ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
08 January, 2009
Surat untuk ayah
Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:
Ayah, Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda, Sarip.
p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas,
Untuk Sarip, "Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"
Dari Ayahmu.
Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
tak faham dengan cerita ini..tolong jelskan sikit..
aku baca tiga kali. x masuk2
Tak faham yer..
Si anak malu-malu dan berlapis minta ayahnya RM1000 dan ayahnya dengan membalas dgn ayat berlapis juga pasal x nak bagi duit yg diminta anaknya la tu...
o0o0o0o0o...tq,tq,tq..aku dah faham..ayah dia tak nak bagi duit,tu yang dia kata doa anak dia dah dimakbulkan..hehehehe...
ntah la.
aku plak dlm 5 kali kot aku bace.tpi tak paham2 gak.
ape motif bapak die bg surat mcm 2 sedangkn anak die tak bg surat pun kat bapak die.
cerita nie sedih kewr lawak??
Post a Comment