Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
|
|
Kumpulan yang terdiri daripada para pelajar Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah, Singapura ini mula ditubuhkan awal Februari lalu. Kini Irsyadee mengorak langkah mencuba nasib dan bertapak di persada industri hiburan tempatan.
Album mereka yang diberi judul Irsyadee-Petunjuk Sepanjang Jalan sudah pun berada di pasaran tempatan sejak Ogos lalu. Dianggotai lima remaja iaitu Tengku (16), Tam (16), Arif (15), Muhammad (15) dan Hafiz (13), kumpulan ini menyasarkan jualan album di negara ini melebihi 20,000 unit.
“Kami bukan mahu cari glamor atau nama. Kami menyanyi kerana mahu kumpul dana untuk membina madrasah kami sendiri.
“Jadi, sambil kami berdakwah menyampaikan mesej, kami juga sebenarnya ingin membantu apa yang termampu untuk madrasah kami,” kata Tam pada sidang media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Antara komposer yang terlibat dalam pembikinan album tersebut ialah Chossy Pratama, Fadzli (Far East), Hafiz Hamidun (bekas anggota UNIC) dan Nordin Jaafar (bekas anggota Raihan)
Menurut Tengku yang juga ketua kumpulan Irsyadee, “Antara lagu yang dimuatkan dalam album itu ialah Azab Ilahi. Selainnya, lagu-lagu Taubat Seorang Hamba, Saarun (maulay) dan Kasih Ibu.”
Album yang dijual pada harga RM29.90 seunit itu diterbitkan oleh Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah dan diedarkan oleh FMC Music Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment