adsense

19 February, 2008

Minyak Petronas hanya untuk Jet.




"Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan", kata Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zahid Hamidi ketika disoal oleh Dr. Muhammad Agus di dalam rancangan Hujah terbitan di TV9 .Saya tak tahu samada hendak ketawa atau menangis mendengar alasan daripada Zahid ini. Apa yang pasti, jawapannya bukan menyelesaikan permasalahan semasa rakyat tetapi sebaliknya mengundang banyak persoalan di dalam benak fikiran kita.

Dr. Agus: Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang telah berjanji bahawa jika mereka berjaya memerintah Malaysia, harga minyak akan diturunkan 30 sen serta merta? Apa pandangan Datuk?

Zahid: Inilah masaalah dengan pembangkang, tak habis-habis meracuni fikiran rakyat. Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan. Cuba lihat negara-negara lain seperti Singapura dan Thailand, harga minyak mereka jauh lebih mahal daripada di negara kita ……..

Dr. Agus: Tetapi mereka ini bukan negara pengeluar minyak sedangkan negara kita pengekspot minyak ……..

Zahid: Betullah negara kita pengekspot minyak, tetapi saudara kena ingat bahawa kerajaan terpaksa berbelanja sebanyak RM 40 bilion setahun bagi subsidi minyak. Dengan jumlah wang yang begini banyak banyak lagi projek lain yang boleh kita buat untuk kesejahteraan rakyat …….

Dr. Agus: Bukankah dengan menurunkan harga minyak itu merupakan satu kesejahteraan kepada rakyat ………?

Zahid: Betul, tetapi semua lapisan rakyat tak kira bawa Mercedes atau Proton akan mendapat faedah yang sama jika kita menambah subsidi minyak ……..

Saya tak nak mengulas panjang tentang perkara ini kerana anda semua boleh buat penilaian sendiri . Budak-budak sekolah pun tahu bahawa minyak petroleum apa pun jika diproses di pusat penapisan akan mengeluarkan pelbagai produk minyak lain termasuk petrol, diesel, bitumen, minyak tanah, minyak jet dan pelbagai lagi hasil keluaran. Sikit atau banyak sesuatu produk ini bergantung kepada kualiti atau jenis minyak mentah (crude oil) yang diproses. Apa yang pasti, tak ada satu jenis petrolium pun dalam dunia ini yang hanya boleh keluarkan minyak jet sahaja.

Credit

10 comments:

Anonymous said...

bro.. minyak Malaysia memang xleh pakai untuk kegunaan harian kita...

Kualiti minyak Malaysia terlalu tinggi jika nak dibandingkan dengan minyak2 pak arab tu...

tak semestinya kalau proses minyak tu akan keluar mengikut yang kita hendak..

study first to make a good comment.. ;)

i'm not a pro-government... i also suffer because of the oil..

Anonymous said...

sape yg bijak pandai dalam oleokimia sile berikan pandangan..setau saye lecturer saye pun ckp msia ni byk minyak, and shell nk wat lagi projek kat sabah, carigali minyak di tengah2 laut sabah

Anonymous said...

tak kisah la ape2 pun..yang penting, bila harga minyak naik, untng petronas pun naik..so tak rasional la kerajaan naikkan harga minyak>>>>

Anonymous said...

alo kwn...i'm not a pro-goverment..tapi gua nak bagitaulah kan...orang kita nie dah lemak sangat dengan supsidi.memang taraf hidup kita masih rendah lagi,tapi kita masih dikuasai oleh kuasa penjajah tampa kita sedar.orang melayu tahu nak membangkang tampa fikir aper2

Anonymous said...

betul tu. kaji dulu sebelum berkata. kalau pulangan kita eksport minyak lebih tinggi daripada kita menurunkan kualiti inyak kita sendiri. bukankah lagi rugi.

isu subsidi kereta mercedez dan proton maksudnya di sini subsidi sepatutnya diberikan kepada yang tidak berkemampuan dan memerlukan.

tapi nak bezakan dan nak buat satu proses dan idea yang baru bukan hari ni cakap besok buat.

Anonymous said...

PANDAILAH CAKAP, DIA KE HULU KE HILIR CLAIM JE NGAN KERAJAAN, CUBA MINYAK DIA SENDIRI BAYAR, MAMPOS.

Anonymous said...

Minyak jet ke, minyak tar ke, minyak lori ke... kalau harga naik minyak jet tu makin mahal and Petronas dpt untung berganda. Harga minya based on minyak mentah pasaran dunia. Dia tak kata based on minyak kereta atau lori. Apa salahnya duit keuntungan jual minyak jet tu pi beli pulak minyak petrol/ diesel utk rakyat... bukan nak beli jet baru atau buat bangunan berjuta....

Anonymous said...

kalau tak puasa hati, cakap depan-depan.. kat sini, sorang orang yang bertanggungjawab pun takde..

undilah dengan bijak ;)

hanamichi said...

Sape kate minyak M'sia x leh pkai utk kegunaan harian...nie blajo kat mane nie..??? Terlalu tinggi??.. sbnrnye mnyk pak arab tu kne tmbh proses je nak bg kualiti ok...jadi kos mahal skit...pahamm.......

p/s: klu x tau jgn buat2 tahu...make keluar la ajaran sesat mcm islam hadari tuh.....

Anonymous said...

RM40 billion subsidi untuk minyak.. Aku cadangkan hapuskan je subsidi diesel/petrol.. Ada orang seludup jual minyak kita kat negara luar.. Lagi pun stok minyak negara bukan banyak lagi.. lambat laun kena naik jugak..

TAPI... kalau dah takde subsidi untuk petrol.. Subsidi RM 40 billion tu boleh tukar subsidi lain contohnya subsidi harga barangan keperluan... barulah semua org termasuk orang yg akde kereta/motor boleh menikmati subsidi kerajaan bersama..

Tak pun hapuskan road tax ke, hapuskan tol ke atau ape sajelah bagi menggantikan subsidi minyak..

Dalam kata lain.. Biar Minyak mahal api benda lain murah,

Blog Widget by LinkWithin