ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
31 January, 2009
Kisah Tarian Shuffle
Shuffle adalah tarian yang sedang top kepada remaja-remaja Malaysia sekarang ni. Seperti tarian-tarian dahulu yang top seperti breakdance,moonwalk dan sebagainya. Saya sendiri pun tidak tahu asal usul tarian shuffle ini, tup-tup ia telah meletup di Malaysia pada tahun 2008.
Walau pun shuffle tidak sebahaya tarian breakdance yang boleh menyebabkan patah tengkuk, dikhuatiri remaja Islam terpengaruh dan terikut-ikut budaya barat yang jelas telah runtuh kualiti akhlaknya.
Kaki mereka secara automatik bergoyang apabila mendengar musik shuffle yang ala-ala disco. Walau bagaimana pun tarian shuffle mendapat galakan dari pihak-pihak yang tertentu seperti radio Era yang menganjurkan pertandingan Shuffle yang menghadiahkan melancong ke luar negeri kepada pemenang tempat pertama.
Masih ingatkah kita bantahan Pemuda Pas kepada kerajaan Pulau Pinang menegnai tarian jalanan. Walaupun sama-sama satu bumbung Pakatan Rakyat, yang lagho tetap dibantah. Tahniah kerana tidak memilih bulu.
Apa yang dirisaukan, tarian shuffle menjadikan jiwa remaja dan kanak-kanak menyintai kepada muzik dann tarian yang akhirnya menjadi "kaki clubbing" bila sudah besar nanti. Ingat ini adalah antara protokol ke 10 Yahudi. Boleh dilihat pada post:
http://isuhangat.blogspot.com/2008/08/protokol-ke-10-yahudi.html
Kepada para ibubapa, janganlah tidak mengambil pusing kehidupan anak-anak kita. Ambil tahu fesyen remaja yang terkini, rakan anak anda dan budaya mereka. Jangan sudah terlambat baru kita sedar.Tentu kita masih ingat kejadian pijak Al-Quran oleh kumpulan blackmetal.
Di bawah ialah video shuffle budak sekolah tahun satu..
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Dapat $1US P.ERCUMA dengan baca laporan!
Iklan Di ISUHANGAT!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
rasa mcm nak penampor jer bapak budak ni!!!
aku tak suka shuffle ni.. tapi kalau difikirkan,kalau pasal tarian tu nak dibantah la,apa la.. tapi bab merempit tu tak nak plak marah.. apa la pas ni..
pendpt aku, shuffle nie ade kebaikan dan keburukkan..kebaikannye sebgai salah satu senaman dan aktiviti masa lapang utk remaja2 (drpd duk lepak x wt pape, isap dadah, merempit dan laen2)keburukannye mengikut budaya barat yg suka terkinja2 dan terlompat2 mcm beruk.kebykannyer yg join nie sbb nk tackle awek, nk tunjuk diri tu hebat terlompat2(bkn sume tp kebykan nyer)tunjukanlah identiti negara kita sendiri (contoh tarian poco-poco dan lain2)..pendpt peribadi...
yerp...
klaw nak ckp pasal negetif shuffle nieh... yg laen pown sama gak kan? dari dak2x remaja duk melepak kat tepi jalan or kat taman2x main gitar.. berckp tak tentu topik.. lagi lawh buruk kan?
so..
setiap perkara ada baik dan buruknya...
Post a Comment