Muka anda cantik/handsome? Ada yang lagi cantik/handsome
Muka anda tak handsome/tak cantik? Bersyukurlah apa yang anda ada, ada insan lain yang lebih malang lagi
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!

NEGARA BERKEBAJIKAN :
1. Menurunkan harga minyak petrol/disel. turun 30 sen dari harga pasaran kini.
2. Memberikan pendidikan percuma sehingga ke IPT.
3. Memberikan rawatan perubatan percuma.
Fakta :
Keuntungan Petronas pada tahun 2007 sebanyak hampir RM 80 Billion.
- Sebanyak Rm 10 billion akan digunakan utk subsidi Petrol/diesel.
- Sebanyak Rm 10 billion akan digunakan utk subsidi pendidikan
percuma sehingga IPT.
- Sebanyak Rm 10 billion akan digunakan utk subsidi perubatan
percuma.
Jadi Petronas masih lagi meraih keuntungan sebanyak Rm 50 Billion.
Taqwa itu bukan slogan. Ia bukan modal khatib melenakan jemaah Jumaat.
Taqwa adalah kayu ukur Allah terhadap kualiti insan. Sebaik-baik kamu adalah yang paling tinggi nilai taqwanya.
"Apa itu taqwa?", tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka'ab Radhiyallahu 'anhuma.
"Pernah kamu susuri jalan yang penuh duri?", balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.
"Pernah saja", jawab Umar.
"Apa yang kamu lakukan?", pintas Ubai.
"Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati", jawab Umar lagi.
"Itulah TAQWA!", simpul Ubai bin Ka'ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang TAQWA.
TAQWA itu adalah kualiti manusia yang merentas jalan berliku. Ada manfaat ada mudarat, ada yang boleh ada yang jangan… seorang ahli taqwa itu akan mengambil kira semuanya. Melangkah dengan penuh kesedaran, bijak mengawal pergerakan, dan peduli kepada setiap yang menjadi cabaran di sepanjang perjalanan itu. Itulah taqwa.
Orang bertaqwa bukan orang hidup ikut suka.
Pejuang bertaqwa bukan pejuang yang berjuang ikut suka.
Mereka mengambil kira segala peraturan Allah, perkara yang memenangkan, dan perkara yang membinasakan.
Solat Sunnat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.
Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat. Setelah selesai shalat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Allaahumma inni astakhiiruka bi'ilmika , wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata'lamu wa laa a'lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama'aasyii wa 'aaqibati amrii, 'aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma'aasyii wa 'aaqibatu amrii 'aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni 'anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka 'alaa kulli syai-in qadiir
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang gaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.
Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya.. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"
Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, yaitu berniat solat istikharah. Bila mungkin laksanakan sesudah lewat tengah malam, setelah bangun tidur. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: "Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini.....(sebutkan namanya)"