Oleh greenboc Semalam satu terbaca satu thread di ruang Forum TKO bertajuk "hati-hati dengan yong tau foo" yang mana pembuka thread menyampaikan pesanan dari satu ceramah yang didengarinya dari seorang ustadz yang meminta umat Islam berhati-hati dengan mengambil yong tau foo. Di lamanweb PPIM pula saya terserempak dengan satu berita berfoto mengenai satu papantanda yang memaparkan satu logo aneh bertulis "non-pork" sebagai satu daya tarikan untuk yong tau foonya. Saya tidak tahu di mana lokasi Restoran SMS Bamboo Yong Tau Foo ini dan tidak mendapat sebarang maklumat dari lamanweb itu. Apa yang pasti ia tentulah berada di dalam negara kita. Saya cuba menghubungi nombor telefon yang tertera tetapi malangnya disambut dengan Bahasa Mandarin dan yang menyambutnya pula tidak tahu berbahasa Malaysia atau Inggeris. Yang penting untuk dipersoalkan sekarang ialah bagaiamana papan tanda yang mengelirukan serta mengubah suai logo halal itu boleh dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan? Begitu mudah sekali logo halal JAKIM di odai ddengan hanya menggantikan perkataan HALAL dengan NON-PORK di tengah-tengah lambang itu. Atau apakah logo JAKIM itu tidak didaftarkan dari sebarang penciplakan hakcipta sehingga ianya boleh diubah secara wewenangan oleh orang tertentu? Dan apakah JAKIM lansung tidak tahu menahu akan kejadian "logo"nya yang telah dicabuli itu? Menteri Perumahan dan Kerjaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting perlu memberi penjelasan mengapa pihak berkuasa tempatan tidak peka dengan sensitiviti umat Islam di negara ini serta membiarkan signboard itu terus terpacak megah untuk melambai kedatangan umat Islam ke restorannya. Lebih membimbangkan apabila tertulis satu ayat "menghidangkan makanan halal" di sign board itu. Apakah ia benar dan apakah pihak berkuasa tempatan telah memeriksa premis serta makanan terhidang samada ia benar-benar halal untuk dimakan leh umat Islam? Hal ini perlu disiasat segera dan PBT berkenaan serta JAKIM sendiri perlu mengambil langkah proaktif agar perkara sebegini dapat |
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
20 August, 2007
Logo Halal baru untuk Yong Tau Foo?
Pak pandir dan wartawan
Pak Pandir dan Wartawan
Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia. Apabila wartawan sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.
Pak Pandir pun kata..tengok ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.
Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...
5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...
dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....
dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.
Pak Pandir pun kata..tengok ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.
Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...
5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...
dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....
dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.
Isk..isk..letih sangat ke?
Kenapa tak ketawa?
Kenapa tak ketawa
Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.
Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.
Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.
" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.
"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.
"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.
"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati
"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.
Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.
Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.
" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.
"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.
"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.
"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati
"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.
18 August, 2007
Mangsa rentung simpan rahsia 11 tahun
Sekadar nk berkongsi kisah..bukannya nak cerita keburukan Arwah.. akhirnya dh trjawab knape gaji ALlahyarham sbyk RM 1800 tu x cukup..upernyer dia menanggung 2 keluarga..subhanALlah..kebenaran walaupun pahit harus jua di telan..
Alfatihah untuk Arwah
Oleh Mohd Roji Abdullah
Isteri kedua buat pendedahan demi 3 anak
BATU PAHAT: Seorang wanita mendakwa dirinya adalah isteri kedua lelaki yang rentung bersama pasangannya serta tiga anak mereka dalam kebakaran ngeri di Kampung Tengah, Kluang, Khamis minggu lalu.
Roslin Husin, 38, pekerja kilang, mendakwa berkahwin dengan Kasmuri Jasman, 49, 11 tahun lalu dan dikurniakan tiga anak iaitu, Fara Natasha Kasmuri, 9, Saiful Izuddin, 7 dan Muhaizad, 4.
Katanya, beliau bernikah dengan Kasmuri di Rengit pada 1996, tetapi perkahwinan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga suami dan isteri pertamanya.
"Empat anak tiri saya juga mengetahuinya apabila saya melihat jenazah suami di Rumah Mayat Hospital Kluang, Khamis lalu. Ketika itu mereka juga terkejut tetapi kini mereka faham dan sudah menerima saya.
“Bagaimanapun saya bimbang keluarga isteri pertama arwah suami masih tidak dapat menerima kenyataan ini," katanya yang ditemui di rumahnya di sini malam kelmarin.
Roslin enggan mendedahkan maklumat terperinci perkahwinannya dengan Kasmuri sejak 11 tahun lalu kerana tidak mahu mewujudkan perselisihan faham dengan keluarga isteri pertama arwah suaminya.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno Cawangan Taman Mutiara, Huzaimee Zainni berjaya memujuk Roslin untuk mendedahkan kisahnya kepada Berita Harian.
Roslin yang bekerja di kilang plastik di Sri Gading berkata, pendedahannya bukan bertujuan untuk meraih simpati, sebaliknya demi tiga anaknya yang masih kecil.
Fara Natasha dan Saiful Izuddin masing-masing belajar dalam Tahun Satu dan Tiga di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gading, manakala Muhaizad akan memasuki prasekolah tahun depan.
"Saya tidak bermaksud mengeruhkan keadaan tetapi saya berharap semua pihak menerima kenyataan ini sebagai suratan takdir," katanya yang kini menetap di Taman Mutiara, Sri Gading.
