7 Menteri Besar dan Ketua Menteri dijangka akan terkeluar dalam pilihanraya ke 11 nanti. 3 daripada mereka dijangka berpindah untuk bertanding di peringkat Parlimen.
Mereka yang bertanding di peringkat Parlmen dijangka hanya akan dilantik menjadi Timbalan Menteri. Sekiranya megikut susunan jemaah menteri dan Ahli MKT sekarang, 7 Ahli MKT teratas - 2 Menteri Besar/Ketua Menteri, 2 Menteri Penuh dan 3 Timbalan Menteri. Maka besar kemungkinan 3 daripada Menteri Besar dan Ketua Menteri yang bertanding di peringkat Parlimen akan hanya dilantik sebagai Timbalan Menteri atau sekadar menjadi MP biasa.
Antara yang dijangkakan untuk digugurkan adalah Menteri Besar Perak, Perlis, Johor dan Sabah sementara yang dijangkakan untuk berpindah ke Parlimen antaranya Mentri Besar Selangor dan Negeri Sembilan.
Kemungkinan ada perancagan dari Tingkat 4 untuk meletak dikalangan Pemuda yang menyokong mereka menjadi Menteri Besar.
Perancangan ini bagi memastikan Naib Ketua Pemuda Sekarang tidak mendapat tentangan untuk bertanding menjadi Ketua Pemuda di Pemilihan UMNO yang akan diadakan selepas pilihanraya nanti.
Yang di jangka kekal menjadi Menteri Besar adalah Menteri Besar Kedah dan Terengganu. Nasib Ketua Menteri Melaka tidak diketahui tetapi mungkin juga terkeluar kerana faktor kesihatan.
Credit
1 comment:
LEBIH BAGUS KALAU SEMUA MENTERI YG ADA SEKARANG MELETAK JAWATAN..BIAR PAS & KEADILAN PULA YANG MEMERINTAH NEGARA..KEPADA PENGUNDI,UNDI LAH PEMIMPIN YANG BOLEH MEMBAWA KITA KE JALAN YG BENAR.BERDOSA BESAR JIKA SALAH PILIH PEMIMPIN..OLEH ITU,PANGKAHLAH PAS @ KEADILAN..
'ISLAM UNTUK SEMUA'
Post a Comment