ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
16 April, 2007
Isu Hangat: Kimma buat laporan polis berhubung isu azan Subuh
KUALA LUMPUR: Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) semalam membuat laporan polis berhubung ungkapan Ahli Parlimen (DAP) Kepong, Dr Tan Seng Giaw, di Dewan Rakyat baru-baru ini yang dikhuatiri boleh menggugat keharmonian rakyat negara ini.
Laporan polis berkenaan dibuat Ketua Pemuda Kimma, Thajudeen Mohideen pada jam 12 tengah hari, semalam.
Thajudeen berkata, dia terkejut dan marah apabila membaca laporan akhbar ini mengenai ungkapan Tan yang menyuarakan rasa tidak puas hatinya mengenai azan Subuh berkumandang terlalu kuat hingga kononnya mengganggu ketenteraman penduduk.
"Isu membabitkan sensitiviti agama tidak sepatutnya ditimbulkan di Parlimen atau di mana-mana tempat lain kerana boleh mencetuskan huru-hara serta perbalahan antara kaum dan penganut pelbagai agama negara ini," katanya ketika ditemui di Balai Polis Dang Wangi di sini, semalam.
"Selama hampir 50 tahun merdeka kita mengecapi keharmonian antara kaum dengan menghormati budaya serta amalan masing-masing dan Kimma menganggap apa yang diperkatakan Tan itu tidak berasas serta berniat jahat," katanya.
Harian Metro Rabu lalu melaporkan mengenai kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat ketika sesi penggulunggan perbahasan usul titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Jabatan Perdana Menteri apabila Dr Tan menimbulkan kemarahan Ahli Parlimen daripada Umno kerana menyuarakan rasa tidak puas hati azan Subuh berkumandang terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteraman penduduk.
Tan yang meminta pengurusan masjid supaya tidak terlalu kuat ketika azan Subuh kerana mengganggu kanak-kanak dan mereka yang bekerja syif sedang tidur menyebabkan kemarahan di kalangan Ahli parlimen beragama Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment