Bekas Budak UKM Tue | Jun 19, 07 | 02:48:43 PM | |
Sedih dan marah saya mengikuti kisah penderaan seorang majikan menyebabkan orang gajinya, Ceriyati, 33, nekad melarikan diri dengan menuruni flet tingkat 15 dengan cebisan kain yang disambung. Tentulah Ceriyati diperlakukan sedemikian rupa sehingga dia tidak tahan lagi. Pihak berkuasa dan insan prihatin, tolonglah orang-orang seperti Ceriyati. Dia manusia bukan binatang. Malah binatang pun tidak wajar diperlakukan secara zalim. Tidak lama dulu, seorang gaji Indonesia berhampiran kediaman saya melarikan diri dan meminta bantuan daripada orang ramai, salah seorang daripadanya adalah saya. Wanita muda dengan dua anak yang ditinggalkan di Jawa Tengah itu, mendakwa majikannya memaksanya memasak daging babi. “Kamu tidak makan babi, kamu punya pasal, aku tahu kamu masak itu babi,†dia mendakwa majikannya berkata begitu kepadanya. Amah itu juga mendakwa majikan tidak membenarkan dia solat. Malah dia juga diminta supaya memakai seluar pendek, agar ringkas dan memudahkan dia melakukan kerja mulai sebelum subuh sehinggalah tengah malam. Dia juga mendakwa majikan memegang pasportnya, jadi dia takut melarikan diri. Tetapi dia nekad melarikan diri sebab tidak rela dipermainkan dari segi agama dan akidah. Tolonglah saya, rayunya. Saya percaya ribuan lagi amah diperlukan begini. Mereka didera, manakala ajaran Islam dipersenda-sendakan. Dulu, semasa pemerintahan Al-Mutasim, salah seorang khalifah Abassiyah, beliau terus mengumpulkan angkatan perang apabila seorang Muslimah ditarik tudung oleh sekumpulan pemuda Yahudi. Kini adakah seorang pemerintah seperti Al-Mutasim? Mungkinkah Pengerusi OIC dapat berperanan? Sekali lagi kepada pihak berkuasa dan mereka yang prihatin dan sensitif apabila Islam dipermain-mainkan, bertindaklah segera bagi membendung kemungkaran ini. – lanh |
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
21 June, 2007
Amah disuruh masak daging babi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment