ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
19 February, 2009
PLKN - antara dua darjat
Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi VS Diana Danielle
Kes 1
Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.
Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.
Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.
Kes 2
Pelakon Diana Danielle Danny Beeson , 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini.
Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.
Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana..
Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.
Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.
RAHSIA LULUS CEMERLANG PEPERIKSAAN KERAJAAN (PTD) TERBONGKAR!!!
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
macam SIAL itu kera-jaan!!!
alasan diorang,dah ada beberapa perubahan syarat2 dan peraturan.
hidup ni memang selalu tak adil, kalau kita susah atau tak terkenal, siapapun tak ambil peduli, contoh aku waktu sekolah main bola sepak sebagai penjaga gol, tapi bila pemilihan wakil sekolah yang dapat ramai anak orang kaya, ada yang tak tau main pun. lagi satu dulu kat kampung aku ada kedai runcit, biasanya mak aku suruh aku pergi kedai beli minyak tanah untuk pelita, bila sampai minta beli, tokeh kedai tak layan, dia lebih sibuk dengan pelangan kaya, bila aku minta dan minta dia jadi rimas terus ambil duit dan botol yang aku bawa dan buang kat depan kedai, aku jadi malu, kutip balik duit dan terus balik rumah, apa dia ingat duit aku tak laku ke? mentang-mentang aku miskin pakai baju koyak masa tu tapi aku bukan berhutang. hidup ini adil kepada setengah pihak sahaja......
diana daneil nie saper? anak raja ker? klu anak raja sekali pun maner bleh sesuka hati langgar undang²....
yg susah disusahkan lagi
yg senang diberi kesenangan lagi
takat kontrak nk blakon tu
pengarah tu xreti nk cari pelakon lain ke
ak nk tgk sgt diana tu g plkn
nk tgk die masuk lumpur cm ak kene
nk tgk die kawat tgh panas cm ak kne
nk tgk gak die kene denda cm ak kene
ak nk tgk sgt
kalo die dpt layanan istimewa lak kt sane
mmg TAK ADIL LANGSUNG!!!!
sgguh sedih & sayu bce cerita dr sdare ZAMAN..bsbr ajala
kite kn terima hakikat yg wang adlh sgala2nye..kite yg kna mgubah nasib kt sndiri
Post a Comment