ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
31 January, 2009
Fitnah; web KMU bakal disaman 40 juta
Laman web My Kmu.net yang terkenal sebagai lubuk forum UMNO bakal disaman RM40 juta. Peringatan kepada blogger termasuk diri aku sendiri...jangan sebar berita jika tak mendapat sumber yang betul.Walau bagaimanapun untuk sebuah forum yang sesiapa pun boleh daftar dan create thread, kemungkinan MyKMU.net boleh terlepas..Sendrik mau ingat!
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali hari ini menepis dakwaan fitnah dalam forum sebuah laman web, kononnya beliau ditangkap berkhalwat di salah sebuah hotel di Pelabuhan Klang.
Fitnah terhadap beliau turut disangkal oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu.
Dakwaan palsu itu disebarkan dalam laman web My Kmu.net oleh Jamilisa yang menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' dengan tajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap'.
Jamilisa dalam ruangan forum pada 25 Januari melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.
Berikutan perkembangan itu, Dr Halimah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, petang 27 Januari lalu.
"Pada hari yang dikata saya ditangkap khalwat, saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana menghadiri forum Perdana Keluarga Bahagia bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmood," jelasnya.
Sumber: Harakahdaily
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Dapat $1US P.ERCUMA dengan baca laporan!
Iklan Di ISUHANGAT!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment