ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
21 June, 2007
Amah disuruh masak daging babi
Bekas Budak UKM Tue | Jun 19, 07 | 02:48:43 PM | |
Sedih dan marah saya mengikuti kisah penderaan seorang majikan menyebabkan orang gajinya, Ceriyati, 33, nekad melarikan diri dengan menuruni flet tingkat 15 dengan cebisan kain yang disambung. Tentulah Ceriyati diperlakukan sedemikian rupa sehingga dia tidak tahan lagi. Pihak berkuasa dan insan prihatin, tolonglah orang-orang seperti Ceriyati. Dia manusia bukan binatang. Malah binatang pun tidak wajar diperlakukan secara zalim. Tidak lama dulu, seorang gaji Indonesia berhampiran kediaman saya melarikan diri dan meminta bantuan daripada orang ramai, salah seorang daripadanya adalah saya. Wanita muda dengan dua anak yang ditinggalkan di Jawa Tengah itu, mendakwa majikannya memaksanya memasak daging babi. “Kamu tidak makan babi, kamu punya pasal, aku tahu kamu masak itu babi,†dia mendakwa majikannya berkata begitu kepadanya. Amah itu juga mendakwa majikan tidak membenarkan dia solat. Malah dia juga diminta supaya memakai seluar pendek, agar ringkas dan memudahkan dia melakukan kerja mulai sebelum subuh sehinggalah tengah malam. Dia juga mendakwa majikan memegang pasportnya, jadi dia takut melarikan diri. Tetapi dia nekad melarikan diri sebab tidak rela dipermainkan dari segi agama dan akidah. Tolonglah saya, rayunya. Saya percaya ribuan lagi amah diperlukan begini. Mereka didera, manakala ajaran Islam dipersenda-sendakan. Dulu, semasa pemerintahan Al-Mutasim, salah seorang khalifah Abassiyah, beliau terus mengumpulkan angkatan perang apabila seorang Muslimah ditarik tudung oleh sekumpulan pemuda Yahudi. Kini adakah seorang pemerintah seperti Al-Mutasim? Mungkinkah Pengerusi OIC dapat berperanan? Sekali lagi kepada pihak berkuasa dan mereka yang prihatin dan sensitif apabila Islam dipermain-mainkan, bertindaklah segera bagi membendung kemungkaran ini. – lanh |
20 June, 2007
Tazkirah: Menagislah
Tangisan menurut perspektif Islam, boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tangisan yang berbentuk negatif dan tangisan yang berbentuk positif. Tangisan yang dilarang ialah seperti meraung dan melolong dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian.
Tangisan seperti ini bukan sahaja dipandang negatif kepada orang yang melakukannya tetapi juga mayat yang diratapinya itu turut terseksa kerana perbuatannya. Ini berbeza dengan tangisan positif iaitu tangisan yang terjadi kerana cinta dan takut kepada Allah.
Malah Nabi Muhammad pun menangis bila mengenangkan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh umatnya serta tatkala baginda memohon ampun dari Allah. Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan dalam Islam ialah:Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan dalam Islam ialah:
1. Ketika melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah
Orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Golongan ini sama sekali tidak pernah mengeluh malah sentiasa reda dengan apa yang mereka terima. Maka dengan sebab itu, orang-orang sebegini adakalanya menitiskan air mata apabila menerima rahmat dan nikmat-nikmat tersebut.
Sebagai contoh, dalam satu riwayat oleh Anas bahawa Rasulullah berkata kepada Ubay bin Ka’ab: “Allah menyuruh membacakan kepadamu Surah al-Bayyinah ayat 1, “Orang-orang kafir iaitu ahli kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata,” Ubay bertanya : “Apakah Allah menyebut namaku?” “Nabi menjawab ya, lalu menangislah Ubay (kerana mendengar berita gembira itu).
