adsense

20 December, 2007

Google HQ



Google,syarikat gergasi di dunia internet adalah sebuah syarikat idaman bagi kebanyakan pekerja di bidang IT, lihatlah di gambar ini bagaimana Google menyediakan ruang kerja yang selesa dan memberi keutamaan kepada kebajikan pekerjanya

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Banjir Gelombang Kedua



Jabatan Metreologi Malaysia telah melabelkan Johor Utara di beri amaran peringkat merah pada 21hb. Disember 2007 dan dijangka BANJIR GELOMBANG KEDUA akan berlaku!!

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH)

Dikemaskini pada: 11.55 pagi 20/12/2007

Hujan sederhana kadangkala lebat yang berlaku di Johor Utara dijangka berterusan sehingga Jumaat, 21 Disember 2007.


KRITERIA BAGI MENGELUARKAN AMARAN ANGIN KENCANG
DAN AMARAN HUJAN LEBAT KE SEDERHANA

Ia wujud dengan / tanpa ribut tropika / taufan di Malaysia (di lingkungan sekitar 200 batu nautika)

Kemungkinan berlaku luruan monsun dalam tempoh 24-48 jam.
n

Hujan monsun sederhana sedang berlaku untuk beberapa jam akan datang.
Sistem tekanan rendah/lekukan tropika dengan kelajuan angin 50-60 kmsj disertai hujan sederhana menjadi lebat.
Banjir di kawasan rendah dan tebing sungai.
Angin kencang dengan kelajuan angin 50-60 kmsj (pokok bergoyang, apabila berjalan melawan angin berasa tidak selesa) dengan hujan renyai menjadi sederhana dan akan bertahan sehingga 2 jam.
Bumbung rumah boleh diterbangkan angin.

Hujan monsun yang lebat dan meluas berlaku atau dijangka berlaku dalam beberapa jam akan datang.
Ribut tropika/taufan dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60 kmsj disertai hujan sederhana menjadi lebat.
Banjir berlaku di kawasan rendah dan tebing sungai.
Arus deras boleh membahayakan kanak-kanak yang bermain berdekatan dengan longkang besar dan tebing sungai.
Angin kencang dengan kelajuan sekurang-kurangnya 60 kmsj (dahan sekah, biasanya menghalang pergerakan yang menentang arah angin, berlaku kerosakan struktur) dengan hujan sederhana menjadi lebat dan bertahan sehingga 2 jam.
Bumbung rumah boleh diterbangkan angin.

Source

Umi Azlim Diumpan Iklan Internet Dengan Bayaran Lumayan



Oleh Tham Choy Lin

GUANGZHOU, 20 Dis (Bernama) -- Umi Azlim Mohamad Lazim yang dijatuhi hukuman mati kerana menyeludup dadah di selatan China, memberitahu ibu bapanya bahawa dia diumpan oleh iklan internet yang menawarkan bayaran lumayan untuk menjadi penghantar barang.

Mohamad Lazim Jusoh dan isteri Umi Slaia Ibrahim menemui anak sulung mereka selama 30 minit di pusat tahanan di kota pelabuhan Shantou yang terletak kira-kira sejam penerbangan dari Guangzhou, iaitu ibu negara wilayah Guangdong.

"Lega dan suka saya kerana tahu anak sihat dan dia pun sudah pandai bercakap bahasa Cina dan mengajar bahasa Inggeris kepada yang lain.

"Dia kata dia sudah biasa dengan keadaan di situ," kata Umi Slaia.

Kedua-dua ibu bapa Umi Azlim tiba di Guangzhou semalam dan meneruskan perjalanan dengan penerbangan ke Shantou hari ini, diiringi oleh naib konsul Haniah Mohd Adenan dari Pejabat Konsulat Malaysia di Guangzhou.

Dalam pada itu, Mohamad Lazim berkata anaknya tidak mengetahui tentang kedatangan mereka dan agak terkejut semasa bertemu sambil terus memeluk mereka serta memohon maaf.

"Saya kata sabar sabar kerana benda dah berlaku, kalau menangis darah pun tak ada gunanya," katanya.

Ibu bapa Umi Azlim membawa sebuah beg berisi makanan kegemarannya iaitu sambal daging, keropok ikan, mini popiah goreng dan biskut tetapi makanan itu tidak dapat diberikan kerana peraturan penjara melarangnya.

Bagaimanapun, mereka memberi wang 300 yuan (RM150) kepada Umi Azlim dan mendapat resit daripada pihak penjara.

Mohamad Lazim berkata semasa pertemuan itu mereka tidak membincangkan tentang kes penyeludupan Umi Azlim, yang mengaku bersalah terhadap tuduhan menyeludup 2.983 kg heroin di Lapangan Terbang Shantou pada 19 Jan tahun ini.

Pada Mei lepas, Umi Azlim, 24, telah dijatuhi hukuman mati dengan kebenaran membuat rayuan dalam tempoh dua tahun.

"Tujuan saya datang ini bukan itu atau mencari penyelesaian tapi nak tengok anak. Sudah setahun kami tidak bertemu dengannya. Kami sedih juga tapi dapat bertemu pada Aidiladha ini mujur berkat doa dan sembahyang hajat.

"Tetapi Umi (Azlim) ada memberitahu bahawa seorang rakan merujuk beliau kepada iklan internet yang menawarkan bayaran tinggi untuk menghantar barang," katanya.

Umi Azlim, yang menamatkan pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Sains Biologi September tahun lepas, telah membuat pasport antarabangsa pada bulan berikutnya sebelum ke China.

Ditanya mengenai langkah seterusnya, Mohamad Lazim berkata mereka akan pulang ke Kelantan untuk berbincang mengenai cara mendapatkan khidmat peguam warga China bagi membantu membuat rayuan terhadap kes anaknya itu.

Mohamad Lazim ialah seorang bekas anggota tentera dan kini bekerja sebagai mekanik di syarikat EON.

Beliau dan isteri dijadual pulang ke Malaysia Sabtu ini.

-- BERNAMA

Batu menyerupai wanita



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Beautiful birds



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

11 laman web menghasut, lucah disekat


KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 laman web dan blog berunsur hasutan dan lucah telah disekat daripada diakses oleh pengguna internet di negara ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Ruddin Abdul Ghani berkata selain menyekat laman web dan blog tersebut kementerian juga telah mengatur program jangka panjang dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia untuk mempertingkatkan kesedaran keselamatan siber kepada pengguna.
"Sebagai permulaan laman web www.esecurity.org.my dilancarkan baru-baru ini," katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Armani Mahiruddin.
Mohd Ruddin berkata untuk melaksanakan sekatan terhadap blog tidak terlalu sukar berbanding sekatan terhadap emel yang mudah didatangi iklan atau bahan-bahan berunsur lucah.
"Belum ada satu mekanisme khusus untuk melihat atau memantau emel memandangkan terdapat berjuta-juta emel," katanya.
Mohd Ruddin berkata setakat ini juga kementerian belum ada sebarang kajian sejauh mana kemudahan teknologi maklumat sekarang memberi kesan kepada akhlak remaja. BERNAMA

Yuran sekolah



Yuran sekolah percuma?

 dipetik: safuan.blogspot.


RAKAN pejabat saya Pendi merungut mengenai bayaran-bayaran perlu sempena musim persekolahan yang akan bermula bulan depan. Dalam keadaan kos sara hidup yang kian meningkat, belum lagi ada tanda-tanda pihak majikan akan memberikan ¡advance¢ bonus seperti tahun-tahun yang lalu.


Dan menurut sumber lain, memang tahun ini sudah tidak ada lagi ¡advance¢ bonus seperti amalan yang sudah-sudah. Memang perit.


Pendi yang cacat penglihatannya sejak berusia 8 tahun itu bercerita yang mana beliau beberapa hari yang lalu pergi ke sekolah anaknya untuk urusan persediaan persekolahan 2008.


Katanya beliau sempat berjumpa dengan seorang guru sekolah tersebut dan mendapat beberapa penjelasan.


Antaranya beliau telah dimaklumkan mengenai yuran dan bayaran perlu untuk anak beliau. Guru sekolah itu pulak sinis berkata tak banyak dan tak sampai seratus pun! Beliau agak terkejut, bukan ke Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri telah bentangkan dalam budget yang baru lalu bahawa yuran sekolah dihapuskan. Pendidikan kita adalah percuma! Tambah Menteri Pelajaran pulak.


Gegak gempita akhbar-akhbar utama negara membuat liputan luar biasa betapa pendidikan kita adalah percuma.


Takkkkkkkk.....kata guru tu. Yuran yang dihapuskan tu hanyalah RM4.50 sahaja, katanya. Geleng kepala saya, kata Pendi sambil terdengar guru tu seperti ketawa kecil.


Walaupun saya turut tergelak dengar cerita Pendi, tetapi otak saya ligat mengira-ngira berapakah pulak belanja buka sekolah untuk anak saya yang 5 orang ni nanti bulan depan!

Rayuan sumbangan kepada mangsa banjir



 Jabatan Amal Malaysia hari ini menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang perihatin khususnya kepada yang tidak terlibat dengan bencana banjir agar dapat menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda di tiga buah negeri yang agak teruk ketika ini iaitu Johor, Pahang dan Kelantan.


Menurut Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Ustaz Jamsari Marsom (gambar), setakat ini Jabatan Amal Malaysia telah menyeru kepada seluruh Jabatan Amal Negeri minggu lalu melalui khidmat pesanan ringkas (sms) agar membentuk pasukan misi bantuan Unit Amal yang boleh dihantar untuk menjalankan operasi bantuan di tiga buah negeri ini.


Menurut Ustaz Jamsari lagi, setakat ini beberapa negeri telah menghantar pasukan untuk bantuan peringkat pertama iaitu bantuan makanan, pakaian dan kewangan. Beberapa buah bot juga telah dibawa untuk misi menyelamat serta mengahantar bantuan makanan kepada penduduk yang tidak berpindah ke pusat pemindahan. Untuk bantuan peringkat kedua pula, pasukan Unit Amal akan dihantar bagi kerja-kerja pembersihan kawasan rumah serta tempat-tempat awam.


Berdasarkan laporan yang diterima daripada Jabatan Amal Negeri Kelantan, Johor dan Pahang, semua anggota Unit Amal yang terlibat telah bertiungkus-lumus selama hampir dua minggu membantu menjejak serta memindahkan mangsa ke pusat-pusat pemindahan. Selain menyelamatkan mangsa banjir, mereka juga terpaksa menyelamatkan harta benda mereka serta rumah yang ditenggelami banjir.


Oleh yang demikian, Jabatan Amal Malaysia amat berharap kepada seluruh rakyat Malaysia yang perihatin agar dapat menghulurkan sumbangan kewangan kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat serta sumbangan makanan untuk disampaikan kepada mangsa banjir. Selain daripada itu, kepada golongan korporat, Jabatan Amal Malaysia mengharapkan sumbangan untuk membeli beberapa peralatan seperti sampan sepanjang 15 kaki sebanyak 10 buah yang berharga RM 1,900.00 sebuah, serta penyembur air berkuasa tinggi (waterjet pump) sebanyak 15 buah yang berharga RM 700.00 sebuah. Kepada pihak yang sudi menderma, Jabatan Amal Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih.

==========================================

Bagi sumbangan kewangan samada tunai atau melalui cek bolehlah dimasukkan kedalam akaun Bank Islam atas nama :

JABATAN AMAL MALAYSIA No. akaun 14014010133669


(maklumkan sumbangan anda kepada Pengarah Kewangan Jabatan Amal Malaysia Sdr Mohd Hafiz Musa : 019-9817327)


Selain daripada itu, sumbangan kewangan dan makanan juga boleh diserahkan kepada Jabatan Amal Negeri-negeri seperti berikut :

01) Saripuddin (Pengarah Unit Amal W.Persekutuan) 019-3638570
02) Hj Aszmi Anuar (Pengarah Unit Amal Selangor) 019-2568820
03) Mohd Sufian (Pengarah Unit Amal N. Sembilan) 013-3589328
04) Norkhalim Hj Sakib (Pengarah Unit Amal Johor) 019-7722300
05) Mohd Helmi (Pengarah Unit Amal Melaka) 019-3439034
06) Ust Zelani Nik Chik (Pengarah Unit Amal Kedah) 013-35191260
07) Zamarul Aini (Pengarah Unit Amal Perak) 019-5968786
08) Ust Rosmadi Ramli (Pengarah Unit Amal Perlis) 012-4554319
09) Norazman Ishak (Pengarah Unit Amal P.Pinang) 019-5057725
10) Ust Rosli Abd Jabar (Pengarah Unit Amal Pahang) 019-5057725
11) Ust Shaiful (Pengarah Unit Amal Terengganu) 019-9229158
12) Mohd Hafiz Musa (Pengarah Unit Amal Kelantan) 019-9817327

M.S Abu Sahid
Setiausaha
Jabatan Amal Malaysia

19 December, 2007

Muat turun Auto Wudhu'




CLICK HERE TO DOWNLOAD "AUTO WUDHU"

Muat turun Monalisa Round A World





CLICK HERE TO DOWNLOAD MONALISA WORLD TOUR

Perhimpunan umat Islam!!penting!!



ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !
PENTING !
INI BUKAN KHABAR ANGIN LAGI
SEBARKAN KEPADA SEMUA MELAYU
PERTUMPAHAN DARAH AKAN BERLAKU
PADA 20HB DISEMBER 2007
SEMUA ORANG ISLAM DIMINTA HADIR
MEMBAWA PARANG, PISAU & APA SAJA
;
;
;
;
;
;
;
;

BERTEMPAT DI MASJID & SURAU SURAU ANDA
UNTUK IBADAH KORBAN
HE..HE..HE..
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
MAAF ZAHIR & BATIN
huhauhauhauhua.....jgn mare!

Kubur Yang Sexy



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Senator OKU pertama di Malaysia




Pada hari ini, Selasa, 18 Disember 2007, bertempat di Dewan Negara, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, Malaysia, telah tercatat suatu
sejarah yang tak mungkin
dapat dilupakan oleh semua orang kurang (kelainan) upaya di Malaysia. Loceng yang dibunyikan menandakan bermulanya sesi parlimen
hari ini di Dewan Negara
tepat jam 10:00 pagi membuka tirai catatan sejarah tersebut.

Sebaik sahaja Tuan Yang Dipertua Dewan Negara masuk dan mengambil tempat, doa pun dibaca oleh tuan setiausaha dalam keadaan semua
yang berada di dewan yang
mulia itu berdiri sambil mengaminkan.

Setelah selesai doa dibaca dan semua duduk, agenda pertama untuk sesi parlimen hari ini, iaitu angkat sumpah tiga orang senator yang
baru dilantik, terus
dimulakan.

Dua orang senator baru telah selesai mengangkat sumpah taat setia kepada kerajaan dan negara serta berjanji untuk mempertahankan
perlembagaan Malaysia.
Kini tinggal seorang senator lagi yang bakal melafaz ikrar dan sumpah taat setia beliau.

Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. Tuan setiausaha mengumumkan nama senator ketiga yang dilantik untuk berkhidmat selama
tiga tahun (maksimum)
-- Profesor Datuk Dr. Ismail Md Salleh! Seorang kurang upaya penglihatan yang sudah terkenal sejak lebih dua dekad yang lalu, Prof.
Datuk nampaknya telah
ditimpa tuah yang diiringi oleh tanggungjawab yang amat besar.

Prof. Datuk Dr. Ismail, dengan segala susah-payah dan sedaya-upayanya, melafazkan sumpah dan ikrar taat setia beliau. Dengan tangan
kanan yang biasa digunakan
untuk membaca braille diangkat separas bahu, tapak tangan dihalakan ke depan, layaknya seperti yang dilakukan oleh orang yang
berikrar, tangan kirinya
pula merayap-rayap membaca teks sumpah dan ikrar dalam tulisan braille, tersekat-sekat tetapi dengan penuh keharuan dan semangat
yang berkobar-kobar, lafaz
sumpah dan ikrar taat setia tersebut dilafazkan.

Lafaz sumpah dan ikrar taat setia seorang pemimpin dari kalangan orang kurang upaya akhirnya berkumandang juga di dewan tertinggi di
parlimen negara ini.
Terkabul juga keinginan dan cita-cita seluruh rakyat kurang upaya Malaysia untuk melihat ada di kalangan mereka yang diberi peluang
untuk berkumpul bersama-sama
para pemimpin lain dalam sebuah dewan yang mulia. Oh tuhan, tak tahu rasanya bagaimana caranya untuk kami mengucap dan menunjukkan
rasa syukur kami di
atas kurniamu yang terlalu besar ertinya buat komuniti OKU di Malaysia ini ...

Selesai sahaja sumpah dan ikrar dilafazkan, maka terdengarlah bunyi banyak sekali kamera dipetik berkali-kali, bagaikan semua
wartawan dan sesiapa sahaja
yang ada di situ tidak mahu melepaskan peluang mengambil gambar senator kurang upaya pertama di Malaysia ini sepuas-puasnya,
disusuli tepukan gemuruh para
senator di dewan yang mulia itu. Tidak terlalu berlebihan jika saya katakan bahawa di antara ketiga-tiga senator yang dilantik,
"senator buta" pertama
negara ini mendapat tepukan paling gemuruh dari para ahli Dewan Negara.

Orang-orang kurang upaya di negara ini mempunyai harapan dan cita-cita yang tinggi untuk melihat nasib mereka lebih terbela.
Harapan dan cita-cita yang
sudah sekian lama berputik itu akhirnya berbunga juga dengan perlantikan bersejarah ini. Dengan penerimaan watikah perlantikan ini,
maka Prof. Datuk telah
memberi isyarat supaya kita semua melangkah maju ke hadapan kerana perjuangan baru secara besar-besaran dan bermati-matian telah
bermula.

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Md Salleh, "hero" orang kurang upaya Malaysia
kerana usaha gigih yang
tidak mengenal jemu serta kebijaksanaan beliau dalam pelbagai hal telah membawanya ke puncak kecemerlangan dan kegemilangan.
Marilah kita sama-sama berikan
sokongan yang padu dengan penuh semangat dan kesyukuran, agar segala cita-cita orang kurang upaya yang murni akan tercapai jua
akhirnya.

Secara peribadi, sokongan saya telah saya berikan sekian lama. Tetapi, kerusi barisan paling belakang dalam Dewan Negara yang saya
duduki sebentar tadi,
kalau bisa berbicara, akan menjadi saksi bahawa sokongan saya mulai hari ini terhadap perjuangan orang-orang kurang upaya yang arif
lagi bijaksana di Malaysia
ini untuk keamanan, keharmonian, kemajuan, kecemerlangan dan kegemilangan kita bersama sudah terpateri kukuh, takkan dapat
tergoyahkan lagi.

Hanya satu pendirian saya yang menjadi bekalan dalam perjuangan ini: tidak ada kenderaan yang mampu bergerak tanpa alat dan tenaga
secukupnya yang membantu
ia bergerak. Takkan mampu sebuah enjin menggerakkan sebuah kereta dengan lancar dan selamat kalau kenderaan itu tidak dipasang
rodanya yang sentiasa berada
dalam keadaan baik.

Ayuh, bangun OKU! MASA UNTUK BERJUANG!!!

Sekian, terima kasih.

DYTM DPMM DAN YTM PENGIRAN ANAK ISTERI PENGIRAN ANAK SARAH & KID



Anak raja kita atau org besar-besar kita tak pernah nampak dokong anak
macam tu. Anak mau bagi pengasuh je jaga. Tapi yang ini dokong sambil
melawat, dokong sendiri pulak tu ..perlu di contohi
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

BERHATI-HATILAH SEMASA MEMANDU / MENUNGGANG SEMASA PULANG KE KAMPUNG



MUSIM MATI BERAMAI-BERAMAI SUDAH KEMBALI

Sebagaimana kita tahu dan sedari, setiap kali tiba musin perayaan, statistik kemalangan maut di Malaysia secara otomatik akan meningkat dengan mendadak.. saya sebagai salah seorang rakan cyber anda terlebih dahulu mengingatkan anda semua

-pastikan kereta / motosikal anda telah diservis
-semua part dlm keadaan sempurna untuk berfungsi..

bagi yg menunggang motosikal
- jgn lupa pakai riding gear yg sesuai (helmet/fullface/topi keledar, glove, jaket, pelindung mata dan boot/kasut tak kira perjalanan anda hanya 10 minit ataupun 10 jam..
- berhati-hati dengan pemandu 4 tayar
- jika menunggang motor waktu malam jangan lupa pakai vest yg ada pantulan cahaya demi keselamatan nyawa anda dan ingat lah org tersayang.
- jika hari hujan jgn tunggang laju

-tunggang/pandu secara berhemah...
remember speed kills... Full alert...
-dapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan (utk perjalanan yg melebihi satu jam)
-bertolak lebih awal (mengelakkan terburu-buru)
-kelajuan amat penting semasa di jalan/lebuhraya.. jgn terlaju laju atau terlalu perlahan.. pastikan bersesuaian
-berhenti rehat seketika jika merasa letih menunggang/memandu (selepas 2 jam menunggang/memandu tumpuan kita sudah hilang)

Last sekali...lesen, roadtax dan insurans...belum "expired"
Selamat Hari Raya Aidil Adha dari saya, (rakan cyber anda)

SEMOGA KITA SEMUA SELAMAT BALIK KAMPUNG DAN KEMBALI KE KOTA, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN TETAPI JANGAN SAMPAI ADA YANG TERKORBAN.

Blog Widget by LinkWithin