adsense

09 February, 2009

Dunia Oh Dunia

Your Car Solution providers



Pinjaman blacklist ok

03 Feb 2009 12:22PM

VENICE: Pelancong ke Venice kini boleh membeli 'pas tandas' melalui Internet untuk menggunakan tandas awam di bandar itu sebelum mereka tiba di bandar popular itu.

Jurucakap bandar itu berkata langkah itu adalah untuk mengekang masalah pelawat yang menggunakan longkang dan tempat lain sebagai tandas.

Harganya? Tujuh euro untuk menggunakan tandas 10 kali dalam masa lima hari.

Balai bomba terbakar

TOKYO : Sebuah balai bomba di ibu kota negara itu hangus dijilat api apabila seorang pegawainya terlupa hendak mematikan dapur gas sebelum meninggalkan balai itu untuk menjawab panggilan kecemasan.

Pegawai bomba itu telah berjanji akan memesan makanan dari kedai selepas insiden itu.

Kebab Kambing Daging Babi

LONDON: Kebab ayam atau kambing yang anda beli di United Kingdom mempunyai kandungan lemak dan garam yang tinggi dan mungkin mengandungi daging lain, demikian menurut satu kajian pegawai Jabatan Kesihatan bandar itu.

Tinjauan yang melibatkan 494 kebab serata United Kingdom itu mendapati bahawa enam daripadanya mengandungi daging babi, termasuk dua kebab yang dilabel sebagai halal.

Pesta tetap pesta

TORONTO (Canada): Mereka terkandas lebih 24 jam di Sungai St Lawrence. Namun, 400 anak kapal dan penumpang kapal persiaran CTMA Vacancier itu berpesta sementara menantikan bantuan keselamatan tiba.

Kapal tersebut tidak dapat meneruskan pelayarannya dari Montreal ke Semenanjung Gaspe kerana dikelilingi bongkah ais yang tebal.

Seorang jurucakap CTMA berkata mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan pemandangan yang indah di kawasan itu telah menenangkan penumpangnya. -- Reuters.



Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Dapat $1US P.ERCUMA dengan baca laporan!

Iklan Di ISUHANGAT!

1 comment:

Anonymous said...

depan taj mahal pon baunya hancing,kekekeke.
mentang2 ada kolam kecik kat depan tuh.

Blog Widget by LinkWithin