adsense

16 March, 2008

Hukum Mukhriz: Abdullah serah kepada Pemuda



Oleh Bernama
Sabtu, 15 Mac 2008


PRESIDEN Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada Pergerakan Pemuda Umno untuk mengambil tindakan terhadap Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, yang juga anggota exco Pemuda mengenai desakan Mukhriz meminta Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Saya lepaskan kepada Datuk Seri Hishammuddin (Tun Hussein, Ketua Pemuda Umno) untuk mengambil tindakan yang sewajarnya (terhadap Mukhriz), katanya kepada Bernama dalam satu temubual di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian setelah diminta mengulas mengenai sepucuk surat yang ditulis oleh Mukhriz dan dihantar kepada Perdana Menteri di mana Mukhriz menggesa agar Abdullah bertanggungjawab ke atas keputusan pilihan raya umum pada 8 Mac dan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Sehari sebelum dia hantar surat itu pada saya, dia telahpun keluarkan satu kenyataan mengatakan dia sokong dan dia memahami apa yang berlaku itu merupakan satu collective responsibility (tanggungjawab bersama) dan beberapa kenyataan lain yang dilihat sebagai kenyataan positif terhadap saya.

"Tiba-tiba dia tukar pulak...hanya sehari setelah itu hantar surat bukan hanya pada saya tetapi juga Datuk (Seri) Najib (Tun Razak) dan seluruh negara.

"Ini pada saya bukanlah satu cara atau pendekatan yang baik. Ini adalah satu reaksi daripadanya sebagai ahli pergerakan Pemuda Umno, yang telah pun mengambil keputusan untuk sokong saya dan pucuk pimpinan parti.

"Dia juga telah mengatakan saya dan Najib diberi sokongan untuk memimpin parti dan kerajaan...ini satu perbuatan (menulis surat yang meminta beliau meletakkan jawatan) yang menyalahi pendekatan dan pendirian yang telah dibuat oleh Umno dan Pergerakan Pemuda Umno," kata Abdullah.

9 comments:

Anonymous said...

inilah pemimpin yg kita sanjung2 sgt...balik2 serahkan keputusan kpd org lain...'pengecut'....kiranya mcm baling batu, sembunyi tgn sendiri...come on lah...hal2 mcm ni pun takleh settlekan sendiri ke???

Anonymous said...

Dollah no balls.

Anonymous said...

dh abis dh..umno akn berpecah jika pecat Mukhriz..xkn tun nk senyap je kut anak dia nk kena pecat..

Anonymous said...

hmm..announce tak bubar sehari sebelum bubar pun kira macam same thing la beb! wat goes around comes around bebeh...

Anonymous said...

dh terang2 yg rakyat mmg dh x nk pak lah menerajui negara....seorg pemimpin yg x de pendirian,dr mula dia jd PM g dh nmpak sikap dia yg x de pendirian.....nk wat camne????

Anonymous said...

Cakap nak negara demokrasi, parti sendiri kuku besi. Cakap tak serupa bikin. sungguh tak pandai. pergi tidor lah , mimpi banyak2

Anonymous said...

ada pro & contra jugak.. kalau Pak Lah sendiri amik tindakan. Nampak mcm dia diktator plak.. kang xpasl2hubngan ngan Tun btambah keruh.. Pak lah Kena fikir2 la nape orang bawah di acm tu.. terkenang Tun yg tegas & x gentar waima ngan AS pun...

Anonymous said...

paklah ni bukannye x pandai..tapi lembap skit nk wat keputusan...

Anonymous said...

Pemimpin kena berani tegur pemimpin lain jika dengan terang dan jelas rakyat menolak Pak Lah. Kekuatan BN kini terletak di 3 negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Johor. Sebab utama masih ada lagi sokongan adalah faktor parti. Kalau tak.... dah jadi macam Selangor, Perak dan P.Pinang... Bangsa asing lebih ramai jadi wakil rakyat... Hanya orang dalam UMNO yang boleh menegur Pak Lah.... Yang lain tu bukan apa... kaki bodek nak jaga tenggolok walau jelas rakyat tak dapat terima kepimpinan semacam ini... Kalau tak berubah... next election tumbang terus....

Blog Widget by LinkWithin