adsense

20 June, 2007

Website Berita: Benarkah Astro 'curi' wartawan Utusan, Berita Harian?



astro


Sumber

SELEPAS menguasai ruang udara dengan setelit Measat 1,2 dan 3, Taikun T Ananda Krisnan kini ingin menguasai ruang maya pula. Khabar terbaru yang kami terima, syarikat penyiaran kepunyaan Ananda, Astro kini bersiap sedia melancarkan laman web berita mereka sendiri. Dan yang lebih penting, Astro dikatakan menawarkan gaji besar kepada wartawan-wartawan berpengalaman dari agensi media tempatan.


Ceritanya, sebelum ini, beberapa wartawan separuh senior dari Utusan Malaysia berhenti untuk menyertai Astro baru-baru ini, kini wartawan Berita Harian pula mengikut jejak mereka.


Terbaru, kata sumber klpos.com wartawan hiburan Berita Harian Roslen Fadzil turut meninggalkan Jalan Riong untuk bersama Astro.


Jika semuanya berjalan lancar khabarnya akhir tahun ini laman web berita itu akan menguasai ruang maya ini.


"Bayangkan Ananda punya Maxis, Astro dan kini laman web sendiri, dia akan memonopoli sumber maklumat kepada orang ramai di negara ini," kata sumber klpos.com itu.


Astro sebelum ini mendapat kebenaran untuk beroperasi di sebahagian besar ruang udara Asia, termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan India.


"Dengan laman web ini dan wang yang Ananda ada barangkali beliau boleh menguasai seluruh dunia," kata sumber kami itu.


Apapun tahniah daripada klpos.com kepada bekas pekerja Petronas itu kerana berfikir lapan kali lagi jauh dari jutawan-jutawan Melayu Malaysia.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin