ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
28 June, 2007
City Mobil
Probably the answer will be given by Citymobil, the European project that caught my attention. The €40 million project involves 28 partners in 10 countries, and three trial sites have already been selected - London's Heathrow airport, the new exhibition center in Rome and the town of Castellón in eastern Spain.
Their goal:
Nantikan ET di Malaysia!! Isu Artis semakin Panas
Posted on Wednesday, June 27 @ 20:30:06 MYT by SongkokPutih
Oleh Dr Fikrah
Entertainment Tonight (ET) adalah sebuah rancangan televisyen yang dikhususkan untuk mengemaskini berita tentang dengan ARTIS. Rancangan ini baru disiarkan di televisyen walaupun sebelum ini ia hanya berbentuk majalah semata-mata. Antara ke“lebih”an rancangan ini ialah, ia memberitakan apa sahaja tentang artis, samada baik atau buruk tentang artis.
Walaupun pada tanggapan saya, ia agak basi kerana sudah banyak rancangan-rancangan seperti ini disiarkan di seluruh dunia, namun saya tersentak dan tersedar sekiranya ia akan merebak ke Malaysia. Kita sudah pun mengetahui bahawa Berita Artis yang disiarkan di televisyen sekadar diselitkan di dalam berita-berita di Malaysia, namun ET ini menyiarkan secara khusus 100% tentang berita artis.
Apa yang perlu kita bimbangkan ialah sesuatu yang sepatutnya kita ketahui seperti isu semasa dunia, berjaya ditutup dengan berita-berita artis yang lebih banyak FITNAH daripada maklumat. Bayangkanlah, sudah berapa banyak rancangan-rancangan yang ROSAK seperti ini yang sudah berjaya DITIRU oleh masyarakat Malaysia yang kononnya “memiliki budaya tersendiri”.
Rancangan Hiburan apakah yang masih belum ditiru? Realiti TV? Akademi Fantasia? Malaysian Idol? Walaupun saya masih mengagak bahawa ET masih belum disiarkan di televisyen-televisyen Malaysia, namun saya pasti perancangan dan strategi untuk MENIRUnya sudah dijalankan oleh tali-tali barut yang cuba merosakkan Islam.
Majalah-majalah tentang artis sudah berterabur di merata kedai di setiap pelusuk Malaysia, namun pencegahannya langsung tidak kelihatan. Hanya menunggu Majalah Lucah tersebar, baru “terhegeh-hegeh” nak menyuarakan perkara tersebut?
Majalah-majalah yang penuh dengan FITNAH amatlah menjadi kegemaran masyarakat Malaysia. Dengan kesempatan inilah munculnya segolongan “penjenayah” yang cuba mengambil kesempatan untuk memungut keuntungan daripada “hobi bodoh” masyarakat Malaysia.
Saya pasti berita-berita fitnah tentang artis telah dimuatkan di dalam majalah-majalah dan web-web di seluruh dunia, namun saya agak runsing dengan Malaysia kita yang sudah pasti akan meniru bulat-bulat amalan ORANG KAFIR yang merosakkan agama Islam sendiri.
Lihatlah hari ini, rancangan-rancangan TV yang saya sebutkan tadi, kesemuanya telah dipopularkan oleh orang KAFIR yang sememangnya bertujuan merosakkan Islam. Walaupun mereka dahulunya mengorbankan nyawa-nyawa tentera-tentera mereka, tetapi hari ini mereka hanya perlu mengorbakan beberapa keping syiling untuk membunuh orang Islam.
Rancangan jahat mereka semakin popular dan DIPOPULARKAN juga oleh orang Islam sendiri. Bacalah sendiri Etika Penyiaran yang langsung tidak bergerak, hanya berdiam diri semacam siput babi. Saya agak terkilan kerana di dalam sesebuah saluran televisyen, boleh saya katakan hanya 5% diisi dengan keagamaan, malah lebih kurang lagi, dan ada yang langsung tidak bercirikan keagamaan yang sepatutnya diterap.
Perbandingan ini, anda boleh saksikan sendiri di hadapan mata anda setiap hari. Kajilah kalau tek percaya, bukti sudah ada depan mata. Contoh yang paling mudah, pembaca berita pun mendedahkan AURAT. Hendak baca berita atau bergaya? Selain itu iklan-iklan yang diselit pada setiap rancangan televisyen, telah digunakan untuk menjaja maruah wanita.
Kalau hendak disenaraikan di sini, sudah pasti pembaca muntah memikirkan tentangnya. Banyak sangat!!! Langsung tidak bermanfaat. Berapa ramaikah yang menjadikan siaran televisyen sebagai sumber maklumat? Lebih malang lagi, sumber maklumat yang disiarkan juga dijadikan medan untuk mempromosi maksiat dengan membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.
Adakah anda terkejut sekiranya saya mengatakan bahawa bukan semua berita yang disampaikan adalah benar? Anda boleh kaji sendiri. Lihatlah, dan bandingkan. Inikah fungsi saluran televisyen di Malaysia? Mampukah anda mengambil yang “baik-baik” sahaja dan mengesampingkan keburukan siaran yang lain?
Lihatlah ET yang akan muncul di kaca televisyen di Malaysia, sebuah rancangan khusus untuk MEMBERITAKAN DAN MENGHEBOHKAN TENTANG KEAIBAN ARITS!!! Majalah dan akhbar sudah kelihatan, tidak mustahil “jenayah” ini juga akan berleluasa.
Setelah munculnya ET di Malaysia, nantikan pula sebuah SALURAN TELEVISYEN yang khusus “menyembangkan” tentang artis. Adakah ini hanyalah ramalan? Tidak mustahil. Lihatlah sendiri apa yang sudah berlaku hari ini di sekitar anda!!
Sumber
Perasaan Siti Untuk APM...
|
Sheila Driving Heel
Sheilas's Wheels - the car insurer for women, has developed the Sheila Driving Heel. It is a heel shoes that can be folded down flat for safety driving purpose. Sheila Driving Heel has a grip pattern on the sole to add more grip to the pedal prevent from slipping off. According to Sheilas' Wheels, over 11.5 million women drivers in the UK are putting themselves at risk by wearing the wrong footwear and most of the them admitted that they had car accident because of their shoes slipping off or get stuck between or under the foot pedal while driving which is very dangerous.
Read more at ilovesheilas.com
CTOS dan CCRIS
Apabila data kewangan peribadi tidak rahsia lagi
Ketua Perusuh Tue | Jun 26, 07 | 01:47:41 PM | |
Isu ini sudah agak lama. Malah lebih dari dua puluh tahun isu yang dibawa senyap tanpa mendapat pengadilan yang sewajarnya. Pandangan peribadi saya mengatakan bahawa hampir 70% atau mungkin 80% warga dewasa di Malaysia mempunyai “kredit rating” di kedua-dua badan ini (CTOS dan CCRIS). Jika anda adalah pelanggan, peminjam, penjamin mana-mana bank termasuklah pengguna kad kredit dan kad caj di Malaysia maka anda akan dapati rekod peribadi anda disimpan di kedua-dua organisasi ini. Masalahnya kebanyakan rekod ini lambat dikemaskinikan dan kadang-kadang rekod ini tidak melambangkan status kewangan pemunya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kini mempertikaikan bagaimana CTOS beroperasi dan lesen yang diperlukanya. Malah dia berkata bahawa pihak Kerajaan tidak pernah meluluskan mana-mana lesen untuk menyimpan data peribadi orang ramai. Bagaimana CTOS boleh beroperasi sekian lama dan menyimpan begitu banyak data peribadi orang ramai tanpa pengetahuan Kerajaan. Adakah wajar maklumat peribadi orang ramai yang sewajarnya dirahsiakan (akta privasi) terletak di tangan sebuah syarikat Sendirian Berhad. Untuk pengetahuan anda semua, Bank Negara Malaysia pernah mengeluarkan garis panduan penyimpanan “credit rating” ini melalui Akta Bank Negara 1958 yang mana hasil daripada akta ini menyebabkan tertubuhnya CCRIS (Central Credit Reference Information System) yang dikawalselia oleh Bank Negara. Persoalannya sekarang ini adakah masih lagi perlu wujudnya CTOS yang dikendalikan oleh sebuah syarikat Sendirian Berhad (Credit Tip Off Service Sdn. Bhd) yang mana maklumat yang disimpan meragukan ataupun hanya CCRIS sahaja yang perlu menjadi rujukan semua institusi kewangan. Siapakah yang di sebalik CTOS dan bagaimana CTOS beroperasi sehingga membolehkan ianya mendapat semua maklumat peribadi orang ramai? Inilah yang menjadi keraguan bagi banyak pihak. Pihak institusi kewangan, along, pemungut wang (berlesen atau tidak) serta pihak berkuasa tempatan bukan sahaja menggunakan maklumat peribadi dari CTOS untuk mengesahkan status individu namun saya dapati mereka juga menggunakan “hantu-hantu” mereka untuk mendapatkan maklumat tambahan dari KSWP, LHDN dan juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Malah jangan anda terkejut jika mereka-mereka ini (pihak institusi kewangan, along, pemungut wang (berlesen atau tidak) serta pihak berkuasa tempatan) boleh mendapatkan salinan penyata KWSP dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada bila-bila masa sahaja. Bukan itu sahaja, mereka juga amat mudah untuk mendapatkan maklumat mengenai akaun bank anda hanya dengan satu panggilan telefon sahaja. Adakah kita ingin membenarkan maklumat peribadi kita menjadi tontonan dan status kewangan kita ditentukan oleh mereka tanpa satu piawaian yang telus dan sahih. Kesimpulannya, perlukah CTOS dibenarkan terus beroperasi tanpa kawalan? - |
Antara punca gemuk yang terpenting.
Posted on Wednesday, June 27 @ 20:25:39 MYT by SongkokPutih
Oleh emjay
"Alhamdulillah saya telah mula menulis perkongsian ilmu dengan menggunakan pengalaman membesarkan anak-anak saya seramai 6 orang sebagai subjek. Ia dimulakan dengan artikel Agar gigi anak-anak tersusun rapi pada 7 Mei 2007 dan terkini ialah Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih? (isu makan hati) pada 29 Mei 207. Kepada sesiapa yang mendapat bahan artikel ini secara email, jangan lupa melayari Laman Emjay di http://emjayjb.multiply.com/ untuk mendapatkan pelbagai artikel menarik lainnya.
Baru-baru ini di akhbar Utusan Malaysia telah dipaparkan secara kerap artikel-artikel berkenaan kegemukan seperti artikel-artikel berikut yang diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia :
1. Masalah gebu, gempal dan gemuk beri ancaman psikologi 14 Jun 2007
2. Tidak perlu rendah diri walaupun gemuk 14 Jun 2007
3. Wanita mudah simpan lemak 14 Jun 2007
4. Sejuta wanita Malaysia makin gebu, gempal, gemuk 13 Jun 2007
5. Makan luar lewat malam, 40% budak makin gemuk 9 Jun 2007
6. 10 juta rakyat Malaysia gemuk 24 Feb 2007
7. Kaji punca sebenar tubuh jadi gemuk 23 Feb 2007
8. 3.6 bilion penduduk dunia gemuk 19 Feb 2007
Jikalau dahulu 3G adalah merupakan kod berkaitan komunikasi telefon mudah alih Maxis dan Celcom, kini 3G sudah membawa maksud baru iaitu gebu, gempal dan gemuk pula. Setiap kali membaca artikel berhubung kegemukan di akhbar, hati tercuit juga untuk menceritakan antara punca terpenting mengapa kini ramai orang di dunia menghadapi masalah serius iaitu gemuk.
Sewaktu saya kecil dahulu (saya dilahirkan pada tahun 1956), adalah satu masalah untuk mencari rakan sebaya yang gemuk. Di kampung saya, tidak ada orang yang gemuk. Bila masuk ke sekolah rendah, juga tidak ada pelajar yang gemuk. Bila masuk sekolah menengah dan bergaul dengan pelbagai bangsa seperti Cina dan India, juga tidak ada pelajar dan guru yang gemuk. Bila masuk ke sekolah asrama penuh (Sekolah Alam Shah) pada tahun 1972 (tingkatan 4), juga saya tidak nampak pelajar yang gemuk. Namun kini senario ini telah berubah, jika diperhatikan mana-mana sekolah kebangsaan yang menempatkan pelajar 12 tahun dan ke bawah, ramai pelajar-pelajar ini sudah mengalami masalah gemuk yang serius.
Berdasarkan fakta di perenggan di atas ini, mengapakah zaman saya kecil hingga ke sekolah menengah tidak ramai pelajar yang gemuk berbanding sekarang? Adakah pelajar zaman dahulu tidak kuat makan berbanding pelajar di zaman sekarang? Bila saya lihat abang sulung saya dahulu makan nasi, subhanallah macam gunung, namun abang sulung saya hingga kini tidak gemuk? Semenjak kecil saya juga agak kuat dan kerap makan namun alhamdulillah tidak gemuk? Walaupun keluarga miskin namun bab makan ini adalah mewah kerana ada saja makanan seperti ubi, keledek, keladi, jagung, ganyong dan sebagainya yang saya sudah lupa namanya. Kalau musim buah jangan sebut kuantiti buah-buahan yang dimakan.
Keluarga saya (8 adik beradik) kalau makan durian tidak pakai biji tetapi pakai guni. Rambutan keliling rumah dan di kebun pun banyak. Betik dan nangka juga sentiasa di keliling rumah. Keluarga saya membela ayam dan itik. Saya semenjak kecil adalah tukang buat reban ayam. Hal berkenaan membuat reban dan membaikinya adalah tugas saya. Setiap petang sebelum maghrib, antara tugas terpenting saya ialah memberikan ayam itik makan dan memasukkan ke dalam kandang. Bab memasukkan ayam itik ke dalam kandang adalah bab yang memerlukan banyak kesabaran kerana selalu ada ayam itik ini yang degil tidak mahu masuk kandang. Boleh dikatakan hampir setiap penduduk kampung saya membela ayam itik mereka masing-masing.
Makanan penting keluarga saya dahulu adalah sekadar ikan yang dibeli dari penjual ikan yang masuk ke kampung dengan kereta mereka. Sayuran amat jarang dibeli kerana kebanyakan sama ada ditanam sendiri atau diperolehi sekeliling kampung atau tepi belukar dan sungai. Antara sayuran kami dahulu ialah daun ubi, pucuk betik, daun meranti, pucuk manis, pucuk keledek, daun kacang panjang, pucuk paku, jantung pisang, nangka muda, betik muda, terung pipit, kacang panjang, bayam, kangkung paya dan kangkung yang ditanam dan berbagai sayuran paya yang saya sudah lupa namanya. Nasi yang kami makan memang banyak diikuti dengan sayur yang juga banyak dan ikan hanya sedikit maklumlah ikan kena beli. Kami hanya dibenarkan makan sepotong ikan kembung yang di potong dua.
Makan ayam atau itik memang tidak kerap. Bila ayam atau itik sudah banyak membiak, kami akan tangkap ayam atau itik dalam reban waktu malam untuk disembelih. Kebiasaannya saya tukang pegang ayam itik ini untuk disembelih oleh ayah saya. Bab ini tidak mengundang kebencian saya namun bab yang paling saya benci ialah bila kena cabut bulu dan menguruskan ayam itik ini sehingga selesai dipotong. Walau pun saya membenci membersihkan dan menguruskan ayam itik hingga selesai, rupanya ini adalah pendidikan yang baik bagi saya.
Rupanya pendidikan waktu kecil akan berterusan sehingga dewasa. Bila dah jadi guru di Sekolah Mengah Sains Raub, duduk di kuaters guru pun bela ayam kampung sendiri. Ada juga guru tetangga yang masam muka bila ayam saya berak di atas kereta mereka. Apabila saya bertukar profesion dan menyertai UTM di Kuala Lumpur, kegemaran membela ayam terpaksa diberhentikan kerana tiada ruang untuk membela ayam di Kuala Lumpur.
Apa yang ingin saya permudahkan dan jelaskan di sini ialah hampir semua anak-anak saya dari yang sulung hingga ke empat mengamalkan permakanan yang hampir serupa, iaitu nasi, ikan, ayam, sayur serta makanan rapu dan segera lain seperti sosej, burger, naget dllnya (tabiaat makan sosej, burger dan naget ini telah lama dihentikan). Ditakdirkan Allah bermula dari anak kelima, pendapatan bulanan saya meningkat dengan banyak alhamdulillah dari perniagaan sampingan saya iaitu menjual emas dan kemudian bertukar kepada membuka kedai menjual komputer. Anak keempat (perempuan) dan kelima (lelaki pertama) dapat peluang makan ayam KFC dengan kerap saban minggu. Ketika anak keempat ini berusia 3 tahun dan ke lima 1 tahun, setiap minggu makan ayam KFC seperti satu rutin mingguan. Memang seronok perasaan seorang bapa apabila melihat anak kecil nombor lima ini kuat makan ayam.
Menjelang umur anak kelima ini 2 tahun, dua ketul ayam KFC memang dia boleh habiskan seorang. Menjelang anak kelima ini berusia 4 tahun, anak ini sudah mempunyai kelainan yang jelas sangat berbeza dari kakak-kakaknya iaitu gemuk. Untuk membelikan baju anak lelaki ini memang satu masalah besar bagi kami. Perut anak ini memang sangat besar. Bila ukur seluar mengikut saiz perut, panjang seluar ini akan menjadi sangat panjang dan hodoh. Begitulah masalah saya membelikan pakaian untuk anak ini sehingga zaman persekolahannya.
Menjelang anak lelaki ini memasuki persekolahan darjah 2, barulah arwah guru saya menasihati saya agar elakkan memberikan makan ayam kepada anak lelaki saya ini dan juga kepada ahli keluarga saya. Kata arwah guru saya, kalau nak juga makan ayam, belalah sendiri. Ayam daging ini ada hormon gemuk dan ayam bela sendiri dan ayam kampung tidak ada hormon gemuk. Menurut arwah guru saya ini, badan anak lelaki saya ini sudah mengandungi berlebihan hormon ayam gemuk sehingga menjadikan anak saya ini gemuk macam ayam.
Mulai saat ini, saya mengulangi sejarah lama saya iaitu membuat reban dan membela ayam kampung. Ayam kampung mengambil tempuh yang lama untuk membiak dan saya mengambil keputusan untuk membeli benih ayam daging agar saya dapat makan ayam ini dalam tempuh yang pendek. Saya membeli sebanyak 20 ekor benih ayam daging. Memang seronok membela haiwan ternak ini. Saya pasang bekalan elektrik dan lampu 40 watt untuk memanaskan anak-anak ayam ini dan agar anak-anak ayam ini makan 24 jam sehari semoga cepat besar. Saya memberikan makanan 100 % anak-anak ayam ini dengan makanan terbaik jenama Gold Coin agar ayam-ayam ini cepat besar.
Selepas anak ayam ini berusia antara 45 hari hingga 50 hari barulah ayam-ayam ini mencecah berat 2½ kilo. Saya bawa ayam ini ke pasar untuk disembelih dan dibuang bulu. Setelah ayam ini dibersihkan, saya dapati ayam ini berbeza sifat fizikalnya berbanding ayam yang diternak oleh penternak ayam profesional. Penjual ayam tersebut memberitahu saya bahawa benih ayam daging yang sama kalau diternak sendiri, kulitnya berwarna kekuningan dan kurang berminyak berbanding ayam daging lain iaitu kulitnya berwarna putih dan berkilat kerana banyak minyak dikulitnya.
Tidak lama selepas ini saya juga diberitahu bahawa ayam daging yang dijual di pasar hanya mengambil masa 31 hari untuk mencecah berat 2 ½ kilo dan sedia untuk dipasarkan. Wow, cepat betul ayam ini membesar dan ini adalah disebabkan satu rahsia yang bukan lagi rahsia iaitu akibat penggunaan hormon gemuk. Saya diberitahu oleh seorang penternak ayam profesional yang juga seorang pensyarah di UTM. Kalau zaman dahulu, hormon gemuk ini diberikan secara suntikan namun kini hormon gemuk ini dicampurkan ke dalam air minum ayam daging ini. Bayangkan kos yang akan ditanggung oleh penternak ayam kalau hanya selepas 45 – 50 hari baru ayam-ayam ini boleh dipasarkan. Kos makanan ayam yang diberikan akan menjadi lebih tinggi dan tempuh membesarkan akan lebih lama dan semua ini menaikkan kos menternak ayam.
Kira-kira 2 tahun lepas saya cuba mendapatkan hormon menggemukkan ayam ini daripada pejabat pertanian (haiwan) di JB dari seorang rakan saya tetapi saya amat terperanjat apabila beliau mencuba menyorokkan amalan penggunaan hormon gemuk ini di kalangan penternak ayam.
Satu perkara penting yang perlu dimaklumi oleh semua manusia ialah ayam yang diberikan hormon gemuk ini selain bersaiz gemuk ialah warna kulitnya selepas dibuang bulu ialah putih dan berminyak. Apa yang lebih penting daripada fakta ini ialah ayam yang diberikan hormon gemuk ini tidak suka berjalan dan lebih suka duduk berhampiran tempat sumber makanan. Ayam ini dalam bahasa lain ialah sedang menghadapi suatu penyakit atau kesakitan yang menyebabkan ayam-ayam ini tidak suka berjalan. Kajian tidak resmi yang saya jalankan sewaktu membela ayam daging tersebut membuktikan bahawa ayam daging yang saya bela yang tidak diberikan hormon gemuk ini memang suka berlari walaupun tidak sepantas ayam kampung. Dalam bahasa lain yang mudah, ayam daging yang diberikan hormon gemuk ini seolah-olah ayam yang sakit dan mungkin mereka menghadapi masalah sendi dan ini dapat dibuktikan dengan mudah apabila pembaca sendiri melihat ayam ini di dalam sangkar sebelum disembelih.
Alhamdulillah selepas menghentikan pengambilan ayam KFC dan ayam daging dari pasar dan menggantikannya dengan ayam kampung, anak lelaki saya semakin bertambah kurang gemuk dan kini anak ini sedang menuntut di tingkatan 2 (14 tahun). Penampilan dirinya kini hampir menyamai kanak-kanak lain. Mudah-mudahan dalam setahun dua ini, beliau dapat menghilangkan kesemua ciri tinggalan kegemukan akibat memakan ayam KFC dan ayam daging.
Rumusan yang saya dapat simpulkan dari cerita kali ini ialah: PENGAMBILAN AYAM DAGING SECARA KERAP MENJADIKAN PEMAKANNYA GEMUK MACAM AYAM DAGING TERSEBUT!!
Apabila ilmu semakin mantap dalam diri saya, saya mula menilai ilmu ini dengan mengkaji secara tidak rasmi ke atas pelajar saya yang gemuk. Alhamdulillah memang pelajar-pelajar yang gemuk ini ada hubung kait dengan tabiaat gemar memakan ayam.
Ilmu ini kemudian saya praktikkan kepada saudara mara. Seorang anak saudara sebelah isteri tersangat gemar makan ayam sehingga setiap hari waktu makan tengah hari dan makan malam hanya akan makan ayam. Ketika usianya 26 tahun, berat badannya sudah melebihi 125 kilo. Satu perkara yang perlu diberi perhatian di sini ialah bahawa sekiranya seseorang gemuk kerana permakanan berlebihan tanpa makan ayam yang kerap, badan orang ini walaupun gemuk tetapi pejal. Gemuk kerana gemar makan ayam ini badannya tidak pejal dan menggelibir. Anak saudara saya ini kini sudah semakin gemuk dan mungkin sudah menjangkau 160 kilo atau lebih. Walau pun usia awal 30an, gaya berjalannya sudah seperti gaya berjalan orang tua 80an yang uzur. Saya sudah lama memberitahu beliau agar memberhentikan tabiat memakan ayam daging namun susah memberhentikan tabiat ini apabila sudah diamalkan puluhan tahun.
Isteri saya mempunyai 10 orang adik beradik yang semuanya sudah berkahwin. Dari pengalaman memerhatikan keluarga-keluarga ini, saya dapati 5 keluarga menghadapi masalah kegemukan akibat tabiat gemar memakan ayam daging. Apa yang perlu di ingat dari cerita saya di atas ialah, ayam yang diberikan hormon gemuk seumpama mengalami sakit sendi menyebabkan ayam-ayam ini sukar bergerak. Pemerhatian saya ke atas sampel-sampel saudara mara yang gemuk ini mendapati mereka juga ada masalah untuk bergerak terutamanya di sendi kaki dan kesemua ini menepati nasihat arwah guru saya iaitu memakan ayam daging menyebabkan kegemukan dan menyebabkan masalah sendi termasuk gout dan artritis.
Kepada yang tidak ingin gemuk, kurangkanlah memakan ayam daging (kulit putih dan berminyak) dan gantikan dengan ayam kampung atau bukan kampung (kulit kekuningan dan kurang berminyak). Itulah penjelasan wajar bagi menerangkan mengapa sewaktu saya kecil sehingga sekolah menengah dahulu sukar untuk mencari orang gemuk kerana pada zaman ini amat jarang orang membeli ayam daging dari pasar. Ayah saya sejak muda hingga umur lebih 70 tahun tidak makan ayam dan badannya tidak gemuk dan jarang sakit sendi kaki. Setelah ayah saya berkahwin lagi selepas arwah emak meninggal, ayah saya sudah gemar makan ayam daging dan kini beliau mengadu selalu sakit sendi kaki.
Selain dari ayam daging, untuk mengelakkan kegemukan:
1. Jangan makan terlalu banyak. Ikut sunah Nabi, berhenti sebelum kenyang.
2. Elakkan makan “in between meal”
3. Makan 3 kali sahaja iaitu pagi, tengahari dan malam
4. Makan malam dalam kuantiti sedikit kerana hendak tidur bukan hendak buat kerja. (Jangan “skip dinner”)
5. Elakkan makan kulit ayam, lemak ayam dan daging, hanya makan dagingnya sahaja
6. Kurangkan makan makanan berminyak
7. Elakkan makan produk dari margerin termasuk kek dan krim pada biskut 8. Elakkan makan produk dari krimer termasuk coffee mate dan susu pekat manis
9. Elakkan minum minuman manis selepas makan nasi (dalam tempuh 40 minit)
10. Elakkan makanan segera termasuk KFC, burger, sosej, naget dan sebagainya
11. Membanyakkan makan nasi dan sayur lebih baik dari membanyakkan makan lauk.
Sekian semoga pembaca Laman Emjay sekelian sentiasa dilimpahi Allah rahmat dan perlindungan.
Wassalam wallahualam
Emjay
Juadah ceruk rantau Negeri Sembilan
Juadah ceruk rantau Negeri Sembilan |
Daging Salai Masak Lemak Cili Api Bahan-bahan: 1 kg daging lembu | dipotong nipis dan disalai 2 biji kelapa | ambil santannya 10 biji terung telunjuk 15 biji asam belimbing buluh 15 ulas cili padi | ditumbuk 4 cm kunyit hidup | ditumbuk Garam secukup rasa Cara Memasaknya: 1. Masukkan santan, cili padi dan kunyit yang ditumbuk ke dalam periuk. 2. Dididihkan, kemudian masukkan garam secukup rasa bersama dengan terung telunjuk dan belimbing buluh. 3. Biarkan seketika dan masukkan daging. Masak sehingga ramuan mesra dan sedia untuk dihidang. Info: |
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ |
Juadah ceruk rantau Negeri Pahang |
Pais Tempoyak Ikan Talapia Bahan-bahan: 1 ekor ikan talapia | saiz sederhana 3 sudu makan tempoyak baru 20 biji cili padi | ditumbuk lumat 1 labu bawang besar | diracik 1 batang serai | dihiris kecil 25 mm kunyit hidup | ditumbuk lumat 2 sudu makan santan Garam secukup rasa Daun pisang Cara Memasaknya: 1. Gaul kunyit, cili padi, tempoyak, serai dan bawang bersama. 2. Lumur badan ikan dengan garam dan balut di dalam daun pisang bersama bahan-bahan tadi. 3. Tuangkan santan di atas badan ikan. 4. Bakar ikan di atas bara api samada di atas kuali atau di dalam ketuhar. Info: |
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ |
Juadah ceruk rantau Negeri Johor |
Asam Pedas Ikan Pari Bahan-bahan: 1 kg ikan pari 20 tangkai cili kering | dikisar 6 ulas bawang putih | dikisar 6 ulas bawang merah | dikisar 2 cm kunyit | dikisar 4 batang serai | diketuk 1 sudu makan stok ikan bilis 650 ml air 4 sudu makan asam jawa | dibancuh dengan 300 ml air 30 gm daun kesum Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Cara Memasaknya: 1. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak. 2. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih. 3. Masukkan daun kesum, serai bersama dengan air asam jawa. 4. Setelah itu, masukkan stok ikan bilis dan garam secukup rasa. 5. Masukkan ikan dan biarkan mendidih. 6. Masak sehingga ikan empuk dan sedia untuk dihidang. Info: |
----------------------------------------------------------------------------------------------------------- |
Juadah ceruk rantau Negeri Melaka |
Siakap Umbai Tiga Rasa Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap 375 ml sos tomato 250 ml sos cili 125 ml sos tiram 10 biji cili padi 1 sudu teh gula pasir 20 gm nanas | didadu Sedikit daun bawang Sedikit bawang goreng Minyak untuk menggoreng Cara Memasaknya: 1. Goreng ikan siakap hingga masak. Angkat dan ketepikan. 2. Masak semua sos dalam satu kuali hingga mendidih. 3. Kemudian masukkan nanas, cili padi dan daun bawang. Kacau sekejap dan tuang atas ikan goreng tadi dan tabur bawang goreng. Info: |
Mereka terus berdakyah
Azamin Amin & M Khaleel Kas Wed | Jun 27, 07 | 06:47:42 AM | |
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Awas! Bagi umat Islam di negara ini, dakyah untuk menyesatkan sudah sampai di rumah anda melalui peti surat anda. Berhati-hatilah, apabila membuka mel atau peti surat anda setiap hati. Bukan bom yang menanti! Bukan senjata larangan yang dihantarkan. Tetapi jauh lebih hebat dari itu, dakyah risalah sesat yang begitu halus dipergunakan oleh pihak tertentu untuk umat Islam di negara ini. Tidak cukup dengan pelbagai gejala yang melanda, kini musuh-musuh Islam dilihat cuba menggunakan pendekatan tertentu yang lebih halus untuk meracuni umat Islam di negara ini. Petikan tajuk di atas adalah antara ayat yang dipergunakan dalam sebuah risalah yang disampaikan kepada meja petugas Harakahdaily semalam. Dengan kata-kata yang meyakinkan, melalui ayat penarik daripada kata-kata seorang lelaki berbangsa Melayu tentang betapa kagumnya dengan kehebatan Tok Guru yang telah berjaya mengubah nasibnya yang malang selama ini khususnya kegagalan memenangi keputusan nombor ekor. Tok Guru yang dimaksudkan oleh lelaki yang dikenali sebagai Mohd Ismail ialah seorang Sami Buddha di Arau, Perlis daripada Kuil Pakkathalung! Demikian antara petikan dan iklan sehelai risalah yang memancing sesiapa sahaja untuk menggunakan khidmat tok guru sami ini khususnya untuk mendapat keputusan nombor ekor yang tepat...kononnya! Mendukacitakan risalah ini menggunakan dua testimoni 'kejayaan' pelanggan berbangsa Melayu (pastinya Islam) yang telah menggunakan nasihat dan kaedah yang diperturunkan. Tidak ada perasaan malu bahawa sikap mereka ini mengaibkan keperibadian dan akhlak sebagai seorang Islam malah boleh berbangga dengan tindakan mereka biarpun secara terang-terangan melanggari batas agama seiring memuatkan wajah sebagai bukti yang mereka ini boleh dipercayai. Dipercayai risalah-risalah ini disebarkan secara meluas melalui peti surat rumah kediaman dan risalah tidak beradab ini ditemui oleh seorang penduduk prihatin daripada Jasin, Melaka dan menyampaikan kepada Harakahdaily.net untuk diketengah sebagai satu isu yang semakin membarah dan jika tidak dicantas, wabak penyakit merosak pemikiran umat Islam ini akan bebas tanpa sebarang sekatan dan tindakan. Selain di Jasin, beberapa penduduk sekitar Selangor dan juga Kuala Lumpur juga mengakui wujud fenomena risalah-risalah yang dikirimkan secara berkala di peti-peti surat kediaman para penduduk. Saranan orang ramai khususnya yang beragama Islam agar satu mekanisme dibentuk bagi membendung perbuatan tidak bertanggunjawab ini termasuk mencegah supaya ianya tidak mempengaruhi dan menggalakkan orang ramai menceburi bidang perjudian secara tidak langsung di samping menggunakan pula khidmat tok guru untuk tujuan 'maksiat' yang dianggap bertentangan dengan akidah umat Islam. Selain itu, sudah sampai masanya, pihak berkuasa menguatkuasakan larangan melalui Pos Malaysia dalam menangani isu sebegini. Seandainya, wujud peraturan pengiriman barangan dan bahan-bahan tertentu melalui mel sebagaimana yang dilakukan kini, sudah pihak berkuasa dengan kepakaran yang ada mampu untuk mengesan bahan yang menyesatkan daripada sampai ke tangan pengguna. - mks. |