adsense

15 March, 2008

Iklim Politik Malaysia



Hari ini genap seminggu selepas PRU12 dan seperti yang diketahui keputusannya Tsunami rakyat telah mengejutkan semua rakyat Malaysia.

Isu hangat di sepanjang minggu lepas ialah isu perlantikan Menteri Besar di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang mahupun BN. Negeri yang dikuasai barisan rakyat iaitu Kelantan,Kedah,Pulau Pinang dan Selangor telah selesai di mana MB Kelantan ialah Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat(PAS), MB Kedah ialah YB Azizan Abdul Razak (PAS),MB Pulau Pinang ialah Lim Guan Eng (DAP) dan MB Selangor ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR). Apa yang memeranjatkan ialah apabila dua orang MB dari BN sebelum ini iaitu MB Perlis Dato Shahidan Kassim dan MB Trengganu Dato' Idris Jusoh bukanlah pilihan Sultan masing-masing.

Kes di Perlis;
Ada 2 team ... Shahidan dan seorang Adun ada talian istana. PM beri surat watikah kepada Shahidan.Bila Shahidan mengadap .... YM Sultan memilih Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan BIntong,Dr Md Isa Sabu sebagai MB atas peruntukan YM Sultan ada hak memilih atas dasar pemikirannya.

Tapi Shahidan nak lawan ,,....... sebab dia kata dia dapat surat Watikah PM.
Mana lagi POWER? Watikah Pak Lah atau Perkenan YM Sultan??????

Kes di Trengganu;
Dato' Idris Jusoh plan nak sambung lagi ... tapi Isnin lepas ditangguh atas sebab tertentu. Tapi cakap2 mulut YM Sultan ingin org lain. .... Oleh kerana YM Sultan merangkap YM Agung ... maka dijemput semua 23 ADUN BN Terengganu ke Putrajaya untuk bersemuka YM Sultan.
Maybe dah tau akan tidak terpilih ... Idris Jusoh macam nak boikot / tak nak hadir ke perjumpaan mengadap YM Sultan ...


Begitu juga dengan MB Perak iaitu calon dari barisan rakyat IR Mohamad Nizar Jamaluddin yang mana majlis angkat sumpahnya telah ditangguh oleh pihak istana kerana pemangku Sultan Perak iaitu Sultan Mizan meminta lebih persetujuan dari pakatan DAP,PKR dan PAS. Ini kerana bantahan asal dari Lim Kit Siang yang tidak bersetuju atas perlantikan Nizar. Walau bagaimana pun bantahan tersebit ditarik balik beberapa jam selepas itu.

Walau bagaimanapun DAP Perak yang diwakili oleh Ngeh telah mendapat persetujuan dan tandatangan dari 31 orang DUN yang mewakili barisan rakyat dan majlis angkat sumpah akan dilakukan padan bila-bila masa.

Pak Lah diminta berjenti jadi PM.
Rentetan peristiwa bermula apabila Tun Dr Mahathir dalam kenyataan medianya secara terang-terangan meminta Pak Lah bertanggunjawab atas kekalahan teruk BN pada PRU12. Diikuti pula surat dari Mukhriz yang menghantar surat kepada Pak Lah supaya meletakkan jawatan. Mukhriz kini menghadapi kemungkinan di singkirkan dari UMNO tetapi jika beliau disingkirkan satu kerusi BN di Parlimen juga menjadi kosong.

Umum telah mengetahui UMNO kini terbahagi kepada dua iaitu yang menyokong Pak Lah dan yang pro Dr M yang mahukan Pak Lah meletakkan jawatan.

Di sekitar Kuala Lumpur terpasang banner-banner di jejantas yang meminta Pak Lah meletakkan jawatan seperti banner di bawah (sumber Malaysiakini)
(Klik gambar utk besarkan)
Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kelab Menyokong Umno cyber iaitu forum KMU secara terang-terang menenentang Khairy Jamaluddin dan meminta Pak Lah meletakkan jawatan dan meletakkan banner di bawah di website mereka. http://www.beritakmu.net/



Forum tersebut boleh di lawati di sini

Isu DEB di Pulau Pinang
Bantahan oleh pengikut UMNO kepada pihak kerajaan DAP, walaupun baru seminggu memegang tampuk kerajaan apabila Lim Guan Eng mahu menghapuskan DEB seperti mengadakan tender terbuka dan lebih telus bukan untuk sesetengah kroni sahaja dan ironinya sejak DEB di laksanakan sejak 38 tahun dahulu sehingga kini target ekuiti untuk Melayu 30% masih tidak mencapai sasaran.

Demontrasi jalanan yang dahulunya sering dikecam hebat apabila dilakukan oleh Barisan Rakyat menjadikan senjata pula oleh Melayu UMNO Pulau Pinang untuk menentang kerajaan DAP, menyebabkan peniaga di KOMTAR menutup kedai dan menyebabkan jalanraya mengalami kesesakan selama 6 jam apabila Jambatan Pulau Pinang ditutup oleh kerana demontrasi jalanan tersebut.

Pihak penunjuk perasaan juga seperti tidak sehaluan dengan arahan Pak Lah apabila meminta Pak Lah menghentikan projek mega yang dirancang oleh BN sebelum ini sedangkan pada temubual bersama PM di TV3 semalam menyatakan pendirian Pak Lah yang mahu meneruskan projek tersebut kerana kontrak stakeholder telah ditandatangani.

Ini menunjukkan ada pihak cuba mencetuskan huru hara dan menggugat kestabilan negara dengan bermain isu perkauman. Di harap segala kemelut yang melanda politik Malaysia dapat berakhir dengan segera supaya pihak kerajaan tak kira dari BN atau Barisan Rakyat dapat menjalankan kewajipan masing-masing untuk menunaikan janji pilihanraya kepada rakyat.

Gambar sekitar demontrasi jalanan tanpa permit di KOMTAR,Pulau Pinang:
gambar demontrasi di KOMTAR,Pulau Pinang gambar demontrasi di KOMTAR,Pulau Pinang

1 comment:

Anonymous said...

thanks very much for sharing!

Blog Widget by LinkWithin