adsense

18 August, 2007

Mangsa rentung simpan rahsia 11 tahun



Sekadar nk berkongsi kisah..bukannya nak cerita keburukan Arwah.. akhirnya dh trjawab knape gaji ALlahyarham sbyk RM 1800 tu x cukup..upernyer dia menanggung 2 keluarga..subhanALlah..kebenaran walaupun pahit harus jua di telan..

Alfatihah untuk Arwah


Oleh Mohd Roji Abdullah


Isteri kedua buat pendedahan demi 3 anak


BATU PAHAT: Seorang wanita mendakwa dirinya adalah isteri kedua lelaki yang rentung bersama pasangannya serta tiga anak mereka dalam kebakaran ngeri di Kampung Tengah, Kluang, Khamis minggu lalu.



Roslin Husin, 38, pekerja kilang, mendakwa berkahwin dengan Kasmuri Jasman, 49, 11 tahun lalu dan dikurniakan tiga anak iaitu, Fara Natasha Kasmuri, 9, Saiful Izuddin, 7 dan Muhaizad, 4.



Katanya, beliau bernikah dengan Kasmuri di Rengit pada 1996, tetapi perkahwinan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga suami dan isteri pertamanya.



"Empat anak tiri saya juga mengetahuinya apabila saya melihat jenazah suami di Rumah Mayat Hospital Kluang, Khamis lalu. Ketika itu mereka juga terkejut tetapi kini mereka faham dan sudah menerima saya.



“Bagaimanapun saya bimbang keluarga isteri pertama arwah suami masih tidak dapat menerima kenyataan ini," katanya yang ditemui di rumahnya di sini malam kelmarin.


Roslin enggan mendedahkan maklumat terperinci perkahwinannya dengan Kasmuri sejak 11 tahun lalu kerana tidak mahu mewujudkan perselisihan faham dengan keluarga isteri pertama arwah suaminya.


Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno Cawangan Taman Mutiara, Huzaimee Zainni berjaya memujuk Roslin untuk mendedahkan kisahnya kepada Berita Harian.


Roslin yang bekerja di kilang plastik di Sri Gading berkata, pendedahannya bukan bertujuan untuk meraih simpati, sebaliknya demi tiga anaknya yang masih kecil.


Fara Natasha dan Saiful Izuddin masing-masing belajar dalam Tahun Satu dan Tiga di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gading, manakala Muhaizad akan memasuki prasekolah tahun depan.


"Saya tidak bermaksud mengeruhkan keadaan tetapi saya berharap semua pihak menerima kenyataan ini sebagai suratan takdir," katanya yang kini menetap di Taman Mutiara, Sri Gading.


Sementara itu, Huzaimee berkata, beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan itu kerana mahu nasib tiga anak Allahyarham Kasmuri yang masih kecil itu turut mendapat pembelaan.


"Saya kenal Allahyarham kerana beliau selalu balik ke sini (Taman Mutiara) dan penduduk di sini simpati nasib anak-anaknya yang masih kecil. Selagi nasib mereka tidak didedahkan kepada media, mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya," katanya.

ArrowSource

Moral: Jangan nikah senyap-senyap. Akhirnya terbongkar jua

No comments:

Blog Widget by LinkWithin