adsense

20 December, 2007

Yuran sekolah



Yuran sekolah percuma?

 dipetik: safuan.blogspot.


RAKAN pejabat saya Pendi merungut mengenai bayaran-bayaran perlu sempena musim persekolahan yang akan bermula bulan depan. Dalam keadaan kos sara hidup yang kian meningkat, belum lagi ada tanda-tanda pihak majikan akan memberikan ¡advance¢ bonus seperti tahun-tahun yang lalu.


Dan menurut sumber lain, memang tahun ini sudah tidak ada lagi ¡advance¢ bonus seperti amalan yang sudah-sudah. Memang perit.


Pendi yang cacat penglihatannya sejak berusia 8 tahun itu bercerita yang mana beliau beberapa hari yang lalu pergi ke sekolah anaknya untuk urusan persediaan persekolahan 2008.


Katanya beliau sempat berjumpa dengan seorang guru sekolah tersebut dan mendapat beberapa penjelasan.


Antaranya beliau telah dimaklumkan mengenai yuran dan bayaran perlu untuk anak beliau. Guru sekolah itu pulak sinis berkata tak banyak dan tak sampai seratus pun! Beliau agak terkejut, bukan ke Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri telah bentangkan dalam budget yang baru lalu bahawa yuran sekolah dihapuskan. Pendidikan kita adalah percuma! Tambah Menteri Pelajaran pulak.


Gegak gempita akhbar-akhbar utama negara membuat liputan luar biasa betapa pendidikan kita adalah percuma.


Takkkkkkkk.....kata guru tu. Yuran yang dihapuskan tu hanyalah RM4.50 sahaja, katanya. Geleng kepala saya, kata Pendi sambil terdengar guru tu seperti ketawa kecil.


Walaupun saya turut tergelak dengar cerita Pendi, tetapi otak saya ligat mengira-ngira berapakah pulak belanja buka sekolah untuk anak saya yang 5 orang ni nanti bulan depan!

9 comments:

Anonymous said...

Tu la politik di msia,cakap gedegung gedegang....kitalah negara yang tak kena yuran didunia.masih ingat lagi masa masa Pak Dol cakap, tepuk tangan kaum kerabatnya bukan main kuat.Siap mentri pdidikan kata nak guna perkara ni nak lobi nak dapat post apatah.Nah lani apa ke jadahnya.Apa yg dihapuskan??Bagi yg tak paham,tentu goyangkaki la ingat tak payah bayark apa apa.Yang tak kena tu apa?Masa nak umum tu kena specify la betui2.....ni nak tunjuk gomen prihatin,nak gah,nak tunjuk lepa hebat bla bla bla.

Anonymous said...

Lani sapa yg susah..jenuh kementerian nak perbetui.
Ptadbiran sek lagi haru.mak bapak lepa kira nak free saja.Lani ada ka kjaan kata yg tak mampu, sek takleh paksa bayark yuran.Waris mana nak kata dia ada duit....bab nak bagianak sek waris2 memang berkira. Guru kelas lg kesian ... lepa nilah nak kena kutip yuran. Hujung tahun buat meeting kelas mana yuran tak penuh ,jadi tjwb guru..odit nak mai nanti dia query. Waris lani bukan nak bg kat sek utk pdidikn anak2 tp kalau boleh nak dpt lg dr sek.
Kwamp...berapa byk waris tipu pdptn.Padahal masa pyerahan cek,mai tak koman naik waja.Tanya anak dia kata tu mmg keta ayah dia.Mana nak berkat!!! Wahai waris bab yuran ni tak yah berkira..guru berkorban utk pljr,kadang anak sendiri pun takdan
tgok.

Anonymous said...

Itulah namamya KERAjaan p***m*k..
Cakap berbelit-belit dan akhirnya kita rakyat ni lah yg terbelit!!!!
Dia org lainlah...tak jadi kudis pun pada mereka...Ada tengok gaji menteri dan timbalan menteri dlm blog ni tak ?

Anonymous said...

Apalah salahnya bg pelajaran percuma pd rakyat. Takkan tak de duit kot? Antar angka sawan yg sorang tu boleh pulak ada berjuta2.

Anonymous said...

betul yuran hapus cuma rm4.50.

yg lain kena bayar lg tinggi dpd yang ada yuran. dan ada jenis2 pulak.

gonjeng said...

kan ke elok anak2 kita belajar kat sekolah free ajer, tak payah bayar apa2, lepas tu tak payah buat apa2 aktiviti kokurikulum, sebab sblm ni semua aktiviti bergantung kepada bayaran yuran awal tahun...
anak2 kita bila abis sekolah balik umah, boleh jadi mat rempit, minah rempit, bohsia, bohjan dan mcm2 lagi, cikgu2 plak abis sekolah boleh balik umah buat part time atau tdo...sebab sekolah dah kurang duit nak buat aktiviti, peruntukan dari kementerian hanya untuk aktiviti tertentu saja.....
knapa....tak percaya? tanya cikgu kau, cikgu bapak kau, cikgu mak kau....apa jawapan mereka....
yahoo....belajar free.....

Anonymous said...

Mengapa orang melayu kita ini masih lagi percaya kepada janji Pak Lah. Cakap Pak Lah tu hanya cakap politik yang tak boleh dipercayai - cakap untuk meraih undi. Kita ni sebenarnya dipermainkan dan diperbodohkan. Orang melayu masih tak serik, hanya jadi pak angguk. Orang politik ini bijak. bagi sikit ambil banyak. Cuma kita yang bodoh.

Anonymous said...

Gonjeng cakap mcm org tak sekolah,nak jadi bohsia,mat rempit tu atas asuhan mak bapak ko gak kalau semua dok lepas kat cikgu jadi mat rempit dah bohsia lah jawabnya,pasal pembelajaran percuma ni dah lama kerajaan patut bagi kat rakyat,bukan pelajaran jer,perubatan pun patut bagi percuma pada buat pembaziran tak tentu pasal contoh jambatan yang kerajaan cancel pembinaannya menghubungkan Malaysia dan Singapore kat situ berapa banyak dah rugi.......kalau bagi pelajaran dan perubatan percuma aku rasa kerajaan tak rugi!

Anonymous said...

aku kawan gonjeng,
anonymous 31 december, ko betul2 tak paham bahasa terbalik,
maksud kawan aku mcm tu la sebenonyer kalau mak bapak (tak semua) yang dok asyik pertikaikan sekolah masih kutip yuran, padahal pm dah bagitau yuran sekolah dimansuhkan, sama juga mcm yuran peperiksaan yang dimansuhkan, aku terpikir, mcmana agaknya kementerian pelajaran (lembaga peperiksaan) nak menguruskan peperiksaan di semua sekolah2 di malaysia untuk 5 @ 6 tahun akan dtg, pakai tangkap muat aje. skrg ni semua perlukan duit, tak boleh setakat nak puaskan hati satu pihak , satu pihak lagi terseksa buat kerja. bapak aku kerja cikgu aku tau la. pegi sekolah pkul 7 pagi, balik 3 ptg, lps tu 4 ptg pegi lagi, balik 7 mlm, mcm tu ke kerja cikgu yg hanya mengajar saja, cuti sekolah plak, jaga preksa, kena panggil sekolah buat kerja, dan mcm2 lagi, tapi tak semua cikgu mcm bapak aku, tapi ramai cikgu yg mcm bapak aku, bapak aku ngajar sekolah ada asrama (bukan asrama utk budak2 cerdik), banyak mak bapak anak murid bapak aku antar anak kat sekolah bapak aku sebab tak larat nak jaga anak masing2, tapi bila anak buat hal kat sekolah, salahkan cikgu mcm bapak aku, tak percya mari sekolah bapak aku dan sekolah2 lain yang mcm sekolah bapak aku.
kalau sekolah tak ada @ cukup duit mcmana nak buat aktiviti utk budak2 yg mak bapak tak larat nak jaga supaya jadi insan berguna. cikgu2 mcm bapak aku juga kena hulurkan duit utk menjayakan program. NILAH AKIBATNYA BILA PELAJARAN DIPOLITIKKAN. DAPAT MANTRI PUN TAU CKP NAK PANCING UNDI JE.....

Blog Widget by LinkWithin