah,hPATUHh pada AL-Quran dan Sunnah,hDIAMh itu pembuka pintu Rahmat.
Mudah-mudahan ianya menjadi panduan pada kita semua..Insya Allah...
17 March, 2008
'Bengkok'nya Perempuan
"Leceh betullah orang perempuan ni.Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk,nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan
menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat tak pandang kiri kanan lagi."
"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"
"Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak
datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."
"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."
"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."
"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."
"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"
"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."
"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."
"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."
"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!
"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."
"Apa maksud sebenar Hadis tu?"
"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan". Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."
"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"
"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun
melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan."
"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."
"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."
"Hmm, betul tu Naim."
"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat- sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."
"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."
"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini..."
Rumah Untuk Di sewa
Di mana Asmawi?
Bil telefon melambung
Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;
Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah,ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.
Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.
Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.
Maid: Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya.
16 March, 2008
Lawak pendek
Lawak 1
Satu hari Ahmad melawat rumah sepupunya yang baru berkahwin bernama Yop dan bercadang untuk tinggal semalaman di rumah Yop.
Yop : Sayang, sediakan minuman untuk sepupu abang nie.
Isteri : Baik, bang.Kemudian, tiba pula waktu makan malam.
Yop : Intan payung, sediakan makan malam untuk sepupu abang nie sekali yek.
Isteri : Baik, bang.
Selepas larut malam, Yop memanggil isterinya lagi.
Yop : Adindaku, sediakan bilik tetamu untuk sepupu abang nie tidur.
Isteri : Baik, bang.
Isteri pun berlalu pergi.
Ahmad : Iskh, romantiknyer korang nie yek. adinda la, sayang la, Intan payung la... ..
Yop : Eh, takder la. Aku lupa nama bini aku jer.
Lawak 2
Cikgu : Abu! Lukisan apa yang kau buat nie..? Kosong jer.
Abu : Kuda makan rumput, cikgu.
Cikgu : Mana rumputnya?
Abu : Kuda dah abis makan, cikgu.
Cikgu : Mana kudanya?
Abu : Kuda dah kenyang. Dia dah balik kandang...
Teka teki lawak
1) Paling banyak banyak binatang kat dalam hutan belantara ... . Binatang ape yang pemalas ?
Singa Jantan ... pasal dia malas nak cukur misai sampai tebal satu muka ... .
2) Kenapa Amerika takut kat Jepon... .. dan Jepon pulak takut kat Amerika ??
Pasal Jepon ade Ultraman ... . Amerika pulak kanade Superman... ?!
3) Dalam banyak banyak Pokok ... . Pokok ape yg paling tinggi
Pokok atas gunung ddahhhh ... ... ...
4) Kalau kamu pandai ... . Sila jawab soalan inie dalam bahasa Arab dah. Soalan :
a> Seorang Tua jatuh dari tingkat 40 lalu mati ... ... .
b> Siti Nurhaliza berlari keliling padangtanpa seurat benang ... .
c> Bulan depan gaji Rahim naik $1 juta... ... .
Jawapan :
(A) Inna'lillah wa'inna'lillah hira'ji'unn... ..
(B) Astagh'firullah'hal'azimm... ... .
(C) Al'hamdulillah... ... ... .
5) Ade seorang budak, rumah tingkat 10, tiap-tiap hari, dia naik lif sampai tingkat 8, terus naik tangga lagi 2 tingkat ... . kenapa pulak?
Sebab budak nie pendek .. tak sampai nak picit tingkat 10 ... .
6) Paling banyak banyak Bangsa dalam alam ini ... Bangsa yg mane satukah yang paling hebat dalam dunia ni?
Bangsa Melayu dahh ... . pasal boleh makan UBI KAYU ...
JAMBU BATU, PUCUK PAKU ... . BELIMBING BESI ... . IKAN SELAR PAPAN ... BUAH KERAS ... CILI API dan lain lain lagi ...
7) Aper dia ... . naik cepat ... . turun lambat ... .
hingus lahhh ... ... .
8) Banyak banyak surat ... ... . Surat ape yg tak perlu di jawab ??
Suratan takdir
9) Apasal baju Superman Ketat ??
Kan kat depan baju dia tuu hurup " S " , Baju dia size S dahhh ..
10) Buat Baik berpada-pada, Buat jahat ... ... ... . ?
JANGAN LAGI ... . bukan buat jahat jangan sekali kerana kalau inilah jawapannya maka kena buat jahat berkali kali sebab disuruh buat jahat jgn sekali
11) Siapakah orang yang paling layak digelar " keras kepala " ?
Mat Rempit yang tak pakai helmet ... sebab mereka rasa "kepala mereka dah keras" tak payah pakai helmet .
DEB: Pendirian PKR
Ternyata DEB disalah guna pemimpin, kroni BN
Dr Syed Husin Ali Sat | Mar 15, 08 | 8:09:05 pm MYT | |
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mempunyai pendirian yang jelas dan tegas terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB). Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Umum keADILan, Anwar Ibrahim dalam sebuah artikel 20 halaman dan diterangkannya melalui beberapa kenyataan serta ceramah umum, dan ditegaskan dalam beberapa dokumen Parti, termasuk Manifesto Pilihan Raya, kami berhasrat untuk menggantikan DEB dengan Agenda Ekonomi Malaysia. Selepas dilaksanakan hampir 40 tahun, DEB ternyata sudah ketinggalan zaman. Ia disalahgunakan oleh segelintir pemimpin Umno-BN serta kroni-kroni mereka untuk merompak kekayaan negara bagi mengkayakan diri sendiri atas nama seluruh rakyat Melayu. Ia telah mengakibatkan amalan diskriminasi kaum, bertentangan dengan semangat memberi keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat Malaysia, terutama sekali mereka dari golongan miskin, terpinggir dan terbiar dari semua kaum. Agenda Ekonomi Malaysia berhasrat untuk: (a) memperkenal dan melaksanakan dasar pembahagian kekayaan negara yang adil, seimbang serta saksama; (b) memerangi dan akhirnya membenteras amalan jijik korupsi, kronisme serta nepotisme dan memastikan pemberian kontrak serta projek dilakukan secara terbuka dan telus; (c) meneruskan dasar memberi pertolongan kepada golongan Bumiputera yang miskin serta terbiar tetapi pada masa yang sama memberi peluang yang sejajar kepada golongan bukan Bumiputra yang miskin, terpinggir serta terbiar, atas asas keperluan dan bukan kemakan kaum; (d) menggunakan sumber kekayaan negara untuk menyediakan kemudahan sosial yang lebih baik terutama pendidikan, kesihatan dan perumahan untuk golongan miskin dan susah tanpa mengira latar belakang kaum; dan (e) menjana pembangunan yang menguntungkan rakya serta membina kapasiti bersaing supaya Malaysia dapat berdiri sama tinggi dengan semua negara maju, bermula dengan yang di Asia. Pemimpin-pemimpin Umno-BN dan media mereka kuasai yang menuduh kononnya Parti Keadilan Rakyat tidak mempunyai pendirian terhadap DEB dan cara-cara untuk mempertingkat taraf hidup orang Melayu yang miskin, terpinggir dan tercicir sebenarnya berdusta dan segaja cuba hendak menipu dan menyelewengkan perhatian rakyat. Kami menegaskan dasar memberi keutamaan untuk kebajikan golongan miskin, terpinggir akan lebih banyak memberikan keuntungan kepada rakyat Melayu, kerana merekalah yang merupakan majoriti paling ramai di dalam kategori ini. * Dr Syed Husin Ali ( husinsa23@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ) ialah Timbalan Presiden keADILan |
Hukum Mukhriz: Abdullah serah kepada Pemuda
Oleh Bernama
Sabtu, 15 Mac 2008
PRESIDEN Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada Pergerakan Pemuda Umno untuk mengambil tindakan terhadap Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, yang juga anggota exco Pemuda mengenai desakan Mukhriz meminta Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
"Saya lepaskan kepada Datuk Seri Hishammuddin (Tun Hussein, Ketua Pemuda Umno) untuk mengambil tindakan yang sewajarnya (terhadap Mukhriz), katanya kepada Bernama dalam satu temubual di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian setelah diminta mengulas mengenai sepucuk surat yang ditulis oleh Mukhriz dan dihantar kepada Perdana Menteri di mana Mukhriz menggesa agar Abdullah bertanggungjawab ke atas keputusan pilihan raya umum pada 8 Mac dan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
"Sehari sebelum dia hantar surat itu pada saya, dia telahpun keluarkan satu kenyataan mengatakan dia sokong dan dia memahami apa yang berlaku itu merupakan satu collective responsibility (tanggungjawab bersama) dan beberapa kenyataan lain yang dilihat sebagai kenyataan positif terhadap saya.
