adsense

19 February, 2008

SYARAT TAQWA


Taqwa itu bukan slogan. Ia bukan modal khatib melenakan jemaah Jumaat.

Taqwa adalah kayu ukur Allah terhadap kualiti insan. Sebaik-baik kamu adalah yang paling tinggi nilai taqwanya.

"Apa itu taqwa?", tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka'ab Radhiyallahu 'anhuma.

"Pernah kamu susuri jalan yang penuh duri?", balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.

"Pernah saja", jawab Umar.

"Apa yang kamu lakukan?", pintas Ubai.

"Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati", jawab Umar lagi.

"Itulah TAQWA!", simpul Ubai bin Ka'ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang TAQWA.

TAQWA itu adalah kualiti manusia yang merentas jalan berliku. Ada manfaat ada mudarat, ada yang boleh ada yang jangan… seorang ahli taqwa itu akan mengambil kira semuanya. Melangkah dengan penuh kesedaran, bijak mengawal pergerakan, dan peduli kepada setiap yang menjadi cabaran di sepanjang perjalanan itu. Itulah taqwa.

Orang bertaqwa bukan orang hidup ikut suka.

Pejuang bertaqwa bukan pejuang yang berjuang ikut suka.

Mereka mengambil kira segala peraturan Allah, perkara yang memenangkan, dan perkara yang membinasakan.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin