ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
13 May, 2008
Tip jimat cermat
src="http://www.impaksearchmarketing.com/images/488x60.jpg" align="center" alt="Panduan Yahoo Search Marketing">
Panduan langkah bejimat-cermat akibat kenaikan barang sekarang ni. Taktik basi yang masih berkesan oleh pemborong. Mula-mula ayam, lepas tu gula,lepas tu tepung sekarang ni beras pula berkurangan. Biasalah tu, sedar tak sedar semua barang dah naik harga seposen dua puluh sen hingga ke berRM-RM. Teringat lirik tulisan Allayarham JS Kevin (Alfatihah utk beliau) "orang buncit makan daging,yang kurus makan ikan masin.."
1. Kawal penggunaan kad kredit, melatih diri berbelanja ,emggunakan wang tunai.
2. Suri rumah digalakkan merancang jadual perbelanjaan keperluan rumah sebelum berbelanja agar kos bulanan dapat dirancang.
3. mengamalkan pembelian barang keperluan bulanan secara pukal bagi mengurangkan kos pengangkutan, bayaran letak kereta dan masa
4. melakukan tinjauan perbandingan harga sebelum berbelanja
5. Golongan berpendapatan sederhana digalakkan melakukan kerja sampingan, antaranya jualan langsung atau berniaga kecil-kecilan
6. Bagi yang berkereta, kawal penggunaan minyak dan gunakan kenderaan berkuasa rendah. orang ramai juga digalakkan menggunakan penggangkutan awam dan berkongsu kereta
7. melatih diri mencatat perbelanjaan yang sudah digunakan, simpan bil dan resit bayaran yang berguna untuk rujukan aliran kewangan
8. pastikan suis peralatan elektrik dan paip air ditutup sebelum meninggalkan rumah bagi mengelakan pembaziran
9. menggunakan peralatan elektrik yang tidak menggunakan tenaga yang tinggi. pilih peraltan bersifat 'energy saver' yang boleh menjimatkan 20 peratus kos elektrik
10. suri rumah perlu merancang masakan mengikut keperluan, kurangkan lauk -pauk tetapi masak makanan yang berkhasiat dan elakkan makan diluar
11. melatih diri, anak dan keluarga manabung untuk masa depan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment