adsense

22 January, 2008

Jangan minum menggunakan cawan ni!!



Bekas minuman yang dicorakan dengan lukisan beruang "Koala sedang melukis",
sekali kilas mesti tak perasan, tapi kuasa allah tu maha besar & agung
memberikan penglihatan dan penelitian yang tajam supaya kita dapat mengenalpasti apa yang bercanggah disisi agama islam..
gambar ini telah diambil pada hari jumaat di perkarangan masjid yg bertentangan sunway piramid di PJ.

Fowardkan gambar supaya kita dapat melumpuhkan dan mengelak dari membeli minuman yg
menggunakan cawan plastik ini. Insyallah..

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dadah: Pemuzik Malaysia di penjara di Venezuela





Ringgo Fotograf (kanan sekali)
KL: Pemain dram kumpulan Fotograf, Sham Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ringgo terpaksa meringkuk dalam penjara di Caracas, Venezuela sejak November lalu kerana disyaki terlibat dalam kes pengedaran dadah.

Ringgo, 42, yang juga seorang pelukis dan komposer lagu, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas ketika mahu berlepas pulang ke Malaysia awal November lalu.

Dia bersama seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan kerana salah sebuah beg yang dibawa oleh Ringgo mengandungi dadah kokain seberat 4.6 kilogram. Ekoran itu, dia ditahan di sebuah lokap di Caracas sebelum dipindahkan ke penjara berhampiran manakala rakannya itu dilepaskan.

Pemuzik itu dijadual didakwa di mahkamah tidak lama lagi. Venezuela tidak melaksanakan hukuman mati untuk pengedar dadah tetapi jika sabit kesalahan, Ringgo boleh dipenjara sehingga 15 tahun.

Seorang pengamal undang-undang, Rosal Azimin Ahmad, iaitu peguam Raja Munirah Raja Iskandar yang ditahan di Jepun atas kesalahan dadah, telah menawarkan diri membantu Ringgo.

Sebelum ke Venezuela, Ringgo dikatakan menyertai misi pelancongan di Sepanyol tetapi tidak pulang bersama ahli rombongan itu kerana mengikut penggiat ‘busking’ di negara itu.

Dalam perbualan telefon dengan keluarganya yang tinggal di sebuah flat di ibu negara sejurus penahanannya, Ringgo mendakwa dia dianiaya oleh lelaki yang terlepas itu.

Lelaki yang baru dikenalinya di Caracas itu memintanya membawa beg tersebut. Ringgo bersetuju menolong atas semangat rakan senegara.

Rosal Azimin memberitahu, beliau dihubungi keluarga Ringgo malam ini dan menyatakan persetujuannya membantu mereka mengendalikan kes tersebut di Venezuela.

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, lima daripada 30 wanita Malaysia yang terlibat dalam kes pengedaran dadah di luar negara ditahan di Venezuela. Utusan

Tentera Amerika menangis kena serang di iRaq



21 January, 2008

Mini gun



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Drama Jelatang & Bible... Apa Kaitannya?



Oleh Muhammad Ibn 'Az

Sedang saya menyiapkan artikel bertajuk 'Mereka Ingin Meminjam Allah?."
(InsyaAllah saya akan muatkan postingnya esok & kemudian akan saya sambung
posting berkenaan perkahwinan Rasulullah s.a.w.) Saya terdengar dialog yang
diucapkan oleh seorang watak lelaki dalam drama Jelatang (8 Januari 2008)
tersebut. Apabila saya amati dan menumpukan perhatian, kelihatan satu watak
(menurut isteri saya bernama Salman? jika salah maafkan saya kerana saya
tidak mengikuti cerita tersebut) sedang membaca sekeping surat dihadapan
seorang gadis yang terlantar sakit di hospital. Saya tidak mengetahui apa
ceritanya perempuan itu terlantar sakit, tetapi yang saya tahu kata-kata
yang sedang diucap tersebut merupakan kata-kata yang ditulis oleh ibu
lelaki tersebut kepada perempuan yang sakit itu.
Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk mengamati bait-bait dialog yang
sedang diucap tersebut ialah kerana saya seakan-akan pernah mendengarnya di
suatu tempat yang lain. Kalau tak silap saya ia berbunyi sebegini?
Ibu manakah yang jika anaknya minta ikan dari padanya, dia akan memberikan
ular kepada anaknya itu sebagai ganti ikan?Atau, jika ia minta telur, akan
memberikan kepadanya kalajengking?(ed- lebih kurang begitulah bunyinya.)
Oleh kerana semasa menulis artikel "Mereka Ingin Meminjam Allah.." saya
menggunakan Tafsir Al-Qur'an dan dua buah Bible dalam simpanan saya untuk
dibuat rujukan, maka dengan secara tidak langsung saya teringatkan kepada
ayat yang saya pernah baca dalam kitab Bible (Perjanjian Baru) dalam sebuah
surah bernama Luke Fasal 11.
Lalu saya pun membuka Bible (versi King James) yang ada di depan saya dan
mencari surah tersebut kembali untuk memastikan bahawa apa yang saya dengar
itu memang ayat dari Bible yang saya pernah baca.
Apabila surah Luke fasal 11 di buka, saya membaca ayatnya dari ayat 1
hingga 54. Nyata jangkaan saya tidak meleset. Luke fasal 11 menceritakan
mengenai Jesus yang sedang berdoa di suatu tempat dengan pengikutnya. Lalu
para pengikutnya menanyakan kepadanya satu doa yang boleh kiranya
diajarkannya kepada mereka. Lalu Jesus mengajarkan kepada
pengikut-pengikutnya cara berdoa dan apa bentuk doa yang seharusnya
diminta.
Kemudian Jesus menasihatkan pengikutnya mengenai jangan putus harapan dalam
berdoa, kerana Bapa mereka (Tuhan Bapa) tidak akan membiarkan serta
menghampakan permintaan anak-anakNya (iaitu umat Kristian pengikut Jesus).
Kemudian dia (Jesus) memberikan contoh bagaimana Tuhan Bapa itu menyayangi
anak-anakNya dalam ayat 9-12 surah Luke fasal 11 tersebut.
Luke 11 : 9-12And I say unto you, Ask, and it shall be given you; seek, and
ye shall find; knock, and it shall be opened unto you. For every one that
asketh receiveth; and he that seeketh findeth; and to him that knocketh it
shall be opened . If a son shall ask bread of any of you that is a father,
will he give him a stone? or if he ask a fish, will he for a fish give him
a serpent? Or if he shall ask an egg, will he offer him a scorpion?
Terjemahannya : Oleh karena itu Aku berkata kepadamu: Mintalah, maka akan
diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka pintu
akan dibukakan bagimu. Karena setiap orang yang meminta, menerima dan
setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya
pintu dibukakan. Bapa manakah di antara kamu, jika anaknya minta ikan dari
padanya, akan memberikan ular kepada anaknya itu ganti ikan? Atau, jika ia
minta telur, akan memberikan kepadanya kalajengking?
Cuma yang berbeza ialah perkataan bapa diganti dengan perkataan ibu dalam
skrip drama tersebut. Samada disengajakan atau tidak, saya tidak berhak
untuk menilaikannya. Tidak salah membaca Bible dan kandungannya tetapi
hendaklah anda mempunyai ilmu sebelum mengambil mana-mana ayat dan
kata-kata di dalamnya untuk dijadikan hujah dan dialog. Silap haribulan,
rosak akidah nanti. Dalam drama tersebut tidak dinyatakan langsung
kata-kata tersebut diambil dari mana. Yang dinyatakan dalam skrip tersebut
hanyalah kata-kata yang diambil dari sebuah kitab. Namanya tidak
dinyatakan. Tetapi sangat jelas kini, bahawa kitab tersebut merupakan Bible
iaitu surah Luke fasal 11.
Oleh kerana majoriti penonton yang menontonnya ialah Melayu Islam, maka
sekiranya ada muslihat terlindung untuk mempromosi Bible dan Kristian di
dalam media arus perdana pada waktu prima, maka seharusnya stesen
televisyen dan kementerian mengambil langkah-langkah proaktif menggantikan
panel-panel penilai yang sangat pasif dalam membuat kerja. Apakah negara
kita sekarang ini diserang dengan sindrom 'tidur'. Dari atas sampai ke
bawah, dari penulis skrip hingga ke pelakon, dari penerbit sampai ke panel
stesen televisyen, semuanya tidur nyenyak sehingga tidak perasankan yang
nyamuk sudah pun masuk dalam kelambu.
Berhati-hatilah, setahu saya ada akta yang menghalang penyampaian secara
terbuka mana-mana doktrin agama selain Islam dalam media arus perdana
sebagai menghormati Perlembagaan Negara. Kita tunggu apakah mereka akan
senyap dengan isu ini atau pun diambil perhatian dan tindakan. Kepada semua
orang Islam, berhati-hatilah kerana berkelambu itu bukan jaminan nyamuk
tidak boleh lepas masuk? Sekian ? wallahua'lam?.

Kecemasan di Kelantan



Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu...

Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama. Lelaki muda menyapa

"Pok cik ni sakit gapo?"

"Kecing manih. Lamo doh."

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,

"Tu bakpo pulok?"

"Kecemase"

"Oohh ruponyo kecing mase lagi teruk dari kecing manih."

Cerita lawak : Badly Borken English



Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia
telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya... .:

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn't you come to work?

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

Petua cantikkan muka



1. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan

2.Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin

3. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan

4.Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu

5. Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri

6.Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin

Tips Kesihatan



4 PERKARA YANG DAPAT MENGUATKAN TUBUH
makan daging, mencium haruman, selalu mandi dan memakai pakaian yang diperbuat dari kapas

4 PERKARA YANG MELEMAHKAN TUBUH
terlalu banyak bersetubuh, terlalu banyak bersedih, terlalu banyak mereguk air liur, dan suka makan asam-asam

4 PERKARA YANG DAPAT MEMPERTAJAMKAN PENGLIHATAN
duduk menghadap Kaabah, mencelak mata setiap malam, memandang yang hijau-hijau dan membersihkan tempat duduk

4 PERKARA YANG DAPAT MENGABURKAN MATA
melihat yang kotor-kotor, melihat orang yang disalib, melihat kemaluan wanita dan duduk membelakngi Kaabah

4 PERKARA YANG DAPAT MENAMBAH KEKUATAN AKAL
meninggalkan berkata sia-sia, bersugi, sering menghadiri majlis orang-orang soleh dan majlis para ulama


PLATO berkata... Ada 5 perkara yang dapat mencelakakan orang bahkan dapat membunuh iaitu orang-orang kaya yang kedekut, hilangnya rasa kasih sayang, tertanamnya sifat sentiasa iri hati, nasihat yang tidak mempunyai pengaruh lagi dan orang-orang bodoh yang mentertawakan orang-orang pintar..

20 January, 2008

Cermin 2 arah






Beware bagi yang suka nginap di hotel atau gi toilet awam. Tu baru cermin
tak kira lagi kamera tertutup di lampu2. Bahaya tu takut jadi macam student
Gombak.


BAGAIMANA MENGENAL PASTI CERMIN 2 ARAH ?

Ketika kita masuk ke toilet awam, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti
pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang
tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang
benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah
orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak
dapat melihat mereka).


Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti
pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti
lelakiAdalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi
permukaannya hanya dengan melihatnya saja.


Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau
cermin 2 arah?.

Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan
cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing:


LAKUKANLAH TEST SEDERHANA


1. TEST DENGAN KUKU JARI

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak
(gap)antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin,dapat dikatakan
bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).

Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin,
hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah !
Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di
tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU
JARI". Tidak perlu membayar.


2. TEST DENGAN NAFAS.

Hembus nafas hampir dengan cermin, jika ada kesan nafas/haba di cermin ,
maka selamat, jika tidak besar kemungkinan Ianya cermin 2 arah.


3. BUNYI

Cuba ketuk cermin tersebut dengan jari slow2, kuat kang pecah plak , jika ianya tidak berbunyi atau bunyi perlahan,

Maknanya ia melekap didinding, jika berbunyi kuat pastinya ada ruang
kosong/berongga dibelakang Cermin tersebut.


Mudah dilakukan, dan ini mungkin bisa menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN
VISUAL" !


PARA WANITA : beritahu teman-teman anda yang lain.
PARA LELAKI : beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda.


Cerita lawak Pendek



5+5 = 11

Sani murid tahun 2 yang agak lembab dan suka nyediri. Cik gu yang palig dia takut ialah Cik gu Kumar, guru mate sekolahnya. Dengar suara Sir Kumar menengkig rasa nak terkencing... suatu hari Sir Kumar memulakan kelas dengan menguji kecekapan conggak. semua murid berdiri dan kalau tak dapat jawab, berdiri atas kerusi. semua murid mesti jawab spontan.. tak boleh kira..
bila tiba giliran Sani, Sir Kumar menengking 5 + 5 berapa ? cepat!!!!!. Sani cuba mengira secara sorok. Dia masukkan kedua-dua tangannya dalam kocek seluar. Bergerak-gerak seluarnya kerana menghintung... rasa nak terkencing pun ada sebab takut... Sir Kumar senyum melihat telatah Sani. Cepat Sani.. 5 + 5 berapa.. 11 cikgu... ..
Sir Kumar senggih sambil keluar kelas... .

Bahaya guna Digi
Kajian baru-baru menunjukkan Digi (016 atau 014) tidak selamat digunakan.

Apabila anda guna line Digi dan rakamkan dalam camera, dan perhatikan elok-elok... . anda boleh perhatikan kelibat seekor penunggu bewarna kuning akan mangekori pengguna tersebut. Jin atau toyol kuning ini akan ikut anda ke mana-mana: laut, gunung, hutan, dalam komuter, malahan dalam kereta lalu kat terowong pun dia ada gak.

Tak seram ke bila sentiasa diekori macam tu? Dah lah botak, pendek, tembam dan berwarna kuning cerah, makhluk ni jugak akan mengajuk-ajuk pergerakan anda! Pada masa yang sama, mereka akan menari-nari dan menyanyi lagi "I will follow Him" dari filem 'Sister Act 1' yang diubahsuai liriknya.

So, hati-hati dengan pengguna Digi yang dekat dengan anda, kerana anda diperhatikan. Gunalah Celcom atau Maxis, macam saya.

P/s: Ni bukan rekaan. Tetapi saya lihat sendiri dengan mata saya kat TV baru-baru ini. Kenapa, tak percaya?


Wasiat Nenek Ani

Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung, ... .

Keadaannya semakin ari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.

Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut

Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah... ... ... ... .

"Din, ... . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu"


Jangan yakin sangat selepas pembedahan

Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata "Syukurlah, semuanya sudah berlalu."

"Jangan terlalu yakin," kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. "Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!"

Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru "Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?"

Saham Akhirat



Sebuah Maahad dan juga sebuah masjid memerlukan sumbangan anda semua. Fikirkanlah tentang saham akhirat ini. Selagi masjid itu digunakan, selagi ilmu dan amal anak-anak tahfiz ini amalkan, insyaallah selagi itulah kita mendapat pahala dari Allah.

“Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang sempurna sehingga kamu menafkahkan harta yang kamu cintai ke jalan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui.” Surah Al Imran : ayat 92

“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya” . Hadith Riwayat Muslim

Sudahkah kita bersedia untuk meniggalkan dunia ini? Sebanyak manakah amalan yang telah kita ada?

Oleh itu, dipelawa kepada sesiapa yang berhati mulia yang ingin menderma kepada:

Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat dan Masjid Imam Syafie, Pasir Mas, Kelantan

Masjid imam syafie adalah untuk kegunaan maahad tersebut dan kedua-duanya menggunakan akaun Bank Islam yang berbeza. Terpulang kepada anda untuk derma kepada maahad tahfiz atau masjid tersebut atau kedua-duanya.

Info: Pada tahun 70an, di Kelantan terdapat 134 pondok tahfiz yang melahirkan ramai tokoh-tokoh agama terbilang tanahair tetapi kini hanya tinggal 4 sahaja pondok tahfiz yang aktif. Yang tinggal ini pula diterajui oleh tuan guru-tuan guru yang berumur 60 hingga 80 tahun. Demi kepentingan agama Islam yang dicintai, sama-samalah kita bangunkan semula institusi ini.
Maklumlah di sekolah sekarang ini, boleh dipilih diantara matapelajaran agama dengan lukisan. Kalau lulus lukisan, tak lulus agama pun tak mengapa. Alangkah sedihnya. Apa sumbagan anda tentang hal ini?

A. Derma untuk masjid:
No. Akaun Bank Islam Berhad (cawangan Pasir mas, Kelantan): 03027010032451 (Diatas nama: Masjid Imam Syafie),

B. Maahad Tahfiz
No. Akaun Bank Islam Berhad (cawangan Pasir mas, Kelantan): 3027010014625 (Diatas nama: Bendahari Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat)

Tuan-tuan juga boleh menghulurkan sendiri sumbangan anda di alamat:

Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Jalan Sekolah Sri Kaimbang, Mukim Repek, 17070, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. Tel / Fax: 609 7905477.
Pengetua Tahfiz: Tuan Guru Mohammad Subki Abdul Rahman: 019 9394185.

Gambar-gambar dan surat-surat berkenaan ada disertakan di

SINI

Jika anda tidak mampu memberikan sumbangan, harap dapat fowardkan email ini kepada seramai mungkin. Anda tetap mendapat pahala yang besar.

Komitmen Kita Terhadap Pendidikan Anak/Tanggungan



Suatu masa dahulu (hujung 60an), saya pernah bercakap dengan seorang penanam sirih ditepi sungai dekat jambatan jalan ke Hutan Lipur Ampang. Pemuda India yan saya panggil Ane itu mengatakan ia berkelulusan BA dari Tamil Nadu. Saya dan kawan-kawan ketawa geli hati. Berkelulusan tinggi tetapi menanam sirih. Ketika itu kelulusan School Certificate dan SPM masih boleh menjaminkan pekerjaan (maksudnya 'desk job'). Senario hari ini berlainan sekali dan tidak payahlah saya jelaskan kerana semua pun tahu keadaan sebenar.

Satu-satu caranya untuk memudahkan hidup dihari muka atau keluar dari putaran ganas kehidupan ialah memperolehi ilmu dunia dan juga akhirat. Secara mudahnya kalau kita berkelulusan SPM dan bekerja sebagai konduktor bas maka biarlah anak/tanggungan kita mendapat kelulusan yang lebih tinggi dan menyara hidup melalui profesion yang lebih baik dan lumayan.

Dengan itu, bagaimanakah komitmen kita terhadap pendidikan mereka? Adakah ia menjadi keutamaan kepada rutin kehidupan kita? Adakah ianya mengatasi keperluan-keperluan lain? Adakah komitmen kita setanding dengan komitmen orang lain?

Pengalaman saya menunjukkan komitmen kita terhadap pendidikan anak/tanggungan memerlukan masa, wang dan kegigihan. Kita mesti sanggup menyokong aktiviti mereka di sekolah. Bertemu dengan guru-guru untuk menyelesaikan masalah atau mendapat penjelasan. Antara lain maksud saya kita kena mengenepikan aktiviti lain jika bertembung waktunya dengan aktiviti sekolah.

Komitmen kewangan bermaksud kita mesti sanggup menabung, berjimat cermat, belanja berhemah dan bijak menentukan keutamaan. Keutamaan pendidikan akan mengatasi keperluan menukar kereta tanpa sebab ekonomi, keperluan menukar radio atau rim sport, langsir baru, dan beberapa perkara lagi yang tidak membawa faedah ekonomi dan kesihatan.

Bermula dari tadika kita perlu mengeluarkan sekurang-kurangnya RM200 sebulan untuk seorang anak (bergantung kepada dimana anda tinggal). Lainlah kalau kita tidak menghiraukan kualiti atau membuat kerja asal ada sahaja. Kata orang kualiti memerlukan wang, 'if you give peanuts you get monkeys'. Tadika yang mengenakan yuran mahal mempunyai guru-guru terlatih dan juga mengadakan aktiviti -aktiviti menarik. ' (anak angkat saya semasa di tadika sudah boleh bercerita tentang pejabat pos, balai bomba dan taman permainan dalam bahasa Inggeris).

Ramai diantara kita mampu membayar yuran tusyen tetapi tidak mampu memantau pencapaian anak-anak di sana. Belanja tusyen bukannya murah. Di KL yuran bermula dari RM30 hingga RM50 sebulan untuk satu subjek di peringkat sekolah rendah dan dari RM35 hingga RM50 sejam bagi satu subjek untuk tusyen di rumah bagi sekolah menengah. Maksudya kita mesti sanggup berbelanja dari RM100 hingga RM800 untuk tusyen setiap bulan untuk seorang anak. Bagi yang berugama Islam jangan lupa pula kelas fardhu ain dan al Quran untuk anak-anak. Hari-hari untuk membayar ustaz/ustazah RM2 sebulan telah lama berlalu. Guru yang berkualiti boleh datang ke rumah dengan bayaran RM100 - RM400 sebulan.

Bila anak-anak memasuki kolej atau universiti, beban kewangan beralih sedikit kepada pelajar (hutang PTPTNlah tu). Kita hanya membantu untuk sara hidup dari RM100 hingga RM300 sebulan. Ada ibubapa yang membelikan kereta untuk anak tetapi anak pula berhutang dengan PTPTN. Anak tidak perasan yang ia akan dibebani hutang bila tamat belajar nanti.

Walau apapun pemilihan subjek/disiplin/institusi adalahlah penting. Mengejar bidang yang diminati dan kemudian menganggur sangatlah tidak ekonomik. Keadaan ekonomi semasa memberi gambaran keperluan pasaran tenaga akan datang. Ada profesion yang 'evergreen' seperti bidang perubatan dan CPA. Ada profesion sedang berkembang seperti bioteknologi dan ada juga profesion yang sudah tepu kerana pelbagai sebab. Pandai-pandailah memilih bidang agar tidak menanggung hutang dan menganggur. Yang utama jangan dengar pandangan negatif yang tidak berasas, sebagai contoh, subjek ini susahlah, mesti fasih bahasa Inggerilah, pelajar Melayu tidak ramailah dan sebagainya. Yang penting ialah anda tidak menganggur bila tamat belajar nanti.

Semua pelajar ingin memasuki IPTA terutama UM. Itu adalah bagus tetapi kita mesti ada pelan B. Kalau pelajar terpaksa memasuki institusi swasta apakah yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat komitmen kewangan. Perkara pokok untuk memilih kolej swasta ialah reputasi di pasaran. Adakah graduannya laku di luar sana? Komposisi pelajar institusi itu sendiri sudah boleh memberi jawapan. Kedua ialah kedudukan kewangan institusi? Saya lebih yakin dengan institusi yang dimiliki oleh organisasi terkenal dari institusi yang diterajui oleh orang politik atau anak syarikat kerajaan negeri. Jangan mudah tertipu dengan orang ternama yang menjadi peneraju institusi. Dalam banyak perkara ia adalah satu gimik ekonomi. Peristiwa penutupan kolej-kolej bumiputra di masa lalu sudah cukup untuk dijadikan panduan. Ketiga ialah kursus yang ditawarkan. Adakah ia kursus francais tempatan atau luar negeri? Siapa pula pesyarah-pensyarah mereka? Semua ini mesti diambil kira sebelum sebarang bayaran dibuat.

Sebagai maklumat tambahan mengapa tidak kita cuba 'meneroka ' institusi lain seperti kursus yang dijalankan oleh MII (terdapat pelajar-pelajar yang ditaja dari Indonesia dan sebagainya), INCEIF, FMM, MIM, Kolej TAR, UTAR dan sebagainya.

Tulisan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan bukan untuk berhujah. Maafkan saya jika ada maklumat yang tidak tepat. Semoga kita sanggup melabur untuk pendidikan anak/tanggungan. Pelaburan ini mestilah dibuat dengan bijak agar ia memberi pulangan yang baik. Semoga pelaburan kita mendapat berkat, diberi pahala dan diredhai oleh Allah SWT. Semoga anak/tanggungan kita berjaya dalam pelajaran dan menjadi manusia bermenafaat kepada yang lain. Sekian.

Mengapa lidah kelu disaat kematian?



Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati Allah (SWT) SWT.

KEMATIAN itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah (SWT) akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.” Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.

Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah (SWT) akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “LailahaillAllah..” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah (SWT) dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah (SWT) supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah (SWT)! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah..” semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Ya Rabbal A’lamin..”

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. KEPADA SAIDINA ALI R.A.
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
  1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
  2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
  3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
  1. Jujur dalam berkata-kata.
  2. Menjauhi segala yang haram.
  3. Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
  1. Merahsiakan ibadahnya.
  2. Merahsiakan sedekahnya.
  3. Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
  1. Takut berlaku dusta dan keji.
  2. Menjauhi kejahatan.
  3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
  1. Mengawasi dirinya.
  2. Menghisab dirinya.
  3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah (SWT) s.w.t.
Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Wallahua'lam.

Tanda-tanda bahagia atau sengsara



Bahagia dan sengsara ada petandanya.
Berikut ini adalah tanda bahagia dan sengsara dalam kehidupan kita:
Tanda-tanda Bahagia
1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara solat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah (SWT) yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya
Tanda-tanda Sengsara
1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemahuan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelazatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap enteng solat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk perilakunya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati
Wallahua'lam
(Dipetik dari kitab Tanhibul Ghafilin

Tangisan ahli neraka amat dahsyat



PENJENAYAH di penjara memiliki gelaran paling buruk yang diberi oleh masyarakat kerana membenci perbuatan mereka. Si pencuri, perompak, perogol dan pembunuh. Walaupun bertaubat atau tamat tempoh tahanan, jarang masyarakat boleh menerima bekas banduan ini. Kalau pun boleh, pasti mereka akan sentiasa berwaspada dan curiga. Betapa hebatnya kebencian kepada perbuatan jenayah.
Dapatkah bayangkan keadaan manusia ketika berada di mahkamah Allah (SWT) nanti?
Pada hari penghisaban, apakah akan terasa malu seperti si penjenayah yang malu apabila kesalahannya menjadi bahan laporan dalam akhbar? Bolehkah muka ini ditutup?
Bolehkah mengupah peguam paling hebat untuk menghadapi segala pertuduhan ke atas diri sendiri? Mungkinkah semua orang boleh dibeli dengan wang dan pengaruh? Adakah ada jalan untuk melarikan diri?
Kita manusia yang kerdil, tetapi mengapa berlagak seperti Tuhan Pemilik segalanya? Manusia bertingkah seperti syaitan, padahal dia berada dalam genggaman Tuhannya. Ketika dia merampas hak orang lain, segala rekod perbuatannya itu disimpan kukuh sebagai bukti.
Mengapakah Allah (SWT) SWT tidak menurunkan bala-Nya terus menerus pada saat seseorang itu melakukan dosa? Jawapannya adalah firman Allah (SWT) bermaksud: “Berapa banyak penduduk negeri yang telah Aku beri tempoh, sedangkan mereka berbuat zalim, kemudian Aku seksa mereka dan kepada-Ku mereka kembali.” (Surah al-Hajj, ayat 48)
Biarlah pelaku dosa itu diberi tempoh selagi hayatnya di atas bumi ini belum berakhir. Allah (SWT) Maha Penerima Taubat. Tetapi, sayang sekali, mereka suka menunda taubat, menganggap peluang itu untuk berpuas-puas terlebih dulu dan bertaubat kemudian.
Semakin dihulur setiap peluang, maka semakin buta matanya, pekak telinganya, keras hatinya dan hebat bergaya mengalahkan syaitan.
Diteguk segala kemanisan syahwat duniawi sehingga lupa kepanasan buah zaqqum tanaman neraka yang akan diletakkan di dalam kerongkongnya nanti.
Hatinya puas menikmati kesenangan yang memuncak pada hujung keghairahan. Tetapi, dia lupa di dasar lubang jahanam yang gelap itu nanti terpaksa melalui aksi pembakaran manusia, penyeksaan dan pembunuhan yang tidak pernah berhujung dengan kematian.
Jurang neraka terlalu curam, setiap penderhaka akan merasai seksa dihumbankan ke dalamnya. Pernahkah kita membayangkan jatuh dari ketinggian sejauh 70 tahun perjalanan baru sampai ke dasar lantainya? Jika kejadian itu di dunia ini, bagaimana pula keadaan orang yang jatuh ke dasar jurang neraka itu nanti?
“Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar suara benda yang jatuh. Lalu Baginda bertanya: “Tahukah kamu semua suara apakah itu?” Kami menjawab: “Allah (SWT) dan rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda yang maksudnya: “Itu adalah suara batu yang dilemparkan ke dalam neraka jahanam sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru sampai ke dasarnya.” Hadis riwayat Imam Muslim
Sesungguhnya mereka yang berada dalam neraka itu hidup dan merasai setiap kesakitan itu sedikit demi sedikit. Diganti setiap kulit yang hangus dengan kulit yang baru. Sehari di sana sama seperti seribu tahun di dunia ini.
Mengapakah mereka memilih kesenangan haram yang sebentar saja di dunia ini? Pada hal mereka pandai mengira, tahu membezakan makna sengsara dan bahagia, berakal tajam dalam menganalisis segala sesuatu. Allah (SWT) mengingatkan kita bahawa azab dan sengsara yang akan diderita itu bukan sebentar. Firman-Nya bermaksud; “Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu seperti seribu tahun daripada apa yang kamu hitung.” (Surah al-Hajj, ayat 47)
Bagaimanakah suara tangisan ahli neraka? Pernahkah anda mendengar tangisan orang yang dipisahkan daripada keluarganya? Tangisan orang yang menderita sakit dan terpaksa disuntikkan ubat penahan sakit? Tangisan orang yang kematian anak yang disayang? Tangisan orang yang gagal dalam kerjaya? Tangisan perempuan yang disakiti suaminya? Tangisan orang kaya yang muflis? Tangisan ibu dan bapa yang disakiti anaknya?
Semua jenis tangisan di atas dunia ini tidak sehebat tangisan ahli neraka. Tangisan yang mengalirkan penyesalan tidak berhujung. Tiada harapan dan peluang.
Mereka merayu kepada Tuhan: “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (kembalikanlah kami ke dunia) maka jika kami kembali kepada kekufuran, sesungguhnya kami adalah orang yang zalim.” (Surah al-Mukminun, ayat 107)
Allah (SWT) menjawab rayuan mereka itu dengan firman-Nya bermaksud: “Tinggallah kamu dengan hina di dalamnya dan janganlah kalian bercakap dengan Aku.” (Surah al-Mukminun, ayat 108)
Oleh itu, jika anda menangis di dunia ini, pastikan tangisan itu adalah tangisan penyesalan dan taubat kepada Allah (SWT).
Barang siapa yang banyak menangis di sini, nescaya tiada air mata lagi yang akan jatuh menitis di Padang Mahsyar nanti.
Balasan Allah (SWT) sangat adil. Saksi yang dipanggil adalah anggota badan kita sendiri. Menunduklah wajah yang dulunya terngadah sombong, kecutlah hati yang dulunya bongkak dan bengkak serta menggigil sekujur badan bagai hendak melepaskan kulit.
Lalu kita bertanya, layakkah aku mendapat perlindungan Allah (SWT)? Jawapannya payung Allah (SWT) itu hanya untuk tujuh golongan saja.
  1. Pemimpin yang adil.
  2. Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah (SWT) semasa hidupnya.
  3. Seseorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan Masjid.
  4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah (SWT), keduanya berkumpul & berpisah kerana Allah (SWT).
  5. Seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan cantik & berkedudukan untuk berzina tetapi dia berkata, “Aku takut kepada Allah (SWT)”.
  6. Seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.
  7. Seseorang yang mengingat Allah (SWT) di waktu sunyi sehingga bercucuran air matanya.
Blog Widget by LinkWithin