Sementara itu, Huzaimee berkata, beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan itu kerana mahu nasib tiga anak Allahyarham Kasmuri yang masih kecil itu turut mendapat pembelaan.
"Saya kenal Allahyarham kerana beliau selalu balik ke sini (Taman Mutiara) dan penduduk di sini simpati nasib anak-anaknya yang masih kecil. Selagi nasib mereka tidak didedahkan kepada media, mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya," katanya.
Source
Moral: Jangan nikah senyap-senyap. Akhirnya terbongkar jua
Radio berita pertama negara
KUALA LUMPUR: Radio24, radio berita pertama negara, yang dikendalikan sepenuhnya oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memulakan siaran ujian di frekuensi 93.9Mhz tepat tengah hari ini. Pengurus Operasi Radio24, Openg Onn Net berkata, ujian itu merupakan pengenalan kepada pendengar sebelum pelancaran rasmi stesen radio terbaru oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin pada 3 Sept ini. "Selain melakukan ujian transmisi dan promo siaran, buat masa ini kami turut menyelitkan ucapan menteri dan pengurusan Bernama sempena pelancaran Radio24, yang diselang-seli dengan lagu-lagu patriotik," katanya. Openg berkata sebagai radio berita pertama yang beroperasi 24 jam sehari, Radio24 memuatkan informasi terkini menerusi laporan berita interaktif secara langsung dari tempat kejadian. "Matlamat Radio24 ialah untuk menyebarkan berita dengan tepat dan berwibawa menerusi buletin berita setiap jam, berita-berita utama serta isu semasa dalam rancangan bual bicara, selain menjadi platform memberi kesegeraan kepada 'breaking news'," katanya. Openg berkata Radio24 turut memuatkan laporan lalu lintas secara langsung oleh wartawan penyiaran di lokasi serta maklumat dan perkembangan terkini pasaran saham. Katanya walaupun frekuensi Radio24 buat masa ini hanya tertumpu di Lembah Klang, beritanya meliputi seluruh negara hingga ke peringkat antarabangsa dengan sokongan jabatan pengarang dan biro Bernama sedia ada. Sementara itu dalam amanat sempena ujian siaran, pengurus besar Bernama Datuk Azman Ujang berharap selain memaparkan kelainan dalam gaya penyampaian berita, Radio24 akan mempunyai pengikutnya sendiri. Beliau juga mahu Radio24 membantu khalayak pendengar mendapatkan berita dengan lebih cepat. "Bagaimanapun, kita faham projek sebegini memerlukan masa untuk berjaya, tetapi saya percaya Radio24 akan mencapai kejayaan," katanya. Bernama |
Real Love
Do humans have the same feelings nowadays? I wonder.
regards,
Sains dan Islam
Di sebuah institut pendidikan: Dalam usaha untuk menunjukkan bahawa mereka itu berilmu, tetapi berakhir dengan mereka memperbodohkan diri sendiri ... "MARI SAYA JELASKAN masalah sains tentang Tuhan." Seorang professor filosofi yang atheis berkata dalam kelasnya dan kemudian meminta salah seorang pelajarnya agar berdiri. "Adakah kamu seorang muslim?"
Ya," "Jadi kamu percaya pada Tuhan? ...."
"Sudah tentu."
"Adakah Tuhan baik?"
"Ya! Tuhan baik."
"Adakah Tuhan Maha Berkuasa? Bolehkah Tuhan melakukan segala-galanya?"
"Ya."
Professor tersebut mengerutkan kening dan merenung untuk seketika.
"Satu soalan untuk kamu. Katakan terdapat seorang yang sedang sakit di sini dan kamu boleh menyembuhkannya. Adakah kamu akan menolongnya? Adakah kamu akan mencubanya?"
"Ya, saya akan menolongnya."
"Jadi kamu adalah baik...!"
"Saya tidak beranggapan begitu."
"Saya tidak beranggapan begitu."
"Kenapa tidak beranggapan begitu? Kamu mahu menolong orang yang sakit dan berusaha untuk menyembuhkannya malah kita semua akan melakukannya jika kita mampu... Tuhan tidak."
[Tiada jawapan]
"Dia tidak akan menolongnya, betul tak? Abang saya seorang muslim yang mati akibat penyakit kanser walaupun beliau sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk menyembuhkannya. Bagaimana boleh dikatakan Tuhan itu baik? Hmmm? Boleh kamu menjawabnya?"
[Tiada jawapan]
Seorang lelaki yang lebih dewasa begitu simpathetik. "Tidak, kamu tidak dapat menjawabnya, betul tak?" Beliau menghirup seteguk air dari cawannya yang terletak di atas meja untuk memberi masa kepada pelajarnya untuk relaks. Dalam bidang filosofi, kita hendaklah memberi ketenangan kepada pelajar baru. "Mari kita mulakan sekali lagi."
"Adakah Tuhan baik?"
"Er... Ya."
"Adakah syaitan baik?"
"Tidak."
"Dari mana syaitan datang?" Pelajarnya kelihatan gelisah. "Dari... Tuhan..."
"Betul. Tuhan menciptakan syaitan."
Lelaki yang lebih dewasa itu menghuraikan rambutnya dengan jarinya yang halus dan kemudian berpaling ke arah pelajarnya.
"Saya rasa kita akan merasa lebih seronok pada semester ini, tuan-tuan dan puan-puan."
"Saya rasa kita akan merasa lebih seronok pada semester ini, tuan-tuan dan puan-puan."
Kemudian beliau berpaling kepada penuntut muslim. "Beritahu saya, anakku. Adakah terdapat kejahatan di dalam dunia ini?"
"Ya."
"Kejahatan berada di mana-mana, betul tak? Adakah Tuhan menciptakan segala-galanya?"
"Ya."
"Siapa mencipta kejahatan?"
[Tiada jawapan]
"Adakah terdapat penyakit di dunia ini? Tidak bermoral? Kebencian? Kejelekan? Kesemua yang buruk - adakah ia wujud di dunia ini?"
Dalam keadaan mengeliat para pelajar menjawab. "Ya."
"Siapa yang menciptanya?"
[Tiada jawapan]
Tiba-tiba professor menjerit ke arah pelajarnya. "SIAPA YANG MENCIPTANYA? TOLONG, BERITAHU KEPADA SAYA!"
Professor merapatkan dirinya menghampiri pelajar muslim tersebut sambil berbisik kepadanya" "Tuhan mencipta kesemua kejahatan, betul tak, wahai anakku?"
[Tiada jawapan]
Pelajar tersebut cuba bertenang, mengalami kekeliruan dan kekecewaan. Tiba-tiba pensyarah tersebut bergegas ke hadapan kelas seperti seekor kumbang. Keadaan kelas tersebut seperti terpukau. "Katakan kepada saya," beliau meneruskan kata-katanya, "Bagaimanakah Tuhan boleh dikatakan baik, jika Dia mencipta kesemua kejahatan pada setiap masa?"
Professor tersebut memusingkan tangannya untuk menunjukkan kejahatan di seluruh dunia. "Semua kebencian, keganasan, kesemua kesakitan, penyiksaan, kematian dan keburukan dan penderitaan yang diciptakan oleh Tuhan yang baik ini diseluruh dunia, tidakkah begitu, wahai anak muda?"
[Tiada jawapan]
"Tidakkah kamu melihatnya di seluruh dunia? Huh?"
Berhenti. "Tidakkah kamu melihatnya?"
Professor membongkok ke arah pelajar tersebut dan berbisik lagi, "Adakah Tuhan baik?"
[Tiada jawapan]
"Adakah kamu percaya kepada Tuhan, anakku?"
Dengan tegas pelajar tersebut menjawab: "Ya, professor. Saya percaya."
Lelaki yang berusia itu mengeleng kepalanya kesedihan. "Menurut sains kita memiliki lima pancaindera yang kita gunakan untuk mengenalpasti dan memerhati dunia di sekeliling kita. Pernahkah kamu melihat Tuhan?"
"Tidak. Saya tidak pernah melihat-Nya."
"Kalau begitu, beritahu kepada kami jika kamu pernah mendengar Tuhan?"
"Tidak. Saya tidak pernah mendengar-Nya."
"Pernahkah kamu menyentuh Tuhan kamu, merasa Tuhan kamu atau menghidu bau-Nya ... dalam kata lain, pernahkah mempunyai apa-apa persepsi dari segi deria tentang Tuhan kamu?"
[Tiada jawapan]
"Tolong jawab soalan saya."
"Tidak, Saya rasa saya tidak pernah."
"Awak RASA... awak tidak pernah?"
"Tidak."
"Tetapi awak masih mempercayai-Nya?"
"Tetapi awak masih mempercayai-Nya?"
"...ya..."
"Itu memerlukan KEIMANAN!" Professor tersebut tersenyum sinis. Menurut dasar protokol empirical, testable, demonstrable, sains berkata Tuhan kamu tidak wujud. Apakah pendapat kamu, anakku? Di manakah Tuhan kamu sekarang?"
[Pelajar tersebut tidak menjawab]
"Sila duduk."
Budak muslim tersebut duduk...Terasa kalah. Tiba-tiba seorang lagi pelajar muslim mengangkat tangannya. "Professor, bolehkah saya bercakap kepada kelas ini?"
Professor menoleh kepadanya dan tersenyum. "Ah, seorang lagi pelajar muslim! Silakan, silakan. Bercakaplah dengan penuh bijaksana kepada kelas ini."
Pelajar muslim tersebut melihat sekeliling kelas. "Tuan telah mengatakan beberapa fakta yang menarik. Sekarang saya mempunyai beberapa soalan untuk tuan. Wujudkah sesuatu yang dinamakan panas?"
"Ya," jawab professor. "Panas memang wujud."
"Wujudkah sesuatu yang dinamakan sejuk?"
"Ya, anakku, sejukpun ada."
"Tidak, sejuk tidak wujud."
Professor mengerut kehairanan. "Bilik ini tiba-tiba menjadi sejuk," sambung muslim kedua itu. "Kamu boleh mendapat seberapa tinggi kepanasan, malah kepanasan yang lebih tinggi lagi, kepanasan yang super, kepanasan yang mega, kepanasan putih, sedikit kepanasan atau tiada kepanasan langsung tetapi kita tidak memiliki sesuatu yang dinamakan sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah di bawah kosong, yang mana ia tidak ada kepanasan, tetapi kita tidak boleh pergi lebih rendah daripada itu. Maka tidak wujud sesuatu yang dinamakan sejuk, kalau tidak kita boleh pergi lebih sejuk dari 458 - - Tuan lihat, sejuk hanyalah satu perkataan yang kita gunakan untuk menjelaskan ketiadaan kepanasan. Kita tidak boleh mengukur sejuk. Kita boleh mengukur kepanasan menurut unit thermal kerana kepanasan adalah tenaga. Sejuk bukanlah lawan kepada panas, tetapi ketiadaannya."
Diam. Satu pin telah terjatuh dalam kelas tersebut. "Wujudkah sesuatu yang dinamakan kegelapan, professor?"
"Itu satu soalan yang bodoh. Apakah malam jika tiada kegelapan? Apakah maksud kamu...?"
"Jadi tuan kata kegelapan itu wujud?"
"Ya..."
"Tuan tersalah lagi, Kegelapan tidak wujud. Adakalanya, ia adalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh mendapat cahaya rendah, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilauan tetapi jika kita tidak mendapat cahaya maka kita tidak mendapat sesuatupun dan ia dinamakan kegelapan, betul tak? Itulah maksud yang kita gunakan untuk menjelaskan perkataan. Dalam realitinya, kegelapan tidak wujud. Jika ia wujud maka tuan pasti boleh membuatkan kegelapan itu lebih gelap dan memberikan kepada saya satu jug kegelapan. Bolehkah tuan memberi saya satu jug kegelapan, professor?"
Disamping dirinya, professor tersebut tersenyum ke arah pemuda di hadapannya. Ini pasti membuatkan semester ini lebih baik. "Bolehkah kamu nyatakan apakah maksud kamu, wahai anak muda?"
"Ya professor. Apa yang saya maksudkan ialah, pandangan filosofi tuan amat meleset dan kesimpulan tuan adalah silap..."
"Professor agak meradang. "Meleset...? Tergamak kamu...!"
"Tuan, boleh saya menjelaskan apa yang saya maksudkan?"
Seluruh kelas memasang telinga. "Jelas... oh, jelaskan..."
Professor berusaha bersungguh-sungguh untuk mengawal keadaan. Tiba-tiba dia berlagak sopan. Beliau melambaikan tangannya untuk meminta seluruh kelas agar diam bagi membolehkan pelajar tersebut meneruskan penjelasannya.
"Tuan bekerja di atas premis dualiti," jelas pelajar muslim tersebut. "Untuk itu sebagai contoh terdapat kehidupan dan terdapat kematian; Tuhan yang baik dan Tuhan yang jahat. Tuan melihat konsep Tuhan sebagai sesuatu yang terbatas. Adakalanya kita boleh mengukur. Tuan, sains tidak boleh menjelaskan pemikiran. Ia menggunakan tenaga eletrik dan magnetisme tetapi tidak pernah melihatnya, apalagi untuk memahaminya. Untuk melihat kematian sebagai lawan kepada kehidupan ialah untuk menafikan bahawa kematian tidak boleh wujud sebagai sesuatu yang substantif."
"Kematian bukanlah lawan kepada kehidupan, tetapi hanya ketiadaannya." Anak muda tersebut mengangkat akhbar yang beliau keluarkan dari meja temannya yang sedang membacanya.
"Di sini adalah akhbar tabloid yang paling teruk yang dikeluarkan oleh negara ini, professor. Adakah wujud sesuatu yang tidak bermoral?"
"Sudah tentu ada, sekarang lihat..."
"Salah lagi, tuan. Tuan lihat, tidak bermoral berlaku hasil dari kehilangan moraliti. Adakah sesuatu yang dinamakan ketidakadilan? Tidak. Ketidakadilan berlaku kerana tidak wujud keadilan. Wujudkah kejahatan? Pemuda muslim itu berhenti sementara. "Tidakkah kejahatan itu akibat dari hilangnya kebaikan?"
Muka professor tersebut bertukar kemerahan. Beliau begitu marah sehinga tidak terkata.
Pemuda muslim meneruskan kata-katanya. "Jika sekiranya terdapat kejahatan di dunia ini, professor, dan kita semua mengakuinya, maka Tuhan, jika Dia wujud, pasti menyempurnakan kerja melalui agensi kejahatan. Apakah pekerjaan tersebut, yang disempurnakan oleh Tuhan? Islam memberitahu kita untuk memilih samada kebaikan atau kejahatan."
Professor tersebut bertegas. "Sebagai seorang saintis filosofi, saya tidak melihat soal tersebut mempunyai kaitan dengan membuat pilihan; sebagai seorang yang realistik, saya langsung tidak menerima konsep ketuhanan atau mana-mana faktor theologikal sebagai sebahagian dari masalah dunia kerana Tuhan tidak dapat dilihat."
"Saya berpendapat bahawa ketiadaan kod moral Tuhan di dunia ini mungkin salah satu daripada fenomena pemerhatian yang berlaku," jawab pemuda muslim itu. "Akhbar mendapat keuntungan berbillion dollar melaporkannya setiap hari! Beritahu saya, professor. Adakah tuan mengajar penuntut tuan bahawa mereka berasal dari monyet?"
"Kalau kamu merujuk kepada proses evolusionari semula jadi, anak muda, Ya! saya mengajarnya."
"Pernahkah tuan melihat evolusi dengan mata tuan sendiri?"
Professor mengeluarkan bunyi dengan mengacip gigi dan merenung ke arah pelajar tersebut. "Professor, Oleh kerana tiada siapa yang pernah melihat proses evolusi dan ianya tidak dapat dibuktikan bahawa proses tersebut pernah berlaku, maka professor bukan mengajar tetapi memberi pendapat? Kalau begitu, bermakna professor bukan seorang saintis tetapi seorang padri?"
