adsense

20 December, 2007

Banjir Gelombang Kedua



Jabatan Metreologi Malaysia telah melabelkan Johor Utara di beri amaran peringkat merah pada 21hb. Disember 2007 dan dijangka BANJIR GELOMBANG KEDUA akan berlaku!!

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH)

Dikemaskini pada: 11.55 pagi 20/12/2007

Hujan sederhana kadangkala lebat yang berlaku di Johor Utara dijangka berterusan sehingga Jumaat, 21 Disember 2007.


KRITERIA BAGI MENGELUARKAN AMARAN ANGIN KENCANG
DAN AMARAN HUJAN LEBAT KE SEDERHANA

Ia wujud dengan / tanpa ribut tropika / taufan di Malaysia (di lingkungan sekitar 200 batu nautika)

Kemungkinan berlaku luruan monsun dalam tempoh 24-48 jam.
n

Hujan monsun sederhana sedang berlaku untuk beberapa jam akan datang.
Sistem tekanan rendah/lekukan tropika dengan kelajuan angin 50-60 kmsj disertai hujan sederhana menjadi lebat.
Banjir di kawasan rendah dan tebing sungai.
Angin kencang dengan kelajuan angin 50-60 kmsj (pokok bergoyang, apabila berjalan melawan angin berasa tidak selesa) dengan hujan renyai menjadi sederhana dan akan bertahan sehingga 2 jam.
Bumbung rumah boleh diterbangkan angin.

Hujan monsun yang lebat dan meluas berlaku atau dijangka berlaku dalam beberapa jam akan datang.
Ribut tropika/taufan dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60 kmsj disertai hujan sederhana menjadi lebat.
Banjir berlaku di kawasan rendah dan tebing sungai.
Arus deras boleh membahayakan kanak-kanak yang bermain berdekatan dengan longkang besar dan tebing sungai.
Angin kencang dengan kelajuan sekurang-kurangnya 60 kmsj (dahan sekah, biasanya menghalang pergerakan yang menentang arah angin, berlaku kerosakan struktur) dengan hujan sederhana menjadi lebat dan bertahan sehingga 2 jam.
Bumbung rumah boleh diterbangkan angin.

Source

No comments:

Blog Widget by LinkWithin