Alantuya : Suasana Hangat Di Luar Mahkamah |
Posted on Friday, June 29 @ 15:24:14 MYT by greenboc
Semalam sebelum perbicaraan kes pembunuhan kejam Altantuya berlansung, keluarga Altantuya yang diketuai oleh bapanya, Shaariiibuu Setev tampil dengan poster. Dia memegang poster bertulis ‘ Malaysia! Baginda’s team is proud of my daughter’s murder ’ manakala poster anak saudara Altantuya, Uuriintuya Gal Ochi bertulis ‘Hope justice will be done by the Malaysian court’.
Tindakan itu dilakukan sebagai tindak-balas terhadap tindakan keluarga dan penyokong Razak Baginda yang pada hari-hari sebelumnya telah memakai pakaian tanda soongan moral kepada pihak tertuduh iaitu Razak Baginda.
Ahli keluarga Razak Baginda telah memakai pakaian kemeja-T yang tertulis "AND PROUD OF YOU" dengan pertalian persaudaraan dengan Razak Baginda tertera di hadapan baju masing-masing.
Kakitangan Razak Baginda juga dilihat memegang kain rentang yang bertulis "RAZAK BAGINDA'S STAFF AND WE ARE WITH YOU AND PROUT OF IT!!!"
Difahamkan bahawa keluarga dan kakitangan Altantuya berbuat demikian dengan tujuan memberikan sokongan moral kepada Abdul Razak Baginda di samping pada masa yang sama memberikan tekanan psikologi kepada kelurga Altantuya.
Kita hairan bagaimana keadaan sebegini boleh berlaku dan mengapa serta apa motif POLIS berdiam diri seolah-olah membiarkan provokasi dilakukan oleh pihak keluarga dan kakitangan Razak Baginda dengan pakaian serta poster sedemikian.
Malah akhbar-akhbar pedana di negara ini sendiri telah menampakkan ciri "berat sebelah"nya di dalam melaporkan kes pembunuhan kejam ini dengan "menghitamkan" terus watak mangsa iaitu Altantuya sendiri dengan menyatakan bahawa beliau adalah seorang model. Hal ini telah dinafikan keras oleh bapa Altantuya iaitu Stev Shariibuu yang mendakwa anaknya ialah seorang penterjemah profesyenal.

No comments:
Post a Comment