"Saya tidak akan mengambil kira kebiadapan awak dalam cahaya perbincangan filosofi kita. Sudahkah awak selesai?" kata professor tersebut. "Jadi kamu tidak menerima kod moral Tuhan berhubung kait dengan kebenaran?" "Saya percaya kepada apa yang ada dalam ilmu sains."
"Ahh! SAINS!" pemuda muslim itu mengerutkan wajahnya. "Tuan, tuan telah berkata bahawa sains adalah satu kajian dalam memerhati fenomena. Sains juga adalah satu premis yang meleset..."
"SAINS MELESET...?" Tanya professor. Keadaan kelas tersebut menjadi riuh rendah. Pemuda muslim tersebut masih berdiri.
"Untuk meneruskan fakta yang yang tuan berikan kepada kami sebelum ini, izinkan saya membawa satu contoh tentang apa yang saya maksudkan." Professor tersebut terdiam dan pemuda muslim itu melihat di sekeliling kelas. "Pernahkah sesiapa di dalam kelas ini melihat angin, Oksigen, molekul, atom, otak professor?"
Seluruh pelajar tergelak. Pemuda muslim menunjuk ke arah professornya. "Pernahkah sesiapa di sini yang pernah mendengar otak professor... merasa otak professor, menyentuh otak professor atau menghidunya?"
Ternyata tiada seorangpun yang pernah melakukannya. Pemuda muslim tersebut mengoyangkan kepalanya dalam keadaan sedih. Ternyata tiada seorangpun di sini mempunyai persepsi dari segi deria tentang otak professor. Jadi, menurut undang-undang protokol empirikal, testable, demonstrable, sains, SAYA MENGISYTIHARKAN bahawa professor TIDAK BEROTAK." hahahahahhaaaaa
SEKARANG ADALAH PELUANG SETIAP ORANG UNTUK MEMPELAJARI TENTANG ISLAM, TENTANG TUHAN, TENTANG TUJUAN kewujudan, penciptaan dan kehidupan, TENTANG PARA NABI DAN TENTANG KITAB SUCI, TERUTAMANYA AL-QURAN. KEMUDIAN MENJADI PILIHAN KAMU UNTUK MENJADI SEORANG ISLAM ATAU TIDAK. ALLAH BERFIRMAN DI DALAM AL-QURAN: TIADA PAKSAAN DI DALAM AGAMA"
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [AL-BAQARAH: 256]
Pemuda muslim tersebut duduk ... kerana itulah tujuan kerusi dicipta!!!
Raihan terbang semakin tinggi
KUMPULAN nasyid Raihan kini kurang mendapat liputan media tempatan namun itu tidaklah bererti bahawa kumpulan yang telah melakar pelbagai sejarah industri hiburan ini tunduk kepada kehadiran kumpulan-kumpulan nasyid lain mahupun populariti genre muzik yang pop yang lebih digemari oleh masyarakat tempatan. Bukan tidak inginkan liputan media tempatan tetapi Raihan yang kini dianggotai oleh Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim, Amran Ibrahim dan Zulfadli Mustaza, memang jarang dapat memenuhi undangan wawancara bersama media kerana sibuk dengan jadual persembahan yang kebanyakannya di luar negara. Misi berdakwah melalui lagu-lagu nasyid mereka kini dikembangkan ke seluruh pelusuk dunia termasuklah di benua Afrika dan Eropah. Pada awal tahun ini, mereka kerap berulang alik ke Indonesia dan Thailand demi memenuhi permintaan peminat-peminat setia mereka di sana. Raihan turut memasyurkan namanya di Perancis (Foto dari fail Raihan) Di Indonesia contohnya, Raihan bertapak kukuh di jiwa peminat negara itu bila mana hampir setiap dua bulan mereka akan menjejaki ke seluruh pelusuk Indonesia termasuklah Sumatera, Jawa, Sulawesi, Batam, Riau dan lain-lain. Malah setiap kali menjelang bulan Ramadan, Raihan terus sahaja sibuk dengan undangan persembahan konsert dan rancangan televisyen Indonesia. Persiapan telah dibuat untuk Raihan ke sana selama lebih seminggu bermula minggu kedua Ramadan, Raihan akan menghiburkan penonton melalui Rancangan TV Indosiar, NTV7, TransTV, RCTI, SCTV dan Lativi. Di akhir minggu tersebut, Raihan akan bersama Opick (pencipta lagu Dealova) mengadakan sebuah konsert secara besar-besaran di kota Jakarta. Tidak hairanlah bilamana judul lagu-lagu Raihan menjadi tajuk bagi beberapa drama dan rancangan televisyen di Indonesia. Di kala artis-artis Malaysia yang lain cuba memasuki pasaran Indonesia, Raihan sudahpun menguasai bukan sahaja peminat peminat nasyid di sana malah muncul di kaca televisyen mereka. Begitulah yang penulis dapat katakan mengenai kesibukan kumpulan nasyid yang banyak menempa anugerah bagi kategori lagu nasyid sebelum ini setelah menyelesaikan konsert Sounds of Light di Australia pada bulan lepas. Selama 11 tahun menceburi bidang seni muzik ini, Raihan bukan sahaja dikenali di kalangan masyarakat Malaysia, Indonesia dan Australia malah mereka telah 'melebarkan sayap' di Hong Kong, Perancis, Russia, United Kingdom, Kuwait, Dubai, Kanada, Afrika Selatan dan Trinidad &Tobago. Begitu juga dengan Thailand, negara gajah putih ini sudah tidak menjadi asing lagi bagi mereka. Jika sebelum ini mereka tertumpu hanya di Selatan Thailand, setelah berlaku pergolakan di daerah terbabit, ianya tidak sedikit pun mematahkan semangat peminat Raihan di Thailand. Ini terbukti bila mana beberapa siri persembahan Raihan telah dianjurkan di Phuket, Nakhon Sitammarat dan Satun selepas di Bangkok kebelakangan ini. Malah pada bulan puasa ini juga Raihan akan mengisi beberapa rancangan televisyen Thailand sempena siaran bulan tersebut. Tidak lama dahulu Raihan juga pernah terlibat dalam pembikinan klip video lagu-lagu mereka versi Bahasa Thai demi memenuhi pasaran masyarakat Islam di sana. Aktiviti Raihan tidak terhenti di situ sahaja, penghujung tahun ini mereka telah dipelawa untuk ke Kanada, Amerika Syarikat dan Amerika Latin dalam siri konsert mereka di bumi Amerika Utara itu. Raihan ketika menjalani pengambaran klip video di Kanada (Foto dari fail Raihan) Bersempena dengan Historical Month of Islam anjuran Canadian Islamic Congress pada Oktober nanti , Raihan telah mendapat jemputan dari Malaysia High Commission of Canada yang berpusat di Ottawa sebagai sumbangan negara terhadap program tersebut. Raihan turut terlibat dengan artis dari negara lain dalam program Celebrity Tour di bandar Ottawa, Toronto dan Montreal. Dimaklumkan, pihak High Commission Malaysia akan menyediakan tempat tinggal, makanan dan perjalanan dalam negeri semasa Raihan di sana. Program itu tentu sekali akan lebih berjaya sekiranya ada pihak yang sanggup membiayai perjalanan pergi balik Raihan ke Kanada itu sebagai sumbangan demi mengharumkan nama negara. Seterusnya Raihan akan terus ke Amerika Syarikat bagi memenuhi acara Eid Celebration di New Jersey. Setelah itu Raihan akan terbang ke Trinidad & Tobago buat kali kedua dalam rangka konsert di Pulau Caribbean itu. Pihak penganjur juga merancang untuk mengadakan konsert di Surinam dan Venezuela buat kali pertama di negara tersebut. Menyentuh tentang dunia lakonan, Raihan juga sedang dalam proses menjayakan filem terbaru Majid Majidi, pengarah yang terkenal dengan filem Story of the shoes. Filem yang mendapat kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) akan melalui proses perbincangan apabila Majid datang ke Malaysia sempena Festival Filem Kuala Lumpur pada bulan November depan. Malah pada pertengahan tahun 2008 pula Raihan telah diintai oleh beberapa penganjur “world music tour” bagi jelajah Afrika Utara yang merangkumi negara-negara Maghribi, Algeria, Mauritania,Tunisia, Libya dan Mesir. Penjelajahan Raihan pada masa akan datang ini pastinya 'membuahkan' banyak pengalaman yang menarik kepada kumpulan yang telah melahirkan 10 buah album itu. Antara pengalaman bermakna di awal kemunculan mereka ialah bertemu dengan Prince Charles di Scotland pada tahun 1997, Ratu Elizaberth sempena Sukan Komanwel di Kuala Lumpur pada tahun 1998 dan berduet dengan Yusuf Islam dalam lagu God Is The Light petikan dari album kedua, Syukur. |
Kemerdekaan dan kebebasan menurut Islam
Ustaz Zaini Hashim | |
SYEIKH Ahmad Khadrawaih ada menegaskan: “Kesempurnaan dalam pengabdian, diperolehi pada kebebasan (kemerdekaan) dan kesempurnaan kebebasan itu tercapai dalam pengabdian.” Firman Allah SWT yang disebut dalam ayat 34 surah an-Naml bermaksud: “Dia (Puteri Balqis) berkata: Sessungguhnya raja-raja (istilah hari ini diertikan sebagai golongan penjajah) apabila memasuki sesebuah negara, pasti mereka akan merosakkannya dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina dan demikian pulalah yang akan mereka lakukan.” Jelas menunjukkan bahawa, bukanlah kebebasan (kemerdekaan) seperti yang digambarkan oleh segelintir manusia, iaitu bebas daripada belenggu penjajahan, atau bebas dengan melakukan apa sahaja yang keji dan mungkar untuk memenuhi ruang nafsu, tetapi kebebasan yang sempurna kadang-kadang tercapai dengan menahan sesuatu. Apa yang diutarakan oleh ayat al-Quran dan pandangan Syeikh Ahmad di atas memang jelas berlaku kepada para pemimpin negara yang pernah dijajah oleh para penjajah suatu ketika dahulu seperti Britain, Belanda, Perancis, Itali, Jerman dan sebagainya tidak akan meninggalkan negara yang dijajah, melainkan mereka berpuas hati mendapati ada segelintir daripada penduduknya yang sanggup untuk meneruskan sistem sekular yang memisahkan antara agama dan politik. Perkara ini jelas terjadi di India dan di tanah air kita sendiri yang bernama Malaysia tercinta, di mana sistem tersebut masih mengguna-pakai pemisahan antara agama dan politik, seolah-olah bab agama hanya boleh diceritakan orang di dalam masjid-masjid sedangkan masalah pula ditadbir oleh mereka yang rakus untuk mengaut keuntungan tertentu dan bukannya berkhidmat untuk rakyat. Perkara ini terjadi akibat tidak ada penyatuan antara agama dan politik. Percambahan program maksiat untuk memenangi hati pengundi Bagi mengekalkan kuasa agar diri para pemerintah disukai dan diterima oleh sebahagian besar rakyat khususnya dalam pilihan raya, pelbagai program sebelum pilihan raya dalam tempoh lima tahun itu diisi seolah-olah untuk memberitahu rakyat bahawa hiburan sangat penting bagi meringankan bebanan mereka yang penat bekerja. Justeru, penganjuran program-program realiti seperti Akademi Fantasia (AF), Malaysian Idol, So U Think U Can Dance, One In A Million, Bintang RTM, Bintang Kecil, Anugerah ERA, Anugerah BPBH, Anugerah Skrin dan Anugerah Seri Angkasa dan yang sejak akhir-akhir ini tidak dapat dihitung dengan jari sepuluh. Kenapa boleh terjadi demikian? Imam at-Tabari ada menegaskan dalam kitabnya ‘Tarikh at-Tabari’ atau Tarikh al-Umam wal Muluk mengenai satu pendapat daripada seorang sahabat yang menyebut “Rakyat (orang ramai) bergantung kepada (pegangan) agama para pemimpin mereka.” (maaf tidak dapat catat juzuk dan mukasurat, sebab masih ingat fakta ketika belajar dahulu sedangkan kitabnya tidak ada dalam simpanan). Imam at-Tabari membandingkan corak pemerintahan di kalangan tiga orang khalifah pada zaman empayar Bani Umaiyah, iaitu khalifah yang keenam Al-Walid bin Abdul Malik, ketujuh Sulaiman bin Abdul Malik dan kelapan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Pada zaman pemerintahan al-Walid lebih menekankan persoalan pembangunan yang akhirnya mempengaruhi kehidupan rakyat yang juga bercakap mengenai pembangunan, kemudian berikutnya begitu juga sampailah ke zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz yang lebih menekankan aspek agama hingga rakyat suka bercakap tentang isu agama. Apa yang dapat diambil kesimpulan, bahawa para pemerintah di beberapa negara yang pernah dijajah, akan mengikuti telunjuk tuannya hingga Islam bukan lagi faktor penting untuk diketengahkan kepada rakyat, kalau dibincangkan tentang Islam pada perkara yang remeh-remeh sahaja, tetapi dalam perkara pelaksanaan hukum Islam ditutup perbincangannya kerana dikhuatiri tidak menepati cita rasa rakyat pelbagai kaum. Justeru, para pemimpin yang amat mendalam minatnya pada hiburan atau sukan akan berusaha memperbanyakkan program hiburan seperti yang telah disebut di atas begitu juga aspek sukan yang mendapat di hati rakyat, mereka disogokkan dengan pelbagai anugerah sukan hingga lupa peranan mereka sebagai rakyat untuk mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi negara. Jadi tidak hairanlah jika rakyat bercakap tentang sukan atau hiburan kerana pemerintah juga suka bercakap mengenainya, akhirnya mereka semua tidak menjadi sebaik-baik umat yang dikeluarkan Allah buat umat manusia sejagat. Apa yang perlu diingatkan, bahawa sambutan perayaan ke-50 kemerdekaan negara tidak patut disambut dengan tarian, nyanyian, persembahan konsert dari golongan artis, kerana tindakan seumpama itu adalah hasil reka cipta penjajah, yang lebih malang lagi pihak penganjur dan yang memberi izin penganjurannya akan didakwa di mahkamah Allah pada hari Kiamat. Apa kemerdekaan atau kebebasan yang dianjurkan Islam? Walaupun Islam telah memperkenalkan konsep kebebasan beragama, berfikir, berpolitik dan sebaginya, ia bukan bermakna memberikan kebebasan sepenuhnya hingga manusia menentang Allah secara terbuka. Namun kemerdekaan dan kebebasan sebenarnya ialah manusia itu mampu untuk menyempurnakan pengabdiannya kepada Allah tanpa sebarang campurtangan manusia yang menyekat kebebasannya untu berbuat demikian, dengan lain perkataan, seseorang itu dapat serta mampu melakukan segala aktiviti hariannya yang berasaskan pengabdian serta ibadat kepada Allah tanpa sekatan, halangan ataupun kongkongan. Apabila suasana seumpama ini berlaku pada diri seseorang itu, maka apa yang dilakukannya tidak lain ialah untuk menjadikan dirinya terbaik di sisi Tuhannya, kerana ia dilakukan atas kehendak diri sendiri secara bebas dan merdeka, umpama orang yang merdeka daripada belenggu perhambaan, dia akan rasakan bahawa dunia ini adalah segala-galanya. Justeru, apa makna merdeka jika perangai, fahaman, cara hidup, cara berfikir, berpakaian, cara pentadbiran negara tidak selari dengan kehendak hukum Allah SWT, umpama hukum zina bagi orang yang telah berkahwin direjam sementara yang belum berkahwin disebat, tetapi hukum-hukum tersebut digantikan dengan denda atau penjara, maka sudah pasti manusia tidak akan merasa merdeka kerana membelakangkan peraturan sebenar yang dicipta oleh Allah buat mereka. – lanh |
Ibu Azlina mohon umat Islam doa, solat hajat buat anaknya
Ibu Azlina Jailani (Lina Joy) merayu umat Islam seluruh negara supaya terus melakukan solat hajat dan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya anaknya itu kembali semula ke pangkuan Islam. Berucap dalam keadaan sedu sedan dan suara tertahan-tahan ibu Azlina yang uzur itu dengan menitiskan air mata berharap sangat supaya anaknya itu kembali kepangkuan Islam. “Sebagai ibu, saya merasa sangat sedih dengan keadaan yang berlaku kepada anak saya itu,” katanya di Forum Islam dan Cabaran Masa Kini di Malaysia’ anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) yang dihadiri oleh beribu-ribu umat Islam di Majlis Al-Falah USJ 19 Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini. Kata ibu Azlina, dia sendiri tidak tahu di mana anaknya itu berada sekarang kerana beliau hanya berjumpa anaknya lebih setahun lalu. Forum tersebut disertai oleh Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz, Azmi Abd Hamid (Teras) sebagai pengerusi, Yusri Mohd (Abim), Zainur Zakaria (Peguam Pembela Islam), Prof. Dr. Abd Aziz Bari (pensyarah undang-undang), Dato’ Mustafa Ma (Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia). Turut berucap peguam Pawanchik Marican. Bapa saudara Azalina yang turut berucap di majlis tersebut memberitahu bahawa sudah banyak usaha dilakukan oleh keluarga dan pelbagai pihak untuk mengembalikan Azalina kepangkuan Islam, tetapi setakat ini belum berjaya. Bagaimanapun usaha ini perlulah diteruskan. Katanya, Azalina, dibaptiskan di ebuah gereja di Kuala Lumpur sejak beberapa tahun lalu. Bagi pihak keluarga Azlina, katanya, beliau mengucapkan terima kasih terhadap umat Islam yang selama ini berdoa dan menyatakan simpati kepada keluarganya. Yusri dalam ucapannya berkata, keputusan mahkamah baru-baru ini yang tidak membenarkan nama Islam dipotong dalam kad pengenalan Azlina memang disambut baik. Namun katanya, cabaran belum berakhir dan kita akan terus menerus berusaha supaya Azlina akan kembali kepada Islam. Zainur Zakaria yang berucap dengan suara tegas berkata, kini umat Islam dicabar sedemikian rupa, justeru itu umat Islam mestilah waspada dan berusaha keras memelihara akidah dan mempertahankan kemuliaan agama Islam dari dicabar. Dato’ Mustafa Ma pula mengingatkan umat Islam supaya mengertikan benar-benar tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah dan mematuhi semua hukum-hakam Islam. “Kita semua adalah Abdul Allah, iatu hamba Allah dan mestilah mematuhi perintah Allah. Memang tidak ada paksaan seseorang memeluk Islam, tetapi apabila menganut Islam, mereka mestilah mematuhi sepenuhnya hukum Islam dan tidak semudah itu boleh keluar masuk Islam,” katanya, Prof Dr Abdul Aziz Bari mengingatkan umat Islam supaya mengkaji sedalam-dalamnya segala tafsiran mengenai Islam dalam Perlembagaan Malaysia supaya mereka benar-benam mengetahui kedudukan agama Islam di tanah air kita. “Umat Islam kini sedang menghadapi cabaran berat, dari itu kita mestilah sentiasa waspada dan berusaha mempertahankan Islam,” katanya. Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz pula mengingatkan umat Islam, khususnya para ibu bapa supaya mengawasi benar-benar anak-anak remaja mereka, mengawasi kawan-kawan mereka, pergaulan mereka, kenalan mereka dan memberikan didikan agama yang sempurna kepada mereka supaya remaja mereka tidak terjebak dengan perangkap musuh Islam. Ibu Azlina yang datang bersama keluarganya sentiasa dikerumuni para jamaah, menyatakan sipmati terhadap apa yang dialaminya dan keluarganya. Selepas majlis forum tersebut, para hadirin menunaikan solat hajat berimamkan Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz. |
KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT
Oleh: Ismail Abu Bakar
Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir
ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan
termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan
internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah
menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.
Pernahkah kita terfikir dengan satu KLIK sahaja akan menyebabkan
mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari
kiamat.
Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis
Sahih berikut.
Mafhumnya::
Ibnu Masud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : Tiada suatu jiwa
yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama
dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia
yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.(Diriwayatkan oleh
Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil
terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin
dengan kembarnya yang lebih cantik.
Mafhumnya:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang
mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala
(sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun
dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka
menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak
mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam
Muslim)
Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan
berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita
ambil iktibar dari kisah berikut.
Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima
bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan
komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja
seharian.
Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap
hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah.
Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu
kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email.
Dia mempunyai email group dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di
dalam emailgroup tersebut. Sekali menghantar email, dia akan
menghantar kepada emailgroup tersebut.
Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang
diterima daripada rakan yang lain ke emailgroup. Di antara kandungan
email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video
klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam
periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya
adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan
melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam
Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan
kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.
Di dalam Islam telah sepakat ulama bahawa hukum melihat gambar-gambar
lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram
serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.
Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa
kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar
tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua
kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan
Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap
kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack
1+50 = 51.
Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10
orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi
1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi
kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi
1+50+500+5000=5551. Begitulah seterusnya.
Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan
berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang
cyber hingga hari kiamat.
Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada
Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka
dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat.
Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim
sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang
terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?
Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack
telah sempat bertaubat, insyaAllah dosa manusia terus dengan Allah,
seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan
tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan
tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang
menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun
dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak
mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga
kiamat kelak.
Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali
klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.
Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah
berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang
mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera
dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan
benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.
Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim
supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.
Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai
oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti
mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.
Wallahhualam
*Sampaikan kepada teman-teman supaya tidak menjadi seperti Zack
Subscribe to:
Posts (Atom)