adsense

20 June, 2007

M. Rajoli hilang RM13,000 selepas telan pil di hotel



19-06-2007 09:12:08 PM

SEREMBAN: Pelakon terkenal M. Rajoli kerugian kira-kira RM13,000 apabila wang tunai, barangan kemas serta telefon bimbitnya dipercayai dilarikan seorang lelaki ketika dia menginap di sebuah hotel di bandar ini, malam tadi.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan ASP Aibee Abdul Ghani berkata M. Rajoli dikatakan mendaftar masuk di hotel tersebut kira-kira pukul 3 petang semalam dan bertemu seorang lelaki yang menawarkan pil kecantikan kulit di hotel tersebut.

"Dia (M. Rajoli) dikatakan telah menelan sebiji pil tersebut di dalam bilik hotelnya dan telah tidak sedarkan diri.

"Dia hanya sedar kira-kira pukul 10 malam tadi dan mendapati wang tunai, barangan kemas dan telefon bimbitnya, yang kesemuanya bernilai kira-kira RM13,000 lesap, dipercayai dilarikan oleh lelaki tersebut," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata M. Rajoli kemudian membuat laporan polis sebelum dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk rawatan.

Katanya pelakon itu dibenarkan keluar dari hospital itu pagi tadi. BERNAMA

No comments:

Blog Widget by LinkWithin