ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
19 January, 2009
Aku dan tol
Pada sabtu yang lepas aku tergesa gesa membawa kereta kerana ada hal penting diputerajaya. Dari tempat ku tinggal aku terus masuk ke highway kajang, aku fikir dengan melalui highway aku pasti dapat kesana dengan segera. Aku bawak laju, habis semua kerata aku potong. Bila dah dekat tol, dari jauh aku dah congak-congak tol mana yang paling kosong, Aku nampak ada 3 lorong tol. Dari kiri, lorong satu, dua dan tiga Aku datang dari tengah, maknanya tol lorong ketiga adalah berhampiran dengan aku sekali. Apa lagi aku memecut laju, semua kereta aku potong, aku nak cepat la.
Bila dah nak hampir, aku lihat lorong tiga ada dua biji kereta tengah 'kiu'. Aku cakap dalam hati aku tak nak masuk lorong tiga, Aku terus menghimpit ketepi sikit pasal aku tengok lorong dua tu kosong, tapi ada satu jip dah nak masuk lorong dua tu jugak, apa lagi walau pun aku kat belakang jip tu, aku pecut bagai nak tercabut tayar, punye le nak masuk depan sekali kat lorong dua tu. Aku plan nak pintas jip tu…tapi walau macamana laju pun aku memang tak sepat, pasal jip tu dah dekat sangat nak
masuk lorong dua, bila dah pasti tak dapat masuk depan jip tu, baik nasib aku tengok lorong satu kosong, aku pun terus cilok kelorong satu. He he berjaya jugak aku pi depan sekali…..
Tiba-tiba, aku terus tekan break, berhenti, tarik handbrake, matikan enjin, keluar tergesa-gesa tengok keempat-empat tayar kereta aku. Check tayar depan ok, check belakang ok, aku garu kepala, pusing lagi sekali, pun tak ader apa… jip tadi pun dah lepas, semua kereta yang aku potong pun dah lepas tol…aku pun masuk balik dalam kereta, bila agak dah tak ader kereta lagi, aku pun reverse, masuk balik kat lorong dua….puh legaaaa….baik nasib tak ada orang perasan yang aku termasuk lorong satu yang tutup tu, lampu merah kat atas, cinabing….tak nampak pulak lorong tu tutup…
tak ada orang nak kutip duit kat lorong tu….. baik nasib pandai belakun check tayar lah olok2…padahal dah termalu masuk lorong yang tutup………..hampeh betul.
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!
Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Hah,len kali hormati pemandu len,dorg pon nak cepat juga..
Ada hikmah tue beb,nak cepat tapi jadi lambat juga!
HAHAHAHAhaha...
Post a Comment