adsense

16 April, 2007

Foto Hangat: Sayangkan anak ikat-ikatkan



Seperti saranan Datin Rosmah mengenai kehilangan Yin. Sayangkan anak ikat-ikatkan terutama yang hyperactive.




Kastam Lelong Handphone Nokia Camera 3G. CEPAT!!!!


Dear All,

Dont miss... Pls order / buy now
Nokia celebrates its 12th successive year, Don't miss this opportunity! Launching of new limited edition - NOKIA 8880 3G MOBILE PHONE WITH camera ONLY RM300/- ( Normal Price RM1, 700/- )
Available in all dealers Please inform if any of Ur friends want it......... See model below....
Down

Down

Down

Down

Down

Down



huhuhu

Foto Hangat: Berhati-hati dengan menu kedai mamak



Info Hangat: Mesti Baca..!



1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya Karsinogen tu? Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula Adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana anda Akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.


3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana . Fakta diperolehi dari Health Corporation of Singapore .


4. Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi periksa.Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya
jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.


5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, Koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas Mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang Dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan Pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas Makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTORdari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga
memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari system badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai makan untuk mendapat barah. Kalau istilah James Bond, Licence to kill!


6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan Kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Info Hangat: Amazing Word Scrabble



Someone out there either has too much spare time or is
deadly at Scrabble.
(wait till you see the last one)!

DORMITORY
When you rearrange the letters:
DIRTY ROOM

PRESBYTERIAN
When you rearrange the letters:
BEST IN PRAYER

ASTRONOMER
When you rearrange the letters:
MOON STARER

DESPERATION
When you rearrange the letters:
A ROPE ENDS IT

THE EYES
When you rearrange the letters:
THEY SEE

GEORGE BUSH
When you rearrange the letters:
HE BUGS GORE

THE MORSE CODE
When you rearrange the letters:
HERE COME DOTS

SLOT MACHINES
When you rearrange the letters:
CASH LOST IN ME

ANIMOSITY
When you rearrange the letters:
IS NO AMITY

ELECTION RESULTS
When you rearrange the letters:
LIES - LET'S RECOUNT

MOTHER-IN-LAW
When you rearrange the letters:
WOMAN HITLER

SNOOZE ALARMS
When you rearrange the letters:
ALAS! NO MORE Z 'S

A DECIMAL POINT
When you rearrange the letters:
IM A DOT IN PLACE

THE EARTHQUAKES
When you rearrange the letters:
THAT QUEER SHAKE

AND FOR THE GRAND FINALE:


ELEVEN PLUS TWO
When you rearrange the letters:
TWELVE PLUS ONE


Yep! Someone with waaaaaaaaaaay too much time on their
hands!

Foto Hangat: Ancient Japanese Proverb



Lawak Hangat: Kisah Sengal Saudagar Keldai



Al-kisah maka tersebutlah kisah... ..

Seorang saudagar keldai dari tanah Arab yg ingin menjual keldainya di pasar. Dalam perjalanan menuju ke destinasinya utk menjual keldai2nya dia mengira keldai2. Sambil menunggang salah seekor keldai dia mengira,1,2,3... 9

'Huh, xboleh jadi ni, kurang sekor,' dia berkata.

Lalu dia turun dari keldai yg ditunggangya utk mengira semula bilangan keldai2nya

'1,2,3,4,5,6,7,8,9,10..huh cukup pun,'katanya.

Dia kembali menunggang keldainya utk meneruskan perjalanan ke pasar.Semasa meneruskan perjalanan itu dia mengira kembali keldai2nya.Dia berasa hairan kerana keldainya kurang seekor.Dia pun turun, dan mengira kembali keldai2nya. Dia berasa lebih hairan kerana keldainya cukup.

Lalu dia mengambil keputusan, "Lebih baik aku berjalan kaki,kalau aku x menunggang keldai nescaya aku untung seekor".

Foto Hangat: Unseen in the world









Foto Hangat: Lego Face





Isu Hangat: Kimma buat laporan polis berhubung isu azan Subuh



KUALA LUMPUR: Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) semalam membuat laporan polis berhubung ungkapan Ahli Parlimen (DAP) Kepong, Dr Tan Seng Giaw, di Dewan Rakyat baru-baru ini yang dikhuatiri boleh menggugat keharmonian rakyat negara ini.

Laporan polis berkenaan dibuat Ketua Pemuda Kimma, Thajudeen Mohideen pada jam 12 tengah hari, semalam.

Thajudeen berkata, dia terkejut dan marah apabila membaca laporan akhbar ini mengenai ungkapan Tan yang menyuarakan rasa tidak puas hatinya mengenai azan Subuh berkumandang terlalu kuat hingga kononnya mengganggu ketenteraman penduduk.

"Isu membabitkan sensitiviti agama tidak sepatutnya ditimbulkan di Parlimen atau di mana-mana tempat lain kerana boleh mencetuskan huru-hara serta perbalahan antara kaum dan penganut pelbagai agama negara ini," katanya ketika ditemui di Balai Polis Dang Wangi di sini, semalam.

"Selama hampir 50 tahun merdeka kita mengecapi keharmonian antara kaum dengan menghormati budaya serta amalan masing-masing dan Kimma menganggap apa yang diperkatakan Tan itu tidak berasas serta berniat jahat," katanya.

Harian Metro Rabu lalu melaporkan mengenai kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat ketika sesi penggulunggan perbahasan usul titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Jabatan Perdana Menteri apabila Dr Tan menimbulkan kemarahan Ahli Parlimen daripada Umno kerana menyuarakan rasa tidak puas hati azan Subuh berkumandang terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteraman penduduk.

Tan yang meminta pengurusan masjid supaya tidak terlalu kuat ketika azan Subuh kerana mengganggu kanak-kanak dan mereka yang bekerja syif sedang tidur menyebabkan kemarahan di kalangan Ahli parlimen beragama Islam.

Video Hangat: Wedding



Isu Hangat: Penggunaan Kad Kredit



Penggunaan Kad Kredit
Menurut Neraca Shariah
Disediakan Oleh :

Ust. Zaharuddin Abd Rahman

بسم الله الرحمن الرحيم


Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjugan Nabi Muhammad SAW , pemimpin para du'at dan Mujahidin yang telah sempurna menyampaikan amanah dan risalah serta memberika ingatan dan berita baik kepada seluruh manusia. Juga salam ke atas para ahli keluarga Baginda SAW, para sahabatnya yang terpilih serta mujahidin/at dan muslimin/at yang menurut jalan kebenaran Islam.

Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :-

Pengenalan ringkas jenis Kad Kredit utama yang terpakai di dunia sekarang.
Hukum setiap urusniaga dan yang berkaitan dengan Kad Kredit.

Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap pengguna kad kredit yang mengambil berat di atas hal ehwal halal dan haram dalam urusannya dan kepada setiap insan yang ingin menambah maklumat, bagaimanapun penulisan ini dibuat dalam bentuk ringkas, tanpa menuruti kaedah penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu bentuk artikel separa ilmiah dituju pada umum dan diharap dapat menjelaskan ‘mawqif'(pendirian) Islam terhadap kontrak yang kian popular di kalangan masyarakt hari ini.


RINGKASAN MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG KAD KREDIT

1. Takrif Kad Kredit


Menurut Kamus Oxford : " Ia adalah satu kad yang dikeluarkan oleh Bank atau mana-mana pihak lain, yang mana ia memberi kemudahan kepada pemegangnya untuk memperolehi barang-barang keperluannya secara tangguh bayaran(Hutang)"


‘Hutang' dari sudut syarak menurut takrifan Al-Qadhi Ibn ‘Arabi "Iaitu urusan pemindahan (pertukaran) hak milik (secara jual beli atau seumpama dengannya), yang mana salah satu pihak secara tunai manakala pihak kedua secara tangguh di atas tanggungannya (dengan masa yang ditetapkan atau tidak)"


Manakala Takrifan yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (Majma' Fiqh Islami) bagi Kad Kredit adalah : "Satu bentuk penyata sandaran (penyata keterangan) yang diiktiraf, diberikan oleh pengeluar kepada mana-mana individu atau pihak yang diiktiraf melalui kontrak diantara kedua-dua belah pihak, ia membolehkan pemegangnya membuat pembelian barangan atau khidmat2 dari semua pihak yang mengiktiraf penyatan sandaran (kad Kredit) tadi, tanpa perlu membuat pembayaran tunai (segara), kerana ia mengandungi jaminan pembayaran dari pihak pengeluar."



2. Jenis Kad


Pembahagian jenis Kad Kredit berdasarakan cara-cara pelangsaian bilnya adalah seperti berikut :


•a) Kad Jenis (Charge Card)

Ia adalah kad kredit yang mewajibkan pemegangnya membayar bil penggunaannya setiap bulan.


Antaranya jenisnya : American Express, Diners Club.


Antara cirinya yang terpenting :-


1) Tidak disyaratkan pemegangnya membuka Akaun Simpanan di Bank Pengeluar @ Pihak Pengeluar Kad. Juga tidak disyaratkan pemegang mengemukakan apa jua Jaminan Tunai kepada Bank Pengeluar bagi melangsaikan seluruh hutang-hutangnya hasil penggunaan kad.


2) Pemegang kad diberi had tertentu (Credit Line and limit), lalu ia boleh menikmati seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu had ‘tempoh izin tangguh jangka pendek' yang telah ditentukan, iaitu tempoh antara waktu belian dan waktu wajib langsaian bil. Biasanya dalam 55-60 hari, ketika itu, pemegang akan dibekalkan dengan penyata bulanan yang menyebut transaksi urusniaga yang telah digunakan.


3) Jika pemegang lewat melangsaikan kos penggunaannya dari waktu yang ditetapkan, maka pengeluar akan mengenakan penalty akibat lewat yang telah ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Mungkin juga akan ditarik balik kad dan dibuang dari keahlian dan sebagainya.


4) Mungkin juga pemegang kad jenis ini perlu membayar yuran permohonan sekali sahaja, dan juga yuran pembaharuan kad tahunan.


•b) Kad Kredit Yang Menerima Pembaharuan Bil (Revolving Credit Card)

*Jenis ia adalah yang paling banyak tersebar di seluruh dunia. Antaranya Visa Card, Master Card, Diners Card, American Express Card.


Ia juga mempunyai banyak ciri yang sama dengan yang pertama tadi cuma terdapat beberapa perbezaan utama.
Pemegang Kad tidak wajib melangsaikan ‘kos guna' nya secara keseluruhannya setelah mendapat penyata bil dari pengeluar dalam tempoh izin yang diberikan, TETAPI DIBENARKAN UNTUK MEMBAYAR HANYA NISBAH KECIL DARI BIL . Manakala bakinya, pemegang diberi pilihan samada ingin melangsaikannya dalam tempoh izin yang diberi tersebut ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak pengeluar akan mengenakan faedah daripada jumlah bil yang tertangguh ini.
Kad ini juga ada yang mempunyai had tertinggi penggunaan. Bermakna pemegang hanya boleh berbelanja sebanyak mana yang disukainya selagi mana di dalam kadar maksimum yang dibenarkan, dan hanya perlu membayar nisbah kecil dari bil (sekitar 5 % sahaja), manakala jika bakinya di tangguh sehingga melepasi tempoh percuma (biasanya 30 hari), pelanggan akan dikenakan peratusan faedah. Biasanya kadar faedahnya amat tinggi iaitu sekitar 18-25 % setahun. Inilah Riba yang amat jelas malah amat membebankan dan menindas.
Pemegang Kad boleh menggunakannya samada di dalam ataupun di luar negara di mana2 sahaja asalkan pihak peniaga mengiktirafnya.
Ia mempunyai 3 jenis kebiasaannya : Kad emas, Kad Perak dan Kad Biasa.
HUKUM BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN KAD KREDIT

1. Kontrak dan Hubungan Antara Pengeluar, Pemegang dan Peniaga.

Secara amnya, jenis kontrak yang dibuat antara pemegang kad, Pengeluar dan pihak ketiga adalah diktiraf di dalam Islam. Pandangan yang terkuat di dalam hal ini adalah hubungan Al-Kafalah (Jaminan). Dimana ‘Kafil' (adalah Penjamin-Pengeluar Kad), ‘Makful' (Yang dijamin- Pemegang Kad) dan ‘Makful lahu' (Penjual). Semua ini adalah diiktiraf dan kontrak adalah sah di sisi Islam. Kesannya, semua pembelian dibuat dengan kad ini, tiada lagi hak tuntutan pembayaran dari peniaga kepada pemegang kad, kerana ia telah terpindah kepada Pengeluar.


Maka tidak harus peniaga menuntutnya daripada Pemegang Kad. Demikian pandangan Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ibn Hazm dan Majoriti Fuqaha. Pndangan mereka adalah berdasarkan kefahaman terhadap tiga buah hadith Nabi yang diriwayatakn oleh Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Ad-Dar Qutni dan lain lain. Justeru tulisan ini tidaklah ingin memanjangkan bicara tentangya.



2. Menggunakan Kad kredit Konvensional dalam tempoh dibenarkan

Dalam hal seseorang berhasrat menggunakan kad kredit konvensional yang meletakkan syarat Faedah Riba tetapi ia berazam sentiasa menjaga tempoh pembayaran semula sebelum di kenakan faedah Riba, Kesatuan Fiqh Antarabangsa OIC (OIC Interntional Fiqh Academy) dalam ketetapannya nombor 108, pada persidangan 23-28 September 2000 telah memfatwakan sebagai TIDAK HARUS terutamanya di waktu kewujudan Kad Kredit Islam. Bagaimanapun, ketetapan dalam persidangan yang sama juga telah dibuat; mengharuskan membuat kad kredit konvensional yang tiada meletakkan sebarang syarat Faedah / Riba di dalam kontraknya. Bagaimanapun dengan syarat mestilah melangsaikan jumlah penggunaan sebelum di kenakan faedah Riba.


3. Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan Penukaran Kad


Hukumnya : HARUS, tiada masalah dari sudut syarak, ia dianggap sebagai upah yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhadap khidmat yang disediakannya. Juga HARUS jika terdapat perbezaan jumlah yuran khidmat bergantung kepada perbezaan jenis khidmat. Tetapi dengan syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dengan khidmat sebenar yang diberikan, jika ia melebihi kos khidmat sebenar, maka ia adalah Riba yang diharamkan.
Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan) dari Majma' Fiqh Islami (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) pada persidangnnya ke-3 pada Oktober 1986.

2. Kos Tertentu Dari Peniaga kepada Bank Pengeluar.


Adakalanya pihak Bank atau pengeluar Kad akan meletakkan syarat dalam perjanjiannya dengan para peniaga sejumlah ‘kos tertentu' dalam bentuk peratusan yang akan di ambil dari Bil Penjual (Peniaga), yang mana biasanya berlegar sekitar 2-5% atau 8 % dari jumlah Bil. (Lihat Jones , Sally A, The Law Relating to Credit Cards, London, 1989 ,ms 14)


Hasilnya, apabila Peniaga membuat tuntutan kepada Bank Pengeluar, maka Bank akan segera menunaikan bil (Pemegang Kad) iaitu setelah dipotong jumlah kos yang disebut tadi. Kemudian pihak Bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan) hasil penggunaan kad daripada pemegang kad.

Hukumnya : Harus . Berdasarkan pendapat mazhab Hanafi yang sah. Jumlah kos ini dikira hadiah. (Rujuk Fatawa Hindiyyah, juga Fatawa Al-Bazaziyah, Al-Mabsut dan lain lain ). Terdapat ramai para Fuqaha (Ulama Fiqh) mengganggap ia adalah upah wakil (Ujrah Wakalah) kepada Bank kerana menjadi ‘wakil' bagi Peniaga dalam mempromosikan barangannya serta jaminan wujudnya pelanggan. Ia juga boleh dianggap sebagai Diskaun Khas dari peniaga kepada pengeluar. Ada juga yang mengatakan ia sebagai upah Broker (Ia adalah pandangan Prof. Dr Rafiq Al-Misri).

4. Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas (Gold Card)



Ia bertujuan untuk menarik golongan menengah dan atasan bagi menyertai skim mereka. Maka untuk tujuan itu, mereka menawarkan beberapa bentuk hadiah dan skim Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan Perjalanan.
Dalam program Hadiah Ahli (Membership Rewards), setiap Ringgit Malaysia (RM) hasil penggunaan Kad Emas, pengguna akan mendapat satu mata. Dan mata ini akan bertambah dan jumlah mata terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna menikmati program melancong percuma atau penginapan di hotel percuma, atau diskaun di restoran-restoran dan lain lain. (Lihat : American Express Cards, an exclusive opportunity for a select few)

Hukumnya : berbeza menurut jenis hadiah; ia seperti berikut :-


a) Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh Sidang Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC yang pertama pd 1397 H, sebagai Haram kerana mengandungi unsur Riba, Gharar (ketidaktentuan), Jahalah(ketiadaan maklumat tepat semasa transaksi), Judi dan lain lain.

Bagaimanapun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kerana pemegang tidak membayar apa-apa kepada syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum haram yang diputuskan, malah ia dianggap sebagai hadiah galakan sahaja dan hukumnya adalah Harus. Ini adalah kerana ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya tabi' (perkara sampingan yang terhasil dari perjanjian).

Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bahawa "Dimaafkan yang berlaku pd tawabi' dan tidak pd lainnya" (Rujuk Majalah al-Ahkam Al-‘Adliyah).

b) Hadiah-hadiah lain : HARUS atas dasar sumbangan dan derma dan galakan. Asalkan ia tidak terjebak dalam muamalat Bank Konvensional Ribawi. Juga dengan syarat hadiah ini terdiri daripada perkara yang halal menurut pandangan Shariah. Bagaimanapun, ulama Mazhab Syafie tidak mengharuskannya atas dasar ‘Sadd az-Zarai' (Menutup jalan haram dari berlaku).



5. Syarat Menamatkan Kontrak Menurut Kehendak Pengeluar Sahaja



Iaitu pihak pengeluar mempunyai hak untuk menamatkan kontrak walaupun tanpa persetujuan Pemegang kad.

Hukumnya : Syarat ini diterima dan HARUS di sisi Syara', kerana kontrak yang diikat adalah termasuk dalam bab Kafalah. Ia telahpun dinaskan sebagai kontrak ‘Ghair Lazim' (Boleh ditamatkan kontrak tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak). Terutamanya apabila pemegang kad melanggar perjanjian kontrak.

6. Membeli Emas & Perak dengan Kad Kredit



Ulama Fiqh telah menegaskan bahawa antara syarat sah pembelian emas dan perak dengan wang kertas mestilah transaksi pertukaran berlaku ketika itu juga tanpa sebarang penangguhan, ia disebut "at-taqabud fil hal" dalam istilah Fiqh. Ia adalah berdasarkan Hadith Nabi SAW yang jelas menyatakan syarat dan keperluan itu. Ini adalah kerana wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi (usurious items) dan demikian juga Kad Kredit.

Persoalannya dalam isu Kad Kredit adalah : Adakah peniaga emas dan perak menerima harga bayaran di tempat transaksi jual beli dilakukan?. Dalam hal ini, Persidangan Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC telah membuat dua ketetapan ; Iaitu yang lama yang yang baru . Pandangan lama (dalam sidangnya yang ke 9 pada April 1995) menyebut : "Proses terima serah "At-Taqabud" sebenarnya telah terlaksana, iaitu dengan cara melalukan kad kredit tersebut di alat bacaan kad kredit ketika pembayaran dibuat". Dengan tindakan ini, semua maklumat telah dihantar ke Bank Pengeluar yang akan menguruskan pembayaran selepas itu. Ia juga merupakan ketetapan dari Simposium Ekonomi Islam ke -12 anjuran Dallah al-Barakah pada 1996.


Pandangan baru mereka (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) ; mereka memfatwakannya sebagai HARAM ( Berdasarkan keputusan nombor 108, pada persidangan 23-28 September 2000 )

Justeru, saya menyarankan agar orang ramai menjauhi hal ini lebih baik dari mengambil mudah. Ini kerana kaedah Fiqh menyatakan " Keluar dari khilaf adalah lebih diutamakan" . Maka hukumnya : HARAM.



7. Pertukaran Matawang (Money Exchange atau ‘As-Sarf') Dengan Kad Kredit.


Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan kad ini di kebanyakan negara di dunia bagi membeli apa jua barang yang dikehendakinya, dengan penggunaan kad ini, maka pihak Bank Pengeluar akan membayar Bil kegunaan di luar negara tadi secara segera dengan matawang negara yang terbabit. Kemudian menuntut dari Pemegang kad dengan Matawang tempatan (dengan menggunakan harga pertukaran hari tersebut - sebagaimana termaktub di dalam perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh izin sekitar 2-3 minggu.

Jelas, terdapat transaksi pertukaran matawang (As-Sarf) dalam hal ini. Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa syarat dalam Islam bagi pertukaran wang adalah At-Taqabud fil hal.

Hukumnya : HARAM. Ini adalah kerana kelewatan Bank menerima timbal balik dari pemegang kad, bagi pertukaran matawang yang telah dilakukannya. Bank hanya mendapat timbal tukaran itu selepas 2-3 minggu, ini kerana Bank menuntut Bil dari pemegang kad hanya selepas dikeluarkan bil penyata selain memberinya had tempoh izin. Justeru tiada taqabud haqiqi ataupun hukmi berlaku disini. Lalu Hukumnya adalah HARAM kerana berlaku Riba Buyu' . Ia menurut ketetapan Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC dalam sidangnya yang ke 12 pada September 2000. BAGAIMANAPUN dikecualikan dari haram dalam keadaan dharurat dan keperluan yang amat sangat.




8. Denda Penalti Kerana Lewat Langsaian Bil Wajib bagi ‘Kredit Kad.



Terkandung di dalam syarat kontrak bagi ‘Credit card, bahawa pemegang kad akan menanggung denda akibat kelewatan melangsaikan bil wajib minimanya dalam tempoh izin (30 hari). Sudah tentu ia berbentuk wang.

Hukumnya : HARAM, terdapat unsur Riba An-Nasiah (Riba Hutang) yang sangat dilarang di dalam Islam kerana terdapat unsur menzalimi manusia lain serta memakan harta manusia tanpa haq. Telah Ijma' seluruh ulama muslim pengharaman riba ini.

Demikian Keputusan hasil persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998.


BAGAIMANAPUN terdapat keputusan berbeza dari persidangan Ekonomi Islam AL-BARAKAH ke 12 pada tahun 1996, yang memutuskan HARUS, tetapi jumlah denda itu mestilah digunakan untuk tujuan derma kebajikan. Ia dibolehkan berdasarkan kelemahan kefahaman agama dan kesengajaan dalam melewatkan dalam melangsaikan Bil walaupun mampu. Demikian juga pandangan mazhab Maliki dan Syeikh Prof. Mustafa Ahmad Az-Zarqa. Pandangan yang lebih kuat adalah HARAM.




9. Bunga @ Faedah Dikenakan bagi Memperbaharui Bil Bagi Kredit Kad



Terkandung dalam syarat kontrak ‘Kredit Kad' bahawa pemegang yang tidak ingin melangsaikan bil secara sepenuhnya, maka bil yang berbaki tersebut akan dikenakan faedah.

Hukumnya : HARAM, ia adalah Syarat Riba yang dilarang di dalam Islam tanpa sebarang ragu-ragu. Demikian keputusan persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998.

Soalan : Adakah harus seorang muslim memohon Kad ini, yang jelas mensyaratkan faedah bagi bil berbaki?

JAWAPAN : Asalnya adalah HARAM dan batal syarat tersebut. Bagaimanapun terdapat pengecualian apabila ada keperluan mendesak dan tiada pilihan lain, ketika itu hukumnya HARUS, dengan syarat membayar penuh bil tanpa meninggalkan sebarang baki yang boleh dikenakan Faedah.

10. Mengeluarkan Wang dengan Kad Kredit
Ia dianggap pemegang kad membuat pinjaman kepada Bank Pengeluar Kad secara langsung melalui ‘Auto Teller Machine' bank pengeluar atau cawangannya atau melalui ATM Bank Lain (di kira sebagai wakil).

Hukumnya:

1. HARUS, jika pemegang mempunyai wang yang mencukupi dalam akaunnya. Ketika itu pemegang kad seolah2 mengeluarkan wangnya sahaja. Jika diambil dr bank lain juga demikian. Dan Harus pihak bank mengambil kos upah dengan kadar khidmat mereka yang sebenar.

2. HARAM JIKA Bank Pengeluar mensyaratkan Faedah@bunga hasil pinjaman yang diberikan. Kerana ia adalah Riba al-Qurudh. KECUALI JIKA PIHAK BANK PEMBERI PINJAMAN HANYA MENGAMBIL KOS KECIL YANG TETAP, HASIL KHIDMAT PEMPROSESAN YANG DIBUATNYA SAHAJA. KETIKA ITU HARUS , Demikian qarar Majma' Fiqh Islam Sedunia pada sidangnya ketiga pada 1986 M.

3. Jika Pemegang tiada jumlah yang mencukupi di dalam akaunnya (berlaku overdraft) atau langsung tiada sbrg akaun. Maka dianggap pengeluarannya itu adalah PINJAMANnya terhadap bank. dan semua hukum pinjaman (al-Qardh) di dalam Islam adalah terpakai ketika itu. Sebagaimana Kaedah: ‘Kullu Qardhin Jarra Naf'an Fahuwa Riba' Setiap pinjaman yang mensyaratkan sebarang manfaat bagi pihak pemberi pinjaman adalah RIBA.



Sekian

Irbid, Jordan

2003

Info Hangat: Membentuk dokumen pdf



KEBANYAKAN dokumen yang digunakan untuk urusan perhubungan ketika ini dihasilkan secara elektronik.

Dokumen itu juga tidak lagi dicetak atau dihantar melalui pos tetapi dihantar secara elektronik melalui e-mel.

Dokumen yang dihasilkan oleh sesuatu perisian memerlukan perisian yang sama apabila dokumen itu hendak dibuka semula.

Jika perisian yang berlainan digunakan, ia mungkin tidak boleh dibaca, atau jika boleh sekalipun, ia mungkin berubah.

Satu penyelesaian diperlukan supaya semua dokumen yang dihasilkan secara elektronik oleh sebarang perisian boleh dibuka tanpa menggunakan perisian asal.

Di antara format yang popular yang membolehkan dokumen dibuka secara elektronik tanpa penggunaan perisian asal adalah format PDF ataupun Portable Document Format.

Perisian penghasilan PDF ini satu ketika dulu perlu dibeli, namun kini terdapat banyak perisian penghasilan PDF yang boleh diperoleh secara percuma.

Di antara perisian untuk menghasilkan fail PDF yang boleh digunakan secara percuma adalah PrimoPDF yang boleh dipindah turun dari www.primopdf.com

Apabila perisian PrimoPDF dipasang di komputer, cara pengunaannya tidak seperti perisian yang lain.

Kemudahan perisian PrimoPDF ini hanya boleh dicapai menggunakan arahan Print. Itu bermakna apabila hendak mengubah sesuatu dokumen kepada format PDF, kita perlu melakukan arahan Print terlebih dulu.

Langkah yang perlu diikuti untuk membuat dokumen yang berformat PDF adalah seperti berikut:

1. Buka dokumen yang hendak diubah seperti biasa.

2. Pilih arahan Print dan pilih Printer yang bernama PrimoPDF. Tekan Ok.

3. Paparan ini akan dipaparkan, pilih pilihan yang sesuai untuk dihasilkan

4. Tekan di atas butang “Security” jika dokumen yang dihasilkan memerlukan kemudahan kata laluan.

5. Dokumen yang sudah diubah formatnya kepada format PDF akan dipaparkan untuk semakan. Anda memerlukan perisian Adobe Acrobat Reader untuk membuka fail PDF yang dihasilkan itu.

6. Perisian ini boleh diperoleh secara percuma di www.acrobat.com

7. Berikut adalah aliran format dan perisian yang diperlukan untuk menukarkan format .DOC kepada format .PDF.

Format PDF ini juga boleh digunakan untuk mengekalkan jenis huruf yang terdapat di dalam sesuatu dokumen, menerima kemasukan data di dalam bentuk borang serta penambahan elemen interaktif terhadap sesuatu dokumen.

Dokumen PDF yang dihasilkan boleh dihantar melalui e-mel kepada penerima seperti kita menghantar dokumen elektronik yang lain.

Nota: Jangan lupa untuk mengikuti ruangan teknologi ini yang juga disiarkan melalui Klasik Nasional FM setiap hari bekerja jam 1:20 pagi, KLFM jam 8 pagi, KedahFM 7:45 pagi, MutiaraFM 8:30 setiap Ahad dan PerlisFM 8:30 pagi setiap hari Rabu. Rakaman siaran dan artikel yang lepas boleh diperolehi di azli.dapat.com.

ISu Hangat: Staff Bank Rakyat Dapat Bonus 4-6 bulan..



Peh separuh dari gaji setahun tuh..Bolehlah belanja saya makan,huhuhu tapi jangan sembunyi dari sedara-mara, apa salahnya berkongsi rezeki,semoga semakin berkat dan semakin bertambah.Semoga dapat merancakkan lagi ekonomi kita..boleh la share rezeki kita pada salesman kereta ke, salesman kat shopping complex ke..tapi cari yang salesman Islam ler..

Oleh AZLAN HAFEEDZ

KOTA BHARU: Kakitangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) yang menerima bonus empat hingga enam bulan gaji diminta tidak menyembunyikan ‘kemewahan’ mereka daripada keluarga.

Pengarah Urusan bank berkenaan, Datuk Kamaruzaman Che Mat, berkata ini kerana isteri atau suami dan keluarga adalah nadi dan tulang belakang kakitangan yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya mereka.

“Justeru, bonus yang diterima perlu dikongsi dan dinikmati bersama keluarga,” katanya pada majlis makan malam Anugerah Khidmat Setia dan Insentif Warga Kerja Bank Rakyat Kelantan dan Terengganu 2006 di sini, kelmarin.

Kamaruzaman berkata, kira-kira 10,000 kakitangan Bank Rakyat di seluruh negara menerima bonus di antara empat hingga enam bulan gaji tahun ini selepas kumpulan bank itu mencatat keuntungan bersih sebanyak RM626.6 juta pada tahun lalu.

“Bonus itu sebagai tanda terima kasih dan penghargaan syarikat kepada kakitangannya yang komited dalam membantu majikan mereka mencapai keuntungan besar,” katanya.

Kamaruzaman berkata, untuk tahun ini pihaknya menjangka mampu mencapai keuntungan bersih dengan peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding tahun lalu.

Pada majlis itu juga, 22 kakitangan yang berkhidmat lebih lima tahun menerima insentif wang tunai dan insentif juga diberi kepada 12 anak warga kerja yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Info Hangat: Vista cipta pengalaman baru



Oleh Husain Jahit
husain@hmetro.com.my

Microsoft ambil pendekatan berbeza ke atas fungsi pencarian data, ubah pengurusan maklumat menerusi penawaran satu kemasukan untuk capai informasi

PRODUK: Microsoft Windows Vista Business Edition
PENGELUAR: Microsoft Corp
PERTANYAAN: Microsoft Sdn Bhd
TELEFON: 1800 88 6295
LAMAN WEB: www.microsoft.com.my
HARGA: RM1,271

KEMUNCULAN sistem operasi (OS) baru Microsoft Windows Vista baru-baru ini memang dijangka merubah pengalaman perkomputeran sama ada komputer desktop atau notebook.

Terlalu banyak hendak diperkatakan mengenai ciri dan pelbagai manfaat mampu diperoleh daripadanya. Pengguna yang banyak menghabiskan masa dengan komputer pasti tahu, begitu juga pengguna notebook yang sering keluar pejabat dan tidak bekerja di satu tempat.

Jika anda menggunakan komputer, tentu data yang ada semakin banyak hinggakan sukar dikesan semula dan besar kemungkinan lupa, sedangkan ia mungkin akan digunakan pada masa depan.

Justeru, Microsoft mengambil pendekatan berbeza ke atas fungsi pencarian data dan mengubah pengurusan maklumat menerusi penawaran satu kemasukan untuk mencapai maklumat di komputer, rangkaian korporat dan Internet.

Inilah antara ciri baru yang diwujudkan Microsoft Corp selaku peneraju teknologi maklumat terkemuka dunia.

Enjin pencari itu diletakkan di lokasi utama iaitu pada butang ‘Start’ yang turut diubah penampilannya kerana di situlah pengguna memberikan banyak tumpuan.

Sebaik melalukan penunjuk tetikus ke butang ‘Start’ itu, di situlah diletakkan kekotak dialog enjin pencari diletakkan selain senarai program atau aplikasi sebagaimana yang kita peroleh pada OS sebelum Vista.

Sesuatu yang menarik ialah fungsi prapapar mengikut setiap huruf yang anda masukkan pada kekotak dialog itu.

Tidak kiralah anda mencari folder atau fail tertentu yang pernah dibuat menggunakan apa jua aplikasi dan disimpan entah di mana. Ia juga berguna untuk mencari aplikasi perisian yang tiada ikon di atas pemuka dekstop.

Dari situ, Vista didapati lebih bertenaga ditambah pula dengan paparan lebih menarik dan mesra pengguna.

Paparannya lebih jelas dan memiliki fungsi lutsinar bagi memudahkan pengguna melihat paparan sebelah belakang walaupun terlalu banyak aplikasi atau fail dibuka secara bertindih-tindih.

Antaramukanya lebih menarik, seronok dan mudah digunakan, akan mendorong anda untuk mencuba segala keupayaannya.

Antaramuka itu didatangkan dengan kesan tiga dimensi, memberikan paparan keseluruhan bagi memudahkan pelbagai tugas apabila menggunakan aplikasi.

Dalam pada itu, Vista banyak menambah baik aspek penting seperti sistem pertahanan yang lebih kukuh, aplikasi terbina dalam yang lebih baik, peningkatupayaan rangkaian, kawalan kekeluargaan dan sokongannya ke atas sistem grafik DirectX 10.

Dengan kawalan kekeluargaan itu, ibu bapa boleh mengawal penggunaan anak sama ada kawalan masa atau penentuan aplikasi dan game yang boleh dimainkan.

Sistem keselamatan Windows Defender itu juga yang dikatakan mengancam periuk nasi pengeluar rumusan keselamatan kerana kemampuan membendung terus pelbagai ancaman perisian pengintip dan virus. Ia mampu mengesan ancaman dengan baik lalu menghapuskannya.

Satu lagi ciri menariknya ialah pengurangan kos penyelenggaraan dengan adanya peralatan ‘Self Diagnostics’. Secara proaktif ia akan mendiagnos dan menyelesaikan masalah biasa.

Contohnya, Vista akan mengesan apabila pengguna hampir kehabisan sumber-sumber sistem dan memberitahu pengguna sebelum PC mereka terhenti dari operasi (hangs) serta boleh menyebabkan kehilangan data.

Ia juga sentiasa mengikuti perkembangan penggunaan memori maya dan memberi amaran supaya menutup aplikasi tertentu bagi mengelakkan kehilangan data.

Dengan pelbagai kelebihan itu, pasti operasinya memerlukan perkakasan yang bertenaga dan bukan sekadar kuasa pemprosesan, malah sistem penguat grafik, memori perlu menepati kehendak.

Ujian penggunaan Vista ini dilakukan di atas komputer notebook dengan pemproses Intel Core 2 Duo berkelajuan 1.66GHz, RAM DDR2 1GB, cakera keras 80GB dan bateri ion litium 6 sel.

Sesuatu yang menarik ialah ciri Windows ReadyBoost iaitu konsep baru menambah memori ke dalam sistem Pengguna boleh menggunakan pemacu setoran flash untuk menambahbaikan prestasi sistem.

Prestasinya diperbaiki kerana kemampuannya mengambil data yang disimpan di dalam pemacu setoran itu dengan pantas berbanding yang disimpan di dalam cakera keras.

Namun, jika anda biasa dengan OS Windows XP, ini adalah pelengkap – tidak ada tidak mengapa, melainkan berpeluang membeli PC baru, apa salahnya mencuba OS baru.

Isu Hangat: Catriona Parah





Bosan tinggal rumah: Punca Catriona mengikuti rakan serumah ke Johor Bahru

REMBAU: Pelakon terkenal, Catriona Bahrin Ross, 26, dikatakan berkeras untuk mengikuti rakan serumahnya ke Johor Bahru disebabkan bosan tinggal di rumah sebelum mereka terbabit dengan kemalangan jalan raya di Kilometer 230.8, Lebuhraya Utara-Selatan di Rembau, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi semalam, pelakon itu parah selepas kereta dipandu rakan serumahnya, Jennifer Govia, 32, terbabas sebelum dirempuh sebuah trailer.

Seorang ahli keluarga Jennifer yang enggan namanya disiarkan berkata, dua sahabat itu dalam perjalanan dari ibu kota ke Johor Bahru kerana Jennifer perlu menghadiri mesyuarat di sana.

“Sepatutnya, Jennifer pulang berseorangan ke rumah kami di Johor Bahru sebelum menghadiri mesyuarat yang dijadualkan jam 10 pagi, tetapi Catriona berkeras mahu mengikutnya kerana bosan tinggal di rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dia bersama seorang lagi ahli keluarga bergegas dari Johor Bahru ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini selepas mendapat berita mengenai kemalangan itu, petang semalam.

Dalam kemalangan itu, Catriona patah kedua-dua kaki, tangan kanan serta beberapa batang gigi, manakala Jennifer patah paha kiri serta terseliuh tulang pinggul sebelah kanan.

Difahamkan, ketika kejadian, Catriona dikatakan tidur di kerusi penumpang depan kereta berkenaan.

Kejadian berpunca daripada kereta Chevrolet dipandu Jennifer terbabas ke laluan bertentangan selepas cuba mengelak sebuah kon pembinaan plastik yang secara tiba-tiba tercampak masuk ke laluannya.

Pada masa sama, sebuah trailer dalam perjalanan dari arah Melaka ke Senawang datang dan merempuh belakang kereta dinaiki dua sahabat itu, menyebabkan ia remuk.

Kedua-dua mangsa kini dirawat di Wad 8B HTJS dan dilaporkan dalam keadaan stabil, tetapi Catriona yang masih trauma akibat kejadian itu tidak dibenarkan banyak bergerak serta bercakap.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Mat Dom, ketika dihubungi berkata, lelaki yang memandu trailer berkenaan tidak cedera dan polis sudah mengambil keterangannya, petang semalam.

Sementara itu, tinjauan di Wad 8B HTJS, petang semalam, mendapati Catriona dalam keadaan sedar dan stabil serta memberi reaksi kepada rawatan. Bagaimanapun, dia dilihat masih trauma dengan kejadian itu.

Mangsa kini ditemani dua ahli keluarga Jennifer, manakala ahli keluarga pelakon berkenaan dikatakan masih dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland itu dikenali ramai selepas beraksi menerusi lebih 20 drama televisyen. Antara drama popularnya ialah drama bersiri 26 episod, Datin Diaries arahan Rashid Sibir menerusi saluran TV3 selain Rafflesia 2, Sephia, Mengapa Harus Ada Cinta dan Hijriatul Sufia.

Catriona juga pernah beraksi dalam dua filem iaitu Mistik dan terbaru, filem ‘psiko-thriller’ bertajuk Chermin arahan Zarina Abdullah yang ditayangkan di pawagam Mac lalu.

Dia juga turut menjadi pelakon undangan dalam Qabil Kusyri Qabil Igam.

Tip Hangat:Usah ambil mudah proses temu duga



Usah ambil mudah proses temu duga

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

SESI temu duga adalah peluang keemasan buat majikan menilai potensi dan kebolehan calon selepas tertarik dengan resume disediakan.

Dalam proses temu duga ini, calon tidak sepatutnya melakukan kesilapan kerana ia mampu menggagalkan peluang mendapatkan pekerjaan.

Begitupun, masih ramai mengambil mudah ketika menghadiri sesi temu duga kerana yakin mampu memperoleh jawatan itu selain menganggap temu duga sekadar perbualan biasa.

Perkara ini turut diakui Kaunselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Zulfikar Ahmad, yang mengatakan kebanyakan calon gagal temu duga kerana kesilapan sendiri bukan kerana tidak memenuhi kelayakan ditetapkan majikan.

Katanya, terdapat beberapa kesalahan umum sering dilakukan calon temu duga termasuk penyediaan resume dan cara mempersembahkan diri di hadapan bakal majikan.

Menurutnya, penyediaan resume yang terlalu panjang dengan pelbagai maklumat tidak berkaitan jawatan dipohon adalah antara kesalahan biasa dilakukan calon.

“Resume adalah ejen pengiklanan diri calon kepada bakal majikan. Justeru, ia tidak perlu panjang, cukup hanya dengan dua muka surat tetapi maklumat di dalamnya ringkas dan padat.

“Maklumat seperti aktiviti yang tidak berkaitan jawatan dipohon sepatutnya tiada dalam resume kerana ia hanya menggambarkan calon ‘multiskill’ namun tidak bersesuaian.

“Selain itu, hobi atau aktiviti masa lapang juga jangan diremehkan kerana ia boleh mencerminkan peribadi calon selain memberi tanggapan sama ada calon layak diberi jawatan atau tidak,” katanya ketika dihubungi.

Zulfikar berkata, perkara terbabit walaupun nampak kecil tetapi boleh memberi impak tidak elok seterusnya menggagalkan peluang calon mendapat pekerjaan.

Beliau berkata, elemen lain yang perlu diberi perhatian ialah ketepatan masa, etika berpakaian, penampilan dan kekemasan serta kesalahan kecil sepanjang proses temu duga.

Katanya, calon perlu berhati-hati mengeluarkan perkataan dan menjawab soalan diutarakan majikan kerana semuanya akan dinilai. Seeloknya, berfikir sebaik mungkin sebelum membalas percakapan penemuduga.

Tindakan meminta majikan menaikkan gaji atau menyediakan kemudahan tidak sepatutnya dilakukan kerana ia boleh memberi persepsi kurang baik memandangkan anda sedang dalam proses mendapatkan pekerjaan.

Calon temu duga turut dinasihatkan supaya tidak menokok tambah maklumat dan kelebihan diri semata-mata ingin kelihatan hebat kerana kesahihannya boleh dipertikaikan majikan.

TIP

SEPULUH kesalahan yang biasa dilakukan calon temu duga:
- Dokumen diperlukan tidak lengkap.
- Tiba lewat dari masa yang ditetapkan penemuduga.
- Pemakaian tidak sesuai.
- Maklumat keterlaluan dalam resume sekali gus mencerminkan anda tidak percaya kemampuan diri.
- Meremehkan kepentingan hobi dalam resume.
- Kesilapan ejaan dan penggunaan perkataan yang salah.
- Menokok tambah maklumat tertentu untuk kelihatan hebat.
- Tidak menjawab soalan ditanya dengan betul. Lebih elok sekiranya berfikir terlebih dulu.
- Tindakan meminta majikan menyediakan kemudahan tertentu dan menaikkan gaji.
- Penampilan tidak terjaga termasuk rambut panjang dan sebagainya.

Isu Hangat: Siapa pendaftar domain pelaburan Internet??whois?



Berikut pula sebahagian hasil kajian individu pakar Internet berkenaan sebahagian latar belakang web syarikat pelaburan internet.
BUKA WEB ASAL DI SINI
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Saya disini ingin memaparkan maklumat2 berikut bukannya bertujuan mematahkan semangat korang bagi2 yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia online. Cuma saya ni terpanggil untuk membantu korang-korang semua dengan ilmu saya ada dan yang termampu.Saya sedih, bila pulang ke kampong halaman.. saya terkejut kerana program2 epoint ni dah makin lama melampau dan kadang2 tu melampaui batas dengan mempengaruhi mereka2 ni dengan janji2 kosong yang mereka berikan dengan menyertai program2 epoint yang tumbuh bagaikan cendawan ni. Terus-terang saya katakan memang saya tak kisah laa kalau program2 yang gunakan epoint ni didaftarkan dengan bank Negara ataupun paling tidak tunjukkan bukti2 bahawa fund yang dilaburkan ini betul2 digeneratekan untuk menghasilkan pulangan sepertu yang dijanjikan.. saya pun amat setuju dan sokong. Tapi, majority ataupun boleh dikatakan semuanya program2 yg menggunakan epoint ni berasal dari team yang sama dan yang paling sedihnya ramai2 yang yakin bahawa program2 ini memang berasal dari overseas..kononnya.Ok, bagi sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut sila add saya di YM :
aeli_yatt@yahoo.com dan kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang apa2 program yang lain sila bagitau. Dan kalau korang nak berdebat tentang maklumat yang saya paparkan pun silakan.. saya akan bagitau macam mana saya dapat kesemua bukti2 dan maklumat ini.Sekian. Wassalam.

1) Domain: winlifund.com
Ok program ni paling banyak info yang saya dapat selepas korek guna tools yang saya ada. Berikut ialah history bagi whois domain Winlifund sejak dari 2006-12-24 .

Registrant:
pnqsolutions
B1-03-17,
Jalan SR 1/9,
Section 9,
Taman Serdang Raya,
Seri Kembangan,
NA
43300
MY
Biganet Marketing
B3-3-01, Blk 3,
Pandan Court Jln Mewah 4,
Tmn Pandan Mewah Ampang,
NA 68000 MY

Administrative Contact:
Chan Yee, Lum
B3-3-01, Blk 3,
Pandan Court Jln Mewah 4,
Tmn Pandan Mewah Ampang,
NA 68000 MY
+1.60122989950 Fax: +1.60122989950

Domain name: WINLIFUND.COM
Administrative Contact:ahmad, hamdan

B1-03-17,
Jalan SR 1/9,Section 9,
Taman Serdang Raya,
Seri Kembangan, NA 43300MY+1.60192404379 Fax: +1.60389418310Technical Contact:ahmad, hamdan
pjstar@yahoo.com
B1-03-17, Jalan SR 1/9,Section 9,
Taman Serdang Raya,Seri Kembangan,
NA 43300MY+1.60192404379 Fax: +1.60389418310

Registrar of Record:
REGISTERFLY.COM, INC.Record last updated on 20-Dec-2006.Record expires on 21-Dec-2007.Record created on 21-Dec-2006.Domain servers in listed order:DNS1.REGISTERFLY.COM 216.40.47.15DNS3.REGISTERFLY.COM 204.50.180.55DNS2.REGISTERFLY.COM 216.40.47.16

IP owner domain ni :2006-12-22 : 202.71.103.82007-02-03 : 202.71.103.8
Ini info yang aku dapat setelah aku korek2 guna TOOL yang aku ada.
And cuba korang tengok kat whois tu... ada nama company pnqsolutions.Lepas buat search kat google aku jumpa ni :http://www.pnqsolutions.com/contact.asp
Menarik tak? Apa kena-mengena company ni dengan Winlifund? Apsal history Winlifund tertera nama company diaorang? Dahla tertera nama company diaorang.. alamat pon sama.

2)Program baru yang akan launch tak lama lagi :http://www.dnfund.net/
Program ni ada 10 website host di dalam server yang sama. Ini ialah domain2 dalam server tersebut.Seperti yang kita sedia maklum, domain dnfund.net sudah diprivatekan. Tapi, domain2 lain didalam server masih mempunyai data2/whois yang tidak diprivatekan. Dari kajian yang mendalam terhadap website2 tersebut majority website2 tersebut mempunyai WHOIS dari Malaysia. Berikut ialah detail whois yang saya jumpa :
Registrant:
Jay Lim
L36 Citibank Tower Kuala Lumpur,
WP 50450 Malaysia
Registered through: GoDaddy.com, Inc. (http://www.godaddy.com/)
Domain Name: ELLIOTTSADLERMUSIC.COM Created on: 22-Nov-06 Expires on: 22-Nov-07 Last Updated on:
Administrative Contact:
Lim, Jay
L36 Citibank Tower Kuala Lumpur,
WP 50450 Malaysia
(702) 552-7442
Technical Contact: Lim, Jay L36 Citibank Tower Kuala Lumpur, WP 50450 Malaysia (702) 552-7442 Domain servers in listed order: NS1.WEBHOSTING88.NET NS2.WEBHOSTING88.NET

3) http://www.eaindex.com/
Ok, program ni memang kelakar sangat. Coz walaupun orang ramai join.. tapi program ini mempunyai 123 website di dalam server yang sama! Dan salah satu dari website tersebut mempunyai satu website yang seakan-akan program FICAL. Program ini masih belum launch!Lihat disini : http://www.emxfund.com/
Melalui tools yans saya ada juga membolehkan saya periksa history nameserver bagi program EAINDEX ini saya mendapati mereka menggunakan nameserver dari company http://www.webhosting88.net/ pada tarikh : 2006-09-11 sama seperti program http://www.dnfund.net/ yang masih dalam pelancaran.Dan melalui pencarian yang mendalam terhadap webhosting88 ni saya telah berjumpa banyak program2 hyip yang SCAM dulu2 terlibat dengan hosting ini. Dan melalui pencarian yang mendalam saya telah menjumpai alamat whois ini :
GetHosted Solutions
Danny Goh ( ) +60.122265202 Fax: +60.380706549
D419, Sri Anggerik 1 Jalan Bandar Puchong Jaya Puchong,
SELANGOR 47100 MY

4) http://www.azcapitalclub.com/
Ok program ni dah scam dah pon. Program ini mempunyai history whois pada tarikh 2007-01-27 yang menggunakan nameserver ezydomain.com . Melalui pemeriksaan terhadap whois lama ezydomain ini ianya terdapat maklumat ini :
Cache Date: 2002-10-22Administrator:Lim Chung Keng

' );
//-->
keng@web.cc +6.03.56216788DotCC LimitedLot 3, Jalan SS 13/4, Subang Jaya Ind. EstateKL,WP,MY 47500Technical Contactor:Lim Chung Keng

' );
//-->
keng@web.cc +6.03.56216788DotCC LimitedLot 3, Jalan SS 13/4, Subang Jaya Ind. EstateKL,WP,MY 47500Cache Date: 2004-12-12Registrant Contact:Web Commerce Communications LimitedClient care (

' );
//-->
clientcare@webnic.cc )Lot 3, Jalan SS 13/4 Subang Jaya Ind EstateSubang Jaya, Selangor, MYP: +603.56216788 F: +603.56367320Administrative Contact:Web Commerce Communications LimitedClient care (

' );
//-->
clientcare@webnic.cc )Lot 3, Jalan SS 13/4 Subang Jaya Ind EstateSubang Jaya, Selangor, MYP: +603.56216788 F: +603.56367320Latest Cache Date: 2007-02-08Registrant Contact:Web Commerce Communications LimitedClient care (

' );
//-->
support@webnic.cc )Lot 2-2, Incubator 1, Technology Park Malaysia Bukit JalilKuala Lumpur, WP, MY 57000P: +603.89966788 F: +603.89968788Administrative Contact:Web Commerce Communications LimitedClient care (

' );
//-->
support@webnic.cc )
Lot 2-2, Incubator 1,
Technology Park Malaysia Bukit Jalil
Kuala Lumpur, WP, MY 57000P: +603.89966788 F: +603.89968788

5) http://www.abfund.us/
Untuk program ni, di dalam servernya terdapat 4 website berada dalam server yang sama. Website2 tersebut ialah :
Abfund.biz
Payit4profit.biz
Payit4profit.net
Afcapital.biz
Kesemua website2 tersebut termasuk http://www.abfund.us/ pernah menggunakan nameserver Hknet21.com.
Nameserver ini pernah digunakan oleh program SCAM http://www.azcapitalclub.com/ .

6) http://www.jinlicapital.com/
Program ini mempunyai history yang menyatakan admin yang mengakses server ni melalui IP berikut :202.71.103.7 ( IP Malaysia )

7) http://www.swisscityfund.com/
Program ini terdapat 2 website lain yang berada didalam satu server. Website2 tersebut ialah :Powerindexs.com dan Euro-ecash.com

8) http://www.ecashfinance.com/
Program ni dalam server dia ada 433 site yang sama2 dalam server dia.

9 ) http://www.buyebarrel.com/
Program ni pernah mengunakan namersever Hknet21.com iaitu program yang sama dengan http://www.azcapitalclub.com/ dan http://www.abfund.us/

10 ) http://www.swedenfund.com/
Di dalam server program ni terdapat 3 website lain didalam satu server. Website2 tersebut ialah :
1) Esuissefund.com
Registrant:
consultant1000 mei hwa terranceampang, kl 110110MORegistrar: DOTSTERDomain Name: ESUISSEFUND.COMCreated on: 12-OCT-06Expires on: 12-OCT-08Last Updated on: 12-OCT-06Administrative Contact:fund, eswiss

' );
//-->
eswissfundmail@yahoo.com Consultant1000 mei hwa terranceampang, kl 110110MO0755-76543210755-7654321Technical Contact:fund, eswissfund

' );
//-->
eswissfundmail@yahoo.com consultant1000 mei hwa terranceampang, kl 110110MO0755-76543210755-76543212) Swedenmutualfund.com3) Uctbank.comAdministrative, Technical Contact:nixon, yap

' );
//-->
nixonyap@hotmail.com 6215Kuala Lumpur, W.P 52100MY6012333333

11) http://www.eukgold.com/
Program ni terdapat 1 lagi website didalam server yang sama. Website tersebut ialah : http://www.al-arabic.com/

12) http://www.em-pay.com/
Program ini setelah saya periksa mempunyai whois history bertarikh : 2006-08-16
Registrant:
WL Chai
P-3-07 Kenanga Apartment
Taman Putra PerdanaPuchong,
Selangor 47100Malaysia
Registered through: GoDaddy.com, Inc. (http://www.godaddy.com/)
Domain Name: EM-PAY.COMCreated on: 23-May-06Expires on: 24-May-07Last Updated on: 23-May-06Administrative Contact:Chai, WL

' );
//-->
wlchai@wlcsolutions.com P-3-07 Kenanga ApartmentTaman Putra PerdanaPuchong, Selangor 47100Malaysia60123271103Technical Contact:Chai, WL

' );
//-->
wlchai@wlcsolutions.com P-3-07 Kenanga ApartmentTaman Putra PerdanaPuchong, Selangor 47100Malaysia60123271103

Domain servers in listed order:NS1.FNBS.NET.MYNS2.FNBS.NET.MYItu je lah buat masa ini yang saya kupas. Walau macam mana pon, kepada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut terhadap apa2 sahaja program yang ada kat luar tu.. ataupun nak dicuss lebih lanjut meh add saya kat yahoo anda :

aeli_yatt@yahoo.com
wassalam.
Yang niat membantu.
-me-

Isu Hangat: Pelaburan Internet yang tidak sah disisi SC



Sila baca nota ringkas dari Suruhanjaya Sekuriti di bawah dan juga senarai nama-nama pelaburan yang tidak sah di sisi undang-undang Malaysia.
Amat jelas lagi bersuluh kesalahan mereka ini. Justeru adalah harus mana-mana orang yang didapati mengempen dan mengajak orang ramai memasuki skim haram ini dilaporkan kepada SC untuk tindakan selanjutnya.
Justeru, mana-mana nama syarikat dan skim yang terdapat dalam list ini, tiada gunanya saya membantu mengkajinya dari sudut Shariah kerana jika sudut undang-undang pun telah tidak lulus, maka dari sudut Shariah sudah tentu lebih bermasalah. Sebagai contoh, jika sebelum ini saya telah membuat sedikit kajian tentang Jainetwork Sdn Bhd, tetapi apabila saya dapati ia tersenarai, maka eloklah saya hentikan sahaja kajian ini sehinggalah namanya terkeluar dari senarai ini. Demikian juga seperti Hibah Fund dan semua yang tersenarai.
Berikut petikan dari web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
BOLEH BUKA WEB ASAL DI SINI.
Below is the list of known companies and websites which are not authorized nor approved under the securities laws to deal in securities. The public are advised not to make any investment with companies that are not licensed or approved by the SC.
If you require any clarification or wish to lodge a complaint, please contact us at 603-62048999 or e-mail us at

' );
//-->
aduan@seccom.com.my .
Members of the public who come across any suspicious websites, as well as e-mails or any information on the Internet relating to investment advice and services, may alert the SC at the contact number or e-mail above.


Al-Arabic Fund (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#a)
ABB Fund (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#a)
Artemis Wealth Management
Asia Wallet/ASWtrader/Splitindex Inc (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#a)
AM Global Management (www.nypoe.com)

B
BHG e-investment (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#b)
Bidvask Investment Ltd (www.bidvask.com)
Buy-e-barrel (www.buyebarrel.com)
Brentwood Trust Company (www.brentwoodtrust.com)
Belton Market (www.beltonmarkets.com)
C
Cambridge Capital Trading(http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#c, www.dubaiex.com) * (Press Release)
Capital Enhancement Club/ CEC
CB.IRAQ
Capital Glory Holdings Ltd

D
Data Saham (www.datasaham.com)
Dragon Gold Sdn Bhd / Dr Iain Gray
Duit Wayang
Dana Futures (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#d)
Dana Modal (www.angelfire.com/journal2/danamodal)
Debenture Petal Trust
E
E-Gold
E-suisse Fund (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#e)
Euro America Index (www.eaindex.com)
E-Barrel (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#e)
G
GC Group Asset Management
Good Credit Asset Management
Gold Quest/ Quest International (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#g)
Goldmill Wagner Ltd / GA Worldwide (www.goldmillwagner.com)
Global Investment Network System (http://ginsystem.com)
H
Hibah Funds
I
IPC Shopping Services Sdn Bhd (empay)(http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#i)
..
J
Jai Network Sdn Bhd
..
L
Lampe Berger
Lexworth Prestige
M
Mercury Acquisition Associates (www.mercuryacquisitionassociates.com)
Montego Finance & Securities Berhad (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#m)
My Dinar (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#m)
Matrix cash
Mind-X Solutions Sdn Bhd (www.beltonmarkets.com)
My Share (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#m)
O
Oregon Invest (www.oregoninvest.com)
Ocean Balance Ltd
P
Pure Investor / PIPS (www.pureinvestor.com, http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#p)
Prowealth Solutions (www.prowealthsolutions.com)
..
Q
Quest International (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#q)
Quest (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#q)
..
R
Remisier (www.remisier.com)
..
S
Sunshine Empire (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#s)
Swiss Mutual Fund (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#s, www.swisscash.biz) *(Press Release)
Sweden Fund (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#s)
Solid Group (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#s)
Solid Investment (www.solidinvestment.com)
Smartcash (www.smartcash.com)
Sime Securities (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#s)
Starr-Bradley Associates Inc (www.starrbradleyinc.com)
T
Tian Ping (www.tianping2u.com)
U
United Capital Management Inc (www.brentwoodtrust.com)Universe Asset Management Inc / Tony So
W
Whitman Pearce & Partners (www.whitmanpearce.com)
Alpha Numeric
http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#alpha
3A Consulting Group Sdn Bhd

Isu Hangat: Yin Ditemui Selamat



Yin ditemui selamat
Oleh Hardi Effendi Yaacob, Mohd Azis Ngah dan Ifwan Tun Tuah



Pasangan Myanmar bawa pulang Nazrin ketika cuba lintas jalan dekat Sogo

KUALA LUMPUR: Lagu Twinkle Twinkle Little Star yang dinyanyikan Muhammad Nazrin atau Yin, 4, melalui telefon kepada ayahnya, Shamsul Ghazali Shamsuddin, 35, cukup membuat si ayah sebak dan mengesahkan suara itu adalah suara anaknya.






Malah, lagu itu juga simbolik kepada penemuan kanak-kanak berkenaan yang hilang sejak dua minggu lalu ketika mengikut ibu bapanya membeli-belah di Kompleks Sogo, di sini, pada 31 Mac lalu.

Shamsul Ghazali berkata, mulanya dia tidak percaya apabila bekas rakan sekuliahnya, Baharuddin Hassan memberitahu Yin sudah ditemui semalam, kecuali selepas mendengar sendiri suara anak sulungnya itu melalui telefon.

“Saya balik kampung di Ipoh pagi tadi (semalam). Kira-kira jam 2 petang, seorang rakan telefon dan beritahu Yin sudah ditemui. Saya hanya percaya berita itu selepas bercakap sendiri dengannya dan mendengarnya menyanyikan lagu itu.

“Apa lagi, saya mula rasa sebak sebab memang sah itu suara Yin. Lagu Twinkle Twinkle Little Star itu pun antara lagu kegemarannya. Saya tahu sebab saya dan isteri nyanyikan lagu itu padanya,” katanya.

Sebaik menerima berita gembira itu, beliau sekeluarga bergegas pulang ke ibu negara dan buat kali pertama menemui Yin di rumah rakannya itu di Taman Setiawangsa, kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, berkata Yin ditemui pasangan suami isteri warga Myanmar, Mohd Abd Rahman Doli Rahman, 31, dan Noorshida Nur Islam, 27, di luar kompleks beli-belah itu.

Mereka membawa Yin pulang ke rumah mereka di Sentul Pasar selepas melihat kanak-kanak itu cuba melintas jalan yang sibuk ketika itu dan bimbang dengan keselamatannya.

“Sebenarnya, mereka tidak tahu Yin hilang sehinggalah Noorshida pergi ke pasar Jalan Masjid India petang tadi dan terjumpa rakan Shamsul sedang mengedar poster Yin. Dari situlah bermulanya detik penemuan semula Yin,” katanya.

Musa menafikan polis menahan pasangan suami isteri itu, sebaliknya mereka secara sukarela menyerahkan Yin kepada rakan bapanya, seterusnya ke IPD Dang Wangi untuk memaklumkan penemuan berkenaan.

Beliau juga mengumumkan kes kehilangan kanak-kanak itu ditutup sebaik saja Yin diserahkan kepada keluarganya.

“Yin sudah ditemui dan dikembalikan kepada ibu bapanya. Dia dalam keadaan sihat, namun kita akan tetap menghantarnya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

“Kita mendapati tiada unsur jenayah di sebalik kehilangan Yin. Ini memang kes orang hilang dan tidak ada kena mengena dengan perbuatan jenayah. Syukurlah, kes ini sudah selesai,” katanya.

Hadir sama pada sidang media itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee dan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner I Zulhasnan Najib Baharuddin.

“Kita sudah rekod kenyataan dari ibu bapa Yin dan pasangan suami isteri yang menemuinya sebagai mengikut prosedur. Kita tidak tahan pasangan suami isteri itu, mereka sukarela datang sini.

“Yang penting sekarang, kita sudah jumpa Yin... keadaan baik dan ceria. Justeru, secara rasminya kes ini sudah ditutup,” katanya.

Pada masa sama, beliau berterima kasih kepada pasangan suami isteri yang menemui Yin kerana menjaga kanak-kanak itu dengan baik sepanjang tempoh kehilangannya.

“Kita turut menghargai keprihatinan orang ramai, termasuk pihak media terhadap kehilangan Yin, sekali gus menyaksikan pelbagai usaha dijalankan di seluruh negara untuk mengesan kanak-kanak itu,” katanya.

Ditanya mengenai ganjaran berjumlah RM23,000 bagi sesiapa yang berjaya menemui Yin, beliau menyerahkan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Zakaria untuk menguruskannya.


KRONOLOGI:


31 Mac: Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali, 5, hilang selepas terlepas daripada pegangan bapanya ketika mereka membeli-belah di Kompleks Sogo.


1 April: Yin dilaporkan berada di sekitar rumah pangsa Kampung Baru, Kuala Lumpur, tetapi tidak benar.


2 April: Shamsul Ghazali mendapatkan nasihat guru agama dan bomoh untuk mengesan Yin.


3 April: Shamsul Ghazali mula mengedarkan risalah mengenai kehilangan Yin di sekitar Kuala Lumpur dan menawarkan ganjaran.


5 April: Bapa Yin dibenarkan pengurusan Kompleks Sogo melihat kamera litar tertutup (CCTV). Yin dilihat keluar berseorangan ke Jalan Raja Laut.


6 April: Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong, menawarkan wang tunai RM2,000 kepada pemberi maklumat sehingga Yin dijumpai.


7 April: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique dan isteri serta kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd bersama-sama orang ramai mengedarkan risalah sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman bermula dari Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.


8 April: Ganjaran pemberi maklumat mengenai Yin meningkat kepada RM10,000.


10 April: Putera Umno mengerahkan 2,000 ahli kelab motosikal pergerakan itu untuk mengedarkan poster Yin.


11 April: Shamsul Ghazali membuat laporan di Balai Polis Damansara selepas menerima panggilan anaknya akan dibawa ke Myanmar.


12 April: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan polis Thailand dalam usaha mengesan Yin.


13 April: Lima masjid di sekitar Lembah Klang mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat.


14 April: Yin ditemui kira-kira jam 2 petang.

Video Hangat: Sejadah Sembahyang



Blog Widget by LinkWithin