adsense

12 May, 2008

Sanggupkah Kita Buat Begini?





src="http://www.impaksearchmarketing.com/images/488x60.jpg" align="center" alt="Panduan Yahoo Search Marketing">

'Ustaz, saya ingin bertanya.. Saya menjaga ibu saya yang uzur... Saya
membasuh kemaluan ibu saya.. Bagaimana dengan puasa saya...'

Ustaz bertanya 'Adakah saudara sudah berkahwin?'

Pemanggil menjawab 'Belum Ustaz'

Ustaz menjawab 'Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu
saudara'...

Setelah talian putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran
jejaka pemanggil itu. Saya menitiskan airmata mendengar perbualan itu
dan berfikir sungguh beruntunglah siibu yang melahirkan jejaka itu.
Alangkah bertuah nya si-isteri mendapat jejaka itu sebagai suaminya.

Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh
anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah
kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-koco h,
pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh
menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik
handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat
Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi
bila dia mula menjejaki anak tangga, 'Subhanallah!'

Si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman
rumah.

'Mak sakit perut rupanya,' bisik hatinya. Tanpa berlengah segera
disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan.
Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.

Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib
terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan
gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga.

Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop
bersih, seperti hilang akal sejenak. Tak sembahyang Maghrib ke?' Tanya
ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah. Tak apalah mak, saya
musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti.' Si ibu tak
terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut
grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak
dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh
dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat
pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.

'Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang
soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur
padamu..... aku bersyukur pada mu Ya Allah!' sempat si ibu memanjatkan
doa dalam hati.

Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat
kasih....... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam
hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan
oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang
dimuliakan oleh Allah SWT.

Hadis Nabi saw:

'Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua
mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT'

' Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.
Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung, lalu
menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.'

*Hukamah*

No comments:

Blog Widget by LinkWithin