adsense

05 April, 2009

Agnes Monica : tiada salahnya lirik "Allah Peduli"



pinjam duit

Post mengenai Agnes Monica di isuhangat http://isuhangat.blogspot.com/2009/03/lagu-agnes-monica-allah-peduli.html

agnes monica sexy @ isuhangat

Agnes Monica yang ditemui beberapa wartawan media cetak dan elektronik Malaysia di sebuah restoran makanan Jepun di Senayan Square, Jakarta, Selasa lalu, ketika dia bersama keluarganya menikmati makan malam.

Saat ditanya mengenai kontroversi itu, Agnes mengakui mengetahuinya dan terkejut.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak kecewa dan tidak bimbang kehilangan peminat kerana baginya apa yang berlaku hanya perbezaan bahasa.

"Lagu itu lagu gereja. Di Indonesia, dalam agama Kristian, kita boleh memanggil Tuhan itu Tuhan, Allah dan Yesus. Bagi saya ia tiada masalah, cuma perbezaan bahasanya," katanya.

Menurut Agnes, dia tidak pernah terfikir lagu dinyanyikannya akan menjadi isu.

Katanya, ia bergantung kepada pendapat masing-masing kerana jika seseorang itu mahu melihat sesuatu itu daripada sudut negatif, banyak perkara negatif akan diperoleh.

"Saya rasa ia (lagu Allah Peduli) bukan sesuatu hal yang perlu diperbesar-besarkan.

"Masyarakat Malaysia harus tahu itu perbezaan bahasa, kalau perbezaan bahasa, ya sudah... tak perlu ada hal yang perlu diperbesarkan lagi," katanya.

Agnes yang berbangsa Cina dan beragama Kristian berkata, dia tidak perlu meminta maaf kerana tiada sesiapa yang salah dalam hal berkenaan. Katanya, lainlah jika dia orang Malaysia.

"Tiada sesiapa yang salah. Penulis liriknya pun tidak salah kerana di Indonesia perkataan Allah digunakan untuk Tuhan (bagi orang Kristian).

"Sama ada orang Malaysia atau Indonesia, mereka perlu tahu perbezaan bahasa boleh menimbulkan isu sensitif seperti ini. Apa yang berlaku hanya masalah bahasa dan tidak ada yang salah," katanya.

Menurut Agnes, dia mahu meletakkan noktah kepada isu berkenaan dan berharap ia tidak diperkatakan lagi.

Masalahnya, mungkin Agnes Monica menganggap lirik lagu tu adalah masalah enteng dan tidak perlu diperbesarkan tetapi bayangkanlah kalau peminat Agnes Monica yang membeli album tersebut kemudian memainkan lagu "Allah Peduli" kemudian ter"nyanyi" sama terutama kepada kanak-kanak yang tidak faham.

Kepada yang telah terbeli album tersebut harap dihapuskan sahaja dan kepada peminat Agnes Monica jangan membeli album tersebut untuk jaga akidah anda,anak dan adik-adik anda!

1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

JAMINAN 100% INCOME RM100,RM200,RM700@LEBIH TANPA MENAJA!!

Tambah KETINGGIAN 3cm-9cm Dalam Tempoh 90 Hari. Jaminan 100% Wang Dikembalikan

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

7 comments:

alerina said...

Banned aje Agnes Monica!Banned Cerita JElita tu!!!BAnned!!jgn tunjuk org Islam KEcut...tak mati industri kite kalau takde seorang indon.

Anonymous said...

This is how muslim will always react-anger,ban,boycott..If Allah is a creator of the world,surely He is for everyone.Not only for muslims.Why should muslims be bothered about this matter?Word Allah has predated Islam and was widely used among pagan Arabs.Get the fact my friend.I don't think God will get angry if any person especially non-muslim use the word 'Allah'.My friend,open up your mind.You may say ban Agnes Monica and Jelita Indo drama to show muslims aren't coward,but civilised people will surely laugh at you for your childish act.I don't think non-muslim using the word 'Allah' should be a big issue because non-muslim aren't meant to confuse any muslim.Muslims are confusing themselves because you think that Allah is only for muslim5

positif thinking said...

the sound of truth..i agree with u 500%...ALLAH is for everyone in this earth and not only for muslim..Be positif all muslim friend out there esp who thinking like ALERINA..dont judge people just because of that thing..ALLAH/GOD will judge us in the end...if you like/want to judge other people firstly judge yourself...hope u will find/see either u're perfect or not.

positif thinking said...

kalau org non-muslim nyanyi or lakon mcm ni ke mcm tu ke semuanya x kena tapi kat malaysia ni lakonan yg mengandungi unsur agama(paling sensitif)org x da sibuk n bising sangat sb malas nak judge org lain..bukannya nak buat diam n bodoh tapi kitaorang sedar fikiran ni kena positif...tp hati kita org x fikir mcm mana kalau apa pun x boleh/ x da kebebasan langsung dalam segala hal..yalah..kuasa yang ada di dunia ni hanya semantara sj..ingat la kuasa d atas yg paling besar dan kekal.

akulah said...

Mmg isu ni sgt sensitif..kerana ia melibatkan nama Tuhan org Islam & ade kaitan dgn syhadah & akidah kita sebagai seorg Islam...x sepatutnya d pergunakan dgn sewenang-wenangnya walaupun utk tujuan lagu keagamaan bg non-muslim...kerana d bimbangi akan mempengaruhi jiwa & minda orgramai terutamanye kanak2...lg pula mufti sdh mmbuat knyataan agar mngharamkan lagu ni...mngkin perkara ni x mnjadi masalah bg org Islam d Indonesia tp bg kami d Malaysia. isu ni mmg benar2 amat sensitif...

Victor said...

Ape nak takut2 terpesong akidah la, sensitif la. Bende smua tu takyah risau. Kalau betul Tuhan yg ko sembah maha besar, maha adil, maha berkuasa, mmg orang yg Dia benci, konfom kena sambar kilat ke, m.ati on the spot ke, itu biar Tuhan yg judge.

Kata tuhan tu maha adil, bior le die yg mengadili. skrg ke, di akhirat ke. Ini tidak, kluar je bible, takut nak bace kononnya ada sihir, nyanyi je lagu ada nama Allah, dah gelabah dan marah x tentu fasal.

Rilek la. Kata nak serahkan segalanya pada Tuhan, tp masih nak ambil tindakan sendiri (berdasarkan perasaan marah pulak tu). Skrg mcm manusia pula nak jadi tuhan, nak hukum2.

p.s - cuma sekadar berkongsi pendapat. Takde niat nak gaduh, debat atau sbgnya.

Blogging for future said...

kepala hotak ko xsalah...mmg patut banned!!

Blog Widget by LinkWithin