adsense

22 January, 2009

Boikot KFC



Pinjaman blacklist ok

Dari inbox admin, tak tahu betul ke tak

Tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.

sekian.

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!

Iklan Anda Di Sini!

13 comments:

PakciQue said...

Benda ni terlalu subjektif untuk dibincangkan.

Dengan keadaan ekonomi yang tidak berapa elok pada tahun ni. Adakah berhenti kerja merupakan sebaik-baik langkah? Dengan ramai pekerja yang diberi cuti tanpa gaji. Adakah mereka juga perlu mengikut jejak langkah.

Oh ya. KFC di Malaysia bukan di bawah lesen Francais. Ia adalah branch.

Doa adalah senjata mukmin.

Apa aku kata pasal boikot via http://noorhidayat.com

ahmad_htr said...

betul2 betul...
rezki ada dimana2.ada pelbagai bidang kerja lain lagi dimuka bumi ni.jgn kita takut,insyallah pasti ada ganti utk kita...yakin lah,allah akan gantikan kerja yg lebih baik dari skrg...ini lah jihad kita,inilah kemampuan kita skrg ni...takbirrr

bobz said...

koorang ni ckap je pandai ....padahal .. kije kat tempat mcm tu gak ... try la benti .. cari keje lai n .. tgk ade x ?sedangkn yg pekerja kilang pon byk kene benti .. korang nk kerja kilng ka ???last2 .. hapah pon x de !
korrang kerja lillahita'ala tu da cukup baik ....janji mende tu bukn haram kan ?maaf la .. bukn nk membela .. tp kesian la kat orang yg keje kat kfc ker pizza ker ...mrk cari rezki yg halal jek...

muslimdairyz said...

salam bro,

tepung tu dibeli dari mana? kilang man minah ke?

francais tu berape dibayar setauh kat kfc amerika?

sudahlaa,,,, jgn la nak perbodohkan melayu, melayu dah lama dah kena tipu dan perbodoh,,,,,

Asrul Budi said...

Betul ker KFC takde bagi keuntungan pada US? Pada aku penulis nie takut kalau di kena benti keje., Maner taknyer!!! Dia sendiri keje ngan KFC... Apa yang pasti KFC adalah milik Amerika.. Oleh itu sebarang perniagaan francais akan memberi keuntungan kepada Amerika...

ahmad_htr said...

HEHEHE...teman dah tau,apa makanan kegemaran sdr.bobz kita tu...ermmmm

MiriGoshop said...

tak ler mati kelaparan kalau tak makan ayam kt kfc.

ni yg perlu rakyat mesia yg ada dana yg banyak buka sendiri jenama sendiri dgn konsep yg sama.jom boikot.

ahmad_htr said...

jom boikot...
kes ayamnye ntah dtg dari mana dulu pon,blom selesai lg...
pada pekerje2nye,gunakanlah pengalaman di kfc tu,utk bukak perniagaan ayam goreng sdiri,buat niaga kecik2,tp untung berbaloi dan halal...

SH said...

Memang la pembayaran atas dasar francais sahaja dan pakai nama. Semua budak sekolah pun tahu siapa tokey KFC Malaysia.

Isu Francais la masalah pembayaran kepada Yahudi. Awak pun tahu satu cawangan berapa bayar setahu. Cuba Congak kali nak tahu jumlah penuh..

Bukan kita boikot tanak KFC sampai suruh berhenti keje. Keje duit masuk bagus la.. tapi kami taknak duit kami masuk KFC saja.

Dari sudut ekonomi, KFC sini kta punya, mungkin lepas boikot, depa buka mata yg jenama Yahudi org benci dan buka "KELANTAN FRIED CHICKEN" masih KFC jugak. Keje diorang masih ada...

kenapa nak menyokong jenama/produk yahudi. Kurang ke produk kita?

PakciQue said...

Memboikot adalah hak individu.

Aku juga tidak pernah menafikan hak memboikot dan aku juga tidak mengiyakan pencerobohan oleh tentera Israel yang cabul tu.

Kuasa boikot. Memang kuat. Kalau tak, takkan orang kuat KFC mengeluarkan kenyataan begitu. Kan? Kenapa? Sebab jualan mereka sudah rendah.

Tapi, dengan kuasa boikot juga, kes pengangguran mungkin akan berlaku. Realistiknya, telah berlaku.

Budak-budak KFC yang pelajaran tidak setinggi mana tu, nak kerja kat mana ya kalau mereka mnyahut seruan ini? Kerja kilang? Kilang pun dah banyak tutup, memberi cuti tanpa gaji, memberhentikan kerja, menukar pusat operasi ke negara lain.

Berniaga sendiri? Apa pengalaman yang mereka ada? Berapa modal yang mereka ada? Pinjaman? Mahu ke bank memberi pinjam bila melihat latar belakang mereka? Dengan keadaan ekonomi yang sebegini. Layak ke mereka meminjam?

Isu ni subjektif. Memboikot untuk tidak membeli adalah hak anda. Hak aku. Tapi, menafikan hak mereka untuk mencari rezeki. Anda telah zalim terhadap mereka dan keluarga mereka. Dosa besar tu.

Apa-apa pun. Memang menarik sebenarnya kalau hal ni dibincangkan secara terbuka. Mungkin ada maklumat yang pihak KFC Holdings sendiri tidak sampai dengan jelas kepada kita.

p/s: Iklan KFC yang baru tu memang mengiurkan. Tapi, apa kan daya. Boikot tetap boikot.

p/s/s: Aku takde kaitan pun dengan KFC Holdings ni.

Info lanjut di Noorhidayat[dot]Com

acap said...

cara ko tulis penjelasan ni wahai Muhamad Ammar Abdullah, mcm orang yahudi. penuh muslihat, pujuk rayu, tipu helah.

PakciQue said...

Mengecop atau berprasangka terhadap orang lain adalah lebih buruk sifatnya.

Wallahualam.

http://noorhidayat.com

master_red_lion said...

bkn nk mengiakan atau menidakkan... sume pn betol... tp kite timbang2 la...

mentang2 keje ngan KFC, sumbang kat israel, terus berenti sdgkan keje lain belom tentu dpt... ini org panggil guruh dilangit, air dlm tempayan dicurahkan... hujan belom tentu bang oiiii...

salah ke kalo cari keje lain dulu sambil2 kerja sementara kat kfc tu... bile da dpt keje lain baru la berenti...

jgn sempitkan pemikiran...

tambah dgn keadaan ekonomi skang, ssh nk cari keje lain... kalo dpt lain, alhamdulillah... kalo xdpt? nk mkn pasir??? pikir2kan la...

even solat ade kelonggaran, xkan isu boikot nk strict cam gini skali...

Blog Widget by LinkWithin