adsense

14 July, 2007

Malaysia kena belasah lagi. TAK MAKAN NASIK KER?? ( 2)


Giliran Uzbekistan pula membelasah pasukan bolasepak Malaysia 5-0. Apa nak jadi dengan bolasepak kita. Adakah sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 50, angka 5 menjadi sinonim dengan skuad kita?


Para penyokong Malaysia yang kecewa dengan kekalah teruk 1-5 kepada China tempohari memakai t'shirt berwarna hitam tanda protes kepada FAM.Mereka juga membawa banner lambang FAM yang dipangkah.Ini menunjukkan walaupun pasukan kita lemah, penyokong tetap hadir di Stadium Bukit Jalil memberi sokongan kepada skuad Malaysia. Pemain sering bertukar, jurulatih pun sering ditukar. Tetapi mutu permainan tetap hampeh.


Alasan demi alasan dan sikap pegawai FAM menuding jari ke pemain dalam Harian Metro hari ini adalah seperti menuding kesalahannya kepada orang lain. Selepas ini mungkin FAM menyalahkan penyokong pulak..hmm nasib baik MU tidak datang kalau tak mau kalah 50-0 huhuhu.MALAYSIA BOLEH KE??


Ads by AdGenta.com


Powered by Qumana

1 comment:

Anonymous said...

Makan nasi, ada...tapi tak cukup, betul cakap kamu, sempena ulangtahun ke-50,merdeka, 5 gol 5 gol, tambah lima lagi dengan iran nanti. pasukan bs malaysia terlalu baik dengan tetamu kite yang datang melawat malaysia! haha, hadiah2 yg menarik silakan ambil.. wahai tetamu kita..Malaysia, Truly Asia kan?

Blog Widget by LinkWithin