ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
13 May, 2008
Saya kakak dia...
Kawan saya mempunyai anak saudara yang bekerja sebagai wartawan diakhbar
harian. Kata kawan saya, anak saudaranya itu memang selalu berlagak dan
menjadi 'Ms. Know All' di kalangan kawan-kawan. Apa skill kewartawanan
yang diajar dia ikut. Apa yang orang asuh supaya jadi wartawan yang hebat
dia ikut.
Dengan kawan-kawan dia selalu berlagak dia saja yang selalu jadi 'first
person know everythings'. Tentang politik tentang daim nak letak
jawatan, tentang gosip terhadap Dr Hasan Ali, tentang gosip PAS, KEADILAN
semua dia tahu.
Itu belum masuk bab gosip kat ofis, nampak je berjubah tapi keburukan
terserlah. Semua orang tahu tapi malas nak layan. Satu hari dia memang
dalam waktu cuti, tapi tak suka duduk rumah, maklumlah tiada boyfriend
(anak dara tua). Sebaliknya dia memang suka merayau kononya nak cari
berita. Secara kebetulan anak saudaranya itu terserempak dengan insiden di
tengah jalanraya, dipinggir kota KL.
Orang ramai mengerumuni sesuatu di atas jalan, maklumlah polis belum
tiba waktu itu. Anak saudaranya cuba memboloskan diri,menengok apa yang
berlaku.Tak boleh.Dia gagal. Orang yang berasak-asak makin menolak
kebelakang.
Akhirnya dia dapat satu idea. Katanya 'tepi-tepi !!, saya akak kepada
mangsa. Tepi sikit. Saya akak dia !' kata anak saudara kawan saya.
Orang ramai tercengang dan berundur sedikit demi sedikit membenarkan
sipolan menengok apa yang terjadi.
Tapi orang lain saling pandang-memandang.Eh betul ke sipolan tu akak
pada simonyet yang bergelempang tinggal nyawa-nyawa ikan, dek kerana kena
langgar dengan lori sayur sebentar tadi ?
------------------------------------------------------------------------
Pengajaran : Jangan jadi orang pandai,jangan jadi orang hebat, yang
penting juga jangan berlagak... ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment