Di antara beberapa syarikat yang menawarkan program affiliate dan servis pemprosesan
bayaran kad kredit, ClickBank menjadi pilihan ramai.
Pasti ada sebab kenapa ClickBank begitu diminati dan saya berikan 5 daripada sebab-sebab tersebut.
1. Lebih 10,000 seleksi produk sedia untuk dipromosikan
ClickBank mempunyai ribuan produk digital daripada pelbagai kategori untuk affiliate mempromosikan produk-produk ini. Produk-produk yang terdapat di dalam “marketplace” ClickBank terdiri daripada ebook, perisian dan laman-laman web keahlian. Dengan tersedianya produk-produk ini di ClickBank, maka soal mendapatkan produk untuk dijual di Internet
tidak lagi menjadi masalah. Anda cuma pastikan produk mana untuk djual dan terus lakukan pemasaran affiliate. Ini secara tidak langsung akan memudahkan lagi sesiapa sahaja untuk mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet.
2. Komisyen jualan dibayar tepat pada waktunya
Sesetengah program affiliate dikendalikan oleh syarikat-syarikat persendirian. Mereka akan
membuat pembayaran kepada affiliate mereka berdasarkan terma dan syarat-syarat tertentu.
Malangnya ada sesetengah syarikat atau orang persendirian ini tidak jujur di dalam pembayaran
komisyen affiliate. Ada yang lewat membayar komisyen dan yang lebih teruk lagi, ada yang
langsung tidak bayar komisyen affiliate.ClickBank pula sudah beroperasi bertahun-tahun
lamanya di Internet dan mereka mempunyai kredibiliti yang kukuh di dalam bidang ini. Bayaran affiliate memang tepat pada masanya, dan bergantung kepada bagaimana anda membuat arahan di ClickBank, anda akan mendapat cek komisyen jualan affiliate anda setiap seminggu atau dua minggu sekali.
3. Pendaftaran percuma bagi affiliate
Tidak semua program affiliate sama. Ada program affiliate mengenakan bayaran sekali seumur hidup untuk menyertai mereka dan ada juga memerlukan anda membayar tiap-tiap bulan. Sebelum anda menjana pendapatan melalui program sebegini, anda sudahpun dikenakan bayaran.
ClickBank pula membenarkan sesiapa sahaja menjadi affiliate mereka secara percuma. Tiada yuran bulanan dikenakan dan tiada syarat anda membeli sesuatu untuk menjadi affiliate ClickBank. Anda cuma perlu daftar di https://www.clickbank.com/accountSignup.htm
dan mula mempromosikan produk ClickBank sebagai affiliate.
Pada masa yang sama, ClickBank juga membuka peluang untuk sesiapa sahaja menjual produk mereka sendiri di ClicBank. Cuma yuran pengaktifan sebanyak USD$49.95 sekali sahaja bagi setiap satu produk dikenakan.
Pengaktifan ini membolehkan anda menerima kad kredit sebagai salah satu cara anda menjual
produk digital anda di Internet.
4. Jenama yang dipercayai
ClickBank sudah lama bertapak di Internet dan mereka mempunyai pengalaman yang luas di dalam perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit. Kini, ClickBank juga menambah pembayaran melaui PayPal ke akaun mereka bagi memberi alternatif kepada kad kredit.
sudah ramai orang menggunakan perkhidmatan ClickBank dan mereka tahu bahawa pembelian produk melalui ClickBank adalah selamat. Sekiranya anda menggunakan ClickBank sebagai servis menerima pembayaran melalui kad kredit, besar kemungkinan bakal pelanggan anda
tidak akan ragu-ragu lagi berurusan dengan anda jika mereka lihat anda menggunakan servis ClickBank.
5. Laporan jualan “real-time”
ClickBank juga memberi laporan jualan secara “real-time” atau masa sebenar jualan dihasilkan. Contohnya, jika anda berjaya menghasilkan jualan pada masa sekarang, anda boleh login ke akaun ClickBank anda dan lihat laporan jualan terseput dipaparkan. Dengan cara ini, ianya memudahkan anda mengetahui berapakah jualan yang anda hasilkan pada masa-masa dan hari-hari tertentu.
Begitulah beberapa sebab mengapa ClickBank menjadi pilihan usahawan-usahawan internet tempatan dan luar negeri.
Penjanaan wang melalui ClickBank juga tidak lagi mustahil buat masyarakat Malaysia. Cuma anda perlu tanya diri anda sama ada anda tergolong di dalam kumpulan tersebut atau tidak.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan adalah salah seorang usahawan Internet dari Malaysia yang telah mula menjana pendapatan di Internet semenjak tahun 2003. Dengan usahasama Zamri Nanyan bersama Gobala Krishnan, mereka menerbitkan satu produk “best-seller” hangat bertajuk Sistem Rahsia
ClickBank dan anda boleh mendapatkannya di http://www.RahsiaClickBank.com
sekarang sebelum saingan anda mengetahui rahsia yang mereka kongsikan bersama di dalam pakej istimewa ini.
Nasihat saya pula, anda JANGAN BELI "Rahsia Clickbank" sehingga anda baca DI SINI
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
No comments:
Post a Comment