adsense

15 July, 2008

5 perkara memilih pasangan yang tepat



Semua orang mengharapkan cinta yang di bina kekal untuk selamanya.Tidak ada orang yang mahu bercinta kemudian berpisah untuk sepanjang hayatnya.Tetapi harus diingat bukanlah perkara mudah yang bertemu insan yang benar-benar sesuai dengan kamu.Ada kalanya pasangan yang telah menjalin hubungan bertahun-tahun akhirnya putus juga di tengah jalan,hanya kerana merasakan sepadan.Berikut merupakan beberapa panduan untuk mengetahu adakah si dia adalah pasangan yang tepat untuk kamu.

1. Perasaan seperti memiliki sebuah rumah

Saat bersama si dia perasaan kamu sentiasa tenang dan selesa.biarpun baru mengenalinya tetapi kamu terasasudah mengenalinya seumur hayat.Tidak akan ada halangan untuk kamu bercakap atau kamu berkongsi sebarang rahsia dengannya.Bukan itu sahaja kamu juga sentiasa yakin dan merasakan inilah orang yang kamu cari selama ini.

2. Berlalu seperti air yang tenang

Hubungan kamu dan dia berlangsung tanpa banyak masalah dan cabarab yang besar.sekalipun ada perselisihan faham yang akn berlaku ianya dapat di selesikan dengan cepat kerana sentiasa pihak yang mengalah.lebih bahagia lagi apabila setiap yang dirancang berjalan dengan lancar.dalam sebuah perhubungan perlu ada usahauntuk menjadikanya berhasil,tapi jika bersama orang yang tepat usaha itu dilakukanya dengan mudah.

3. Ketawa bersama

Setiap kali bertemu,pasti akan diceriakan dengan gelak ketawa,mungkin kamu dan si dia tidak memiliki 'humor'yang sama,tetapi sewaktu dia bergurau setidaknya mampu membuat kamu tersenyum.tentunya jugakamu berdua mempunyai persamaan dalam pelbagai perkara.

4. Tidak pernah meragui

Apabila kamu vertemu dengan pasangan yang tepat,akan tumbuh perasaan saling percaya.biarpun si dia jauh di mata namun kamu yakin si dia sentiasa mengingatimu.Kamu juga tidak pernah ragu-ragu untuk membantunya andai si dia dalam kesusahan kerana kamu pasti si dia juga akan berma kamu saat kamu memerlukanya.

5. Bertindak berdasarkan kebaikan bersama

Bersama orang yang tepat,kamu akan selalu membuat keputusan demi kebaikan bersama,bukan semata-mata untuk diri sendiri.bersedia berbincang tentang tujuan dan usaha yang akan dilakukan bersama.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin