adsense

16 July, 2008

Cerita kelakar - kantoi



Dalam satu perjalanan bas menuju ke kota kinabalu, mulanya memang seronok, sebab dapat tengok keindahan hutan bukit di sepanjang perjalanan. tapi setelah beberapa jam dalam perjalanan, mata pun mula naik hijau melihat kawasan2 pokok kelapa sawit dan barbagai lagi lah jenis tumbuhan.

so sebagai langkah menghilangkan boring saya pun mula melelapkan mata..sambil-sambil dengar muzik. tapi entah tak semena-mena tiba-tiba hidung ini tercium sesuatu bau yang amat dahsyat! bau kentut! laaa... siapa pulak yang terkentut kat dalam bas air-cond ni...

penumpang bas mula bising, suasana jadi tidak keruan..iyalah dah tercium busuk orang! tapi yang paling bising, pakcik yang duduk kat belakang. "siapa lah punya kerja ni? tak senang orang duduk. kalau nak melepas tu, bagi salamlah dulu" katanya.

saya dan penumpang lain pun mengangguk sama. geram..mujurlah pemandu bas bertindak bijak dengan membuka pintu bas. selamatlah juga hidung ni.

beberapa jam kemudian, kami pun tiba di detinasi yang dituju. setelah bas berhenti, semua penumpang bersedia untuk turun. tak lama kemudian konduktor bas itu berkata"semua orang boleh turun. kecuali orang yang kentut tadi tu. tambangnya belum dibayar"laungnya. dan selepas itu terdengar pula satu suara."aik saya sudah bayar tambang laaa, tadi kamu tidur ke?"marah empunya suara.

apa lagi semua penumpang pun memandang ke arah empunya suara. laaa rupanya pakcik tadi tu. patutlah dia bising-bising, rupanya dia yang punya kerja!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin