adsense

16 April, 2007

ISu Hangat: Staff Bank Rakyat Dapat Bonus 4-6 bulan..



Peh separuh dari gaji setahun tuh..Bolehlah belanja saya makan,huhuhu tapi jangan sembunyi dari sedara-mara, apa salahnya berkongsi rezeki,semoga semakin berkat dan semakin bertambah.Semoga dapat merancakkan lagi ekonomi kita..boleh la share rezeki kita pada salesman kereta ke, salesman kat shopping complex ke..tapi cari yang salesman Islam ler..

Oleh AZLAN HAFEEDZ

KOTA BHARU: Kakitangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) yang menerima bonus empat hingga enam bulan gaji diminta tidak menyembunyikan ‘kemewahan’ mereka daripada keluarga.

Pengarah Urusan bank berkenaan, Datuk Kamaruzaman Che Mat, berkata ini kerana isteri atau suami dan keluarga adalah nadi dan tulang belakang kakitangan yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya mereka.

“Justeru, bonus yang diterima perlu dikongsi dan dinikmati bersama keluarga,” katanya pada majlis makan malam Anugerah Khidmat Setia dan Insentif Warga Kerja Bank Rakyat Kelantan dan Terengganu 2006 di sini, kelmarin.

Kamaruzaman berkata, kira-kira 10,000 kakitangan Bank Rakyat di seluruh negara menerima bonus di antara empat hingga enam bulan gaji tahun ini selepas kumpulan bank itu mencatat keuntungan bersih sebanyak RM626.6 juta pada tahun lalu.

“Bonus itu sebagai tanda terima kasih dan penghargaan syarikat kepada kakitangannya yang komited dalam membantu majikan mereka mencapai keuntungan besar,” katanya.

Kamaruzaman berkata, untuk tahun ini pihaknya menjangka mampu mencapai keuntungan bersih dengan peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding tahun lalu.

Pada majlis itu juga, 22 kakitangan yang berkhidmat lebih lima tahun menerima insentif wang tunai dan insentif juga diberi kepada 12 anak warga kerja yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Penilaian Menengah Rendah (PMR).

No comments:

Blog Widget by LinkWithin