Ayat tersebut menyatakan tentang pendirian kaum Yahudi dan Nasrani terhadap seruan Nabi Muhammad sebagai Rasul yang telah menerangkan kepada mereka agama yang telah dibawa olehnya iaitu agama Islam. Mereka (Yahudi dan Nasrani) kenal Nabi Muhammad yang diutus sebagai rasul kepada umat akhir zaman, tetapi setelah baginda dibangkitkan mereka tidak percaya malah tidak mahu beriman kepada apa yang dibawa oleh baginda.
2. Kerana menyesali perbuatan dan dosa yang dilakukan
Tangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang telah melakukan dosa, menyedari dan menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh. Ekoran daripada penyesalan itu maka timbul rasa sedih yang mendalam yang akhirnya akan menitiskan air mata. Tangisan yang sedemikian itu timbul akibat wujudnya rasa kesedaran yang mendalam dan rasa takut yang amat sangat kepada Allah. Keadaan sebegini akhirnya akan mendorong seseorang itu bertaubat dan seterusnya kembali ke jalan yang benar. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam ayat 82 Surah al-Taubah, “Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis sebagai pembalasan dari apa yang mereka telah kerjakan.”
3. Apabila bertambah keimanan kepada Allah
Iman yang tertanam dalam hati akan terus subur dan mekar apabila disirami dengan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca dengan penuh penghayatan sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata.
Tangisan sebegini merupakan tangisan yang tinggi nilainya kerana ia merupakan campuran antara rasa kesedaran dan keimanan yang tidak berbelah bagi. Justeru tanpa disedari akan bercucuran tangisan akibat rasa keimanan yang begitu mendalam sebagaimana firman Allah dalam ayat 58, Surah Maryam; “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Tuhan Yang Pemurah, mereka segera sujud serta dan menangis.”
4. Timbul dari rasa khusyuk dan tawaduk
Tangisan seperti ini boleh terjadi apabila seseorang itu khusyuk dalam beribadat. Air mata yang menitis itu bukan kerana perasaan sedih tetapi kerana menyedari betapa diri yang begitu kerdil ketika berhadapan dengan pencipta-Nya. Bahkan, orang yang mencapai tahap kekhusyukan itu termasuk salah satu dari tujuh golongan yang memperoleh keistimewaan pada hari kiamat seperti sabda Rasulullah: “Tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya (iaitu) : Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang dibesarkan dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya selalu rindu pada masjid, dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan lalu ditolaknya dengan berkata, “Aku takut kepada Allah”, seorang yang bersedekah dalam keadaan rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan seseorang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan menyendiri lalu menitis air matanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Bimbang terputusnya rahmat Allah
Suatu hal yang menyedihkan hati dan amat dibimbangi oleh orang-orang yang beriman ialah terputusnya kebajikan dan rahmat Allah. Apabila keadaan ini berlaku, ia boleh mengubah suasana hati dan perasaan sehingga menjadi sedih dan terharu. Sebagai contoh, pada suatu hari sesudah Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar mengajak Saidina Umar ke rumah Ummu Aiman seperti mana Rasulullah semasa hayatnya sering menziarahinya.
Sebaik sampai di rumah Ummu Aiman, tiba-tiba Ummu Aiman menangis. Kedua-dua tetamunya itu lantas bertanya, “Apakah yang menyebabkan kamu menangis? Tidakkah engkau tahu bahawa yang tersedia di sisi Allah untuk Rasulullah jauh lebih baik?” Ummu Aiman menjawab, “Aku tidak menangis kerana itu melainkan kerana wahyu dari langit telah terputus (terhenti).” Kata-kata Ummu Aiman itu ternyata mengharukan Abu Bakar dan Umar, lalu kedua-duanya turut menangis.
6. Apabila terselamat dari kesesatan dan menemui kebenaran
Adakalanya air mata seseorang itu akan menitis apabila ditunjukkan oleh Allah jalan yang benar setelah sekian lama hanyut dalam kelalaian atau kesesatan. Bagi yang berada dalam situasi sedemikian, akan terus menangis dan tangisannya bukan kerana merasa sedih tetapi kerana terlalu gembira dengan hidayah yang diterima itu.
Hal ini pernah terjadi kepada segolongan pendeta apabila mengetahui al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah merupakan kebenaran dari Allah seperti firman-Nya: “Dan apabila mereka itu (segolongan pendeta) mendengar apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan melihat mereka akan menitiskan air matanya, lantaran mengetahui kebenaran (seraya) mereka berkata; “Hai Tuhan kami! Kami telah beriman. Oleh kerana itu, catatlah kami dalam golongan orang-orang yang menyaksikan.
Dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal kami ingin supaya Tuhan memasukkan kami bersama kaum yang soleh.” (Surah al-Maidah:83-84) Daripada maksud firman Allah tersebut, jelaslah bahawa tangisan yang positif mempunyai keutamaan di sisi Islam sehingga tangisan seumpama itu boleh mendatangkan manfaat yang besar.
Ini kerana, orang yang menitiskan air mata kerana Allah sebenarnya merupakan orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam satu riwayat dari Abu Daud dan Tirmizi bermaksud: “Kami datang kepada Rasulullah sedang baginda menunaikan solat. Maka terdengar nafas tangisnya bagaikan suara air mendidih dalam bejana.”
Website Berita: Benarkah Astro 'curi' wartawan Utusan, Berita Harian?
Sumber SELEPAS menguasai ruang udara dengan setelit Measat 1,2 dan 3, Taikun T Ananda Krisnan kini ingin menguasai ruang maya pula. Khabar terbaru yang kami terima, syarikat penyiaran kepunyaan Ananda, Astro kini bersiap sedia melancarkan laman web berita mereka sendiri. Dan yang lebih penting, Astro dikatakan menawarkan gaji besar kepada wartawan-wartawan berpengalaman dari agensi media tempatan. Ceritanya, sebelum ini, beberapa wartawan separuh senior dari Utusan Malaysia berhenti untuk menyertai Astro baru-baru ini, kini wartawan Berita Harian pula mengikut jejak mereka. Terbaru, kata sumber klpos.com wartawan hiburan Berita Harian Roslen Fadzil turut meninggalkan Jalan Riong untuk bersama Astro. Jika semuanya berjalan lancar khabarnya akhir tahun ini laman web berita itu akan menguasai ruang maya ini. "Bayangkan Ananda punya Maxis, Astro dan kini laman web sendiri, dia akan memonopoli sumber maklumat kepada orang ramai di negara ini," kata sumber klpos.com itu. Astro sebelum ini mendapat kebenaran untuk beroperasi di sebahagian besar ruang udara Asia, termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan India. "Dengan laman web ini dan wang yang Ananda ada barangkali beliau boleh menguasai seluruh dunia," kata sumber kami itu. Apapun tahniah daripada klpos.com kepada bekas pekerja Petronas itu kerana berfikir lapan kali lagi jauh dari jutawan-jutawan Melayu Malaysia. |
M. Rajoli hilang RM13,000 selepas telan pil di hotel
19-06-2007 09:12:08 PM
SEREMBAN: Pelakon terkenal M. Rajoli kerugian kira-kira RM13,000 apabila wang tunai, barangan kemas serta telefon bimbitnya dipercayai dilarikan seorang lelaki ketika dia menginap di sebuah hotel di bandar ini, malam tadi. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan ASP Aibee Abdul Ghani berkata M. Rajoli dikatakan mendaftar masuk di hotel tersebut kira-kira pukul 3 petang semalam dan bertemu seorang lelaki yang menawarkan pil kecantikan kulit di hotel tersebut. "Dia (M. Rajoli) dikatakan telah menelan sebiji pil tersebut di dalam bilik hotelnya dan telah tidak sedarkan diri. "Dia hanya sedar kira-kira pukul 10 malam tadi dan mendapati wang tunai, barangan kemas dan telefon bimbitnya, yang kesemuanya bernilai kira-kira RM13,000 lesap, dipercayai dilarikan oleh lelaki tersebut," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata M. Rajoli kemudian membuat laporan polis sebelum dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk rawatan. Katanya pelakon itu dibenarkan keluar dari hospital itu pagi tadi. BERNAMA |
Rare turtle hatches in Tennessee
CHATTANOOGA, Tenn. (AP) -- The newest addition to the Tennessee Aquarium is a recently hatched rare turtle of an endangered species displayed in only a few places in North America.Related post: turtle, weird, animal, news, rare |
Amy Search, Masjidil Haramain dan pengurusan masjid kita
Amy Search, Masjidil Haramain dan pengurusan masjid kita
Posted on Tuesday, June 19 @ 13:44:21 MYT by greenboc
Oleh pemudawilayah
"Oleh Ahmad Tajdid
Alhamdulillah, pada akhir Mei dan awal Jun lalu, saya berkesempatan melakukan ibadah umrah dan ziarah di Makkah dan Madinah. Banyak pengalaman yang mampu dikutip sepanjang 3 hari di Madinah dan 8 hari di Makkah.
Pada suatu pagi hari di Madinah, saya dan bapa mertua menuju ke Masjid Nabawi bagi menziarahi makam Rasulullah s.a.w. dan mencari kesempatan beribadah di Raudhah. Sesampainya kami di dataran Masjid Nabawi, saya melihat Dr Badrul Amin Baharon, bekas tahanan ISA dan bekas Ahli MPT KeADILan sedang berbual dengan beberapa orang jemaah Malaysia.
Negara di bumi Barakah
Susunan: Wartawan klpos.com
PRESIDEN Palestin Mahmoud Abbas mengisytiharkan keadaan darurat di negaranya, sekali gus membubarkan Kerajaan Perpaduan. Apakah langkah tersebut akan mencetuskan perang saudara pada skala yang mengerikan antara Hamas dan Fatah? Apakah impian Palestin untuk mendirikan sebuah negara yang bersepadu dan berdaulat kini hancur?
Pejuang Hamas menunjukkan kepada dunia kemampuan mereka mengalahkan kumpulan Fatah bila ia menawan kuasa penuh Genting Gaza. Di sana-sini, askar Hamas kelihatan menaikkan bendera hijau Islam di atas bangunan Fatah. Pertempuran sengit yang berlanjutan semenjak hampir seminggu lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 113 nyawa. Krisis berdarah di bumi Palestin menjerumuskan lagi negara Arab itu ke tahap situasi yang sukar untuk dikawal ketika ini.
Oleh itu, Abbas, yang dirinya sendiri menganggotai kumpulan Fatah, tidak mempunyai banyak pilihan, tetapi untuk mengisytiharkan keadaan darurat dan memecat pemerintah campurannya.
Awal tahun ini, kedua-dua puak Hamas dan Fatah telah bersetuju untuk berkongsi kuasa dan membentuk sebuah pemerintah bersatu. Malangnya, hubungan mereka tidak berpanjangan. Apakah kesan dan implikasi kemenangan Hamas di Genting Gaza bagi penduduk Palestin?
Negara Palestin terpecah dua
Menurut ketua Persatuan Indonesia bagi Timur Tengah Smith Alhadar, persoalan sekarang ialah, bagaimana kehidupan harian yang dijalani oleh rakyat Palestin di Gaza selepas ini, kerana Hamas tidak disukai oleh negara-negara Barat, Eropah, Amerika Syarikat dan sebahagian negara Arab sehingga walaupun mereka menang pertempuran dengan Fatah, tapi kesannya itu sangat buruk.
"Yang pertama, adalah kehidupan sosial ekonomi yang parah di Gaza. Yang kedua, hubungan antara Fatah dan Hamas itu akan memburuk dan ini tidak baik bagi kehidupan rakyat Palestin secara keseluruhan, kerana timbul ketegangan antara Hamas dan Fatah yang akan berakibat pada terhentinya aliran bantuan antarabangsa kepada rakyat Palestin di wilayah Gaza." kata beliau.
Kemenangan Hamas di Gaza, telah memecah belahkan negara Palestin kepada dua dengan Hamas menguasai Genting Gaza, dan Fatah pula mengekalkan kawalan di Tebing Barat. Presiden Mahmoud Abbas telah mengibaratkan penaklukan Hamas di Gaza ini sebagai satu rampasan kuasa tentera. Setelah membubarkan pemerintahnya, Abbas telah melantik sebuah kabinet darurat.
Mahmoud Abbas sulitkan keadaan
Sejauh mana tindakan ini akan dapat meredakan dan memperbaiki keadaan? Mengulas perkara tersebut, penganalisis politik Timur Tengah Universiti Malaya Profesor Mohamad Redzuan Othman, berkata tindakan Mahmoud Abbas mengisytiharkan bahawa kerajaan yang dibentuk ini dibubarkan dan pada waktu yang sama mengisytiharkan darurat, ia sebenarnya lebih menyulitkan keadaan.
"Sebab Mamoud Abbas tidak mempunyai mekanisme untuk menguatkuasakan pemerintahan darurat itu, kerana pada waktu ini, hampir keseluruh kawasan-kawasan strategik telahpun dikuasai oleh Hamas, kecuali dengan penglibatan Barat, ataupun penglibatan negara Yahudi, Israel, dan kalau ini berlaku, menjelaskan lagi bahawa Mahmoud Abbas adalah seorang yang diperalatkan oleh orang Yahudi, ataupun diperalatkan oleh Barat, ataupun diperalatkan oleh Israel."
Pembubaran pemerintah campuran Palestin membuka jalan bagi satu pilihanraya. Presiden Mahmoud Abbas telah mengatakan bahawa ia akan di adakan sejurus sahaja keadaan membenarkan. Dapatkah Hamas menerima satu pilihanraya baru, setelah kumpulan tersebut mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya Palestin awal tahun lalu? Secara realitinya, dapatkah pilihanraya yang disebutkan itu dilaksanakan?
Tiada pilihanraya dalam tempoh terdekat
"Sudah tentu kalau pilihanraya akan di adakan, ia memerlukan suasana yang tenang, dan dengan keadaan kacau bilau, keadaan tidak stabil, keadaan yang tidak menentu ini, sukar untuk mengadakan pilihanraya, dan kalau pilihanraya di adakan, itu sudah tentu dianggap sebagai satu komplot secara tersembunyi yang dilakukan oleh Mahmoud Abbas untuk menafikan kemenangan yang pernah dicapai oleh Hamas.
"Dalam konteks ini, saya melihat bahawa pilihanraya yang disebut oleh Mahmoud Abbas itu tidak mungkin dapat dilaksanakan, kerana pada waktu ini Tebing Barat masih lagi di bawah penguasaan Israel, manakala Gaza di bawah penguasaan Hamas. Bagaimana mungkin pilihanraya dapat di adakan dengan keadaan tidak ada kebebasan dan tidak ada keamanan yang berlaku?�
Namun, jika pilihanraya baru di adakan, Smith Alhadar berpendapat bahawa kedua-dua Hamas dan Fatah harus duduk berunding sebelumnya untuk mencapai persetujuan mengenai keputusan pilihanraya itu :
�Pertama-tama, mereka harus duduk berunding dulu untuk mencapai satu persetujuan di mana semua pihak akan menghormati pihak yang menang dalam pemilu sehingga siapa pun yang keluar sebagai pemenang akan dihormati oleh rakyat Palestin itu sendiri. Rekonsiliasi kedua pihak penting sekali untuk dilakukan dan mereka harus menyedari bahawa jika mereka terus berseteru, terus bertikai, maka yang hancur adalah rakyat Palestin itu sendiri."
"Mudah-mudahan mereka menyedari hal ini dan kembali dengan kepada dingin untuk meneruskan satu perjuangan bersama menghadapi Israel sehingga cita-cita mereka untuk mendirikan satu pemerintahan baru yang merdeka, berdaulat di tanah Palestin bisa diwujudkan.�
Masa depan bagi rakyat Palestin menjadi semakin malap ekoran dari konflik antara Hamas dan Fatah yang hingga kini tidak ada penghujungnya. Impian mereka untuk memiliki sebuah negara sendiri, nampaknya belum lagi kesampaian, selagi gajah berjuang sama gajah, pelanduk tentu akan mati di tengah-tengah. Kutipan bebas dari RSI/Reuters/Al Jazeera