Menyusur Semula Kisah Altantuya
Posted on Saturday, July 14 @ 03:51:26 MYT by greenboc
KEHIDUPAN AWAL
Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, kepada bapa Shaaribuu Setev, seorang profesor psikologi, dan ibu Sh Altantsetseg. Mereka membesarkan beliau dan adiknya semasa mereka bekerja di Russia di mana Altantuya memulakan persekolahan awal. Beliau fasih berbahasa Mongolia, bahasa Russia, bahasa Perancis dan bahasa Inggeris.
Altantuya telah balik ke Mongolia dalam tahun 1990 dan kemudian berkahwin dengan seorang penyanyi tekno Mongolia bernama Maadai. Mereka mendapat seorang anak dalam tahun 1996 tetapi perkahwinan ini berakhir dengan penceraian dan anak ini diletakkan di bawah ibubapa beliau.
Di sebalik bekerja sebagai seorang guru, dalam masa singkat Altantuya telah berpindah ke Perancis di mana beliau menghadiri datu sekolah permodelan sebelum balik ke Mongolia. Beliau hanya menjadi model separuh masa, juga membuka satu perniagaan pelancongan di Mongolia, walaupun ia tidak banyak berjaya.
Altantuya berkahwin sekali lagi dan mendapat seorang anak perempuan dalam tahun 2003 tetap perkahwinan kedua juga berakhir dengan perceraian. Sama seperti anak yang pertama, anak yang kedua juga hidup dengan kedua ibubapanya.
PEMBUNUHAN
Lokasi itu berdekatan dengan Empangan Tasik Subang .Beliau merupakan model sambilan dari Ulan Bator, ibu negara Mongolia, utara China. Cebisan mayat Altantuya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.
Pakar patologi mengesahkan cebisan mayat itu milik Altantuya dan disyakki dibunuh dengan letupan C4 iaitu "probable blast related injuries" (kecederaan berkaitan letupan).
Enam orang ditahan termasuk Abdul Razak Baginda Cif Inspektor Azilah Hadri (30 tahun) dan Koperal Sirul Azhar Umar ( 35 tahun). Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas . Dua lelaki penyiasat persendirian (45 dan 35 tahun ) disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut. Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid meluluskan permohonan polis bagi menahan reman dua bekas anggota polis itu dan kini ditahan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Malaysia.
Seorang Cif Inspektor dari Unit Tindakan Khas, seorang Lans Koperal wanita dari Kontinjen Polis Petaling Jaya dan seorang konstabel turut ditahan reman 7 hari. Mereka ditahan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes bunuh.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan beliau telah meminta bapa, ibu dan anak Altantuya yang menetap di Ulan Bator, Mongolia untuk datang ke Malaysia bagi memberi keterangan dan ujian darah DNA.
Para pegawai pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara, anggota Jabatan Forensik Bukit Aman serta pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) membuat pemeriksaan semula di Empangan Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.
FAKTA MAHKAMAH
Tertuduh : Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Abdullah Baginda
Hakim : Datuk Mohd Zaki Md Yasin
Pendakwa : Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Manoj Kurp, Wong Chin Kiat, Noorin Badaruddin dan Hanim Rashid.
Peguam bela : Wong Kian Kheong ( peguam bagi Abdul Razak Baginda),
Hazman Ahmad ( Peguam Azilah Hadri), J Kuldeep Kumar ( Peguam Azilah Hadri ), Ahmad Zaidi Zainal, Kamarul Hisham Kamarudin ( Peguam Sirul Azhar Umar)
RAZAK BAGINDA
Razak Baginda yang berumur 46 tahun, menjadi ketua institut pemikir tempatan direman selama 5 hari kerana menculik dan berniat mengurung Altantuya. Jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, beliau boleh dipenjara sehingga 7 tahun dan dekenakan denda.
Rumah Razak Baginda di Bukit Bandaraya dan di Damansara Height digeledah oleh pihak polis bagi mendapatkan sebarang maklumat.Pasport, komputer riba, komputer peribadi dan beberapa barangan peribadi lain telah diambil untuk dianalisis.
Peguam Razak Baginda ialah Datuk Muhammad Shafee Abdullah memantau barang-barang yang diambil oleh pihak polis.
Pada 11 November 2006, Razak Baginda dimasukkan ke Wad Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat asma dan penimbunan cecair dalam paru-paru selepas mengadu sakit dada.Kini dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari HKL dengan kawalan polis.
Pada 16 November 2006, Abdul Razak Abdullah Baginda dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.Razak didakwa bersubahat membunuh Altantuya, 28, dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas (UTK) di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No. 148, Jalan Ampang di sini antara pukul 9.54 pagi dan 11.05 pagi, 18 Oktober 2006.
Razak didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama. Jika disabitkan dengan kesalahan, Abdul Razak boleh dihukum gantung sampai mati.
Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani pada kira-kira pukul 12.47 tengah hari disaksikan oleh ahli keluarga Abdul Razak termasuk ibu bapanya, isteri yang merupakan seorang peguam, Mazlinda Makhzan dan anaknya, Rowina, 19.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin dan Noorin Badaruddin manakala Abdul Razak diwakili dua peguam bela, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan M. Puravelan.
BIODATA ALTANTUYA
Altantuya Shaariibuu, 28, dari Ulan Bator, Mongolia disyakki ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan dengan tiga butir bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia menguasai bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Mongolia.
Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bataar. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan.
7 / 8 Oktober 2006 Altantuya ke Malaysia bersama adik perempuan dan sepupunya mencari Razak Baginda, bapa kepada bayi lelakinya yang berusia 16 bulan. Anak kecilnya bernama Altanchagai.Altantuya mahukan Razak Baginda membiayai kos rawatan lebihan cecair di kepala Altanchagai.
19 Oktober 2006 : Adik dan sepupu Altantuya membuat laporan polis dan kemudian mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Mongolia di Bangkok.
Dr Shariibuu Setev seorang profesor psikologi dan isterinya Altentsetseg Sanjaa (52) tinggal di daerah Bayangol, 19 horoo, Block 56, Apartmen 28, Ulanbaatar, Mongolia.
KELUARGA ALTANTUYA
Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi mengiringi Dr Shariibuu Setev dan memberikan sidang media di di pejabat Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia di Sunway Damansara .
BACA ARTIKEL PENUH <<<---
BACA ARTIKEL PENUH <<<---
No comments:
Post a Comment