ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
25 February, 2009
Berjimat sentiasa relevan
Bila ekonomi gawat ni terasa kecilnya dunia ni.US yang gawat, kita yang jauh beribu kilometer ni pun terasa kesannya. Macam cerita ikan oh ikan kenapa kau tak timbul?
Begitulah keadaan ekonomi ni. Bila permintaan banyak, harga pun naik, bila permintaan kurang,harga pun turun. Macam isu minyak ni, semua orang dah lupa apabila harga dah ditahap normal walau pun harga minyak sedunia sudah makin jatuh.Harga terkini ialah $38.27 setong. Berapa besar tong apa aku pun tak tau hoho.
Tetapi walau pun minyak jatuh, income kita pun kurang. Ada yang bekerja tinggal 4 hari je seminggu. So kita masih tidak boleh enjoy katak. Walau pun kakitangan kerajaan sekali pun kerana apabila ekonomi jatuh, banyak syarikat tutup maka jumlah pungutan cukai pun kurang, so bonus pun kurang. Harap produktiviti jangan turut kurang dah la.
Ada pendapat pakar ekonomi yang mengatakan berjimat cermat ni tak elok untuk pertumbuhan ekonomi. Entahlah kena boros ke pulak? Walhal dari sekolah tadika pun ada ajar suruh berjimat cermat.
Sebab tu masa zaman Nabi Yusof , baginda menggunakan cara berjimat cermat dan banyak menyimpin bijirin dalam stok simpanan negara.Beliau mampu mengurus ekonomi Mesir utk menghadapi 7 tahun yang sulit. Jadi berjimat cermat ni adalah relevan dari dulu lagi sampai sekarang.
Macamana dengan penjimatan minyak kereta? Ada yang mula tekan minyak semula, speeding maut kerana harga minyak dah turun ke? Jangan! Kita masih perlu berjimat cermat.
Kita manusia hakikatnya memang lemah.Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Kalau kita duduk dalam tayar pun tak kan selalu kat atas, pusing balik ke bawah juga.
Saya ada kongsi tip lagi menjimatkan minyak kereta yang saya dapat melalui email di ARTIKEL HANGAT
RAHSIA LULUS CEMERLANG PEPERIKSAAN KERAJAAN (PTD) TERBONGKAR!!!
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment