ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
21 September, 2007
Mourinho makes shock Chelsea exit
SAD BUT TRUE!!
** Mourinho makes shock Chelsea exit **
Chelsea manager Jose Mourinho has sensationally left his job at Stamford Bridge.
< http://news.bbc.co.uk/go/em/fr/-/sport1/hi/football/teams/c/chelsea/7003912.stm >
** BBC Daily E-mail **
Choose the news and sport headlines you want - when you want them, all
in one daily e-mail
< http://www.bbc.co.uk/email >
29 August, 2007
Hadiah Dari Bolasepak Untuk Kemerdekaan ke 50
Alhamdulillah, Skuad B23 Malaysia berjaya memenangi Pestabola Merdeka dengan menewaskan juara bertahan Myanmar 3-1 di hadapan 40,000 orang penonton.
Gol pertama dijaringkan oleh Zaquan Adha Radzak pada minit ke 12 setelah dengan tenang menewaskan penjaga gol Myanmar. Gol kedua adalah gol sendiri pemain Myanmar dan gol ketiga dijaringkan cantik oleh Safee Sali pada separuh masa kedua.
Perlawanan yang diserikan dengan kad kuning yang dilayangkan oleh pengadil dari Thailand dengan tidak terkira banyaknya kepada pemain Myanmar dan dua kad kuning kepada pemain Malaysia dalam cara permainan yang kasar di tunjukkan oleh Myanmar. Dan pada sepuluh minit terakhir seorang pemain Myanmar dilayangkan kad merah.
Tahniah pemain-pemain Malaysia yang berjaya membersihkan arang pemain senior mereka bulan lalu.Piala ini kali terakhir dimenangi oleh Malaysia pada tahun 2003.
MALAYSIA MASIH BOLEH!!!!
MALAYSIA MASIH BOLEH!!! JOM KE STADIUM
Marilah sama-sama ke stadium untuk memberi sokongan kepada skuad bawah 23 tahun kita. Tahniah kepada mereka kerana dapat melangkah ke peringkat akhir. Jangan sampai stadium kita jadi stadium Myanmar kerana seperti diketahui mereka pasti akan membanjiri stadium untuk memberi sokongan kepada negara mereka.
Semoga skuad bawah 23 tahun kita dapat menebus aib kekalahan teruk abang-abang mereka dalam Piala Asia.Bak membersihkan arang di muka!!
Saya percaya Myanmar sudah gigil lutut melihat persembahan hebat skuad B23 kita membenamkan Singapura 3-1 kelmarin dan nampaknya persembahan skuad B23 jauh lebih baik semasa kita tewas kepada Myanmar 1-2 pada peringkat kumpulan yang semasa itu kita berlawan dengan 10 orang sahaja.
Marilah sarung semula t'shirt kuning memberi sokongan kepada adik-adik kita ni...!!!!
Semoga kemerdekaan 50 tahun kita disambut dengan lebih manis dengan menjadi juara Pestabola Merdeka!!!
13 August, 2007
Fakta Pemain Bolasepak Piala Dunia 2006
1. Pemain paling banyak meludah di padang = Florent Malouda - France
2. Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England
3. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis = Helder Postiga - Portugal
4. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari - Portugal
5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong - Ghana
6. Pemain bolasepak juga kawan baik Batman = Robin ho - Brazil
7. Pemain bolasepak yang juga macam Batman = Mathias Kezman - Serbia
Montenegro
8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil = Adabayour - Togo
9. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola - Argentina
10 . Pemain bolasepak yang paling manis = Maniche - Portugal
11 . Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - Italy
02 August, 2007
31 July, 2007
Gelora Iraq bergelar Juara Piala Asia
Oleh Dr Fikrah
Berita yang terbaru berkenaan kemenangan Iraq membolosi gawang Arab Saudi pada minit ke 71. Selama 6 jam selepas selesainya perlawanan ini, ingatanku masih terngiang-ngiang gambaran keseronokan pemain Iraq meraih juaranya. Hatiku yang masih ragu-ragu dengan kegembiraan itu mesti aku tulis di dalam coretan ini. Apalagi setelah aku membaca berita tersebut.
Saya masih memikirkan beberapa kali untuk menjawab sebuah persoalan yang tidak mungkin boleh dijawab dengan tepat oleh kebanyakan orang. Pernah saya lontarkan soalan sebelum ini “bagaimanakah Iraq masih boleh bergembira dengan BOLA sedangkan negara sendiri masih diancam bahaya dan hujan bom yang tiada henti?
Source
27 July, 2007
58 maut rai kemenangan Iraq
KESAN LETUPAN: Seorang wanita berjalan di hadapan
kedai yang rosak dalam dua serangan bom ke
atas peminat bola sepak Iraq di
Baghdad, kelmarin.
BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 58 orang terbunuh, manakala 90 lagi cedera dalam dua serangan bom ke atas peminat bola Iraq yang meraikan kejayaan pasukan itu melangkah ke separuh akhir Piala Asia, kelmarin.
Kegembiraan mereka bermula sebaik kemenangan Iraq ke atas Korea Selatan menerusi penentuan sepakan penalti di Kuala Lumpur kelmarin, yang disusuli sambutan kibaran bendera, sorakan dan tembakan raifal ke udara di sekitar jalan raya Baghdad.
Malangnya, ketika majoriti rakyat Iraq hampir di seluruh pelusuk negara yang bergolak itu meraikan berita gembira berkenaan, penyerang melancarkan serangan menggunakan kereta sarat dengan bom di tengah-tengah kesesakan orang ramai.
Jurucakap tentera penceroboh, Amerika Syarikat yang berpangkalan di Baghdad, Kapten Dawn Williams, berkata sekurang-kurangnya 50 penduduk awam Iraq dan seorang anggota polis maut dalam letupan itu.
SIAP SEDIA: Pemain bola sepak Iraq menunggu
penerbangan ke Indonesia untuk meneruskan cabaran Piala
Asia bertemu Arab Saudi di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.
Sejumlah 18 kenderaan lain turut musnah.
Ada antara mayat itu berkemungkinan sudah dialihkan dari kawasan terbabit ketika anggota keselamatan Iraq memberikan angka kematian lebih tinggi.
Pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, 58 orang maut manakala sumber Kementerian Pertahanan pula mendakwa seramai 53 orang terbunuh.
Tidak jelas siapa bertanggung jawab walaupun ada pihak menyalahkan kumpulan Sunnah yang didakwa mencetuskan keganasan bagi menjejaskan pentadbiran disokong Amerika.
Sementara itu, petugas perubatan di hospital Kindi, Yarmuk dan Ibn Nafees sekitar Baghdad, melaporkan mengenai 126 mangsa cedera dalam serangan di Mansour dan Zayuna, kini dirawat. – AFP
25 July, 2007
27 ribu termasuk selebriti saksi aksi pertama Beckham bersama LA Galaxy
Monday, 23 July 2007 | |
CARSON (California): David Beckham membuat penampilan sulung yang dinanti-nanti bersama Los Angeles Galaxy sebagai pemain gantian pada minit ke-78 dalam perlawanan persahabatan dengan Chelsea kelmarin. Sungguhpun pasukan barunya tewas 0-1 di tangan juara Piala FA England itu, Beckham tetap gembira muncul pada lewat permainan di hadapan para penyokong yang memenuhi stadium. Gol tunggal kemenangan Chelsea dijaringkan kaptennya, John Terry, pada minit ke-49. 'Suasana di stadium yang penuh sesak sungguh hebat. Sememangnya itulah yang mahu kami capai,' bekas kapten England itu memberitahu televisyen ESPN. 'Ini adalah hari gemilang bagi kelab ini kerana bermain menentang sebuah kelab handalan seperti Chelsea.' Bagaimanapun, beliau prihatin terhadap kecederaan pada buku lalinya itu. 'Saya gembira kerana dapat bermain tetapi saya tidak cergas. Saya belum berlatih sejak tiba di sini,' jelas bintang berusia 32 tahun itu. 'Buku lali saya bengkak dan ia tidak akan pulih dalam masa seminggu dua ini.' Presiden dan pengurus besar Galaxy, Alexi Lalas, memberitahu ESPN: 'Ia adalah proses jangka panjang dan kami mahu memastikan David cergas 100 peratus. 'Kami mempunyai perlawanan minggu depan, bulan depan dan seterusnya lima tahun akan datang. Semua orang akan berpeluang menyaksikan David Beckham di sini dan serata negara ini.' Galaxy membayar AS$32.5 juta kepada Real Madrid bagi kontrak lima tahun untuk membawa Beckham ke sini dan bintang England itu merupakan salah seorang daripada tujuh pemain gantian yang diturunkan ketua jurulatih, Frank Yallop. Isteri dan bintang pop Beckham, Victoria, turut menyaksikan perlawanan di tempat duduk korporat dengan ditemani aktres Katie Holmes, isteri aktor Tom Cruise. Selebriti lain yang turut menyaksikan perlawanan itu termasuk Gabenor California, Arnold Schwarzenegger, aktres Amerika, Eva Longoria dan Jennifer Love Hewitt. Beckham tidak muncul di padang semasa rakan-rakan sepasukannya dalam Galaxy memanaskan badan mereka menjelang perlawanan. Beliau hanya menyertai rakan-rakannya di bangku simpanan sejurus sebelum perlawanan bermula dengan menerima sorakan gemuruh. Sebaik saja Beckham duduk di samping rakan-rakan simpanan, beliau di kelilingi 100 jurugambar bagi merakamkan gambar-gambar terbaik mereka. Beckham mengalami kecederaan buku lali semasa mewakili England dalam perlawanan Euro 2008 menentang Astonia bulan lalu, dan keadaannya bertambah buruk apabila membuat penampilan terakhir bersama Real 11 hari kemudian. BHS |
21 July, 2007
19 July, 2007
Tokoh : Allayarham Mokhtar Dahari
Malaysia hanya layak lahirkan jersi bukannya pemain!
Helmi Khalid Thu | Jul 12, 07 | 06:49:53 AM | |
Penulis dengan bolasepak bukanlah alim sangat, tapi pernah jugalah pakai jersi bola wakil sekolah rendah sebagai penyerang utama (Sekolah Rendah Sri Gunong, Alor Star), guru yang melatih kami waktu itu, Cikgu Ahmad Bakar. Bila sambung ke sekolah menengah (Kolej Sultan Abdul Hamid) minat main bola itu ada, tetapi dek kerana di sekolah itu ada kelas sukan yang menghimpunkan jaguh-jaguh sukan bawah 12 tahun dahulunya dari seluruh negeri Kedah, rasa macam kerdil sangat nak bercampur dengan mereka, skil mereka lebih tinggi, stamina pun nampak kuat, serba serbi mereka lebih. Waktu sekolah menengah jugalah, penulis kenal ramai jaguh sukan negeri, antaranya Azmi Mahmud, bekas penjaga gol Kebangsaan dan Kedah; Kamal Idris Ali pemain Kedah sebagai pengawas di asrama A waktu itu; Zabidi Sharif, killer takraw negara; malah waktu tingkatan dua (2C3) Guru Bahasa Malaysia adalah jurulatih skuad Kedah, Cikgu Ahmad Shafie. Waktu kecil, penulis yang kebetulan tinggal dalam kuarters, ada ramai kawan yang 'berkaki bola', apa tidaknya dalam kawasan kuarters itu kami boleh ramai-ramai main bola waktu petang, kalau hari cuti main dari pagi hingga matahari rembang. Penulis sebagai anak sulung dipanggil Mokhtar Dahari oleh kawan-kawan, adik yang muda selang tiga tahun, mereka gelar Hassan Sani, waktu itu umur penulis dalam lingkungan 10 atau 11 tahun, begitulah. Kebetulan ada sehelai t-shirt warna kuning, kalau tak salah t-shirt free dari sebuah pasaraya yang menyambut ulangtahun ke-10 perniagaannya di Alor Star, dicop angka 10 di hadapan baju, megah tak terkata la bila pakai baju tu sebab angan-angan sedang pakai jersi Mokhtar Dahari. Nak bagi real lagi, penulis tulis sendiri angka 10 besar-besar di belakang baju dengan pen marker, bukan baju tu saja, ada dua tiga helai baju lagi yang menjadi mangsa, mak marah jugalah, tapi dah minat pada Mokhtar, nak buat macam mana. Payah juga nak menyambung tulisan ini sebab terkenangkan perangai penulis ketika itu, minat sungguh dengan Mokhtar Dahari, itu kisah lebih 20 tahun yang lalu. Minat pada bolasepak pernah terpadam sedikit masa lalu apabila sukan ini sekitar penghujung 80-an jika tak salah, digemparkan dengan gejala rasuah yang turut melibatkan beberapa pemain Kedah waktu itu. |
17 July, 2007
Brazil Juara Copa Amerika
MARACAIBO (Venezuela): Brazil mempertahankan kejuaraan Copa America apabila menewaskan Argentina 3-0 dalam perlawanan akhir, pagi tadi (waktu Malaysia).
Gol kemenangan juara berganda itu dijaringkan oleh Julio Baptista pada minit ke empat sebelum kapten Argentina, Roberto Ayala menjaringkan gol sendiri sejurus sebelum tamat separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan penguasaan Brazil apabila menambah jaringan menerusi Daniel Alves, sekali gus meleburkan impian jurulatih Argentina, Alfio Basile untuk menamatkan kemarau kejuaraan sejak 1993.
16 July, 2007
Bola: Semua Mesti Bertanggungjawab
KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Datuk Azalina
Othman Said berkata, prestasi buruk skuad bola sepak
negara dalam Piala Asia sepatutnya dipikul oleh semua
pihak dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan
badan naungannya dan bukan hanya Tengku Abdullah yang
meletak jawatan semalam.
Katanya, bukan Timbalan Presiden FAM itu sahaja yang
seharusnya menanggung tanggungjawab terhadap kemalapan
sukan bola sepak negara tetapi ia sepatutnya dipikul
oleh semua pihak yang terlibat dengan badan yang
menguruskan bola sepak.
“Adalah menyedihkan kerana begini akhirnya yang
berlaku kerana bukan hanya Tengku Abdullah seorang
yang bertanggungjawab terhadap jatuh bangun bola sepak
negara dan kekalahan dalam Piala Asia. Ia adalah
tanggungjawab bersama.
Kehilangan
“Kita kehilangan seorang pemimpin sukan yang
berkebolehan tetapi saya percaya Tengku Abdullah telah
membuat keputusan ini setelah berfikir
semasak-masaknya.
“Saya harap penggerak bola sepak akan mendapat
kesedaran dan melakukan sesuatu yang positif daripada
keseluruhan episod duka ini,” kata Azalina.
Tengku Abdullah melepaskan kesemua jawatannya dalam
FAM menerusi sepucuk surat semalam tanpa memberikan
alasan.
Bagaimanapun Tengku Abdullah diketahui hampa dengan
prestasi skuad negara yang menjadi budak belasahan
dalam Piala Asia. Malaysia kalah 5-1 kepada China pada
perlawanan pembukaan Kumpulan C Selasa lepas dan
kelmarin kalah 5-0 kepada Uzbekistan.
Mengulas perkara yang sama, Ketua Pengarah Majlis
Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkata
tindakan Tengku Abdullah itu tidak bermakna masalah
bola sepak negara ini telah selesai.
“Kita kena tengok secara keseluruhan konsep
pembangunan bola sepak kita... sehingga ke akar umbi.
Walau siapapun yang mengisi tempat itu selepas ini
perlu melihat kepada program pembangunan,” katanya.
“Tindakan Tengku Abdullah ini bukan jalan
penyelesaian, tetapi saya tabik kepadanya kerana
sanggup memikul tanggungjawab ini,” kata Zolkples.
Bekas Naib Presiden FAM, Datuk Paduka Basri Akil yang
sering lantang mengkritik badan induk bola sepak
negara itu, berkata: “Saya menghormati tindakan
beliau... saya menganggapnya sebagai satu pengorbanan.
“Agak mengejutkan kerana tindakan ini dilakukan lebih
cepat daripada keputusan awalnya sebelum ini yang mahu
melepaskan jawatan pada kongres FAM tidak lama lagi.
“Tengku Abdullah telah berusaha dan berkorban selama
20 tahun pengorbanan untuk menaikkan martabat bola
sepak Malaysia tetapi tidak tercapai dan sekarang
telah memberi laluan kepada pihak lain.
“Saya harap akan timbul kesedaran terhadap keputusan
Tengku Abdullah ini.”
Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin pula
terkejut dengan keputusan Tengku Abdullah itu.
“Saya tak sangka tindakan ini akan berlaku dan kami
(Ahli Majlis FAM) tidak diberitahu,” katanya.
14 July, 2007
Malaysia kena belasah lagi. TAK MAKAN NASIK KER?? ( 2)
Giliran Uzbekistan pula membelasah pasukan bolasepak Malaysia 5-0. Apa nak jadi dengan bolasepak kita. Adakah sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 50, angka 5 menjadi sinonim dengan skuad kita?
Para penyokong Malaysia yang kecewa dengan kekalah teruk 1-5 kepada China tempohari memakai t'shirt berwarna hitam tanda protes kepada FAM.Mereka juga membawa banner lambang FAM yang dipangkah.Ini menunjukkan walaupun pasukan kita lemah, penyokong tetap hadir di Stadium Bukit Jalil memberi sokongan kepada skuad Malaysia. Pemain sering bertukar, jurulatih pun sering ditukar. Tetapi mutu permainan tetap hampeh.
Alasan demi alasan dan sikap pegawai FAM menuding jari ke pemain dalam Harian Metro hari ini adalah seperti menuding kesalahannya kepada orang lain. Selepas ini mungkin FAM menyalahkan penyokong pulak..hmm nasib baik MU tidak datang kalau tak mau kalah 50-0 huhuhu.MALAYSIA BOLEH KE??
Powered by Qumana
12 July, 2007
Malaysia kena belasah..TAK MAKAN NASI KER?
|
|
KUALA LUMPUR – Malaysia membuka kempen Piala Asia dengan kekalahan memalukan apabila dibelasah China 5-1 dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Kekalahan itu menjadikan Malaysia satu-satunya pasukan tuan rumah yang mencatat pencapaian terburuk dan kalah berbanding tiga lagi tuan rumah Piala Asia kali ini iaitu Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Sebelum ini, Thailand seri 1-1 dengan Iraq, Vietnam menewaskan UAE 2-0 manakala Indonesia menewaskan Bahrain 2-1.
China memulakan pesta jaringan mereka dengan bergaya apabila mudah memperkotak-katikkan pertahanan Malaysia dengan hantaran bola tinggi.
Seperti diduga, skuad negara yang berkedudukan 149 - terendah dalam pusingan akhir ini bukan tandingan langsung buat naib juara 2004 itu yang menghuni tempat ke-76 dunia sekalipun beraksi di depan kira-kira 18,000 penyokong sendiri.
Sebaliknya China yang diperkuatkan empat pemain berpangkalan Eropah seperti Zheng Zhi (Charlton Athletic), Sun Jihai (Manchester City), Dong Fangzhou (Manchester United) dan Shao Jiayi (Energie Cottbus), tampak begitu sukar untuk dijinakkan.
Anak buah Norizan Bakar tewas kali pertama pada minit ke-15 oleh tandukan pemain China, Han Peng sebelum diikuti gol kedua Jiayi pada minit ke-40.
Tuan rumah sekadar beroleh beberapa percubaan yang sempat mengancam gawang pelawat antaranya menerusi Hardi Jaafar dan Hairuddin Omar
Sekalipun semangat juang dan sokongan masih tidak memadai untuk menandingi China, anak buah Norizan terus mudah diratah di babak kedua.
China memperoleh gol ketiga ketika barisan pertahanan negara alpa untuk membolehkan Wang Dong menanduk masuk pada minit ke-51.
Empat minit selepas itu, China menambah lagi jaringan sekali lagi menerusi Han Peng apabila sepakannya terkena pemain Malaysia sebelum meleret masuk mengelirukan penjaga gol negara, Azizon Abdul Kadir.
Selesa di depan, China mengeluarkan beberapa pemain utamanya selepas itu dan mula memperlahankan rentak permainan.
Ini membolehkan Malaysia mencuri satu gol menerusi jaringan cantik pemain gantian, Indra Putra Mahyuddin yang menyepak dari luar kotak penalti untuk menggegar jaring pada minit ke-74.
Gol itu bagaimanapun tidak cukup untuk Malaysia terus menambah jaringan sebaliknya China menutup tirai jaringan dengan gol kelima menerusi Wang Dong dalam masa kecederaan.
Gol kedua peribadi Wang Dong itu menyaksikan Malaysia menutup permainan dengan hampa sambil laluan sukar menanti untuk dua lagi baki perlawanan menentang Uzbekistan dan Iran selepas ini.