adsense

28 June, 2007

Nantikan ET di Malaysia!! Isu Artis semakin Panas



Nantikan ET di Malaysia!! Isu Artis semakin Panas
Posted on Wednesday, June 27 @ 20:30:06 MYT by SongkokPutih
Analisis Isu  Oleh Dr Fikrah


Entertainment Tonight (ET) adalah sebuah rancangan televisyen yang dikhususkan untuk mengemaskini berita tentang dengan ARTIS. Rancangan ini baru disiarkan di televisyen walaupun sebelum ini ia hanya berbentuk majalah semata-mata. Antara ke“lebih”an rancangan ini ialah, ia memberitakan apa sahaja tentang artis, samada baik atau buruk tentang artis.


Walaupun pada tanggapan saya, ia agak basi kerana sudah banyak rancangan-rancangan seperti ini disiarkan di seluruh dunia, namun saya tersentak dan tersedar sekiranya ia akan merebak ke Malaysia. Kita sudah pun mengetahui bahawa Berita Artis yang disiarkan di televisyen sekadar diselitkan di dalam berita-berita di Malaysia, namun ET ini menyiarkan secara khusus 100% tentang berita artis.


Apa yang perlu kita bimbangkan ialah sesuatu yang sepatutnya kita ketahui seperti isu semasa dunia, berjaya ditutup dengan berita-berita artis yang lebih banyak FITNAH daripada maklumat. Bayangkanlah, sudah berapa banyak rancangan-rancangan yang ROSAK seperti ini yang sudah berjaya DITIRU oleh masyarakat Malaysia yang kononnya “memiliki budaya tersendiri”.


Rancangan Hiburan apakah yang masih belum ditiru? Realiti TV? Akademi Fantasia? Malaysian Idol? Walaupun saya masih mengagak bahawa ET masih belum disiarkan di televisyen-televisyen Malaysia, namun saya pasti perancangan dan strategi untuk MENIRUnya sudah dijalankan oleh tali-tali barut yang cuba merosakkan Islam.


Majalah-majalah tentang artis sudah berterabur di merata kedai di setiap pelusuk Malaysia, namun pencegahannya langsung tidak kelihatan. Hanya menunggu Majalah Lucah tersebar, baru “terhegeh-hegeh” nak menyuarakan perkara tersebut?


Majalah-majalah yang penuh dengan FITNAH amatlah menjadi kegemaran masyarakat Malaysia. Dengan kesempatan inilah munculnya segolongan “penjenayah” yang cuba mengambil kesempatan untuk memungut keuntungan daripada “hobi bodoh” masyarakat Malaysia.


Saya pasti berita-berita fitnah tentang artis telah dimuatkan di dalam majalah-majalah dan web-web di seluruh dunia, namun saya agak runsing dengan Malaysia kita yang sudah pasti akan meniru bulat-bulat amalan ORANG KAFIR yang merosakkan agama Islam sendiri.


Lihatlah hari ini, rancangan-rancangan TV yang saya sebutkan tadi, kesemuanya telah dipopularkan oleh orang KAFIR yang sememangnya bertujuan merosakkan Islam. Walaupun mereka dahulunya mengorbankan nyawa-nyawa tentera-tentera mereka, tetapi hari ini mereka hanya perlu mengorbakan beberapa keping syiling untuk membunuh orang Islam.


Rancangan jahat mereka semakin popular dan DIPOPULARKAN juga oleh orang Islam sendiri. Bacalah sendiri Etika Penyiaran yang langsung tidak bergerak, hanya berdiam diri semacam siput babi. Saya agak terkilan kerana di dalam sesebuah saluran televisyen, boleh saya katakan hanya 5% diisi dengan keagamaan, malah lebih kurang lagi, dan ada yang langsung tidak bercirikan keagamaan yang sepatutnya diterap.


Perbandingan ini, anda boleh saksikan sendiri di hadapan mata anda setiap hari. Kajilah kalau tek percaya, bukti sudah ada depan mata. Contoh yang paling mudah, pembaca berita pun mendedahkan AURAT. Hendak baca berita atau bergaya? Selain itu iklan-iklan yang diselit pada setiap rancangan televisyen, telah digunakan untuk menjaja maruah wanita.


Kalau hendak disenaraikan di sini, sudah pasti pembaca muntah memikirkan tentangnya. Banyak sangat!!! Langsung tidak bermanfaat. Berapa ramaikah yang menjadikan siaran televisyen sebagai sumber maklumat? Lebih malang lagi, sumber maklumat yang disiarkan juga dijadikan medan untuk mempromosi maksiat dengan membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.


Adakah anda terkejut sekiranya saya mengatakan bahawa bukan semua berita yang disampaikan adalah benar? Anda boleh kaji sendiri. Lihatlah, dan bandingkan. Inikah fungsi saluran televisyen di Malaysia? Mampukah anda mengambil yang “baik-baik” sahaja dan mengesampingkan keburukan siaran yang lain?


Lihatlah ET yang akan muncul di kaca televisyen di Malaysia, sebuah rancangan khusus untuk MEMBERITAKAN DAN MENGHEBOHKAN TENTANG KEAIBAN ARITS!!! Majalah dan akhbar sudah kelihatan, tidak mustahil “jenayah” ini juga akan berleluasa.


Setelah munculnya ET di Malaysia, nantikan pula sebuah SALURAN TELEVISYEN yang khusus “menyembangkan” tentang artis. Adakah ini hanyalah ramalan? Tidak mustahil. Lihatlah sendiri apa yang sudah berlaku hari ini di sekitar anda!!


Sumber

No comments:

Blog Widget by LinkWithin