adsense

31 July, 2007

Gelora Iraq bergelar Juara Piala Asia



Respon @ Ulasan  Oleh Dr Fikrah


Berita yang terbaru berkenaan kemenangan Iraq membolosi gawang Arab Saudi pada minit ke 71. Selama 6 jam selepas selesainya perlawanan ini, ingatanku masih terngiang-ngiang gambaran keseronokan pemain Iraq meraih juaranya. Hatiku yang masih ragu-ragu dengan kegembiraan itu mesti aku tulis di dalam coretan ini. Apalagi setelah aku membaca berita tersebut.


Saya masih memikirkan beberapa kali untuk menjawab sebuah persoalan yang tidak mungkin boleh dijawab dengan tepat oleh kebanyakan orang. Pernah saya lontarkan soalan sebelum ini “bagaimanakah Iraq masih boleh bergembira dengan BOLA sedangkan negara sendiri masih diancam bahaya dan hujan bom yang tiada henti?


Selain itu, saya masih meragui penyertaan Iraq di dalam arena Piala Asia, adakah mereka tidak menyedari bahawa mereka sedang diracuni dan dihidang dengan pelbagai kelalaian dan keseronokan sementara? Bayangkan! Setelah berlakunya letupan bom yang mengorbankan 58 orang dan mencederakan 90 yang lain, mereka masih mampu untuk menggelarkan diri mereka juara Piala Asia.


Adakah saya seolah-olah tidak menyetujui kemenangan Iraq di dalam Piala Asia? Tidak. Saya Cuma mengajukan soalan yang perlu difikirkan bersama. Apa salahnya mereka bersungguh-sungguh mendapat gelaran juara? Soalan ini bukanlah topik utama perbincangan ini, bahkan saya langsung tidak akan menyentuh persoalan ini.


Sepertimana yang telah saya ajukan tadi, bagaimanakah mereka yang masih dihantui kemelut peperangan, masih rileks bermain dan bergiat dengan aktif di dalam sukan ini. Permainan bola bukanlah satu kesalahan dan bercanggah dengan Islam, tetapi apa yang tidak saya setujui ialah berkenaan MENGHABISKAN UMUR SEMATA-MATA SUKAN BOLA SEPAK.


Marilah kita merenung seketika tentang kerjaya sebagai pemain bola sepak yang sangat menguntungkan bagi mereka yang professional di dalam bidang ini. Seseorang telah mengkritik penulisan saya berkenaan hal ini, sekiranya semua manusia tidak bermain bola, atau tidak menyukai sukan ini, sudah pasti ramai yang kehilangan kerja.


Pada saya, ini cumalah satu pandangan dangkal yang sepatutnya tidak ditanya oleh orang yang berakal waras kerana dia sendiri sudah mengetahui bahawa mereka yang membazirkan wang semata-mata gilakan bola lebih ramai. Lihatlah sendiri, bagaimanakah pemain bola boleh mendapat gajinya kalau bukan sebahagiannya dibayar oleh penonton sendiri dan sebagainya?


Berapa ramai yang telah mengeluarkan peruntukan poketnya untuk bola? Tiket stadium, majalah bola, siaran televisyen dan sebagainya yang terlalu banyak untuk dinyatakan di sini. Masalah ini lebih teruk sekiranya hendak dibandingkan dengan keuntungan besar yang dikaut oleh pemain bola. Salahkah pemain bola menerima gaji?


Tidak. Sepertimana yang saya nyatakan sebelum ini, “bola, bola jugak, sembahyang kena jaga”. Walaupun kita melihat beberapa tindakan disiplin terhadap pemain bola, tetapi mereka yang melanggar disiplin aturan Allah, jarang sekali diambil berat. Belum lagi dinyatakan berkenaan penonton perlawanan bola sepak yang meninggalkan sembahyang gara-gara ini.


Kekalahan Malaysia yang memalukan sepanjang Piala Malaysia ini sepatutnya turut diberi perhatian oleh semua pihak. Bagi saya, FAM tidak patut dipersalahkan dan pemain sendiri tidak perlu rasa bersalah dalam hal ini. Salahkah sekiranya kalah dalam perlawanan? Mereka yang menggilakan bola sepak sudah pasti merasa bersalah dan menyalahkan orang kerana kekalahan tersebut.


So, adakah anda bersukan atau bertarung menjaga maruah negara dan agama? Kenapa perlu bersalah dengan kekalahan. Bukankah ia cuma satu permainan dan sukan. Ingat, permainan bola bukanlah segala-galanya. Kita bukanlah mengejar kemenangan di dalam sukan bola sepak, tetapi kita mengejar apa yang diperintahkan oleh Nabi SAW supaya menjaga kesihatan badan untuk beribadah kepadaNya.



Rumusan

Inilah yang sepatutnya difikirkan oleh semua orang. Iraq yang menang tidak sepatutnya gilakan kemengannya sehingga mengorbankan rakyatnya, sebaliknya Malaysia pula tidak perlu rasa bersalah dengan kekalahan yang diterima. Berfikirlah, kenapa kita perlu bersukan? Hentikan dari mengejar kemenangan yang tiada dan kejarlah.

Source

No comments:

Blog Widget by LinkWithin