"Tiba-tiba dia tukar pulak...hanya sehari setelah itu hantar surat bukan hanya pada saya tetapi juga Datuk (Seri) Najib (Tun Razak) dan seluruh negara.
"Ini pada saya bukanlah satu cara atau pendekatan yang baik. Ini adalah satu reaksi daripadanya sebagai ahli pergerakan Pemuda Umno, yang telah pun mengambil keputusan untuk sokong saya dan pucuk pimpinan parti.
"Dia juga telah mengatakan saya dan Najib diberi sokongan untuk memimpin parti dan kerajaan...ini satu perbuatan (menulis surat yang meminta beliau meletakkan jawatan) yang menyalahi pendekatan dan pendirian yang telah dibuat oleh Umno dan Pergerakan Pemuda Umno," kata Abdullah.
15 March, 2008
Iklim Politik Malaysia
Hari ini genap seminggu selepas PRU12 dan seperti yang diketahui keputusannya Tsunami rakyat telah mengejutkan semua rakyat Malaysia.
Isu hangat di sepanjang minggu lepas ialah isu perlantikan Menteri Besar di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang mahupun BN. Negeri yang dikuasai barisan rakyat iaitu Kelantan,Kedah,Pulau Pinang dan Selangor telah selesai di mana MB Kelantan ialah Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat(PAS), MB Kedah ialah YB Azizan Abdul Razak (PAS),MB Pulau Pinang ialah Lim Guan Eng (DAP) dan MB Selangor ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR). Apa yang memeranjatkan ialah apabila dua orang MB dari BN sebelum ini iaitu MB Perlis Dato Shahidan Kassim dan MB Trengganu Dato' Idris Jusoh bukanlah pilihan Sultan masing-masing.
Kes di Perlis;
Ada 2 team ... Shahidan dan seorang Adun ada talian istana. PM beri surat watikah kepada Shahidan.Bila Shahidan mengadap .... YM Sultan memilih Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan BIntong,Dr Md Isa Sabu sebagai MB atas peruntukan YM Sultan ada hak memilih atas dasar pemikirannya.
Tapi Shahidan nak lawan ,,....... sebab dia kata dia dapat surat Watikah PM.
Mana lagi POWER? Watikah Pak Lah atau Perkenan YM Sultan??????
Kes di Trengganu;
Dato' Idris Jusoh plan nak sambung lagi ... tapi Isnin lepas ditangguh atas sebab tertentu. Tapi cakap2 mulut YM Sultan ingin org lain. .... Oleh kerana YM Sultan merangkap YM Agung ... maka dijemput semua 23 ADUN BN Terengganu ke Putrajaya untuk bersemuka YM Sultan.
Maybe dah tau akan tidak terpilih ... Idris Jusoh macam nak boikot / tak nak hadir ke perjumpaan mengadap YM Sultan ...
Begitu juga dengan MB Perak iaitu calon dari barisan rakyat IR Mohamad Nizar Jamaluddin yang mana majlis angkat sumpahnya telah ditangguh oleh pihak istana kerana pemangku Sultan Perak iaitu Sultan Mizan meminta lebih persetujuan dari pakatan DAP,PKR dan PAS. Ini kerana bantahan asal dari Lim Kit Siang yang tidak bersetuju atas perlantikan Nizar. Walau bagaimana pun bantahan tersebit ditarik balik beberapa jam selepas itu.
Walau bagaimanapun DAP Perak yang diwakili oleh Ngeh telah mendapat persetujuan dan tandatangan dari 31 orang DUN yang mewakili barisan rakyat dan majlis angkat sumpah akan dilakukan padan bila-bila masa.
Pak Lah diminta berjenti jadi PM.
Rentetan peristiwa bermula apabila Tun Dr Mahathir dalam kenyataan medianya secara terang-terangan meminta Pak Lah bertanggunjawab atas kekalahan teruk BN pada PRU12. Diikuti pula surat dari Mukhriz yang menghantar surat kepada Pak Lah supaya meletakkan jawatan. Mukhriz kini menghadapi kemungkinan di singkirkan dari UMNO tetapi jika beliau disingkirkan satu kerusi BN di Parlimen juga menjadi kosong.
Umum telah mengetahui UMNO kini terbahagi kepada dua iaitu yang menyokong Pak Lah dan yang pro Dr M yang mahukan Pak Lah meletakkan jawatan.
Di sekitar Kuala Lumpur terpasang banner-banner di jejantas yang meminta Pak Lah meletakkan jawatan seperti banner di bawah (sumber Malaysiakini)
(Klik gambar utk besarkan)
Kelab Menyokong Umno cyber iaitu forum KMU secara terang-terang menenentang Khairy Jamaluddin dan meminta Pak Lah meletakkan jawatan dan meletakkan banner di bawah di website mereka. http://www.beritakmu.net/
Forum tersebut boleh di lawati di sini
Isu DEB di Pulau Pinang
Bantahan oleh pengikut UMNO kepada pihak kerajaan DAP, walaupun baru seminggu memegang tampuk kerajaan apabila Lim Guan Eng mahu menghapuskan DEB seperti mengadakan tender terbuka dan lebih telus bukan untuk sesetengah kroni sahaja dan ironinya sejak DEB di laksanakan sejak 38 tahun dahulu sehingga kini target ekuiti untuk Melayu 30% masih tidak mencapai sasaran.
Demontrasi jalanan yang dahulunya sering dikecam hebat apabila dilakukan oleh Barisan Rakyat menjadikan senjata pula oleh Melayu UMNO Pulau Pinang untuk menentang kerajaan DAP, menyebabkan peniaga di KOMTAR menutup kedai dan menyebabkan jalanraya mengalami kesesakan selama 6 jam apabila Jambatan Pulau Pinang ditutup oleh kerana demontrasi jalanan tersebut.
Pihak penunjuk perasaan juga seperti tidak sehaluan dengan arahan Pak Lah apabila meminta Pak Lah menghentikan projek mega yang dirancang oleh BN sebelum ini sedangkan pada temubual bersama PM di TV3 semalam menyatakan pendirian Pak Lah yang mahu meneruskan projek tersebut kerana kontrak stakeholder telah ditandatangani.
Ini menunjukkan ada pihak cuba mencetuskan huru hara dan menggugat kestabilan negara dengan bermain isu perkauman. Di harap segala kemelut yang melanda politik Malaysia dapat berakhir dengan segera supaya pihak kerajaan tak kira dari BN atau Barisan Rakyat dapat menjalankan kewajipan masing-masing untuk menunaikan janji pilihanraya kepada rakyat.
Gambar sekitar demontrasi jalanan tanpa permit di KOMTAR,Pulau Pinang:
14 March, 2008
Kisah Tatsuo-kun
Assalamualaikum.Nama saya Mohd Azman(bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di negara matahari terbit,Jepun.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada masa hadapan.
Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri menyebabkan saya berasa insaf.Ada seorang budak Jepun bernama Tatsuo-kun(bukan nama sebenar) dan tinggal bersama-sama emaknya Maciko-san(juga bukan nama sebenar) di daerah Yamanashi.Dua beranak ini hanya
tinggal berdua sahaja kerana bapa Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya.Kerana keluarga ini hanya tinggal berdua saja maka hubungan di antara Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah rapat sekali.Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia mendapat biasiswa dan memasuki Meiji University(sekadar rekaan penulis).
Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu tidak menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian di rumah.Hendak dipendekkan cerita,Maciko-san telah mengambil keputusan untuk datang ke Tokyo untuk berjumpa dengan anak kesayangannya.Ketika itulah satu perkara yang menginsafkan saya berlaku.Ia terjadi DI DEPAN MATA saya sendiri(En.Mohd Azman mula terisak-isak menahan
tangis).Tatsuo-kun baru saja keluar dari pintu universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya tiba dan memanggil namanya.Melihat keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang berada.Tatsuo-kun dengan muka yang berang mendekati emaknya dan berkata(telah di ubah maksudnya ke dalam bahasa melayu),"Makcik ni silap orang la..".Saya
berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat Maciko-san dilayan sebegitu tetapi masih mampu mengawal air mata.Maciko-san memegang tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak bercakap begitu tetapi Tatsuo-kun yang didorong perasaan malunya telah menolak emaknya ke arah jalan raya dan dilanggar kereta. Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan daya kerana ianya berlaku di dalam televisyen rumah saya cuma.Lantas saya mengambil remote controller dan menukar ke siaran yang lain.
Diharap para pembaca tidak berasa marah dan tertipu dengan kisah En.Mohd Azman tadi kerana penulis telah pun memukulnya sehingga muntah darah kerana membuat lawak dengan muka serius.
Mukhriz hantar surat minta PM Abdullah letak jawatan
Petang Rabu 12 Mac 2008, empat hari setelah Negara dikejutkan dengan keputusan Pilihanraya Umum ke XII, Ahli Parlimen Jerlun YB Dato’ Mukhriz Mahathir telah menghantar sepucuk surat peribadi meminta PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan semua jawatan termasuk Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia.
Surat ini telah disalin kepada Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Wira Mohd. Ali Rustam, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO dan Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung UMNO.
Mukhriz yang berterima kasih kerana diberi kepercayaan bertanding di P005 Jerlun atas tiket Barisan Nasional menjangkakan akan menerima kesan negatif kerana surat ini, termasuk risiko dipecat sebagai ahli UMNO.
Credit to bigdotcomManusia , Malaikat , Syaitan ...
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha
Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya
sekali....rugila. .. (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah, berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...
Azan dan Kebakaran
Azan disyari'atkan untuk menandakan masuknya waktu solat. Dalil: al Juma'ah: 9
dan al Maidah:58 juga banyak hadith-hadith yang hasan sahih. Hukum azan:
Hambali: fardhu kifayah Madzhab lain: Sunnat mu'akkad. Syafi'iy berkata: azan
itu sunnat solat; Madzhab lain: Sunnah waktu sahaja..
Adapun kegunaan kaifiat azan (kegunaan azan) untuk selain itu di istinbat
(dikeluarkan) oleh ulama' Usyul apabila mereka melihat RasuluLlah saw azan dan
iqamat kepada cucunya yang baru lahir al hassan dan alHussain. Maka Ulamak
berbahas bahawa azan boleh digunakan untuk pelbagai keadaan termasuklah bila
berlaku kebakaran. Dalam kitab' Hasyiah Qalyubi wa Umairah -Syarah kepada Matan
Minhaj Taalibin (Imam an Nawawi) ' oleh Syaikh Syihabuddin al Qalyubi dan Syaikh
Umairah; Juga dalam kitab Fiqh Islami karangan Wahbah Zuhaili bab 'Azan Selain
Solat' menjelaskan kaifiat azan untuk perkara-perkara berikut:
1. Meletusnya peperangan;
2. Bayi yang baru lahir (azan di telinga kanan, iqamat telinga kiri)
3. Orang yang histeria atau disampuk jin
4. Pergaduhan
5. Sebelum bermulanya musafir
6. Bila berlakunya kebakaran
---------------
Azan dan kebakaran ini adalah suatu yang perkara yang ada sandaran dan boleh
dilakukan; masalahnya adakah perkara ini ada dalam pengajian atau skim latihan
para bomba di Malaysia.Jadi gabungan teknologi memadam api dan kaedah dari
Sunnah (azan) adalah satu aspek yang perlu diberi perhatian oleh bomba Malaysia.
Tazkirah Jumaat - BILA MAUT DATANG MENDADAK.... ...
Aku bimbang ...sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau besok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal.. masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.
Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau ............ ..... apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit.
Aku bimbang..sangat bimbang..
isyak masuk..ayah ke surau menyembah Allah
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid.. berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit2..MENYOKON G PESERTA REALITI TV TU.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?
Aku bimbang..amat bimbang..imanku masih terumbang-umbang
Ketika aku di dalam kubur..adakah orang yang akan mendo'akan ?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan ?
Hilang aku dari pandangan..hilangla h aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.
Aku bimbang..sangat bimbang..amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke
masjid seperti oranglain
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang
telah meninggal
dunia"
Subscribe to:
Posts (Atom)