adsense

21 September, 2007

Ahli baru Raihan



Hiburan

Zulfadli ahli baru kumpulan Raihan

Oleh: NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

ANGGOTA terkini Raihan, dari kiri Abu Bakar Md. Yatim, Che Amran Idris, Amran Ibrahim dan Zulfadli Mustaza.

KUMPULAN nasyid terkenal, Raihan yang popular dengan lagu Puji-Pujian dan Iman Mutiara menerusi album pertamanya Puji-Pujian, telah menerima kemasukan seorang anggota baru.


Zulfadli Mustaza, 23, yang berasal dari Melaka telah mengikat kontrak selama setahun bersama kumpulan Raihan sejak awal Januari lalu.


Zulfadli dipilih menggantikan tempat Nazery Johani setelah menyertai uji bakat yang dianjurkan oleh kumpulan tersebut pada akhir tahun lalu.


“Syukur alhamdulillah, saya telah terpilih menjadi sebahagian daripada anggota kumpulan yang menjadi idola saya sejak 11 tahun lalu.


“Saya tidak akan berasa terkilan sekiranya peminat mengatakan yang saya sentiasa dibayangi oleh bekas anggota Raihan iaitu Nazery Johani kerana kami adalah dua individu yang berbeza,” katanya ketika ditemui pada program Pesona Pentas bersama Raihan, baru-baru ini.

1 comment:

Anonymous said...

zulfadli? ingatkan zulfadli smartusaha dot com... hihiiii

Blog Widget by LinkWithin